Sunday 30 December 2012

Persiapan Amir Naik Darjah 2

hari ni.

Ngah pepagi dah bangun siapkan Ammar. mandikan pastu pakaikan baju cantik2 wangi2. pastu elokk je Ammar dah wangi2, si Tajul pulak bangun. ingatkan dia bangun lambat la sebab tido lewat kan, ni takkk, cam tau tau je orang nak jalan. selalu kalau weekdays, alahai nak nangis haku ajak bangun nak hantar skolah (read = taska). pon Ngah mandikan jugak.  dah wangi Tajul, Ngah suh dia kejut Amir bangun pulak.. 'Abang Amir! angun! nak gi alan ni..!'... menggeliat ja Amir terpisat pisat bangun tido. terus je mandi. last sekali bangun aku la hahahaha... bagi la can mem golek golek dulu ek...

anak2 siap baru aku ambik turn mandi siap2. Ngah tak cakap nak gi mana, aku pun tak tanya, sebab mood merajuk katanya. tapi merajuk pon muka tak malu hegeh2 nak ikut gi jalan. tak bawak aku? haa, siapla sebulan aku gantung kuali kahkahkah..

destinasi pertama dah tentu la kedai makan dulu. Ngah bawak kami gi makan nasi ayam kat satu restoran tu, aku tak tau kedai nama apa, kat seksyen berapa sumer tu, yang ku tau, kedai ni ramai pelanggan kalau datang makan je mesti order menu nasi ayam. Ngah kata kat sini nasi ayam dia femes. sedap pon sedap.  kami 5 beranak makan 3 pinggan nasi ayam. dah kenyang baru gerak ke deatinasi utama.... cari baju skolah Amir.

ye la, walaupon baju skolah Amir masih dalam kondidi yang elok sangat lagi, tapi demi nak kasi mood berkobar-kobar nak masuk darjah 2 nanti, kami belikan jugak la. sepasang je pon. jadik la dari takde langsung kan. lagipun baju skolah tak mahal mana. tapi tak mahal tak mahal pon, tetap la aku beli kat kedai yang terpaling murah yang telah di survey.. hihihihi...

masa Amir masih kat kampung hari tu, aku ada la jugak survey baju skolah kat Giant (sambil nak beli barang dapur), pastu kat Bintang (dalam Giant Bandar Kinrara ada Bintang so aku masuk tengok2), pastu kat pasaraya Hari Hari (hari cuti Krismas hari tu aku gi KL bawak kak yah jenjalan, so singgah Hari-Hari depan Sogo tu beli kasut skolah Amir, tapi tak sempat nak survey harga baju skolah memandangkan manusia amattttttt la ramai)

Lokasi Ngah bawak adelah kat Ole-Ole, Shah Alam. mula2 kami masuk pasaraya Hari-Hari. hoi ramai betul rakyat Msia beli baju skolah anak last minit cam haku. nak masuk pon payah, apatah lagi nak suh Amir try. kat situ kalau nak beli, kena cakap nak saiz apa, untuk tau saiz apa nak beli, kena try dulu. nak try pon kena gilir sebab sample untuk satu-satu  saiz hanya ada satu, jadi kalau ada budak try baju, Amir kena tunggu. tunggu punya tunggu eh, macam takde je saiz yang sesuai untuk di try. last2 aku gi tanya harga berapa terus. pastu jurujual tu cakap depend pada saiz. saiz berapa akak nak? aku cakap tak tau, mungkin nak saiz 24 kot. saja je aku main sebut je saiz tak tau la saiz 24 tu besar ke hapa kan. pastu jurujual tu cakap akak kena try dulu saiz apa baru datang sini ambik baju. aik?? gitu pulak. oh, mungkin dia ingat aku nak try baju baru tu kot, so dia tak kasi. ok... aku pun tengok je la baju tu. harga doploh lebih. aku tak berapa ingat RM21.90 kot.. ataupun RM20.90 (kot, ni la masalah aku, survey, tapi lupa harga, boleh?) oyye, baju dimaksudkan adelah baju melayu (sepasang) untuk skolah agama (SAR).

pastu aku tanya Ngah, ade ke Bintang dekat2 sini. ohh ada wei! rupanya kat sini memacam ada.
mydin pun dekat2 je. bertuah la orang yang rumah dia dekat2 sini  aje. kan kan kan?

maka kami pon menapak le ke Bintang pulak. memang macam jangkaan aku, kat Bintang ni lebih murah sikit. baju melayu kat Bintang harga dia RM17.90 je untuk saiz 26. kira murah 2, 3 hengget la. kualiti tu bagi aku lebih kurang je kot. pastu beli jugak suar skolah selai RM15.90. baju skolah selai RM8.90. suar trek biru tua saiz 26 selai RM9.90 dan selai lagi kaler hitam saiz 28 RM9.90. pastu stokin yang 3pasang sepeket tu. harga aku tak ingat dah. aku beli sekepet je.

tu je la pon aktiviti hari minggu kami.


eh eh tetiba Amir ngan Tajul ni gaduh pulak dah... ok la

aku nak pi layan dorang ni...

adios.








Saturday 29 December 2012

Bayar

pagi ni sampai la ke tengahari tadi hati aku ni, eh jantung kot aku rasa, asyik la berdebarrrr je rasa. berdebar yang tak best tu. macam kau rasa tak berapa lalu nak makan walhal kau adelah sangat lapar.

berdebar dia macamkan kau masa zaman skolah menengah dulu cikgu bagi kerja skolah suh siapkan kat rumah pastu esok cikgu nak cek tapi kau tak siapkan pastu waktu cikgu tu punya kelas kau rasa menggelabah biawak siap berdebar debar gitu. ececeh nampak nau penulis belog ini macam biasa je tak siapka kerja skolah kahkahkah...

tu dia panjang berjela gambaraan debaran tu.

alkisaknya cenggini.

pagi tadi aku masa aku nak mandi gi kerja, aku dapat satu mesej. mula tu aku ingatkan ofismate yang mesej aku, mungkin nak bagitau hari ni MC ke EL ke hapa kan. aku bukak tengok rupanya mesej dari bibik yati berbunyi kata aku belum bayar yuran daycare Amir untuk bulan 11. bulan sebelas hokey. aku terkejuit la pepagi dapat mesej cenggitu. sebabnya aku dah bayor! tapi masalahnya aku takdak bukti kata aku memang dah bayar. sebab aku ni jenis kalau resit2 tu ada la seminggu dua aku simpan, simpan pulak main letak je kat mana2 yang terdekat dengan aku masa tu. kalau aku depan tv, aku selit je la atas tv. kalau aku lam bilik, mungkin aku campak aje dalam lemari solek tu. dan selalu jugak la aku tak dapat resit bayaran tu. dan aku ni idok le risau mana. yee... tak risau la sebab belom terkena, dah kena nih padan ngan muka aku.

aku ada buat file, konon nak simpan la resit2 apa2 kan. tapi sebab aku ni jenis balik rumah dah penat layan anak, mana nak masak lagi, pastu nak cuci  pinggan mangkuk hayun kuali bagai maka bila dah kenyang makan, dah setel lipat kain baju anak masuk lam beg untuk ke taska esoknya, bla bla bla ... maka aku dah kepenatan lalu biasanya lepak depan tv. tu je la time rehat aku sebelum tidur. file2 tu sumer hanya aku sentuh bila sawan rajin aku mari je. kalau tak, berabuk la ngko kat situ.

so, anda paham kan aku ni cemana?

ok. berbalik kisah daycare Amir ni.
yang aku ingat, aku memanggggg dah bayor. sebabnya, masa aku pegi ke skolah agama tu sebab nak bayor yuran SAR untuk bulan november2012, dan daycare Amir hanyalah sebelah SAR tu aje. aku ingat lagi. aku pergi nak bayar yuran SAR tu, kerani situ ada cakap ngan aku 'yuran bulan 11 ni puan dah takyah bayar dah, sebab puan dah bayar pun masa puan bayar untuk bulan Januari dulu. dulu kami mintak yuran untuk dua bulan terus, ialah untuk Januari dan November...' lebih kurang gitu la... so sebab tu aku ingat. pastu kerani tu kata lagi, untuk yuran daycare, puan kena pegi bayar kat daycare tu sendiri, sebab sini dah tak uruskan lagi. maka lepas ucap terima kasih (eleh, tu pun nak bagitau jugak, hihihi) aku pun pegi la ke daycare dan bayar. tapi seriesly, aku memang tak ingat la bayar kat sapa, sebab bibik kat situ ramai, dan silih berganti. hadoi la. series sakit hatiiiiiii je rasa.

pastu aku call nombor yang mesej aku tu. katanya dia ialah bibik yati. so, aku jelaskan yang aku memangggg dah bayar. dan macam yang aku syak, dia mintak resit. dan aku memang takleh nak tunjuk resit tu sebab takdak!

pastu bibik yati kata, kat buku rekod dia konon aku belum bayar, dan aku mati2 kata aku dah bayar, dan dia tanya aku bayar kat sapa? aku takleh bagitau la sebab dah la aku tak ingat muka bibik yang terima duit aku tu, pastu pulak nama pon tak tanya. sengal sungguh diriku ini aku rasa. ni kes macam ni kalau masuk mahkamah pon sah sah kalah ni.

jadi, sebabkan hal ni la aku asyik je murung seharian. kes cenggini buatkan aku yang yakin giler aku dah bayar, bila bibik tu tanya2 gitu buatkan aku rasa, eh, ke memang betul aku tak bayar eh..? aku pun dah jadi konfius dengan keyakinan aku tadi. korang pernah tak mengalami situasi yang lebih kurang macam ni? yang mana mula tu kau yakin, sangat yakin, tapi sebab takde proof, maka kau jadi macam keyakinan tu sedikit tergugat, dan dalam masa yang sama rasa bengang. series bengang.

dulukan, daycare ni adelah dimiliki oleh pengetua SAR tu. eh, pengetua ke atau guru besar ke atau cikgu yang mengajar kat SAR tu aku tak pasti sangat (sebab takde proof heheheh) tapi yang aku tau, pemilik ni adelah kakitangan SAR tu. ok, mari anggap tu guru besar punya. (anggap je eh... supaya penceritaan lebih mudah difahami)

itu dulu la.
dulu, asal aku atau Ngah nak bayar yuran bulanan SAR dan juga yuran bulanan daycare, memang kami akan pergi ofis SAR tu dan buat bayaran. Yuran SAR = RM35.00/bulan, dan yuran daycare = RM80.00/bulan. so, aku selalunya akan bayar RM115.00 terus kat ofis SAR tu. kerani situ akan bukak resit, dan akan tulis nombor resit bayaran tu kat satu kad kecil. kad tu memang setiap murid SAR yang menetap di daycare tu akan dapat sorang satu. setiap hujung bulan, murid akan wat balik kad tu kasi kat makpak memasing. jadi, bila time nakbayar, aku hulur sekali kad tu dan kerani akan update bayar untuk bulan  berapa dan nombor resit. begitu.

pernah terjadi. satu hari tu bibik (bibik lain pulak, tapi kebetulan namanya juga yati, so panggil bibik yati jugak). bulan 4 ngan bulan 5 kot dia kata aku belom bayar. aku dah macam panik la kan. sebab aku dah bayar. masa yang dia komplen tu mungkin dalam bulan 7 la kot. aku cakap la aku dah bayar, dia kata kat rekod sini (rujuk kepada daycare) takde bayaran masuk. aku pon heran la. aku cakap aku bayar kat SAR. jadi sila la korang update sesama korang. ni tak, dia boleh cakap aku belom bayar lagi. hoi menaip ni pon buatkan aku berdebar debar je nak marah. bayar kat ofis SAR patutnya nanti kau pegi tele-kan tengok data kat sana pastu kau update la puas2. ni tak, asal nampak lompang2 je terus buat kesimpulan tak bayar.

beberapa bulan lepas tu, aku diberitahu oleh bibik yati, kalau nak bayar, bayar je kat daycare, pasni takyah pegi SAR tu dah. haaa, lagi la senang kan? asal aku nak jemput Amir je, boleh la aku bayar terus. atau kalau Ngah hantar Amir pepagi pon boleh buat bayaran. tapi masalah lain pulak muncul. kau bayar hari ni, belum tentu resit kau dapat hari ni. kira sistem bayaran pon macam takde sistem. sapa bibik yang ada masa aku nak bayar tu, haa, aku main kasi je. takde la kata kalau nak bayar, hanya boleh buat bayaran kat bibik A dan bibik B aje contohnya.

pernah jugak aku bayar pastu mintak resit. contoh bayar kat bibik X. bibik X  kata dia esok dia kasi resit kat anak aku Amir. dan aku cuma boleh kata ok je la. habis tu dah dia kata dia takde buku resit. takkan aku nak ambik balik duit kat tangan dia kan. aku ni tak kejam, kira ikut budi bicara la. so aku balik rumah. esok nya tak pulak aku ngecek resit tu ada tak kat dalam beg Amir. ye, memang salah aku kat sini. sebab aku tak sangka langsung akan terkena. resit ni kadang ada, kadang takde. resit yang aku dapat on the spot tu pun aku liat nak simpan elok2, ni kan pulak yang aku pon tak pasti pernah dapat ke idok. ehhhh,,,, kome paham ke aku membebel nih weiiii?

ok la ok la...

kalau dah terpaksa bayar lagi, memang la aku kena bayar. tapi kali ni tak berapa ikhlas la kot...

padan ngan muka haku...

 *********************************************************************
ok. yang aku taip kat bahagian bawah ni pulak adelah sambungan. yang kat atas tu adelah ditaip pada hari Jumaat yang masa hati aku benar2 tak tentu hala punya berdebar yang tak best..

tapi sambungan dia ni aku taip pada sabtu malam. skrg ni jam kat rumah aku pukul 10.45pm.

tadi masa aku ambik Amir kat daycare, aku jumpa jap ngan bibik yati sebab aku nakkan kepastian. adekah aku patut bayar lagi sekali yuran lapanploh hengget tu untuk bulan 11. tapi walaupon aku memang kena bayar lagi sekali, aku dah nekad nak jumpa dulu dengan guru besar pemilik daycare tu nak komplen secara lite-lite gitu. konon la.

tapi rupanya tak sangka sunguuh aku yang bibik yati kata aku tak payah bayar pon. kata bibik yati, dia dah terangkan kat guru besar yang itu mungkin salah pihak dia (pihak bibik, tapi yang salah tu bukan bibik yati la, bibik lain) kerana mungkin tak update dan tak kuarkan resit bayaran kat aku. so aku bersyukur sangat. wei lapanploh hengget tu boleh buat joli ngan anak2 weiii...

aku pun lepas ni kena beringat la.. kalau dah bayor, pastikan resit simpan. pastu simpan dalam file biar sistematik skit.

tapi tu la kan. nak berubah secara drastik ni cam payah je pulak...
haishhh...







Monday 24 December 2012

Amir dah balik KL setelah hampir sebulan kat kampung

ye.


Amir dah ada di KL sekarang ni. tapi malam ni dia tido rumah Suzi.

Amir balik sini ngan Bayah. oyye, Amir panggil kak yah aku sebagai Bayah. asalnya aku ajar Amir panggil Mok Yah (Mok Yah is versi Kelantan. orang KL panggil Mak Yah). Ade D pulak aku ajar dia panggil Ayah D. tapi memandangkan Amir masa baru2 nak belajar cakap, dia belum reti panggil Mok Yah, lalu tertaksengaja memanggil kakak aku sebagai Bayah dan kakak aku adelah suka dengan panggilan Bayah, maka sampai ke sudah kakak aku sendiri bahasakan diri dia Bayah. kat Tajul pon sekarang ni dia bahasakan diri Bayah. eh macam sweet pulak panggil Bayah.

Amir taknak balik KL oh dia. siap cakap ngan aku kat tepon hari tu dia nak skolah kat kampung. dia nak tinggal ngan Bayah. amboi amboi amboi... nampak nau layanan Bayah adelah tiptop. kalah ibu kandung ngko nih. memang kalah la kalau nak banding kan haku ngan Bayah tu nak ooiii...

T_____________T

Amir ngan Bayah naik bas pagi tadi, petang (bukan petang la, dah malam pun sebenarnya) sampai Shah Alam. Menantu Bayah jemput. pastu terus balik rumah Suzi. Amir siap pesan kat aku awal2 jangan ambik dia dulu, dia nak tido rumah Suzi 2 hari, nak main ngan Isha (cucu sulung Bayah). lepas 2 hari baru aku boleh ambik Amir wat balik. hoi aku rindu nih weiiii...

tapi takpe. aku ingat esok aku nak pergi rumah Suzi la. esok kan cuti Krismas. jadi aku nak gi lepak rumah Suzi. takpe, Amir takyah ikut aku balik rumah pun takpe, asalkan aku dapat tengok dia, maklum la dah hampir sebulan berjauhan.

aku harap pengalaman cuti skolah Amir tahun ni sangat memberi makna dan ingatan manis kat dia. jadi bila dia besar nanti dia akan ada pengalaman kanak2 yang indah untuk dia kenang dalam hidup.

dapat main korek2 pasir. pastu masukkan pasir dalam tempurung pastu telangkupkan konon2 buat kek. kat depan rumah aku di KL ni agak2 celah mana la ko boleh korek pasir?... nan ado. kalau ada sikit ruang pon macam tak gamak aku nak kasi izin, buatnya baru nak korek kau dah terpegang taik kucing liar. haish... takyah le

pastu main lumba lari dari atas bukit (rumah aku kan atas bukit) turun kebawah (rumah kawan2 dia kat bawah)

main tangkap ikan kat tepi kolam. kat laman rumah sepupu aku je pon. kawan2 Amir adelah anak kepada sepupu aku jugak bukan orang lain. sepupu aku ramai. dah la ramai, anak sorang2 pulak tu kemain ramai. macam Abe Isa aku, anak dia 5 orang kot. pastu sumer laki. baya2 Amir la jugak. lagi Nnah (adik kepada Abe Isa) pun ramai anak dia. nam orang kot kalau tak silap haku. pastu adik kepada Nnah, Kak Emun, tu pun ramai gak anak. kalau tak silap haku lapan orang (mau tak tersilap, dulu masa aku kat Uni, asal aku balik cuti je, dia ada anak baru. pastu tahun depannya bila aku balik cuti lagi dia ada anak baru lagi. produktif sungguh.) ha, rumah Kak Emun la yang ada kolam ikan.

sekarang ni musim hujan. jadi Amir pun merasa la mandi hujan. tu pun minggu2 terakhir je hujan turun. sempat la merasa macam aku zaman kecik2 dulu kuat mandi hujan. seronok oh lari ramai2 pastu tadah kepala kat bawah bucu2 atap zink yang air dia terjun mencurah curah. kak yah mula tu telepon aku tanya boleh ke Amir mandi hujan. aku cakap mandi je la. aku takde hal. lain la kalau tanya Ngah, dia tu manjang takboleh. takut demam la hape la... eh, kalau sekarang kau taknak kasi dia mandi hujan, bila lagi dia nak merasa? nak tunggu dia besar dulu baru nak kasi? dah besar nanti takde de dia  hingin.

petang2 main bola sepak ramai2. Amir cakap dia jadi Khairul Fahmi Che Mat. aku tanya la Amir pandai jaga gol ke? oh takkkk. Amir sepak bola masuk gol la. Aik?? bukan  KFCM tu kena jaga gol ke? tak lah kata dia. Amir jadi KFCM je... tapi bukan Amir jaga gol. kawan Amir yang jaga gol... oh, ye ke nak? hurmm... apa2 je la, janji ko hepi..

hari tu masa nak balik kampung siap dia angkut scooter konon nak main kat kampung la. konon la sangat. padahal orang kampung tak kosser nak beli2 scooter bagai. bukan tak mampu beli. tapi takdak pekdah pon sebenarnya. banyak lagi permainan kreatif lagi menarik dorang layan. orang kampung aku kaya oh dorang. almaklum harga getah tinggi sekarang banding dengan zaman aku kecik2 dulu jauh panggang dari api la. pulak tu memasing ada kebun getah sendiri. jadi takat 2, 3 ribu sebulan buat masa ni adelah biasa bagi dorang. takat nak beli scooter tu celah kuku je la. haku yang dok KL ni konon kerja takat  boleh la (boleh blah baru betul) aje ni nak beli scooter hadiah hari jadi anak tu pun siap catu kos makan tengahari kahkahkah. ngko mampu?

eh, dah la...

dah patbelas kali dah aku asik menguap je.. patut la... dah pukul 11 lebih dah...

senyap sunyi je. tinggal tv je bising. penontonnya dah masuk bilik tido. Ngah dah dukung Ammar masuk bilik. heheheh malam ni merasa la Ammar dengar abah dia pulak buat konsert solo to solo. lagu hape ntah abah dia nyanyi malam ni. nasib ko la labu...

Tajul pon kejap kat bilik, kejap kuar bilik pastu tak sampai 2 minit dia ulang masuk bilik lagi. pastu kuar balik. pintu tu dah krok krek krok krek bukak katup bukak katup habis tu cemana la Ammar nak tido nak oiii...  lagi ditegur lagi dia ulang.. ni rasa nak bagi penyekeh sebijik dua nih.

haishh...
*menguap*

gudnite..





Singapura bawa pulang piala AFF Suzuki 2012

tahniah untuk pasukan Singapura kerana berjaya mengalahkan pasukan Thailand secara aggregate 3 - 2 dalam perlawanan bola sepak piala Suzuki AFF tahun 2012. walaupun Thailand berjaya merapatkan jurang dengan satu gol terhasil pada perlawanan timbal balik yang berlangsung di Thailand pada sabtu lepas namun Singapura ternyata kukuh di bahagian pertahanan bagi menghalang kemaraan Thailand yang begitu agresif mencari gol.

ececeh... ada gaya penulisan ala ala wartawan surat kabar ruangan sukan tak aku? hehehehe...

ok ok...
walaupun dah basi pun cerita pasal Singapura menang bola sepak ni,aku tak kisah. belog aku kan? hihihih...

ingatkan nak up masa habis tengok lawan bola tu, tapi macam tak berapa nak rajin je. (padahal memang selalu pon kau tak rajin kan? hahaha)

aku ni ada penyakit malas nak usik lappy kat rumah lebih2 lagi kalau anak2 masih belum tido. pepaham je la. bebudak ni pantang aku bukak lappy je belom pon on button lagi dorang dah cop nak tengok upin ipin la, nak main game angry bird la haishhhh... sudahnya baik la aku padamkan aje niat nak update belog. macam sekarang ni kan, Tajul ngan Ammar belom tido lagi, ni asik la melilit je kat kaki aku, aku buat dekkkk je la. sib baik abah dorang ada ni, jadi takde la aku je jadi tumpuan.

sambil aku taip ni sambil aku dok senyum sensorang, sebab sambil layan citer Awal Lagi kat tv9. tetamu malam ni adelah pelawak Nabil ngan Zizan. minat la kat ngko Zizan! kau tu takyah buat lawak, tengok muka ko pun aku dah terasa nak gelak dah. sama gak kalau aku tengok Ebby Yus, belom dia buat lawak aku dah nak gelak je.

eh, apa la aku membebel ni aku pun tak tau.
tau tau dah berjela aku  taip. nak delete sayang le pulak.

asalnya nak up entry Singapura menang bola sepak je. hurmm biasa la aku ni, entry umpama rojak.

ok la.

babai..

 

Wednesday 19 December 2012

Syabbassss Singapura !!

mula2 sekali aku nak ucapkan tahniah kat pasukan bola sepak Singapura yang dah jadi juara mengalahkan Thailand 3-1..eh belom jadi juara lagi.. nanti ada lawan timbal balik kat negara Thai pulak lepaih ni... harap2 la Singapura dapat menang sampai ke akhir...

meleret-leret aku senyum. senyum kepuasan. puas hati beb sebab aku sokong Singapura. pastu elokkkk lak tu menang... hahahha...

tapi yang terpaling aku happy sebab aku kan agak bengang masa Malaysia kena asak teruk dek Thailand tempoh hari. hoi  tak puas hati tol.  lebih2 lgi masa fadhli shas kena kad merah tu. oh, memang rasa nak sekeh2 je pengadil tu..

so bila Thai kalah 1 - 3 macam terbalas la dendaman haku nih... :p


lepas pada tu aku memang harappppppp sangat nak tengok Thailand kalah lawan ngan Singapura. tup tup betul kalah siott. maka mari menari oppa gangnam style... wuhuuuuu..!!

ok ok jangan lelebih... nanti kang marah pulak penyokong Thailand. 

eh, tapikan aku memang suka giler la tengok muka si Kawin penjaga gol Thai tu. tak tau la tang mana yang manisnya. series tertarik. betul ni tk tipu... cara dia terpekik pekik marah kat bahagian pertahanan Thai tu ingatkan aku kat otai Oliver Kahn. tu pun aku minat gak. tapi minat atas dasar housemate aku masa kat UPM dulu minat pastu aku tak pasal2 terpengaruh minat sama. kahkahkah. ntah hape hape kan?

mula tu aku heran apsal la minah ni minat si Oliver ni. pastu aku layan bola yang Oliver main. haaa, sekali terpana ngkoooo... oh, tu je la pon pemain bola antarabangsa yang aku kenal. yang lain mintak mahap lah.. aku tak follow bola sepak antarabangsa. baik jangan start, kang nanti appa pun tak bleyy...
oyye, David Beckham aku tau la. ni kalau tak kenal baik ngaku buta huruf je. tak pun buta terus.. kahkahkah...

ok dah itu je... babai



 gambar ni aku jumpa kat fb. kreatif sungguh penyokong Msia (kot) kan? hilang stress walaupun Msia kalah, bila tengok katun ni.. tapi tu la, sian je kat Fadhli Shas.

peringatan :
ini belog aku. jadi aku anggap je macam diari maya aku. so, kalau aku tulis aku sokong Singapura pastu kutuk sikit2 pasukan Thai korang takyah la maki aku sangat. ni kira macam satu ruang untuk AKU lampiaskan apa rasa or terbuku dalam hari aku. gitu.

babai kali kedua....

Saturday 15 December 2012

peti ais

hari khamis lepas adik bongsu Ngah datang rumah. anak2 aku panggil ayahsu.

ayahsu baru habis exam. bulan Januari nanti dia kena praktikal pulak

petang semalam aku balik ofis terus lari jap ke Giant. aku beli roti burger ngan daging burger sejuk beku tu, eh tapi aku tak beli yang daging tu, aku beli yang ikan punya. yang daging ada lagi 2 keping. jadi tu takyah beli dulu. mari berjimat. jenama apa ntah. jenama yg tak popular lah. kalau yang popular tu bagi aku adelah jenama Ramly ke camtu. tapi jenama Ramly takde pulak ikan. ada cuma daging ngan ayam je. ke dah habis masa aku nak beli tu tak tau la pulak kan. so, aku ambik jenama tak tau janji murah. hehehehe...

pastu terus ambik Ammar ngan Tajul kat taska. pastu balik rumah.

lepak2 jap layan Ammar. pastu start nak masak.

aku ke dapur. konon nak masak burger la ni. nampak la kat tong sampah ada plastik mee maggi jenama mee sedap tu. ohh, mungkin ayahsu breakfast ngan megi kot. pastu aku tanya ayahsu tak makan nasi ke hari ni. sekali takkkk. hadussss... kesiannya dia seharian tak makan nasi. selalunya dia keluar ke food court time tengahari cari nasi. motor pun ada jadi takde la ko penat jalan kaki kan. ah, mungkin dia malas nak kuar kot.

jadi aku tak jadi nak buat burger sebagai juadah makan malam kami. aku masak nasi. goreng ayam. sib baik ada lagi ayam ngam2 untuk kami malam tadi. 6 ketul. pastu ada la seketul daging sebesar penumbuk aku goreng ngan sayur. sayur la sangat. carrot + cili hijau besar (aku buang biji2 cili pastu potong 2, belah 4). itu je lah. sebab dalam peti ais itu je yang ada.

pastu ada balance kari ayam (kuah je la, ayam ada seketul aje) yang 2 hari lepas elokkkk lagi dalam peti tu. maka aku panaskan. so itu aje la menu makan malam kami. hihihihi... boleh la.

petang ni ingat nak beli barang dapur sikit la. kat rumah aku sekarang ni, kategori lauk yang ada cuma lah telur saja. beli sepapan kat pasar tani hari khamis lepas. banyak lagi. lain-lain? ikan bilis dah habis. nak kena top up tu. sardin pun takde. pun kena beli jugak tu. ayam pun kena beli. sekor cukup la. ikan tak payah beli. sebab ikan kalau beli pastu simpan 2,3 hari dalam peti ais aku tak berapa gemar. aku kalau nak masak menu ikan baru aku beli. begitu.

lagipun peti ais rumah aku kecik aje. yang satu pintu tu je. ruang untuk simpan makanan sejuk beku adelah sempit. kat situ la aku sumbat ayam, kat situ jugaklah aku simpan daging burger, kentang goreng (yg belum goreng la), lagi hotdog, pastu ais ketul kadang2, nuget, tau tau dah tak muat. :(

peti ais tu percuma. hadiah kawin. company Ngah bagi. *motif bagitau? huhuhuh*

sekarang ni bila anak dah ramai, barang dalam peti pun bertambah. eh, ada kena mengena ke anak ramai ngan peti ais kecik weii? :p

oh, bagi aku ada. dulu masa aku belum ada anak, pastu dah ada Amir, aku takde la beli hotdog, daging burger, nuget barang2 segera tu secara kerap. kalau beli pun selalunya kentang tu aje. sebab Amir suka makan. aku masa dulu2 pun amat la jarang goreng nuget. aku lebih rajin buat cekodok ikan bilis campur bawang untuk sarapan. masa dulu takpe la anak cuma sorang boleh handle lagi kejap layan anak kejap lari kedapur balik2 kan cekodok. sekarang dah tak mampu aku nak lari kedepan lari kedapur dah. aku kedapur Ammar ikut. angkat Ammar kedepan pastu lari ke dapur. alih2 eh eh dia dah ada kat kaki aku balik. tu belum bab Tajul lagi. kejap2 nangis. kejap2 bertempik. ntah hapa hapa la bebudak ni...
T____________T

anak 3 orang, ragam dia pun 3 jugak. Amir is hantu nasi. dia kalau tak makan nasi malam tu mesti mood ibarat mintak penampar. hahahahah...

yang Tajul pulak selalunya la, dia tak berapa nak nasi sangat. dia selalu suka hotdog, nuget, kentang goreng gitu. tak pun roti. laju la dia kalau roti tu sapu ngan mayonis.

Ammar belum ada ragam lagi. dia masih makan bubur yang aku masak tetiap pagi.

sekarang ni Amir ada kat kampung lagi. jadi sementara Amir kat kampung, aku pun jadi tak berapa rajin masak nasi untuk makan malam.

jadi tu pasal la lam peti aku sekarang ayam daging tu sumer tadak. hahahhah...
tapi kalau yang mengarut-mengarut macam hotdog daging burger tu ada.



terasa jugak nak tukar ke peti ais besar sikit, tapi macam tak tau nak buat apa kat peti ais sekarang ni. nak hantar kampung, macam leceh nak cari lori hantar ke kelantan nun disana. tak berbaloi. nak jual, ada ke yang sudi beli? hihihihi... nak kasi percuma kat sapa2 pulak, rasa cam kedekuttttt je... hahahahah...
sudahnya kita tunggu ia rosak, baru beli baru... T_________________T


sekian kisah peti ais shaye...










kau kunci cintaku dalam peti ais... eh. :p











Thursday 13 December 2012

Malaysia kalah tapi takpe lek lek...

hai korang...

ada tengok lawan bola sepak tak tadi? ada tak? ada tak?...
Malaysia lawan Thailand.

Malaysia kalah uosll...
 0 - 2 ...

sedih campur sakit hati haku nih...
tu yang nak tido tak dapek tu... padahal ngantuk.
asek2 teringat - ingat je kat perlawanan tadi...

aku adelah minat bola sepak.
lagiiiii aku minat kalau kelantan main...
tapi aku bukan la kenegerian sangat sampai pasukan lain main aku tak layan.
asal aku rasa enjoy je aku layan...
dan aku adelah penyokong kuat pasukan Malaysia jugak...

so tadi aku balik je kerja cecepat buat kerja rumah macam pack kan baju anak untuk hantar taska esok, masak, makan, bla bla bla sebab pukul 8.00malam je aku mesti tercongok dah depan tv.
bola punya pasal.
tapi.... sobs sobs sobs..

kalah uoll... tu pasal aku sedih..
yang sakit hati tu pulak..
sebab aku rasa pengadil tu tak adil!
hoi pengadil! kau tak siasat dulu ke sapa salah sebelum kasi kad merah kat *apa nama eh pemain Msia yg kena buang padang tu?*pemain Msia  ha?
 pemain Thailand tu pulak hampir sumer la.. main macam monyet je... sumpah menyakitkan hati... haa... kan tak pasal2 aku dah menyumpah seranah... ahh, pedulik! aku tengah marah nih!

nakkkk je aku tendang sekor2... hahahahah poyo giler ayat aku... ahh pedulik!

dah la layanan tak memuaskan kat pemain Msia yang pegi tempat dorang... sajerrrrr je nak main perang saiko...

takpe takpe....

ko menang tapi aku tak kagum langsung. (ececeh tetiba) ahh pedulik...

dan untuk pemain Msia.. tahniah untuk anda.
ye, walaupun tak menang, tapi anda sumer kalah dengan cara yg tak memalukan... ececeh lagi...

takpe la.

adat la tu permainan. pemenang hanya satu je.
pastu mesti ada pengkalah... (eh, ada ke imbuhan ni, ahh pedulik!)

lek lek..
pasni Thailand lawan Singapore pulak.
so mari balas dendam kesumat... kita pakat sokong Singapore ramai2.. hahahhaah...

ok sekian luahan peminat bola sepak Msia yang nampaknya tak dapat terima hakikat kita sudah kalah!!

T_________________T

babai

nak tido..

eh, rupanya bila aku taip kat belog pasal sakit hati ke sedih ke kan, terus rasa released...
kira bagus jugak ada belog ni wei...
boleh jadi medium untuk menenangkan pikiran gak.

eh dah la aku ngantuk nak tido

bye!

Thursday 6 December 2012

Amir di kampung

curik masa ofis skett... heheheh padahal memang selalu buat pom hahahah...

takde la...
aku baru habis mengecek report nih.. nak muntah rasa perati petak2 excel tu... naik juling bijik mata weiii.. dah la dari hari senin tu hari lagi. baru habis jappp je sakni. mana tak baru habisnya, dah aku syok2 buat keje, tetiba ada interupt dari site manager. mintak scaffolding summary pulak dah. satu hal aku kena tutup file nih bukak pulak file lain. haishhh... kang aku cabut kanggggg....haaaa  (hek elleh, ugut kununnn... sila la cabut, nanti 10 datang nak isi tempat kau tauuu.... huhuhuh...) ...ye la ye la
*tunduk muka insaf campur malu*

mek dah balik kelantan dah. Amir pun balik kampung ikut mek. pagi Ahad 2/12/2012 hari tu balik. duk umah aku sehari je pon. sebenarnya mek datang kl pon tujuan memang untuk jemput Amir bilik kampung. aku nak hantar sendiri payah la sikit. ada anak kecik ni pepaham la. pastu balik kelantan bukan boleh balik hari. mesti kena at least sehari tido kampung.  penat weiii walaupun bukan aku yang kena drive. dukkk je dalam bas pun penat. tak caya? tak caya sudahh...

aku macam tak caya je Amir nakkk dia balik kampung. sebab Amir ni jenis takleh tido kalau takde makpak disisi. dulu masa aku pantang rumah mek, masa tu Ngah hantar balik kampung, tido semalam sebelum bertolak ke kl semula. malam yang takde abah dia, meleleh2 air mata dia nangis masa nak tido. rindu kat abah katanya. tak pasal2 aku pun jadi sedih sama pastu nangis sama. tapi aku kaver laaa... takkan nak sama naik ngan anak kot. kahkahkah...

jadi tu passal la aku macam eh, biar betul Amir nak balik ikut mek. siasat punya siasat, rupanya Amir kata kawan dia kat daycare nak balik kampung. kawan dia cerita tak sabar nak balik kampung. tak tau la aku cerita kawan dia tu hebat campur teruja sangat kot sampai Amir pon macam tak boleh jadi nih, aku mesti balik kampung aku gak. aku pun ada kampung weii... haaa, lebih kurang camtu la kot. aku agak je la. dah tu balik rumah dari daycare hari tu tetiba je cakap, ummi, Amir nak balik kampung mek hari sabtu ni. kawan Amir pon balik kampung hari sabtu jugak. haaaaa ngkau.. tetiba jer

sebelum2 ni pun yakni hari2 terakhir sekolah, aku ada gak la gurau2 suh  Amir duk kampung sepanjang cuti sekolah. tapi masa tu dia tak nak. keras kejung taknak weh. dah dia taknak, aku pun diam je la. pastu tetiba nak pulak. maka aku on je la. dan2 tu call mek mintak datang ambik cucu dia. mek apalagi.. gumbira bukan kepalang...

masa petang ahad tu, kak yah jemput mek & Amir kat hentian bas Machang. pukul 6pm lebih baru sampai. malam pertama tido rumah kak yah. sebab dah gelap masa sampai rumah tu. kak yah pun dah masak sesiap, jadi mek tak payah la balik rumah tu terkocoh2 nak masak la apa untuk cucu. bukan aku tak tau mek tu, lewat cemana pun still nak masak2 bagai. kalau aku la, harus beli nasi bungkus je. orang tua uolss.. pepaham je la tebiat dia cemana...

so, sekarang ni dah masuk hari ke 4 Amir ada kat kelantan.

dari hari pertama yakni Isnin tu, sampai la sekarang masa aku duk taip entry ni, Amir sangat la bahagia kat kampung. mau tak bahagia. kak yah ngan Abe D layan dia macam anak bongsu! eh, bukan anak bongsu, tapi macam cucu kesayangan uolss! very tip top! mau tak tip top. kak yah mana ada anak kecik dah. yang bongsu si Murni pun dah umur 20 tahun. belajar kat T'ganu sekarang ni. ada pon hari minggu je. tu pun kadang2. jadi kak yah ngan Abe D je la kat rumah tu. bila ada Amir suka la dorang.

kata kak yah, Amir taknak tido rumah mek. mungkin sebab mek duk sensorang kot, jadi Amir boring sikit. mek pulak dia ada masalah peti suara. suara dia jadi perlahan. suara serak2 jenis yang teruk tu. ni bukan aku cakap, ni doktor yang  diagnosed kata mek mengalami masalah peti suara rosak. (eh, peti suara kat mana eh? hehehe..) lama dah mek suara perlahan nih. ada kot dalam 2 tahun. jadi mek kalau sembang ngan Amir memang selalu je la mengundang tanda soal. hahahahaha....

tapi takpe. rumah mek ngan rumah kak yah dekat je. rumah mek depan, rumah kak yah belakang. jadi mek ok ok je. tak kecik hati pun. aku pun takde hal, janji Amir sonok duk kampung.
ye la. aku kesian kat Amir. selalu je kena marah kalau kat rumah. aku la tu yang amarah tak tentu pasal. Amir buat adik memang kena sedas, adik buat Amir pastu adik nangis (ok sila heran napa adik yang nangis) ponnnnn Amir yang kena sedas. kadang2 berdas-das. mak tiri pun seram kalau tengok aku 'mengajar' anak. kahkahkah... ok tak klakar.

tapikan, marah-marah aku, geram-geram aku kat anak, dia tetap la permata hati aku. dah mananya ibu ngan anak kan? waktu tengah marah, harus la setan dok bakar2 suh aku amukan. dah amuk tu nyesal. pastu malam tu nangis sensorang marahkan diri sendiri. selalunya gitu la. pastu masa Amir tido, aku selak tengok betis dia ada birat2 tak. pastu sapu ubat. usap2 rambut dia. oh, baik aku stop sebelum air mata jatuh...

sian anak2 aku dapat ibu garang. hahahha... eh, tapi mek aku dulu garang apa. sumpah garang. aku ingat lagi masa aku kecik2. balik skolah tu makan2 dengan tak mandinya terus lari ke rumah kawan nak main. rumah kawan tu hanyalah sebelah rumah aku je. tengah ralit main, tetiba mek datang dengan setimba air jirus aku kat situ jugak. malu mokcik uolss... kena gelak ngan kekawan lain. padan dengan mukaku. panggil tak menyahut. suruh mandi buat tak dengar. hambikkkk... tu nak bagi contoh mek aku garang. tapi garang2 dia aku tak pernah pun rasa diri adelah kesian. malah aku bersyukur je sebab mek adelah mek. jadi aku yakin *sambil urut-urut dagu* yang anak2 aku pun rasa best je aku adelah ummi dorang. huhuhuh...padahall...

eh, lari tajuk dah ni.
sebenarnya aku nak citer pasal perkembangan Amir kat kampung. tapi dah bercampur aduk dah.

takpe la. lain kali la citer. tu pun kalau datang seru la. heheheh....

nak sambung keje.

bye

p/s : ummi rindu Amir!

















Saturday 1 December 2012

Mek datang KL

semalam.

mek datang kl. naik bas pagi. tiket pukul 10pagi kot. tapi kata mek pukul 11pagi lebih2 baru bas datang. bas transnasional. naik kat Machang turun kat Shah Alam.

aku mintak time off ngan boss nak balik jam 4.30pm nak ambik mek kat stesen Shah Alam. sib baik mood boss baik pagi tu, terus cakap ok. tak tanya lelebih..

aku ni buta jalan weii... apa, ingat jemah tu aje ke buta jalan? huhuhuhu... aku brutal2 pun kalau bab bawak keter sendiri boleh kecut pundi kencing tauu... pi kerja balik kerja ok la. dah la jalan kat Shah Alam tu kemain banyak roundabourd. kebarangkalian nak sesat adelah tinggi weii... huhuhuh...

mula tu suh Ngah ambik mek. ye la Ngah kan kerja kat Shah Alam. dia tu jalan situ dah hafal. tapi masalahnya Ngah ada company dinner pulak dah. mau tak mau aku yang kena buat sendiri.

maka aku pun pergi ofis Ngah, pastu suh Ngah eskot aku ke stesen bas. sib baik nak ke ofis ngah tu aku ingat jalan. tapi kauuuuu..... series aku seriau weii bawak keter sensorang. teramats panik bila ada banyak trailer2 besar kiri kanan macamkan nak terhimpit je aku rasa. ngan motor nya lagi. takut la nak jauh2 skit dari trailer terhimpit lak abang motor. kagum la aku ngan abang2 motor yang hari2 bawak motor cari rezeki. aku yang dok lam keter ni pun seram... ni kan pulak yang atas motor. (tetiba rasa kesian ngan laki aku, sebab dia pon golongan abang motor gak)

sampai kat ofis Ngah dengan selamat. pastu dia eskot ke stesen bas pulak. sampai stesen jam 5 lebih. tunggu kejap, pastu Ngah dah nak kena balik ofis sebab dia belum habis kerja lagi. sebelum dia tinggalkan aku sensorang, dia siap ajar aku cemana nak balik nanti. aku pulak lakar konon2 buat peta la kan. muga2 tak sesat... aku bukan reti guna GPS kat phone. harap phone je canggih, tuan kuno. kahkahkah...

tunggu la aku kat situ. jam 5 bawak ke jam 6. mek blom sampai lagi. aku try call mek tapi tak berangkat. agaknya tak dengar kot. takpe. mari layan mata.

tengok bas sampai. tapi bukan bas mek. tunggu lagi. masa aku sampai, banyak betul orang tunggu bas. memasing nak balik kampung kot. pastu lelama kembali lengang. tinggal beberapa kerat je.

jam 6 bawak ke jam 7. pun mek tak sampai lagi. pstu Ngah call tanya mek dah sampai ke belum. belum. Ngah dari ofis dah nak kena balik rumah dulu. pastu nak siap2 nak attend company dinner. aku cakap ok la balik la dulu.

tetiba teringat kat Tajul ngan Ammar kat taska. cecepat mesej kat pengasuh dia kata aku balik lambat. tu takpe. kat taska ni ok je. kau nak ambik kul 10 pun ok, hanya kena bayar OT je la.

tetiba mek call, cakap baru sampai gombak. aku macam... haaaa??? baru kat gombak? biar betul?? cemana ni wei? aku tak kisah sangat ambik anak lambat hari ni, tapi yang aku kisah ialah aku tak berapa konpiden bawak keter memalam weiii... dah la cuaca angin2 macam nak hujan je nih... mintak2 la tak hujan malam ni. aku kepanikan dah ni..

takpe takpe, kita bawak keter slow2.... mesti takde ape2... cewah nak sedapkan hati sendiri...

tunggu lagi. jam 7 bawak ke jam 8.
nak berakar dah bontot tunggu kat sini. dah tak larat dah rasanya. badan rasa melekit. belakang sakit. series sakit. picit2 skit kuar sendawa. oh angin rupanya. nak kata perut masuk angin, tak pulak berasa lapar. aku kalau rasa2 ada angin dalam badan, selalu aku akan buat adelah minum air panas, macam teh tarik ke, milo panas ke... gitu.

nak order teh tarik, macam tak best je. bukan air tu tak best, aku ni yang tak best. tak best sebab tempat duduk tu ramai orang. pastu kalau nak minum teh tarik, kena duduk kat kusi yang ada meja kan? meja pulak penuh ngan orang. kalau nak jugak, kena la kongsi meja ngan dorang. jadi baik tak payah. bukan aku sombong, tapi honestly rasa tak konpiden badan i is melekit lekit takut kang ada yg pitam nanti. hihihihi... so baiklah sedar diri, duk la dendiam kat kusi tepi jamban tu. satu lagi sebab, ialah i is dapat kusi yang ada span (nipis je span dia) kat kaunter teksi, jadi bila nak bangun dari situ takut pulak ada orang lain dapat duk situ maka aku terpaksa duk kusi batu lagiiiiii la kremm bontot i... hahahah selfish betul aku....

dan lagi satu, aku ni pesen, kalau minum air, sekejapan je mula la rasa nak terkencing. jamban kat sini pulak takde air. eh, bukan takde air langsung, air ada disediakan dalam tong drum. kalau kau pulas kepala paip, memang takkan kuar air pon. jadi kalau nak terkencing ke terberak ke, sila la guna timba angkut air dari drum tu sebelum memulakan operasi kat dalam jamban ye. jadi macam sedikit leceh dan ermmm macam geli sikit la.

sepanjang tunggu mek tu, aku ada masuk sekali. massa tu tak tau pulak paip tak kuar air. mana nak sangka kan, lantai basahhhh je. selalu kalau takde air, lantai mesti kering dan bau hancing kan. ni takkk. lantai basah, dan takde bau busuk hancing ke hapa. sikit2 ada la.... tipu la takde langsung kan. dah beroparasi tu kan, pulas kepala paip takde air.aku macam.... apa ni?? nasib baik dalam baldi ada air tak sampai suku penuh. mungkin orang terdahulu punya balance kot. tak pon orang maintenance yang isikan. nak tak nak terpaksa la guna air tu... aku ni kan, jarangggg sangat guna air dari baldi kat tandas awam. sebab aku selalu bayangkan orang cuci tangan main celop je kat dalam baldi tu, ataupun percikan2 air kencing tu termasuk dalam baldi ke, takpon dorang basuh tangan main tadahhh je tangan kat air paip pastu 'air tangan' tu jatuh dalam baldi. kan ke kotor air tu kau nak buat cuci 'tut' kau kan. namun disebabkan darurat, terpaksa la jugak.

penantian berakhir jam 8.30pm lebih kurang. huishhh... naik kematu bontot i uols.. bayangkan mek naik bas jam 11pagi. sampai Shah Alam pukul 8.30malam! T________________T

sampai taska ambik Tajul ngan Ammar jam 9.00malam. tengok2 Amir pun ada situ. rupanya Ngah balik kerja terus ambik Amir balik rumah. tapi sebabkan bas mek lambat, dan Ngah dah nak kena pergi dinner, terpaksa Amir ditumpangkan kat taska adiks dia pulak. kira je la alang oii bape kena bayo hujung bulan nanti... *sambil jeling kat Ngah*

so, pagi ni mek ada kat rumah aku. anak2 pun sumer masih tido pagi tadi. mek request suh tinggalkan je sumer budak2 lasak ni kat dia. aku agak risau sebenarnya, sebab aku pun fenin layan dorang, ni kan pulak mek yang kederat dah tak bape kuat tu. tapi, sebab mek nampak beria sangat, dan aku pun macam kesian budak2 dok nyenyak tido, maka aku tinggalkan je.

dah ajar mek cemana nak bancuh susu, kat mana aku letak bekas susu, kat mana botol susu, yang mana satu botol Tajul, mana satu botol Ammar (sebab Tajul dia takkan minum susu kalau bukan botol dia) dan macam2 lagi la. eh, alamak! aku lupa la nak standby pampes yang macam suar tu kat mek! omg! mek tak reti pakaikan pempes wehh.... adoiyai.... harap2 la Amir tunjuk kat mana aku simpan.

eh, tak sabarnya la nak balik...









Friday 30 November 2012

kena rasuk

ni Amir citer petang semalam kat aku. dalam kereta.

kat daycare dia ada budak kena rasuk. aku macam,.... haaa??
terkejut jugak la aku bila dengar tu.

budak laki ke pompuan Mir?

budak pompuan..

(aku dah agak, selalunya yang kena rasuk kebiasaan nya pompuan)

budak kecik ke besar ?

dah besar dah..

besar mana? ermm... agak2 dia darjah bape?

ntah la, dia besar macam Ayahsu dah Amir rasa..

ooo... dia dah sekolah tingkatan kott..

eh, tak la ummi, Amir rasa dia darjah 6 je.

hurmm, budak baru nak meningkat remaja rupanya...
kat sekolah aku dulu pon pernah jadi, classmate aku lagiii..masa tu aku tingkatan 5. classmate aku ni agak cun la, ada pakwe, ramai peminat, peramah. satu hari ni dia kena rasuk. kena tu kat asrama sekolah. dia datang sekolah pagi tu diammmmm je. selalu pot pet pot pet. lelama classmate lain perasan. rupanya tak sedar diri. kuat wei kederat dia. sian aku tengok bila dah sedar terus jadi lemah longlai...

ok. meh sambung perbualan.

cemana Amir tau budak tu kena rasuk? bibik bagitau Amir ke?

tak lah, Amir nampak sendiri, budak tu jerit2 kuat2... pastu lari kedapur ambik pisau nak cucuk. sib baik dia tak cucuk bibik.

OMG! bunyik cam seriesss je. aku kalau bab2 rasuk merasuk ni memang aku serammmm... sebab classmate aku dulu kan, masa setan tu dok dalam badan dia kan, masa cikgu baca ayat2 Quran nak halau setan tu kan, masa tu aku adelah takut tapi tetap nak tengok. classmate aku ni menggelupur sambil duk jerit2 panass! panass! pastu tetibaaa je dia pandang aku sambil tempik tepiiii! OMG ! saat bertentang mata tu buatkan aku berdebar macam kena kejar ngan anjing ko tau? sampai sekarang ni aku ingat lagi.

Amir tak takut ke? eeeee... takut la ummi dengar.. kalau ummi mesti dah lari dah...

Amir pon takuttttt... Amir ingat dah nak kena cucuk dah tadi, Amir ngan kawan Amir  Firdaus (kot, aku lupa nama kawan dia, tapi nak gak citer hahahaha) lari sampai sekolah agama ummiiii... budak2 lain pun bibik suruh keluar kat pagar.

pastu budak pompuan tu cemana? sapa ubatkan dia?

bibik la.. bibik pegang pale budak pompuan tu kuat2... bibik ramai2 pegang budak pompuan tu..

eeee... kan budak tu pegang pisau, cemana bibik buat?

ntah la Amir tak tengok dah. Amir ngan kawan Amir lari takuttt.. Firdaus tu panggil ustaz kat sekolah agama.

ustaz ada ke kat sekolah?

ada laa...

pastu ustaz ke ubatkan budak tu?

takkkk... ustaz tak datang pon..

aik? napa ustaz tak datang tolong?

sebab bibik tak kasi. bibik marah kat Firdaus panggil ustaz datang. bibik ubatkan sendiri..

oooo....

stop sampai situ je sembang. sebab dah sampai kedai mamak. benti makan and tapau sekali. pastu gerak ambik Ammar ngan Tajul pulak.


citer ending ntah hape hape...

kahkahkah...







Kenangan zaman sekolah rendah : berniaga dalam kelas

Bila Amir cakap dia nak jual nasi lemak kan, aku teringat masa aku kecik2 dulu.

masa aku darjah 2 darjah 3 camtu, aku meniaga gak, tapi bukan nasi lemak la. aku meniaga kuih gunting. kak yah yang buat kuih gunting ni. masa zaman tu, rega hanyalah seposen aje sebungkus. murah lagi. sesuai la ngan rega gandum masa tu cuma tujuh posen sembilan posen je kalau tak silap aku. kak yah buat banyak2, pastu suh aku jual.

hari pertama ade la kak yah bagi dalam 10 bungkus. masa mula2 nak jual tu ya Allah ....... malunya tuhan aje tahu. series aku malu nak buat marketing. jadi hari pertama langsung takdak sale kahkahkah... kelakar bila ingat balik.

hari kedua aku bawak lagi kuih gunting. kuantiti yang semalam tak laku tu la. kali ni aku kuarkan satu tunjuk kat kawan yang duduk sebelah aku dalam kelas. kawan aku ni pulak nampak je kuih gunting tu terus teruja. lalu mempromosikan kat kawan-kawan lain.

weh, tengok ni zila bawok kuih guting weh...

mano? mano? nok tengok...

aku pun kuarkan sumer kuih yg aku bawak lam plastik. sumer pakat rebut2 ambik. gumbira tukang jual. :)

berapo sen sor ni?

pelesen  (seposen)

eh, nok beli! sayo nak beli sor..

sayo pon nok beli!

nok beli...

nok beli...



maka tersebarlah kisah kuih gunting haku. huhuhu...

dan hari tu, sumer kuih gunting habis dijual. hahahah... kenangan...

pastu hari ketiga, kak yah up lagi jadi 20 bungkus. habis licin jugek. ada yang beli 2, ada yang sekali beli sampai 3. beli 5 pon ada.

hari berikutnya, up lagi. bawak 30 bungkus. pon habis jugak.

hari-hari seterusnya kak yah maintain je kasi aku jual 30 bungkus. kang bagi banyak2 kang tak larat aku nak pikul beg sekolah.
yang aku gumbira tu, bila dapat upah la. boleh la aku beli aiskrim balik sekolah nanti. sejukkkkk anak tekak.

lepas tu, asal ada barang apa yang rasa boleh jual kat sekolah je, aku dah tak malu2 dah nak buat promosi. eh, sebenarnya malu tetap la malu, tapi dah tak serupa macam pengalaman pertama la.

contoh.
masa aku darjah 3. sepohon pokok rambutan tepi rumah aku ni tetiba berbuah lebat tahun tu. yang herannya, masa dia berbuah tu bukan la musim rambutan. (zaman dulu boleh la kau heran lagi, sekarang takde makna nak heran2 dah. adaa je sepanjang masa) pokok rambutan orang lain tak pulak berbuah time tu. memang rezeki la kan.

aku pun apa lagi. petang2 je panjat bumbung rumah. sebabkan pokok rambutan tu betul2 tepi rumah, jadinya banyak la buah rambutan yang kalau kau nak petik, memang kau kena panjat bumbung rumah dulu. kalau kau pakai galah pun, mesti buah tu bila dah gugur, dia akan gugur atas bumbung rumah. aku masa kecik2 dulu memang la lasak sodaqollahul'azim. jadi bab2 panjat bumbung panjat pokok ni kacang je la bagi aku. dari atas bumbung rumah, petik je pakai tangan. kau nak baring atas tu sambil petik pon boleh.

dapat se-plastik, aku sumbat beg sekolah. kasi jual. 5biji seposen. hahahah. kau bayangkan la betapa gemoknya beg sekolah aku.
balik rumah buat kali-kesyen. hahaha... pastu petik rambutan lagi. jual lagi. sampai satu tahap sendiri nak makan pon sayang. kahkahkah... mata duitan sungguh...

bukan rambutan aje. buah mempelam mek aku pon aku petik jual. bukan habis nak makan anak beranak pon. jadi baiklah kita jual. dapat duit beli aiskrim. wakakakaka....

buah stor pon jual. korang tau buah stor tu apa? ermm.. sat aku gugel..




gambar buah stor : aku gugel



ni pon gugel jugak : buah stor jeruk. kepada tuan asal kepada gambo ni, saya mintak izin mencilok ye? hhehehee
masalahnya laku weiii!

buah stor pokok mek aku isi dia manis. buah dia pon besar. selalu yang besar aku jual 2biji seposen. yang kecil sikit 3biji seposen. punya la laris buah ni, sampaikan budak2 kelas lain pon datang cari aku nak beli buah ni. budak darjah 5 darjah 6 pon datang beli. femes i uolss...

buah sagu korang kenal tak? jap aku gugel tengok ada tak.


buah sagu : gambar di gugel jugak
 buah sagu ni, susah sikit nak dapat. aku dulu2 katanya lasak. kawan ngan budak laki. jadi stok budak laki mesti ada lastik burung kan? walaupun aku takde lastik burung, tapi aku ikut je kemana adik laki aku pergi. pokok sagu ni hidup subur kat kawasan sawah padi ngan tepi2 sungai. kalau musim buah sagu banyak, kami selalunya pergi kawasan sawah pagi. tak pun kawasan yang ada anak sungai. kat situ banyak pokok sagu. yang laki lastik buah sagu. aku tukang kutip. pastu bagi2kan sama rata. wahhh rasa bahagianya bila ingat balik...

buah sagu ni kalau kat sekolah, bukan budak2 je beli. cikgu pun kalau tau aku bawak buah sagu mesti nak beli jugak. hahahaha.... yang tak pernah makan buah sagu, mungkin akan kata tak sedap. memang tak berapa sedap pun. rasa dia manis kelat2 gitu. tak boleh makan secara lahap. kena makan gigit sikit2 pastu kunyah bagi betul2 lumat baru ko telan. kalau tak, mesti akan rasa terlekat kat kerongkang.

jadi, bila Amir kata nak jual nasi lemak, aku rasa dia ni ikut perangai aku masa kecik dulu kot. sebab tu aku macam nakkkkk je kasi dia rasa pengalaman tu. tengok dia boleh perform se-haibat aku tak. wakakakakaka....

ok dah tu aje.

babai







Thursday 29 November 2012

Amir dan daycare

Sejak cuti sekolah ni, Amir adelah full time duk daycare dia.

kalau musim sekolah, dia hanya duk situ sekejapan saje. hanya lepas balik dari sekolah agama. singgah daycare mandi makan pastu tunggu van datang hantar ke sekolah kebangsaan pulak. pastu balik sekolah kebangsaan terus van hantar sampai depan rumah.
dan bila cuti sekolah ni dari pagi jam 7.30 pagi lagi abah dia dah hantar daycare. petang pukul 6 aku ambik dia balik. begitu la setiap hari isnin hingga jumaat. sabtu ambik sebelum jam 2pm.

bila sehari suntuk duduk daycare, maka setiap petang sebaik masuk keter aku tanya la apa2 soklan spontan. soalan yang selaluuuuu sangat tanya ialah ~ hari ni makan apa? hehehe dasarrrr... bab makan je la ko kisah kan? hahahaha... asal aku tanya pasal aktiviti seharian kat daycare je lajuuuu je dia bercerita. tapi dalam banyak2 citer tu ada gak la yg terkesan kat hati aku nih.


cerita 1
Amir pernah cakap dia tak makan nasi langsung. bukan selaki dua hokeyyyy... banyak kali jugak. aku tanya la kenapa. mustahil bibik tak bagi makan. Amir bagitau masa bibik panggil suruh makan tu dia masih kenyang. sebab Amir ni hampir setiap pagi abah dia belikan biskut oreo (kegemaran Amir ni) konon bawak bekal kunyah-kunyahan. jadi dia makan biskut tu dan layan tv. agaknya dah  dekat2 jam 3 jam 4 gitu mula la rasa lapar nasi, bila mintak bibik dah tak layan. konon waktu makan dah lepas. haishhh aku dengar tu rasa nak sekeh2 je pale Amir nih. buat aku hangin satu badan.
dia ni selalu tau. kat rumah pun gitu gak. waktu orang panggil makan, dia takmo. bila orang dah kemas2 dah angkut sumer masuk peti ais (lauk pauk yg tak habis tu la biasanya), dan dan tu dia mintak nak makan. selalu gak la kena sedas dua dengan aku. das das pengajaran nama dia. dalam pada marah2 tu, aku bagi gak dia makan, sambil mulut membebel la... itu cara2 ibu dengan anak, marah2 pun kesian. tapi bibik tu biar betul? sejujurnya aku hangin jugak kat bibik tu kalau layan budak sebegitu. eh ke aku je yang lelebih? series aku agak ralat disitu...

cerita 2
bibik garang. ada sorang bibik ni garang katanya. hek eleh, biasa la tu kan. ada bibik garang. ada cikgu garang. ada ustazah garang. itu normal bagi aku. nak didik anak ni kena ada garang dia jugak. takleh mesraaaa je selalu. (aku la tu bukan orang lain pon. tapi aku ni garang yang selalu, mesra jarang jarang kahkahkah)
Amir pernah kena rotan dengan hanger oleh bibik. aku tanya kenapa kena rotan? mesti Amir nakal tak dengar cakap ni kan? eh takkk. nak tau kena rotan pasal apa? pasal tertidur secara tak sengaja dalam bilik pastu bibik panggil tak jawab pastu bibik panik pastu cari2 jumpa Amir tengah tidur pastu kena rotan. begitu. aku dengar tu rasa nak naik hantu je. kesalahan macam tu perlu ke kau rotan budak tu? haishhh... sakit hati pulak dengar. mau nya anak aku tak ngantuk. malam tidur lewat. kadang tu pukul 11 dok ralit main lagi. pagi pukul 7 dah nak kena bangun mandi siap2 dah. dah abah dia nak gi kerja and kena hantar dia dulu ke daycare. mesti la kena bangun pepagi. haishhh... tak paham aku la

cerita 3
Amir nangis sebab takut.
ok ni berlaku hari yang awal2 cuti sekolah tu. hari pulak hari sabtu. masa tu hanya Amir sorang kat daycare. budak2 lain takde. mungkin makpak dorang bawak pi holiday kot. tak pon cuti balik kampung. jadi Amir adelah alone. bibik pulak boleh dia tinggalkan anak aku tu sensorang kat daycare tu tanpa pengawasan. bukan la bibik pergi mengular pon. bibik hanya pergi sekolah agama depan tu je pon. tapi bibik bukan sorang. dua tiga orang kot. takkan sumernya kena pergi. kot ye pon biar la sorang tunggu rumah jaga anak aku yang penakut tu. Amir kata dia nak ikut bibik sebab takut duk sensorang. tapi bibik marah tak kasi ikut. sudahnya kecut la dia menyusup dalam rumah tu sampaiiiii la aku datang ambik dia. kesian anak aku. huhuuhuhu...

series Amir is penakut duduk sensorang. ni sumer sebab aku selalu buat citer pasal budak kena culik la, pastu mata budak tu kena korek pastu penculik tu jual mata budak tu la apa la. pendek kata macam2 la citer aku taruk kat tinga dia. tu dulu la. sebab masa dia belum sekolah, tak makan saman Amir nih. ingat lagi masa aku mengandungkan Tajul. Amir masa tu umur 3 tahun lebih. aku tak kerja. suri rumah. petang2 aku bergolek depan tv layan kartun dengan dia. pastu tetiba boleh aku terlelap. memang tak sedar Amir dah kuar rumah main depan pagar rumah. sensorang pulak tu. sib baik pagar berkunci. kalau ada anak2 jiran takpe gak. ini kes terlebih berani ni. dah tersedar tu kencanggg je jantung aku tengok Amir takde. panggil2 rupanya kat pagar rumah tengah usha anak kucing. haishh... start dari hari tu aku selalu pesan ngan dia jangan main sensorang. kat kl banyak orang jahat. nanti kena culik. bla bla bla.
korang nak tau? pernah satu hari ni. aku tengah masak kat dapur. datang sorang lelaki cina yang pesen nak jual barang tapi konon nak survey2 je bukan nak jual barang katanya. tu tektik lapuk tu. dok hellow  hellow kat depan rumah aku. masa tu Amir umur dalam 4 ke 5 tahun la kot. boleh pulak dia pi bukak pintu. sib baik grill berkunci. nampak je lelaki cina tu terus Amir lari ke dapur panggil aku

umi! kawan abah datang..!

T________________T

tengkorak kau kawan. dah satu hal pulak aku nak layan si apek ni. nak buat biadab main katup je pintu tu belum tergamak lagi kot.
haishh...

tu pasal la anak sulung saya is penakut.

cerita 4.
bibik masak tak sedap.
kahkahkah... jangan main2 anak tekak Amir nih. very the demanding hokey.. selalu la bila aku tanya hari ni makan apa? dia kata makan nasi tapi sikit je. tu saja je nak suh aku masak makan malam tu. tektik tu. aku tanya la bibik masak apa? dia kata masak sup. tapi sup tu tak sedap langsung hokey. bukan takat cakap tak sedap je, ni kes tak sedap langsung nih. sampai aku tingin pulak nak rasa sup bibik tu. kahkahkah... kalau la bibik tau ni mesti dia benti keje doploh pat jam nih.

kadang tu Amir makan sikit je sebab bibik masak pedas. ok ni aku takleh nak kata apa la. memang Amir ni aku tau sangat dia takleh pedas sikit pon. skrg ni boleh la kalau pedas yg lite lite tu. tu pon aku paksa dia belajar makan pedas, sebab kesian la kat dia kalau hari2 bibik masak pedas mesti dia tak makan. tu pon kemain saiko. asal ada point je aku masuk daun. contoh satu hari tu Amir balik rumah cakap kat sekolah dia kena buli. belum habis dia story aku dah pangkah dulu. aku cakap mesti la kena buli. dah badan Amir kecik. tu la, taknak makan pedas langsung. orang makan pedas ni badan dia cepat tinggi tau. haaa, nak tinggi tanak kena buli punya pasal terpaksa la dia blajar makan pedas. haibat tak haibat aku nih dalam men-saiko otak anak. kahkahkah. hidup mesti mau kreatip beb..


cerita 5
ni baru2 ni je. Amir bagitau aku dia nak jual nasi lemak kat daycare. aku macam,..apakah?! apesal tetiba nak meniaga nih? tanya punya tanya rupanya kat daycare ada sorang kawan dia jual nasi lemak. aku pun tak  pasti betul ke tak cerita yang ini. kata Amir, kawan dia bawak nasi lemak banyak2 kat daycare. pastu jual kat kekawan kat sekolah. hurmm, aku agak kawan dia tu jual nasi lemak kat sekolah agama la kot, takkan kat sekolah kebangsaan pulak kan. kawan dia ni kalau tak silap dengar la, darjah 3.

Amir pernah beli ke nasi lemak dia?
pernah.. harga singgit je ummi..
sedap ke?
sedap biasa-biasa je..
tak pedas ke ?
pedas tapi sikit-sikit je. Amir boleh tahan lagi la..
............................................
ummi ada tak kertas yang bungkus nasi lemak tu?
mana ada.. nape? Amir nak buat apa?
............................................ (tak jawab soklan aku)
ummi pandai tak lipat nasi dalam kertas bungkus tu? (pandai tak bungkus nasi lemak)
pandai.. nape nye ? Amir pon nak jual nasi lemak ke?
ha ah la ummi, Amir rasa macam nak jual nasi lemak macam kawan Amir tu je. mesti dapat duit banyak kan ummi?

hamboi hamboi anak aku! mata duitan rupanya... hahahha


ummi kan kerja. mana sempat nak buat nasi lemak lagi. nak jaga adik lagi. ummi balik rumah dah malam. bila nye nak masak nasi lemak? tak payah la Amir... lagipon kawan Amir kan dah jual.

alaa... boleh la ummi, Amir rasa sonok je kawan Amir jual. ramai orang datang beli kat dia. Amir suka la orang datang kat Amir ramai-ramai nak beli nasi lemak...

oooo... ye ke?
 .....................................................

......................................................
ummi masak la banyak-banyak masa malam, pastu mesti sempat. ...........

uishh... aku ingatkan topik dah tamat, rupanya dia dok cari jalan nakkkk jugak suh aku siapkan nasi lemak dia nak jual hahahhaha

ishh.. mana boleh gitu Mir, nanti basi. lagipon mana ada orang masak malam-malam nak makan esok. mesti kena masak pagi-pagi gelap-gelap tu. baru tak basi. kang orang beli nasi lemak Amir pastu sakit perut cemana? Amir nak kena tangkap ngan polis?

taknakkk .
.....................................................
macam tu ummi bangun la pukul 3pagi masak nasi lemak kat Amir. boleh la ummi...

hadoiiiii... tulun... tulun... bertekad betul la anak aku nih...

mana boleh gitu, ummi ni penattt. dah la adik asyikkk je bangun malam2 nak susu la, nangis la. Joe pon sama. selalu je nangis malam2. ummi selalu je tak cukup tido. macam ni mati la ummi...

.................................................  (pandang keluar tingkap keter)

hurmmm, kalau benda lain boleh? makanan yang ummi tak payah masak jam 3pagi. macam biskut yang macam biskut raya tu ke?

alaa... ummi ni... biskut tu orang taknak beli..

hurmm... gini la Amir.. kita tunggu adik besar sikit. nanti ummi pikir yea?

urm... (jawab sambil mata pandang keluar tingkap keter)


aku syak Amir ni dah terlalu eksaited tengok sambutan yang kawan dia terima, betapa lakunya perniagaan nasi lemak kawan dia tu. tak sangka Amir minat nak meniaga. bagus la camtu. tak pemalu. ada minat. tapi masalahnya aku takut pihak sekolah yg tak kasi je. sementara Amir tengah ada minat tu, rasa kesian la pulak kalau tak layan. tapi tu la kan. aku is fenattt. mana nak masak. mana nak layan anak. mana nak kemas rumah. mana nak rehat. dah la hari sabtu pon aku kije. Ahad je la pon kalau ada waktu nak relax-relax. tapi tak relax gak. kain baju nak kena basuh. lagipun hari Ahad tu je la kalau rasa nak peram tido lelama skit.

tapi akan ku pikirkan jugak cara nak dedahkan Amir secara lite-lite kebidang jual beli nih. tapi bukan la sekarang. nehi kabi nehiiii....


kita benti sini dulu. ada lagi citer sebenarnya, tapi aku dah nak kuar lunch jap lagi.

daaaaa *lambai-lambai tangan, lambai kat sapa pon tak tau la, macam la ada baca belog nih hihihihi tapi tak kira nak lambai gak... *










Tuesday 27 November 2012

Selamat pengantin baru Inspektor sahab

tengahari semalam (Ahad) masa aku nak sidai kain kat depan rumah, ternampak Liza (jiran depan rumah aku) tengah bukak pintu grill  nak kuar rumah. nampak cantikkkk je sumer anak2 dia termasuk la dia sekali. gaya macam nak pegi kenduri gamaknya (aku agak aje la... tak kosser aku nak menegur tanya kang nanti ada yg cop aku ni si bizi the bodi huiiiii baik takyahhhh... eh tapi cara aku tulis nih pun macam aku ni betullll je bizi the bodi hehehhe... takde takde takde.... yg aku terrrrnampak tu tak aci ye... )

masa tu ada la dalam pukul 11pagi lebih lebih kalau tak silap aku. eh ke pukul 12hek?  ntah la, sebab aku tak tengok dia pastu tengok jam... maka aku tak pasti kul bape.

pastu aku sambung tengok tv pulak sambil layan 3 otromens kecikku. dah lamaaaaa tu baru  aku teringat skrg ni cuti sekolah, maka patut la banyak kenduri kawin... pastu aku tetiba teringat yg aku pun dapat satu jemputan kenduri. tapi aku tak ingat tarikh bila.

alkisahnya orang kampung aku. Saril nama dia. masa aku balik kampung cuti raya haji ritu, mak Saril ni datang rumah jemput pegi kenduri kawin Saril ni. masa mak Saril datang rumah aku (kat kampung) tu, aku kebetulan dalam keter dah gerak kuar dari pagar rumah (walaupun rumah aku takde pagar hahahah) dan menurun bukit (sebab rumah aku atas bukit), kat situ la terserempak ngan mak Saril ni.

terharunya aku dia datang semata mata nak jumpa aku nak kasi kad kawin anak sulung dia nih, nasib baikkkk sempat jumpa kalau kami dah terlepas ke simpang depan tu maka memang tak jumpa la hari tu. jadi mak Saril ni hulur je kad kawin ni kot tingkap keter (sebab kawasan jalan ni sempit, pepaham la jalan kampung) dah sembang sikit2 kami pun terus ke destinasi ~ Rantau panjang perabih $$. itu je la pon destinasi yg boleh dikatakan wajib ada dalam list kalau balik kelate.

berbalik pada kisah dipagi Ahad (walaupun dah tak pagi sebenarnya), hati macam terdetik je nak belek balik kad kawin yg mak Saril kasi ritu. tapi aku dah tak ingat letak kat mana. belek henbeg. takde. tengok dalam bakul atas tv. takde jugak. tanya Ngah. tak tau. pastu terasa nak cek kat dalam keter. jumpa la. dalam dashboard. rupanya dari hari tu masa mak Saril bagi tu memang tak kuar2 kad tu. sib baik tak hilang.

bukak tengok. alamakkkkkkkk!!! harini rupanya!! hadoiiiiiii. pandang jam. pukul 2tepat tepat. hoi kenapa la aku tak terdetik nak bukak kad ni semalam?

baca lagi kad tu. majlis sanding pukul 2pm. hoiii cemana ni???? sekarang la pengantin sanding!  sempat ke kalau pegi nih? kalau jem cemama? kalau sesat??! 

tengok lagi aturcara majlis. start pukul 12tghari hingga 5.00pm. haduii la. sempat ke tak ni woiiii... nak pergi ke tak ni?

tapi bila ingat balik, rasa tak patut kalau tak pegi. memang tak patut. orang menjemput kan. hukumnya wajib pergi. ye aku tau tu. lain la kalau kau uzur. sakit. tapi ni takkkk. sihat je aku.

pastu bincang ngan Ngah. macam mana pun aku mesti goreng sampai Ngah kata jadik jugak. aku nak pergi kenduri nih. tak kira. sib baik Ngah paham. pastu dia on GPS kat phone aku nak tengok jalan mana nak ikut. eh, nak study taknak bagi sesat sebenarnya wakakakaka.... pastu dia suh aku siap2 kan anak2 cecepat. masa tu dah pukul 2.30pm dah weiii... kami masih hegeh2 kat rumah lagi. sambil siap2 tu Ngah tanya

'sempat ke kita ni? dah nak pukul 3 dah ni...'

'sempat. saya tak harap pon makan kenduri tu. saya cuma kalau boleh nak jumpa pengantin je. kalau sempat jumpa moksu tu lagi baik.'  

Mak Saril aku panggil moksu

oyye, salah satu sebab aku hampir ter miss kenduri tu adelah, sebab dalam kepala aku dah set yang majlis kawin Saril ni bulan 12. jadi aku pon matik2 la ingatkan belum tiba masanya. sebelum ni pon  mek aku cakap nak datang kl (rumah aku la) tapi nak tunggu biar lepas majlis kenduri kawin rumah Saril dulu. 8/12.2012 ni.

yang mak Saril ni pulak, dia ajak aku gi kenduri kawin tak kira la belah pompuan ke, belah laki ke, dia tak kisah. jadi memandangkan aku memang tak balik kampung pada 8/12/2012 ni, maka aku dijemput la pegi kenduri kawin yg belah pompuan. itu maksud nya.

yang aku ni pulak, dah la masa jumpa tu tengah2 jalan, dalam keter lak tu, bagi kad pon ikut tingkap keter je, nak cepat la katanya, pastu mak Saril ni pulak ponnnn dok petik kata 'moksu ni sibuk la, Saril nok wat kelik bini bule 12 nih, rumah pon tak siap lagi, bla bla bla...' jadi kepala hotak dok sangka la kenduri tu bulan 12. hahahah sengal aku nih.

lepas pada mak saril bagi kad tu, memang aku dah tak telek dah. *ye, sila maki aku, aku tau aku teruk*

jadi, berbalik pada kisah tadi, kami sekuarga pon bertolak ke majlis kawin di Kg Sungai Buaya, Banting pukul 3.30pm (kot, ke tak sampai) dan Alhamdulillah sampai dengan selamat ke rumah pengantin pompuan jam 4.30pm lebih kurang.

masa sampai tu, aku call adik Saril, tanya rombongan pengantin belah lelaki ada kat sini lagi ke? rupanya diorang termasuk la mak Saril dah balik kelantan rupanya. yang tinggal hanyalah Saril sebagai watak utama hari tu. jadi kami hanya sempat jumpa Saril dan kuarga isteri dia saja. apa nak buat. dah tersurat begitu. ececeh... kalau la aku terdetik nak cek kad tu masa saat aku ternampak liza nak kuar rumah tu, mungkin aku boleh joint kuarga Saril masa sessi berarak tu. (orang kelantan panggil BELAROK)
tapi tak baik ber 'kalau' 'kalau' nih. mainan syaitan tu.

rezeki kami agaknya, dah la sampai lewat, dipelawa pulak bergambar ngan pengantin oleh photographer dorang. dah la tu, elokkk je pulak ayam goreng baruuuu je masak panas2 lagi. apalagi. makan sampai nasi lam perut tu dah tak tau nak menyelit kat mana dah. terima kasih la kat pihak pengantin pompuan (especially) sebab walaupun tak kenal, walaupun kami sepatutnya datang bersama pihak mak Saril, walaupun majlis dah sikittttt je lagi nak habis, tapi layan tetap layannnnn.

tahniah buat pengantin Inspektor Saril dan Cikgu Juriah! semoga bahagia selamanya..

gambo aku tak snap walau satu pun pakai kamera aku. sebab memory full la pulak. haishhhh. masa ni la dia nak full la apa la..

ok

sekian kisah hari minggu aku.


Monday 19 November 2012

Sotong celop tepong yang er... err lu pikir la sendiri :p

hari sabtu minggu lepas.

aku adelah tak masak nasi.

selalu aku kalau sampai rumah aje terus nonong ke dapur masak nasi. sebab anak sulung aku ni skrg cepat lapo. skit2 nak nasi. skit2 nasi. dah la tu, jam2 tu mintak nasi jam2 tu gaya dia macam tahap kebuluq tak tertahan tahan dah. asal lambat sikit je dia meroyan. tensi mokcik tau.

itu selalunya.

tapi minggu lepas sampai rumah je Amir request suh aku masak megi. aku macam eh, best gak makan  megi time2 hujan renyai2 ni kan. tiup megi panas2 pastu ngap. wakakakaka...

masak megi 2 pek. cukup untuk Amir, Tajul dan aku.

dah habis makan megi, budak2 layan kartun. aku pulak lipat kain baju kat bilik.

lipat kain sampai jam 4 petang. banyak nau kain tak lipat weiiii....

jam 4 lebih aku masak spageti. spageti orang malas. hahahaha.
aku tiru aje dalam iklan prego yg anak chef wan tu ajar. panaskan aje sos prego tu. pastu masukkan spageti yg dah direbus. aku cuma tambah daging ayam cincang cap ramli aje dalam tu. jadi gak. sangat la simple.

elokkkk je spageti masak, Ngah pon sampai. elok pulak tu dia tengah lapar.

makan.

malam.
eh, rasa lapar la pulak. ye la kan, dengan kederat megi petang tadi mana kuat nak bertahan kan.
nak masak nasi terasa tak sesuai la pulak memalam baru nak masak. dah takde feel nak kedapur dah. lagipun spageti tu ada lagi. tapi macam takde selera je nak makan spageti tu.

mood mengada ngada pon muncul la apa lagi.
terus ajak Ngah makan satey.

maka kami pegi ke area eh area tu panggil apa ek? yg arah ke bukit jalil 9 kot. ke atau bandar kinrara 9 eh? yang kalau dari bandar kinrara tu nak lalu ikut jalan belakang ke seri kembangan tu, yang boleh pergi ke putrajaya tu? apa dia nama dia eh? Ngah bawa kami ke situ la konon nak cari satey tempat baru la taknak makan satey tempat biasa. kononn.. satu kedai satey pon takdak kat situ. akhirnya kami patah balik.

aku masa ni dah rasa macam loya. bukan sebab ngandung eh. bukan! tapi sebab sebelum aku kuar rumah tu, aku ada makan cekelat. pastu makan gak kepok ikan. tu yang agaknya setengah jam lepas tu rasa loya nak muntah tapi tak muntah.

pencarian satey akhirnya berakhir di restoran nasi beriani gam johor sebelah Giant Bandar Kinrara Puchong. sebabkan macam nak muntahhh je rasa, aku cuma order 10 cucuk satey aje. pastu sotong celup tepung. tak tau nak makan apa dah. nafsu makan agak kelaut sikit.

satey dia? ok la. kuah dia tak meletup sangat. tapi boleh la kalau nak ke sini lagi pekena satey.
sotong celop tepung dia? omg. last dah aku order nih. tak mo dah lain kali. bukan tak sedap. tapi...
ko tengok la gambo nih.



ini la rupa sotong celup tepung kami.. sedih kan? kalau aku la, baik tukar nama jadi cekodok.
cekodok sotong.




nampak la sotong tu kot lubang2 tepong tu.


sotong ittew... 


setelah dibogelkan, nampak la besar mana sotongnya. ye, tetap la tak berbaloi walaupun rega hanyalah RM10 hengget sepinggan.




aku mula tu konfius. ni sotong celop tepung ke cekodok nih? dah gigit tu sekali nampak la sotong dia. alahaiii... kecik bebenor.

kalau macam ni la rupa sotong celup tepung dia, baik la aku masak sendiri.

ni la dia. sebab yg serupa ni la aku jadi fedap nak makan kat kedai. dah la sampai tu lamaaaa baru tanya dah order ke belum. bontot aku dah nak tumbuh akar dah, baru kau datang tanya hek? dah order tu kalau sedap ok gak terubat sakit hati. ni dah la lambat, tak sedap pulak tu. ni yg rasa tak berbaloi makan kedai ni.

huh.




Friday 16 November 2012

Ammar dah pandai jalan :p

takde apa nak citer pon sebenarnya.
aku cuma nak update sikit pasal Ammar.

baruuu je pandai jalan. ada la dalam tiga pat hari ni.
asal jalan je dua dua tangan dia naik ke atas. nak balance badan kot takut jatuh.
hahaha suwit je aku tengok. rasa indah je. rasa sayu pon ada gak.. besar dah anak kecik aku nih.
macam tak puas je rasa nak pegang baby Ammar. tup tup dah besar. dah boleh jalan pon.

aku adelah suka baby. sukaa sangat. tapi tu la kan. lepas ni dah tak berpeluang dah nak lahirkan baby lagi. aku dah kena operate tiga kali. beranakkan Amir operate. beranakkan Tajul pon operate. Ammar pon operate gak. dan tak boleh dah doktor kata. cukup la tiga hero aku dapat. heroin takde. takpe. takde heroin pon takpe. aku redho. tapi aku sedih. series sedih.

ok cukup cukup la tu emo.

gigi Ammar kat bawah ada dua batang. lama dah tumbuh gigi bawah ni. lebih kurang masa umur dia 10 - 11 bulan kot kalau tak silap aku.
terbaru aku ada nampak ada dua batang gigi baru belah atas sedang nak keluar. aku masih bagi dia makan bubur yg aku masak tetiap pagi dan blend hancur. nanti dah tumbuh geraham nanti boleh la kot bagi nasi biasa tu.

sekarang ni dia sihat. tapi batuk je la. pakej dengan hingus sekali. aku risau jugak takut dapat nanah kat tinga macam hari tu. seriau je bila ingat. mintak mintak takde apa.

hurmm apa lagi ek? oyye, aku perasan Ammar ni sedikit dengki dengan abang Tajul dia. Tajul kan dia manja. suka duk atas riba aku. sekali Ammar nampak, terus dia tarik rambut Tajul siap dengan muka marah dia dengan mimik mulut semacam geramm je, semata mata nak suh Tajul nyah dari ribaan aku. pastu bila Tajul buat kerasss je, mula la dia pon panjat atas aku selamba badak je parking bontot dia atas bahu Tajul. sampai Tajul rimas lalu blah. takpon sampai Tajul nangis rambut kena tarik. hahahah... tak padan ngan kecik.

skrg ni dah pandai nak mengikut dah. pantang nampak abah dia keluar start motor terus dia kelam kabut nak ikut sambil nangis tagih simpati. mana boleh dik. hang tu kecik lagi. tunggu besar sket abah bawak naik motor round taman ok?

rambut botak dia dah mula nampak hitam balik. tapi masih boleh dipanggil botak. hahahaha.




suka betul main air.
'Kolam' ni aku beli kat tepi jalan dekat2 simpang nak ke Lata Bukit Bakar, Machang. Harga RM50. tak tau la harga nih valid lagi ke tak. aku beli masa belum mengandungkan Ammar pon lagi.
 eh, ok la.

sekian babai

Wednesday 14 November 2012

Sempena birthday Amir yg ke 7

Ahad lepas punya citer nih.. jadi, memandangkan tak pergi mana2 (alah, selalu pon memang tak gi memana pon..) maka aku decided nak masak nasi ayam. tak banyak pon masaknya.

aku suruh Ngah ajak adik2 dia datang makan tengahari kat rumah. tapi yg datang makan hanyalah Uda aje (AyahDe kpd anak2 aku). AyahCik yg dok sg buloh tak dapat datang sebab katanya keter masuk workshop.

AyahSu yg belajar kat KL pon tak datang gak. padahal cuti takdak kelas. mungkin banyak assignment kot. dia kalau ada assignment, memang dia akan pilih untuk tak datang rumah kami, paham2 aje la anak2 aku sumer jenis tak makan saman kalau ayahsu dia ada rumah. pasti jadi bahan untuk main lawan2. ala ala otromen ngan raksasa tu. pasrah aje la dia. :p

mulanya Ngah request kat aku nak ajak jiran2 kiri kanan and depan makan tengahari kat rumah, tapi memandangkan sekarangkan musim hujan, jadi banyak la kain baju bergantungan depan rumah. tak cukup depan rumah kat dalam rumah pon ada gak terselit selai dua kat sudut2 tertentu, menjadikan suasana dan waktu tak berapa mengizinkan untuk menjemput ramai tetamu. iolls is malu. pastu pulak rumah pulak agak tak semengah aje. jadi marilah kita ajak ahli kuarga yg biasa dengan kita sajors.

suzi (anak sedara, yakni anak kak yah aku) dan suami aku ajak.

pastu Najib dan isteri dia. Najib ni kira tetamu Ngah la. aku tak kenal sangat. dia baru je kawin dan baru sebulan menyewa dekat2 je ngan rumah aku. Najib ni anak pakcik seikh. pakcik seikh ni kawan rapat abah. sesama dok Pekan, Pahang. sesama pesara polis. dulu masa sesama jadi polis, sesama bertugas di kota bharu.jadi memandangkan bapak sama bapak adelah kamceng, haruslah anak sama anak baik juger. dah tu kebetulan dorang ni duduk dekattt aje dengan rumah, jadi ini lah masanya kot nak ajak datang kenal rumah kami. Ngah call suh datang makan tengahari, tapi memandangkan Najib kerja pulak katanya, dan isteri dia pulak pegi kenduri kawin kat Nilai, maka dorang datang waktu malam. aku mula tu risauuu je, takut dah malam makanan dah habis. malu la tuan rumah... tapi nasib baik ngam ngam je serba serbi cukup seadanya.

itu je la pon. mana ada ajak orang lain dah.

mari bercerita pasal juadahnya pulak.
menu utama nasi ayam aje.
kuantiti nasi ayam adelah :
masak nasi dalam 3gelas aje.
ayam sekor.
timun 1 biji.
tomato 1 biji.
Salad aku tak beli sebab terlupa. (Boleh?)


aku makan 2 kali, tengahari dan malam.
Ngah makan 2 kali, tengahari dan malam.
Amir ngan Tajul makan tengahari tak berapa sangat, pastu malam aje makan. (aku kira sorang dewasa makan la kot sebab Tajul tak makan mana pon nasi, dia banyak makan nuget je)
Uda makan sekali tapi siap tambah (hehehe nampak sangat sedap)   #petir
suzi dan laki dia makan. dua dua pon menambah aku tengok.
Najib dia dan bini dia datang malam, sebab dia kerja. pon laki bini tu makan siap tambah.

nasi yang aku tanak 3 gelas tu aku ngam ngam cukup. ada la lebih sikit. portion budak Tajul tu makan boleh la. kira tak banyak lebih.
lauk ayam sekor pon ada 2 ketul lebih. aku ngan Ngah ratah aje. beresss
sup ayam adelah licin.
sambah air lada ada lagi. tu takpe. boleh simpan lama. sebab aku blend lada tu ngan cuka so makin lama sambal tu akan makin sedap.

bila aku congak2, aku rasa kalau 3gelas beras boleh jamu untuk 10 orang dewasa makan. oyye, aku pakai beras siam cap naga. motip aku bagitau? heheheeh
ok sebenarnya sepanjang yang aku dok kaji la, beras siam ni bila ko masak, nasi dia nanti naik periuk tau. naik periuk tu (orang kelate panggil naik puyok) maksud dia bila beras tu dah masak jadi nasi, nasi tu akan naik tinggi dua kali ganda dari sebelum dia masak. katakan beras kau masukkan dalam periuk kat 2L (contoh aje) pastu bila dah masak,kuantiti nasi tu jadi 4L. kalau pakai berasa tempatan (sepanjang yg aku alami la) beras tu bila dah masak, dia tetap la kat takat tu jugak. kalau naik pun sikit aje.

dedulu aku tak perasan pon yang beras ni ada beza. hinggalah pada suatu hari tu aku bersembang ngan sepupu aku kak wok. kak wok ni ada kedai makan. dia memang terrer bab bab masak ni. aku tanya la dia apasal la nasi kerabu kat kelantan ni kebanyakannya sedap, jarang jumpa yang tak sedap. pastu nasi kerabu kat kl pulak payah nau nak jumpa yang kena ngan tekak aku nih. tak sedap sangat. pastu kata kak wok, kebanyakan peniaga tepi2 jalan kat kl diorang guna beras tempatan yakni bukan la beras siam. aku macam eh, ada beza ke dari segi rasa dia kan. sebenarnya ADA BEZA. tak caya kau try. beras siam ni kau gaul dia ngan budu air lada kerabu kelapa goreng sumer memang akan jadi geng yang sangat serasi. susah aku nak citer kat belog ni. orang yang betul minat makan nasi kerabu dia tau la apa beza dia.

peniaga nasi kerabu kat kelantan kebanyakannya guna beras siam. walaupun bukan semata mata kerana beras siam nasi kau sedap, tapi pemilihan beras juga menjadi faktor sedap ke tak nasi tu. tak kisah la nasi tu nasi kerabu ke, nasi ayam ke, nasi tomato ke. ada paham kaa?

tu cara2 nak masak nasi kerabu sedap. ececeh... pepandai pulak ye... hihihihi..

yang aku nak citer sebenarnya adalah nasi beras siam dia walaupun sedikit mahal berbanding beras tempatan, tapi portion dia bila dah jadi nasi adelah lebih banyak. senang citer kalau bandingkan harga beras tu ngan apa yang kau dapat adelah tak mahal pun sebenarnya. sama aje la bagi aku. dah la sama, bila masak nasi beras siam ni kan, nasi dia takde la berketul setongkol gitu. beras siam ni dia tak melekit, senang relai. sangat seswai untuk peniaga nasi.

aku hanya masak 3 gelas beras. boleh makan untuk 10 orang dewasa tuuu... tapi dengan syarat kau kena la ada side menu. jangan la semata mata nasiiii tu aje.

macam aku, aku sediakan jugak bubur kacang hijau, rojak buah jambu ngan mangga, kek besday (aku beli sebijik kek ket SR ~ new york cheese cake @ RM82.00). walaupun tak banyak tapi semangkuk bubur dan sekeping cheese cake kalau dah masuk perut mesti memberi makna kekenyangan yang teramats kan? pastu naget. tu aje pon. tapi kalau rasa rasa nak masak pulak spageti ke lagi, haaa, kurangkan la kuantiti nasi kau tu. jangan membazir. tak baik.

New York cheese cake adelah sedap. aku ni sebenarnya tak reti pilih kek. tapi yg aku pasti, aku adelah suka cheese kek. kat SR tu ada banyak pilihan cheese kek. bluberi cheese la, yogurt cheese la, coklat cheese la aduiii tak geti nak pilih dong. sib baik sebelum tu aku ada baca belog sepet yang dia teman buah hati dia beli kek pastu dia pon beli new york cheese kek. masa beli kek tu ingatkan nak ambik cheese kek yg ada stoberi tumpah kat atas kek tu. janji ada cheese mesti sedap kan. pastu terbuat buat tanya budak kerja situ kalau cheese kek yg mana sedap. dia cakap kalau tekak dia dan yang paling ramai orang beli adelah new york cheese kek la. aku pon apa lagi. takde pikir pikir dah. terus order terus bayar terus balik. kahkahkah kampung sungguh.


Amir muncung aje dia. sebab dah la birthday dia. pastu dia ingat boleh pilih kek sendiri. tetiba aku beli kek yg kaler kuning tak berapa nak kuning tu. kosongggg je kat atas tu takde ceri takde apa. sekali dia dah rasa kek tu kauuu.. lepas dia dia, lepas dia diaaaa je la dok hiris makan kek itew. hambekk.' ~_____~'


Padahal birthday Amir, tapi si Tajul lak lelebih...

Tajul dah ready nak terkam kek

sesi berebut senjata potong kek.. sabo je la

Isha yg pemalu. asik la bertempekkkk je kat abah dia.

'meja potong kek' yang daif.. kekekeke... box tu sebenarnya wat isi buku skolah Amir. ahh belasahhh

Muka tak puas hati Tajul. kalau boleh dia nak suh abah dia nyalakan balik lilin pastu dia nak tiup lagi skali. pas dah tiup, dia nak suh nyalakan lagi... tiup, pastu nyala lagi dan lagi dan lagi. tapi sebab permintaan tak dilayan maka jadi la muka protes gitu.


serba salah aku nak letak gambar menu kat belog. ini je la pon gambar hasil masakan aku. aku ni kalau bab makanan, dah masak tu memang aku zas zas hidang n makan terus. tak terlintan nak ambik gambo cantik cantik. hehehe


tetamu kecik ~ Adam. sebaya Ammar. tak lama lagi naik pangkat jadi abang

ok babai dari aku.