Thursday, 29 November 2012

Amir dan daycare

Sejak cuti sekolah ni, Amir adelah full time duk daycare dia.

kalau musim sekolah, dia hanya duk situ sekejapan saje. hanya lepas balik dari sekolah agama. singgah daycare mandi makan pastu tunggu van datang hantar ke sekolah kebangsaan pulak. pastu balik sekolah kebangsaan terus van hantar sampai depan rumah.
dan bila cuti sekolah ni dari pagi jam 7.30 pagi lagi abah dia dah hantar daycare. petang pukul 6 aku ambik dia balik. begitu la setiap hari isnin hingga jumaat. sabtu ambik sebelum jam 2pm.

bila sehari suntuk duduk daycare, maka setiap petang sebaik masuk keter aku tanya la apa2 soklan spontan. soalan yang selaluuuuu sangat tanya ialah ~ hari ni makan apa? hehehe dasarrrr... bab makan je la ko kisah kan? hahahaha... asal aku tanya pasal aktiviti seharian kat daycare je lajuuuu je dia bercerita. tapi dalam banyak2 citer tu ada gak la yg terkesan kat hati aku nih.


cerita 1
Amir pernah cakap dia tak makan nasi langsung. bukan selaki dua hokeyyyy... banyak kali jugak. aku tanya la kenapa. mustahil bibik tak bagi makan. Amir bagitau masa bibik panggil suruh makan tu dia masih kenyang. sebab Amir ni hampir setiap pagi abah dia belikan biskut oreo (kegemaran Amir ni) konon bawak bekal kunyah-kunyahan. jadi dia makan biskut tu dan layan tv. agaknya dah  dekat2 jam 3 jam 4 gitu mula la rasa lapar nasi, bila mintak bibik dah tak layan. konon waktu makan dah lepas. haishhh aku dengar tu rasa nak sekeh2 je pale Amir nih. buat aku hangin satu badan.
dia ni selalu tau. kat rumah pun gitu gak. waktu orang panggil makan, dia takmo. bila orang dah kemas2 dah angkut sumer masuk peti ais (lauk pauk yg tak habis tu la biasanya), dan dan tu dia mintak nak makan. selalu gak la kena sedas dua dengan aku. das das pengajaran nama dia. dalam pada marah2 tu, aku bagi gak dia makan, sambil mulut membebel la... itu cara2 ibu dengan anak, marah2 pun kesian. tapi bibik tu biar betul? sejujurnya aku hangin jugak kat bibik tu kalau layan budak sebegitu. eh ke aku je yang lelebih? series aku agak ralat disitu...

cerita 2
bibik garang. ada sorang bibik ni garang katanya. hek eleh, biasa la tu kan. ada bibik garang. ada cikgu garang. ada ustazah garang. itu normal bagi aku. nak didik anak ni kena ada garang dia jugak. takleh mesraaaa je selalu. (aku la tu bukan orang lain pon. tapi aku ni garang yang selalu, mesra jarang jarang kahkahkah)
Amir pernah kena rotan dengan hanger oleh bibik. aku tanya kenapa kena rotan? mesti Amir nakal tak dengar cakap ni kan? eh takkk. nak tau kena rotan pasal apa? pasal tertidur secara tak sengaja dalam bilik pastu bibik panggil tak jawab pastu bibik panik pastu cari2 jumpa Amir tengah tidur pastu kena rotan. begitu. aku dengar tu rasa nak naik hantu je. kesalahan macam tu perlu ke kau rotan budak tu? haishhh... sakit hati pulak dengar. mau nya anak aku tak ngantuk. malam tidur lewat. kadang tu pukul 11 dok ralit main lagi. pagi pukul 7 dah nak kena bangun mandi siap2 dah. dah abah dia nak gi kerja and kena hantar dia dulu ke daycare. mesti la kena bangun pepagi. haishhh... tak paham aku la

cerita 3
Amir nangis sebab takut.
ok ni berlaku hari yang awal2 cuti sekolah tu. hari pulak hari sabtu. masa tu hanya Amir sorang kat daycare. budak2 lain takde. mungkin makpak dorang bawak pi holiday kot. tak pon cuti balik kampung. jadi Amir adelah alone. bibik pulak boleh dia tinggalkan anak aku tu sensorang kat daycare tu tanpa pengawasan. bukan la bibik pergi mengular pon. bibik hanya pergi sekolah agama depan tu je pon. tapi bibik bukan sorang. dua tiga orang kot. takkan sumernya kena pergi. kot ye pon biar la sorang tunggu rumah jaga anak aku yang penakut tu. Amir kata dia nak ikut bibik sebab takut duk sensorang. tapi bibik marah tak kasi ikut. sudahnya kecut la dia menyusup dalam rumah tu sampaiiiii la aku datang ambik dia. kesian anak aku. huhuuhuhu...

series Amir is penakut duduk sensorang. ni sumer sebab aku selalu buat citer pasal budak kena culik la, pastu mata budak tu kena korek pastu penculik tu jual mata budak tu la apa la. pendek kata macam2 la citer aku taruk kat tinga dia. tu dulu la. sebab masa dia belum sekolah, tak makan saman Amir nih. ingat lagi masa aku mengandungkan Tajul. Amir masa tu umur 3 tahun lebih. aku tak kerja. suri rumah. petang2 aku bergolek depan tv layan kartun dengan dia. pastu tetiba boleh aku terlelap. memang tak sedar Amir dah kuar rumah main depan pagar rumah. sensorang pulak tu. sib baik pagar berkunci. kalau ada anak2 jiran takpe gak. ini kes terlebih berani ni. dah tersedar tu kencanggg je jantung aku tengok Amir takde. panggil2 rupanya kat pagar rumah tengah usha anak kucing. haishh... start dari hari tu aku selalu pesan ngan dia jangan main sensorang. kat kl banyak orang jahat. nanti kena culik. bla bla bla.
korang nak tau? pernah satu hari ni. aku tengah masak kat dapur. datang sorang lelaki cina yang pesen nak jual barang tapi konon nak survey2 je bukan nak jual barang katanya. tu tektik lapuk tu. dok hellow  hellow kat depan rumah aku. masa tu Amir umur dalam 4 ke 5 tahun la kot. boleh pulak dia pi bukak pintu. sib baik grill berkunci. nampak je lelaki cina tu terus Amir lari ke dapur panggil aku

umi! kawan abah datang..!

T________________T

tengkorak kau kawan. dah satu hal pulak aku nak layan si apek ni. nak buat biadab main katup je pintu tu belum tergamak lagi kot.
haishh...

tu pasal la anak sulung saya is penakut.

cerita 4.
bibik masak tak sedap.
kahkahkah... jangan main2 anak tekak Amir nih. very the demanding hokey.. selalu la bila aku tanya hari ni makan apa? dia kata makan nasi tapi sikit je. tu saja je nak suh aku masak makan malam tu. tektik tu. aku tanya la bibik masak apa? dia kata masak sup. tapi sup tu tak sedap langsung hokey. bukan takat cakap tak sedap je, ni kes tak sedap langsung nih. sampai aku tingin pulak nak rasa sup bibik tu. kahkahkah... kalau la bibik tau ni mesti dia benti keje doploh pat jam nih.

kadang tu Amir makan sikit je sebab bibik masak pedas. ok ni aku takleh nak kata apa la. memang Amir ni aku tau sangat dia takleh pedas sikit pon. skrg ni boleh la kalau pedas yg lite lite tu. tu pon aku paksa dia belajar makan pedas, sebab kesian la kat dia kalau hari2 bibik masak pedas mesti dia tak makan. tu pon kemain saiko. asal ada point je aku masuk daun. contoh satu hari tu Amir balik rumah cakap kat sekolah dia kena buli. belum habis dia story aku dah pangkah dulu. aku cakap mesti la kena buli. dah badan Amir kecik. tu la, taknak makan pedas langsung. orang makan pedas ni badan dia cepat tinggi tau. haaa, nak tinggi tanak kena buli punya pasal terpaksa la dia blajar makan pedas. haibat tak haibat aku nih dalam men-saiko otak anak. kahkahkah. hidup mesti mau kreatip beb..


cerita 5
ni baru2 ni je. Amir bagitau aku dia nak jual nasi lemak kat daycare. aku macam,..apakah?! apesal tetiba nak meniaga nih? tanya punya tanya rupanya kat daycare ada sorang kawan dia jual nasi lemak. aku pun tak  pasti betul ke tak cerita yang ini. kata Amir, kawan dia bawak nasi lemak banyak2 kat daycare. pastu jual kat kekawan kat sekolah. hurmm, aku agak kawan dia tu jual nasi lemak kat sekolah agama la kot, takkan kat sekolah kebangsaan pulak kan. kawan dia ni kalau tak silap dengar la, darjah 3.

Amir pernah beli ke nasi lemak dia?
pernah.. harga singgit je ummi..
sedap ke?
sedap biasa-biasa je..
tak pedas ke ?
pedas tapi sikit-sikit je. Amir boleh tahan lagi la..
............................................
ummi ada tak kertas yang bungkus nasi lemak tu?
mana ada.. nape? Amir nak buat apa?
............................................ (tak jawab soklan aku)
ummi pandai tak lipat nasi dalam kertas bungkus tu? (pandai tak bungkus nasi lemak)
pandai.. nape nye ? Amir pon nak jual nasi lemak ke?
ha ah la ummi, Amir rasa macam nak jual nasi lemak macam kawan Amir tu je. mesti dapat duit banyak kan ummi?

hamboi hamboi anak aku! mata duitan rupanya... hahahha


ummi kan kerja. mana sempat nak buat nasi lemak lagi. nak jaga adik lagi. ummi balik rumah dah malam. bila nye nak masak nasi lemak? tak payah la Amir... lagipon kawan Amir kan dah jual.

alaa... boleh la ummi, Amir rasa sonok je kawan Amir jual. ramai orang datang beli kat dia. Amir suka la orang datang kat Amir ramai-ramai nak beli nasi lemak...

oooo... ye ke?
 .....................................................

......................................................
ummi masak la banyak-banyak masa malam, pastu mesti sempat. ...........

uishh... aku ingatkan topik dah tamat, rupanya dia dok cari jalan nakkkk jugak suh aku siapkan nasi lemak dia nak jual hahahhaha

ishh.. mana boleh gitu Mir, nanti basi. lagipon mana ada orang masak malam-malam nak makan esok. mesti kena masak pagi-pagi gelap-gelap tu. baru tak basi. kang orang beli nasi lemak Amir pastu sakit perut cemana? Amir nak kena tangkap ngan polis?

taknakkk .
.....................................................
macam tu ummi bangun la pukul 3pagi masak nasi lemak kat Amir. boleh la ummi...

hadoiiiii... tulun... tulun... bertekad betul la anak aku nih...

mana boleh gitu, ummi ni penattt. dah la adik asyikkk je bangun malam2 nak susu la, nangis la. Joe pon sama. selalu je nangis malam2. ummi selalu je tak cukup tido. macam ni mati la ummi...

.................................................  (pandang keluar tingkap keter)

hurmmm, kalau benda lain boleh? makanan yang ummi tak payah masak jam 3pagi. macam biskut yang macam biskut raya tu ke?

alaa... ummi ni... biskut tu orang taknak beli..

hurmm... gini la Amir.. kita tunggu adik besar sikit. nanti ummi pikir yea?

urm... (jawab sambil mata pandang keluar tingkap keter)


aku syak Amir ni dah terlalu eksaited tengok sambutan yang kawan dia terima, betapa lakunya perniagaan nasi lemak kawan dia tu. tak sangka Amir minat nak meniaga. bagus la camtu. tak pemalu. ada minat. tapi masalahnya aku takut pihak sekolah yg tak kasi je. sementara Amir tengah ada minat tu, rasa kesian la pulak kalau tak layan. tapi tu la kan. aku is fenattt. mana nak masak. mana nak layan anak. mana nak kemas rumah. mana nak rehat. dah la hari sabtu pon aku kije. Ahad je la pon kalau ada waktu nak relax-relax. tapi tak relax gak. kain baju nak kena basuh. lagipun hari Ahad tu je la kalau rasa nak peram tido lelama skit.

tapi akan ku pikirkan jugak cara nak dedahkan Amir secara lite-lite kebidang jual beli nih. tapi bukan la sekarang. nehi kabi nehiiii....


kita benti sini dulu. ada lagi citer sebenarnya, tapi aku dah nak kuar lunch jap lagi.

daaaaa *lambai-lambai tangan, lambai kat sapa pon tak tau la, macam la ada baca belog nih hihihihi tapi tak kira nak lambai gak... *