Friday 30 January 2015

Cerita Malam Tadi

cerita malam tadi.

balik kerja dah ambik anak-anak semua, sampai rumah terus rasa nak demam.
Rasa je nak demam. Demamnya takk. Mungkin sebab tengah period kot.

Ingat nak baring nak rehat jap. Tapi tak boleh. Nak kena masak pulak. 

Tadi ingat nak singgah pasar tani beli nasi ayam ke hapa. Tapi parking dekat susah nak dapat sebab kebetulan ada kilang sebelah pasar malam tu buat jualan gudang. Sebab tu parking full. Pasar tani pun Nampak crouded je. Hujan pulak rintik-rintih. So tak jadi singgah.

Pergi dapur bukak peti ais. Ayam je ada. Dengan terung sebiji. Pastu telur.
Dalam pada letih lesu tu masak la jugak. Demi anak.
Last-last jadik jugak ayam masak kicap, telur dadar dan terung bakar cicah budu.
 


 


 


Suap anak-anak makan.
Sekejapan je dah pukul 9malam. Tengok tv jap citer korea pinohcio. Best citer ni.
Pukul 10 malam terus K.O
Sungguh tak larat. Pagi ni kat ofis pun badan rasa tak best je. Kepala rasa berdenyut. Macam kena lilit dengan pita pelekat keliling kepala. Gitu.

sekian la update dikala mengantuk penangan ubat.
babai

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku

Monday 26 January 2015

Resepi Roti Bakar Mudah Dan Disukai Kanak-kanak

Especially anak-anak aku.

Caranya ialah :

sapukan beberapa keping roti dengan marjerin.
kemudian taburkan gula atas sapuan marjerin tu tadi.
then, bakar atas ceper.

sapu setiap keping roti dengan marjerin. sapu satu belah aje. satu belah lagi biarkan kosong




taburkan gula pada bahagian yang ada merjerin. gula akan melekat





bakar roti menggunakan cepet.

lebih kurang 3 minit kot. agak-agak garing, terbalikkan

ini lah hasilnya.

kasi zoom sikit


korang kan, kalau roti yang dah expired sehari dua tu, korang buang terus ke?
aku takkkk.
ntah la, rasa sedih je nak masukkan roti tu dalam tong sampah.
kalau belum berkulat tu aku selalunya tak buang. aku recycle. hehehe

caranya tulah.
bakar macam yang kat atas tu.

korang pun boleh la try ye.
sekian,

Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku.

Cara Bersihkan Lidah Lembu Sebelum Dimasak

Ni citer kat kampung hari tu.

ntah la dari mana datang selera nak makan lidah lembu. hahahaha... mengalahkan orang mengidam dah.

sebenarnya dah lama terasa-rasa nak masak lidah lembu ni. cuma masalahnya aku tak pandai nak cuci je. pernah dulu aku hampir membeli lidah lembu kat pasar malam BK4. masa dalam keter kat tempat parking tu aku call dulu kak yah tanya cara nak cuci dia, kak yah kata kena layur atas api (kira macam bakar la ni, cuma jauhkan sikit lidah tu dari api. layur sampai agak-agak hitam sikit pastu kikis buang kulit luar lidah tu. aku pikir ehh, macam lecehhhh je ni. lalu kensel plan nak masak lidah.

jadik, alang-alang aku kat kampung ni, cekgu-cuci-lidah pun ada kat sebelah je ni, mari kita prektis cuci lidah lembu.
aku beli seketul lidah lembu kat pasar Machang. tebiat aku tanya harga dulu. aku risik kat pakcik jual daging tu.
baru risik je. aku tanya " ni lidah lembu ni berapa sekilo?
pakcik tu tak jawab tapi terusss je ambik timbang pastu standby plastik nak isi lidah. terkelu lidah aku seketika.

lepas timbang dia cakap.."... ni kira RM25 je la.."
tak sempat aku nak tengok betul-betul berapa gram lidah tu. nak cakap tak jadi tak tergamak la pulak. soklan aku berapa RM sekilo pon takde jawapan. haishh la pokcik wehh.

beli je lah. kang tak beli kang kempunan. gerai jual daging lembu segar dalam pasar tu yang bukak hari tu hanya 2 kedai aje dan kebetulan kedudukan dua kedai tu berdepan antara satu sama lain. kang aku tak beli ngan pakcik tu kang, mesti la aku kena beli kat kedai depan dia. dah la masa sesi tanya harga tu penjual depan tu dah tentu-tentu dengar perbualan kami. takpe la, kali ni tak yah nak compare-compare sangat, beli je balik.

balik rumah, seperti yang kak yah ajar, lidah tu kena layur atas api. lepas tu kulit luar lidah menggelembung. pastu ambik pisau kisis sampai habis. refer gambar kat bawah ni.

 senangggg sangat.

lepas dah habis kikis, boleh basuh dan rebus.

aku potong lidah tu kepada 3 bahagian sebelum rebus. cepat sikit.

lepas dah empuk lidah tu, aku goreng kunyit.

menangis kesedapan..

aku sajes, korang buat lidah air asam. lagiiiiiiiiiiiiiii sedap.

sekian,

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.
 

Thursday 22 January 2015

Kisah Aku dan Banjir

Hari Selasa yang lepas yakni 30/12/2014, aku dan Ngah balik kelantan untuk ambik Amir dan Joe. Masa tu kan musim banjir lagi. tapi pada 30hb tu, jalan baruuu je nak surut air selepas lebih kurang seminggu jugak la jalan gua musang dinaiki air dan semua kenderaan kecik atau besar tak boleh lalu.

Elokkk je orang duk pakat update kat pesbuk kata jalan gua musang krai dah boleh lalu, jam-jam tu jugak Ngah suh peking kain baju selai dua kata nak bertolak dah subuh sok. padahal dah plan dah nak balik cuti tahun barunya tu. aku pun dah siap apply cuti untuk 2/1/15 tu. sekali berterabur semua plan.

Dan dan tu jugak wasap ofismate apply EL 2 hari (30/12/14 & 31/12/14). emergency katanya.
memang emergency sungguh. apa tak emergency nya hoiiii. suar dalam baru basuh pun banyak yang belom kering dek kerana hujan tetiap hariiiiii. nasib la ada dua tiga helai yang kurang senonoh ponn jadikkk la daripada takde langsung. kah kah kah.

Punca balik secara terburu-buru adelah gini.

Amir dan Joe kan kat kampung. memandangkan musim banjir yang sangat dasyat (boleh refer surat kabar, FB dan sebagainya, memang teruk banjir kali ni), hampir semua talian handphone takde line. walaupun kampung aku tak kena banjir, tapi terasa debaran dek kerana tak dapat berhubung dengan kuarga kat kampung. mula lah perasaan jadi tak tentu hala. pikir macam-macam. sebab banjir tahun ni ramai yang kata rumah dorang tak pernah naik air, tetiba tahun ni kena pindah. macam tak percaya je. tu la dia, rumah aku atas bukit. dan tak pernah kena banjir. tapi tetap risau sebab takde apa yang mustahilnya jika benda nak jadik. 

pastu ramai pulak dok komen kata banjir gelombang kedua dan ketiga bakal berlaku tak lama lagi. ada jugak yang siap post info dari jabatan meteorology la bagai. ada pulak yang post bersembang ngan kawan yang kononnya kawan dia tu staff kat jabatan dot dot. T_________T

walaupun aku tak percaya sangat, namun taknak jugak ambik risiko. kang tetiba betul benda yang dorang post tu habis laaaa. tak dapat nak ambik anak kat kampung nanti, sedangkan skolah dah nak start dah.

atas alasan tu la, Ngah nak jugak balik sementara jalan dah boleh lalu.

sepanjang perjalanan balik kampung, ohya, kami lalu jalan yang biasa kami lalu. KL - Bentong - Lipis - Gua Musang - K Krai.

dan Alhamdulillah, jalan BOLEH dilalui. cumanya jalan banyakkkkk rosak dek arus deras. banyak lubang-lubang. dan yang terpaling teruk adelah jalan tu sendiri runtuh. jalan dua hala. tapi sebelah aje boleh lalu. so kenderaan belah sana dan belah sini kena gilir-gilir lalu. ada la pergawai polis (kot) yang jadi tukang bagi giliran. jem dia tu hoiii.. toksah bayangkan. mau 3 jam jugak kami kena. sebaik lepas je jalan rosak tu, terus tenteram je perjalanan kami.

lagi satu, kebanyakan petrol station kat kawasan gua musang semuaaa takde minyak. habiss! nasib baik masuk je kuala krai minyak ada. kalau tak, terpaksa la kami berkereta tutup ekon. jimat minyak gitu.

sampai rumah dalam pukul 6.30pm. 12jam jugak la sebab bertolak pun lebih kurang 6.30pagi gitu.

sepanjang jalan, sempat la aku snap gambar. tapi tak berapa nampak sangat kesan banjir. kalau nak bagi nampak, kena stop dan turun keter baru gambar nampak kesan lumpur kot. ni beberapa keping aku tempek jugak la untuk kenangan diri sendiri.

Ni kat bandar Bentong. jambatan rosak tengah repair ni. jem kat sini dalam 40minit jugak

ni la jalan rosak yang makan masa 3 jam jugak menunggu nak melepasinya tu. jalan belah aku dari sini nak kesana ok je cuma jalan dari sana nak kesini tu runtuh. terpaksa bergilir-gilir guna satu lorong. ni kalau tak silap aku dah lebih ke daerah kuala krai dah ni. kalau perati gambar ni nampak kereta panjanggggggggggg sangat. 5km ada la kot berderet.
 

 
nampak tu baju tersangkut kat wayar letrik. masa banjir hari tu bangunan ni nampak bumbung je. ni balai polis lakloh








rumah ni asalnya kat tempat lain, tapi dek kerana dibawa arus deras, lending dia sampai kesini. tak mungkin tapak rumah ni kat sini-sini jugak sebab bawah tu lembah



lumpur ni esok-esok dah kering nanti merasa la sedut habuk pasni





deretan kedai ni sebenarnya

Dearah Machang ada jugak yang kena banjir, tapi kampung aku tak kena. antara yang kena banjir dan rumah ditenggelami air kalau yang dekat dengan kampung aku adalah Temangan. Temangan ni jauh jugak sebenarnya, ada la dalam dekat-dekat 10 km dari rumah aku, tapi ntah macamana cekal nya aku zaman kanak-kanak dulu, boleh tu kayuh basikal buruk pegi pasar malam. hahaha

 Temangan ni masa aku kecik kecikkkkk dulu, bukan dalam daerah Machang, sebaliknya Temangan tu sendiri adalah satu daerah. Daerah Temangan nama dia. kalau Machang, poskodnya 18500. Temangan pulak poskod dia 18400. masa dulu,  sekolah aku (Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh) adalah dibawah daerah Temangan sebenarnya. aku ingat lagi tu. darjah 1 kot aku masa tu.

Temangan ni menjadi maju ketika dulu adalah kerana keluaran biji besinya yang banyak. kemudian biji besi mula berkurangan dan kemajuan bandar Temangan ibarat terhenti. ntah la aku pun kecik lagi masa tu jadi tidak la aku mengambil berat sangat pun perihal sekeliling. almaklum la kanak-kanak lagi kan. yang aku tau, beberapa tahun lepas tu, alamat kat tugu batu sekolah aku telah ditukar daripada Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh, 18400 Temangan Kelantan menjadi Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh, 18500 Machang Kelantan. gituu.

Temangan ni tepi sungai besar, antara kawasan dalam daerah Machang yang teruk dilanda banjir. 
masa aku balik kampung hari tu, mek aku mintak dibawak ronda-ronda ke Temangan sebab dia nak tengok kawasan banjir. ye la kan, kat radio orang sibuk bercerita Temangan banjir teruk, Temangan banjir teruk. mek aku teringin nak tengok, tapi takde sapa nak bawak. jadi mintak aku bawak dia tengok kawasan. malu sebenarnya aku nak masuk kampung orang semata-mata nak nemgok aje. kalau nak nolong tu takpe jugak. ye la orang situ tengah susah hati harta benda dorang musnah, kita pulak masuk kampung dorang menengokkk. terasa malu la jugak wehh. tapi ku gagahkan jugak la. mek punya pasal.

kawasan yang kami pergi hanyalah kawasan yang kami selalu singgah ketika pergi Temangan. antaranya ialah pasar Temangan yang bersebelahan dengan tapak pasar malam. dan jugak jeti. aku la panggil jeti. jeti ni tempat perahu singgah ambik atau turunkan penumpang. antara penumpang adalah orang-orang Kampung Pasir Besar yang berada di seberang sungai tu. teruk jugak penangan banjir ni. ada beberapa gambar aku snap, so tepek kat sini la buat kenangan.

ni pandangan kearah tapak pasar malam dari tepi sungai, depan jeti
kasi zoom sikit

ni pulak pandangan ke arah sungai. jeti dah takde. belah kanan tu yang orang duk ramai-ramai berdiri tu adalah tapak rumah cina peraih getah. rumahnya dah takde.








Sekian dulu update dari aku.

Monday 5 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Salam tahun baru.
walaupun dah 5 haribulan, tapi hari ni adelah hari pertama aku kerja ditahun baru ni.

hujung tahun 2014 meninggalkan kita dengan cerita sedih. ye, bagi aku sedih la jugak. sebab kelantan terutama kuala krai, gua musang, beberapa kampung di machang dan tanah merah teruk dilanda banjir.
paling teruk kuala krai. memang nangis tengok gambar-gambar rumah yang ranap habis dek kerana air banjir. ada yang tinggal ruang dapurnya aje. ada yang tinggal tangga batu je. dan ada yang tinggal tiang rumah aje. rumah tak tau hanyut kat mana.

terpaling sedih bila tengok mangsa banjir warga mas. nampak tenang aje. termenung memandang kearah rumah dan kampung halaman yang selama ni mereka dari kecik, remaja hingga berumah tangga kat kampung tu, tup-tup dah nak akhir-akhir nyawa tetiba semua hilang dan berubah menjadi longgokan kayu kayan bersalut lumpur. but still muka nampak tenang dan masih boleh senyum. bila tanya, mereka jawab... "takpo la nok wat guano. mugo hok Dio belako.. mokcik redo jo la... " sambil tersenyum menyembunyikan kesedihan hati.

tu cerita banjir.
lagi satu dugaan besar adelah kisah kapal terbang milik Air Asia dari Indonesia menuju ke Sungapura yang hilang dan khabarnya ditemui terhempas di dasar lautan. kisah ni aku tak follow sangat sebab kisah banjir yang berlaku lebih mendapat perhatian aku.

tu la kisah sedih menutup tahun 2014.

semoga tahun 2015 ni bakal memberi lebih kebaikan. Amin