Wednesday 30 November 2016

Sistem Kedai Mamak Kat Rumah Aku vs Sistem Restoran Pizza Tempat Aku Kerja Dulu

pagi ni punya cerita.

Ammar anak aku yg bonsgu tu ajak breakfast roti canai kat kedai mamak yang biasa kami makan. oleh kerana masih awal lagi, aku pon ok je la.
order roti telur untuk ammar. roti kosong untuk aku. dan segelas teh tarik.

kat sebelah aku ada seorang lelaki india duduk sorang diri. nampak macam lelaki kaya la dari segi pemakaian dia tu. mungkin golongan bisnessman kot. tak pun yang berkerjaya profesional la gamaknya. masa aku sampai tu dia dah ada duduk situ. so aku fikir dia tunggu makanan dia sampai la kot.

pastu roti canai aku pun sampai. hat lelaki india tu belum sampai lagi.
tengah aku makan tu, tetiba aku dengar dia panggil pekerja restoran tu. kedengaran macam sedang komplen something dalam bahasa tamil. pastu ada la lelaki india dua orang sebelah dia tu pandang-pandang. aku yang tak faham apa-apa ni pun pandang jugak lah sebab kelihatan ada arguement kat situ kan. rupanya dah lama lelaki india tu duduk. dia panggil pekerja india tu untuk ambik pasanan, tapi pekerja tu cakap tunggu tunggu. kot la kan. pastu tunggu punya tunggu, aku yang sampai lepas dia, dapat makan dulu.
rupanya takda orang serve lelaki tu tadi, hingga la dia panggil dan komplen. last-last lelaki tu bangun dan blah dari kedai. kesian kat dia tungggu punya tunggu takde orang nak ambik order dia.

beberapa minggu dulu aku pernah jugak tengok sendiri seorang pakcik cina marah pada pekerja mamak tu sebab takda sapa ambik order dia padahal dah lama dia tunggu kat meja. orang yang lagi kemudian dari dia cepat je dapat makanan. mahu tak amukan.
takde sistem ke kedai mamak ni.

aku dulu pernah kerja di fastfood restoran masa tahun akhir belajar kat UPM.
kerja di restoran Shakey Pizza kat Mines Shopping Fair. sekarang dah takde dah Shakey Pizza. tutup terus dah.
kat restoran pizza tu, staff dibahagikan kepada 2 team. satu team panggil kitchen team. satu team lagi panggil service team.
semua kitchen team memang kerja kat bahagian dapur je. dorang ni la yang masak pizza, sediakan salad, cuci pinggan mangkuk dan lain-lain tugas yang berkisar dalam bahagian dapur je.

yang tukang buat pizza hanya perlu buat pizza je. kalau misalnya keju untuk tabur atas pizza tu habis, dia la jugak yang akan masuk ke bilik freezer untuk ambik keju tu. staff lain tak campur. staf yang cuci pinggan mangkuk, tugas dia cuci pinggan mangkuk aje, dia takkan buat pizza. sebab bahagian dapur tu pulak ada partition dia. dapur belakang tempat cuci pinggan, tempat sediakan salad, sediakan soup-of-the-day macam tu. dapur depan pulak untuk buat pizza, goreng ayam semua tu. kiranya ada aturan jugaklah.
staff dapur takkan keluar ambik order, walaupun customer ramai keterlaluan.
service team pulak kerjanya ambik order, clearkan meja makan selepas customer beredar, lap-lapkan tempat-tempat tumpah yang ditinggalkan oleh pelanggan dan segala yang berkisar kat ruang makan.

ohye, satu lagi yang tak masuk dalam team dapur dan service team ni tadi, adelah cashier. dia hanya tunggu kaunter je. selain itu, cashier akan dibantu olah seorang staff service untuk tolong dia kat dalam bahagian kaunter sahaja. contohnya sediakan minuman, ais krim, float, brownies, dan perkara-perkara yang hanya ada berkisar dalam sudut kaunter tu aje.

aku pulak kerja kat bahagiam service.

service team dibahagi-bahagikan kepada beberapa section.
kat restoran pizza tu manager bahagikan kepada 3 section. section yang duduk dalam kawasan berhampiran cashier kaunter, dipanggil section A. section yang kat luar dari kaunter tu pulak, belah kiri dipanggil section B dan belah kanan dipanggil section C.
apa tujuan pecahkan bahagian-bahagian?

ok.
kat situ banyak jugak kes makan pastu blah tak bayar. tak kira bangsa apa pun, banyak kes aku jumpa jenis order, makan, pastu blah. sudahnya, semua service staff yang kerja pada hari tu terpaksa kongi kos tu dan bayar. gila kan?

pastu pulak kebaikannya apabila pecahkan section-section ni ialah, bila customer ramai (especilly weekend dan public holiday), kau masih mampu kawal keadaan.

contoh aku kalau kena jaga section C. aku hanya pantau bahagian C aku saja. bila takda customer, aku lap meja, susun kerusi, lap kerusi, susun sudu garfu dan seumpamanya. bila customer dah habis makan, aku kutip semua pinggan mangkuk bawah kedalam. aku akan perhatikan customer sebaik saja bangun lepas makan, yang dia betul-betul menuju ke kaunter untuk buat bayaran. kalau dia tak bayar, aku akan berlari cuit dia dengan senyuman suruh bayar.
semua tu hanya kat section C aje. section lain, ada staff lain yang bertanggjawab.

pernah berlaku pasangan arab (kot) yang mana semua pompuan berjubah hitam siap berniqab bagai, lepas makan terus selamba buat-buat bodoh je jalan keluar. cepat je aku lari ke arah dorang dan minta mereka bayar. terus muka macam 'owh sorry..' kemain pandai lakonan masing-masing lepas dah kantoi.

walaupun ditetapkan bahagian masing-masing, tetap la kita tolong menolong jika kita nampak section kawan kita sibuk kan. tu biasa la.
cumanya point kat sini, kalau la kedai mamak tadi tu pun laksanakan sistem section ni, pasti takde masalah pelanggan menunggu setengah jam pon belum ambik order.

kau jaga section kau aje.
jika ada customer kat section kau masuk, kau ambik order. kau pastikan dia dapat apa yang dia order. pastu pastikan dia bayar lepas makan. lepas customer tu dah blah, kau bersihkan meja tu tadi. kan senang?

ok la aku nak stop dulu.

cuaca kat luar ni mendung je dari pagi tadi.

GreenAard Garcinia Plus RM90 sebotol. aku jual. sape nak beli sila WA 012-9311015. bagus ni untuk kuruskan badan tak perlu diet beria.
kes ni sama bebijik macam kes aku. pagi petang siang malam makan. tapi sebab ambik GreenAardGCPlus ni setiap hari membuang. kira takde la asal makan je jadi lemak, makan je jadi lemak. ada kitaran gituu.
nak cuba tak?
Wasap aku 012-9311015 ye.



yg baik dari Allah
yg buruk dari Aku


Monday 28 November 2016

Dah Start Cuti Sekolah Akhir Tahun 2016

hari ni dah start cuti skolah.
last skolah pada 25/11/2016 jumaat.

Amir mintak nak balik kelantan.
masalahnya dia taknak Joe ikut balik. dia nak balik sorang.
kang kalau Joe tak ikut balik, takkan nak tinggal Joe sorang kat daycare.
Joe tentu-tentu tak mahunya.
aku pun susah juga kalau hantar Amir sorang ke kelantan, pastu Joe tinggalkan kat daycare.
bukan apa. kalau dedua tu balik kampung, senang sikit abah dia tak perlu terkejar-kejar hantar dorang ke daycare. tinggal aku je siapkan Ammar bawak ke taska.
dah kalau amir je kat kampung, dah tentu abah dia kena jugak pepagi merempit ke daycare hantar joe.
dah la joe takde kawan, maksud aku abang dia takde, lagi leceh hokey kalau tetiba pagi-pagi dia buat perangai taknak gi daycare ke, kawan dia balik kampung ke misalnya.
senang aku cakap, kalau nak balik kampung sangat, balik dua-dua. kalau tak, sorang pun takyah balik. semua duduk je rumah tengok je tv sampai lebam.

kalau dua-dua duduk je kat rumah, masalah lain pulak timbul.
Ammar kalau nampak abang dia duduk rumah, dah tentu-tentu dia pun taknak pergi taska. mesti dia pun nak lepak kat rumah aje. sedangkan dia tu kecik lagi. kuat gaduh pulak tu.
pernah jugak la aku test tinggalkan dorang tiga beradik kat rumah. setakat ni ok je. biasanya aku tinggalkan hari sabtu la. kerja halfday aje. so setakat ni sangat ok.
mentang-mentang dorang bertiga je kat rumah, takde pulak bergaduh sangat. semua pon perangai baik je belaka. mungkin tiga-tiga tu jenis penakut kot. tu yang memasing pon baik je hahaha

psiko jugak kot. aku perasan sangat. kalau aku dengan ngah ada kat rumah, setiap minit mesti berlaku insiden pergaduhan hokey. mula-mula pandang-pandang. pastu ejek-ejek. yang besar kena marah, yang kecik menganjing. yang besar pon sakit hati lalu dicubitnya yang kecik. pastu yang kecik meraung kasi tarik perhatian. lalu yang besar jadi cuak takut kena sedas lagi. hadoiii tak larat aku la.

tapikan, bila masing-masing bergantung pada satu sama lain, tahu pula bawak diri.
si adik nak berak, si abang boleh pulak tolong bukak lampu bilik air. si adik siap berak, si abang tau pulak tolong hulurkan paip air. kalu aku dengan ngah ada kat rumah, hoi semua pun berat bontot nak tolong bukak lampu bilik air.

dah makin besar ni, aku nampak amir dah kurang sikit mangacau adik dia. sekarang ni Joe dengan Ammar je la selalu gaduh.

ni cuti skolah ni, pagi tadi amir dengan joe cakap dorang nak main ngan kawan-kawan kat daycare. so abah nya pun hantar je la.
Ammar pulak aku hantar ke taska. pagi tadi nangis taknak pergi taska. tapi aku buat-buat garang. taknak pergi taska takpe, duduk rumah ni dengan kak limah. terus aku blah pura-pura nak tinggalkan dia sorang. kelibut dia sambil meraung-raung hahaha.

kak yah pun dah banyak kali tanya amir taknak balik kampung ke. kak yah aku sekarang ni meniaga ayam goreng yang cucuk-cucuk tu depan skolah. laku sampai tak menang tangan weh.
tu yang kak yah teruja ajak amir balik tolong-tolong dia. aku ok je. lagi aku suka kalau amir didedahkan dengan aktiviti menjual ni. biar takde perangai malu tak bertempat. latih dia sifat yakin diri.
kak yah nak ajar amir jual air batu. amir seronok bila aku cakap kak yah nak upah dia meniaga. cumanya tu la. kalau joe pun ikut balik, takut tak terkawal pulak. joe ni dia lain sikit. degil tak mahu dengar cakap. kalau orang cakap balik makan nasi, dia mana hirau. tu yang kak yah lebih suka amir balik sorang tu. ye la aku faham jugak. kakak aku tu meniaga. mana la di sempat nak pergi intai mana joe main. kalau amir tu ok la dah besar. lebih cerdik. dengar kata.

haishh... tengok la nanti. aku kalau boleh biarlah dua beradik tu bersama.
kalau balik kampung. biar dua-dua balik. kalau sorang je balik, baik tak payah lah.
apa pon, nanti la bincang lagi dengan ngah.

nak sambung kerja ni
nanti free aku update lagi.

selalu je free sebenarnya.
aku je malas huhu

















gambar semalam, Ahad 27/11/2016.
bawak budak-budak ni tengok wayang citer Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.


eh, nak bagitau lagi sekali, aku jual GreenAard Garcinia Plus ye. ianya sejenis kapsul telan untuk tujuan mengurangkan berat bada ntanpa perlu menahan lapar. sebotol RM90. yang berminat boleh wasap aku 012-9311015

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku



Thursday 17 November 2016

Susah Berak, Berdarah atau Luka Ketika Berak Sehingga Tempat Berak tu Terkeluar Sikit.

tengok tajuk tu kemain panjang kan.
sapa pernah atau sedang laluinya?
siapa nak mengaku kan?
malu oi kalau orang lain tahu.

aku pernah melalui masalah ni. sekarang Alhamdulillah. 
aku tak tau apa nama penyakit ni. nak panggil penyakit ke hape.

kisah aku, bermula lepas beranak sebenarnya.
mula-mula kena, masa tu Amir pun baru pandai bertatih kot kalau tak silap. 

alkisahnya aku susah berak. berak hanya 2 atau 3 hari sekali. memang la bila jarang berak, taik adelah keras. pastu aku ni jenis, bila rasa nak berak tu ada sikit-sikit, lalu aku macam paksa supaya berak. bila paksa, memang memberi tekanan pada saluran berak. dan lama dalam tandas. 

satu hari tu luka kat kawasan berak tu. aku lek-lek lagi, tapi bila nak berak kali berikutnya, alamakkk.. seksa giler weh. pedih tu hanya mampu ketap bibir. 
ko bayangkan. tempat tu luka. luka baru nak kering. tiba-tiba luka tu berdarah balik. faham kan maksud aku?
hahaha tak faham kalu, wasap tepi ye.

masa tu aku kerja kat SS15 subang jaya.
takut punya pasal, aku gi klinik panel.
doktor bagi satu jenis ubat untuk aku masukkan kat bontot supaya taik jadi lembut. seram jugak la. lagi beberapa ubat untuk sembuhkan dalaman. antibiotik segala.
pastu dah baik tak berlaku lagi.

lepas tu kes sama berulang.
lepas aku beranakkan anak ketiga ni.
bila pikir-pikir balik, mungkin ada kena mengena dengan faktor umur kot. kot la kan.

masa mula-mula kena kali kedua ni, macam yang pertama jugak la, puncanya sebab susah berak. bila berak, luka. pastu yang lagi aku takut ialah, bila tempat berak tu ada terkeluar sikit. tapi beberapa hari kemudian, isi yang keluar tu akan masuk balik secara sendirinya. 
lalu aku pun gugel pasal kes ni. baca pasal isi usus terkeluar tu kan, ada kes serius yang isi nya keluar tak masuk balik dah. hingga satu tahap kena operate buang.
OMG aku is ketakutan.

nasib aku agak baik. aku try ambik GreenAard GC Plus dan Alhamdulillah ianya membantu. aku memang follow blog kak D. bila aku rasa GreenAard ni membantu melawaskan berak, aku pun try la. tak silap aku, aku beli botol pertama pada bulan Julai 2016. entah la ingat-ingat lupa. tapi yang pasti, aku beli masa kak D bukak booth kat shah alam. dapat la harga booth.

aku memang ikut betul-betul panduan yang kak D bagitau dalam blog dia.

mula-mula try, aku telan 2 biji je dulu. aku telan bersama air suam. hari pertama tak berlaku apa-apa lagi. 
hari kedua, aku telan 4 biji sebab aku rasa 4 biji lebih berkesan bagi beginer seperti aku. hari kedua pun takde apa-apa berlaku. 
hari ketiga, aku telan 4 biji jugak. aku telan dalam pukul 7 pagi kat rumah sebelum keluar pergi kerja. pukul 10pagi camtu, perut memulas mintak jamban. dua tiga kali jugaklah aku ulang alik ke tandas. 
peliknya dia tak macam kita cirit birit tau. kita kalau cirit birit kan biasa keluar cair sangat tu kan. belum sempat nak seting bontot kat jamban pon dia keluar tak menyempat-nyempat. kadang tu nak kentut pun risau takut benda lain yg keluar hahaha. 
tapi bila berak akibat pengambilan GreenAard GC Plus ni, dia macam keluar berak normal tu, tapi cair sikit. nak alami sendiri, kena beli sebotol. baru tau beza cirit dengan hasil GreenAardGC Plus.

lepas habis sebotol, berat badan aku turun dalam 4 kg. dari 64kg jadi 60kg.
aku tak perasan sebenarnya sebab aku ni sejujurnya bukan la kategori orang yang mempunyai berat badan berlebihan. berat badan aku jatuh kategori ideal je. cuma punca nak try GreenAard GC Plus ni sabit nak lawaskan berak dan tingkatkan metabolisma je.

cuma satu je yang aku kurang berkenan bila berat badan bertambah. lemak badan aku ni suka berkumpul kat lengan bahu dan perut. perut tu ok lagi boleh cover dengan korset ke apa. lagipun aku biasa pakai baju kurung pergi kerja. yang aku tak suka, pakai baju kurung pun boleh nampak jugak berapa bulatnya lengan bahu aku. sejak akhir-akhir ni lengan nampak slim pulak haha. 

sekarang ni dah laki aku pun dah jadi pengguna GreenAard GC Plus. 

siapa nak beli, boleh Wassap aku ye. aku guna, berkesan dan aku jual.

boleh Wasap aku 012-9311015

harga sebotol RM90. FREE POSTAGE


jom layan gambar pengguna GreenAard GC Plus.








aku rasa lengan bahu aku macam akak yang pakai baju hitam  ni la kot. sekarang Alhamdulillah dah kecik hehe




akak ni berat badan dia tak turun lepas bersalin. malah makin membesar. lepas guna GreenAard berat badan macam belum kawin.


saja tayang gambar testimoni buat bakar line korang haha.

nak cuba wasap ye 012-9311015

sekian
Yg baik dari Allah 
Yg buruk dari Aku







Wednesday 16 November 2016

Mek Ada Kat Rumah Aku

dah lama giler aku menyepi dari meng-update blog
padahal hari-hari pun ada je depan PC.

ada je cerita kalau rajin nak tulis. cuma tu la. aku ni kalau mengarang, kang sat lagi ada call masuk, pastu kena issue PO pastu baru nak sambung balik menaip kat blog, sungguh, memang sentiasa terjadi. sudahnya banyak entry aku duk diammm je kat dalam draff. takdenya aku sambung sampai habis. akhirnya aku delete. mood nak bercerita tentang perkara yang aku taip mula-mula tu dah hilang terus.
begitu la.

hari ni punya cerita takde sangat.
mek aku dari kelantan ada sampai pukul 1.30pagi tadi. datang dengan aku aku Jani.
elok sangat la. anak sulung aku si Amir tu demam dah masuk 3 hari. sejak demam memang duduk kat rumah je. nasib baik dah lepas musim periksa. ni mek ada ni mujur sangat la. boleh teman adik beradik tu kat rumah.
mek tak datang pun amir duduk jugak kat rumah. cuma bila ada orang tua teman tu lagi aku rasa selamat. suka la dorang.

datang semata-mata nak teman anak aku ke?
ehh, takkkk.
kisahnya jani datang bawak keropok lekor dari kelantan. datang bukak bonet meniaga kat taman perumahan aku ni. laku keras oii. aku pun tak sangka sangat.
tapi memang sedap pun keropok lekor tu.
mengikut kata jani, pakcik tokey keropok lekor tu ialah supplier kebanyakan keropok lekor yang dijual di pasar besar siti khadijah.
jadi kalau korang beli keropok lekor kat pasar siti khadijah tu, kemungkinan besar datangnya dari kedai pakcik tokey ni.
takde pulak gambar kepok lekor tu. kalau tak, boleh tepek sini buat kenangan.

ok la.
aku ni sebenarnya tengah tunggu quotation metal door frame.
satu supplier ni nak fax, tapi malangnya line fax office aku bengong pulak.
tu yang terbukak blog huhu.

babai dulu
ada masa kang sambung balik

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku
tayang muka tuan tanah setelah sekian lama menyepi hihi