Friday 31 October 2014

Pengalaman ibadah korban 5/10/2014 @ 10 Zulhijjah 1435H


selfie

Saiz lembu korban tahun ni bagi aku sedang molek. tak kurus, tak gemuk.. dan kelihatan sihat juga. Alhamdulillah

Sup gear box dan daging goreng kunyit daripada bahagian daging korban

menikmati juadah daging korban secara berjemaah :)

Oleh kerana last minute plan, mendapat la aku bahagian korban dengan ahli yang aku tak biasa sangat. bukan tak kenal. kenal. kebanyakan dorang dari kampung sebelah. akuu je sorang sesat masuk kumpulan dorang.

aktiviti sembelih lembu korban dilakukan berdekatan skolah agama. sekolah ni dah kira bukan kampung aku dah, tapi dekat jugak dengan rumah aku, walking distance aje. kawasan rumah aku tu dah kira hampir dengan sempadan kampung sebelah.

tukang sembelih adalah ustaz azhari. beliau ni cikgu mengajar pendidikan islam masa aku darjah 3 dan darjah 3 dulu. sekarang dah pencen,

setelah lembu disembelih, ustaz azhari beredar ke tempat sembelihan lain pula, dan lembu tadi dilapah oleh beberapa pemuda tukang lapah yang telah dipilih oleh pemilik lembu (tuan punya lembu, sebelum dibayar oleh kami si peng-korban)

ada sedikit ke-ralat-an yang buatkan aku terkilan semasa urusan pengagihan daging korban.
ada ke patut, tukang lapah (yang kononnya dia ketua la di kalangan pelapah-pepalah ni) tanpa rasa segan mintak kaki dan ekor lembu untuk dikira sedekah aje kepada mereka. kononnya mereka tak larat dah nak potong tulang kaki maka mintak tinggalkan untuk dorang pakat-pakat kongsi sebagai upah.
aku macam.. err... boleh ke gitu? setahu aku tidak dibenarkan oleh Nabi SAW untuk memberi apa-apa bahagian daging korban kepada tukang lapah sebagai upah kerana ianya dah terjatuh hukum jual beli. kau kerahkan tenaga kau, aku bayar dengan sedikit daging. daging bahagian yang kau palingg suka pulak tu. eh, mana boleh. Astagfirullah...

ada sorang mamat ni.kira aku namakan dia sudin lah untuk entry ni. dia ni kopiah jangan tinggal atas kepala. dia ni bukan orang lain pon, bini dia sepupu aku jugak. sepupu aku ni pulak jenis suka cakap besar. dan suka tokok tambah cerita. dan kadang kala cerita dia to bohongan aje. sekadar nak up up konon dia hebat la. gitu. laki dia pun lebih kurang perangai. suka lekah-lekahkan orang. perangai dia ni, anak beranak je paham, orang luar mungkin tak tau sangat, ye la, dia ni kalau orang tu orang kaya, atau orang alim, atau orang pakai keter besau-besau, dia punya bahasa tu elokk je. cer kalau penduduk situ yang rumah ala kadar tambah anak ramai yang depan rumah banyak taik lembu almaklum pengembala lembu... hoi bahasa tu takde de dia nak jaga. sebab tu ramai dikalangan kami stok-stok biasa-biasa ni tak berapa nak mesra sangat dengan dia.

sudin ni salah seorang tukang lapah. dia ni la yang tak berapa nak malu tak berapa nak segan mintak ditinggalkan kaki, ekor dan perut lembu sebagai habuan tukang-tukang pelapah. buat malu je kat kopiah atas kepala.

nasib baik la ada salah seorang yang ambik bahagian korban tu cakap bahagian dia, dia nak. lalu aku menyampuk,bahagian aku, aku pun nak jugak. biar lah. at least, aku yang baru tau hukum pemberian daging korban sebagai tidak boleh ni, mampu cegah perkara ni daripada berlaku. walaupun aku sebenarnya cuak takut-takut dikatakan kedekut atau berkira. lantaklah korang nak pikir apa, yg penting aku tau aku betul.

balik rumah aku citer kat kak yah dan abe di. geleng pale dorang dengor.

haishh...

kadang aku terpikir.
dorang ni stok-stok pengikut kuat tuan guru nik aziz. nik aziz tu memang ikut sunnah Nabi. dan korang ni pulak patutnya ikut la jugak. takkan zahiriah aje nak perjuangkan agama. lahiriah pun kena ikut sama. aku rasa stok-stok macam ni kalau dapat pangkat ke harta ke, agaknya serupa je dengan ahli politik yang dorang dok kutuk-kutukkan selama ni,. dua kali lima.

wallahualam..


sekian bebelan dari aku.

yang baik dari Allah
yang buruk dari Aku

Tuesday 21 October 2014

Harga bahagian korban lembu Raya Haji 2014

Bismillahirrahmanrrahim..

Raya korban tempoh hari, Alhamdulillah aku pun turut ambik satu bahagian daripada seekor lembu. harga sebahagian adelah RM480.00. tujuan tulis harga kat belog adelah semata-mata untuk rekod aku sahaja. sebab aku ni adelah pelupa. jadi bila dah tahun depan kalau nak ingat balik sebagai panduan, at least aku buleh bukak balik belog ni dan baca balik dan ingat balik. gittew. eh eh, motif nak explain bagai? huhu..

plan adelah last minit.
pada asalinya ada jugak la rasa nak ambik bahagian korban tahun ni, cumanya perasaan tu tak kuat. tak bertekad sangat. memandangkan aku banyak keluar duit sebab beli rumah flat lelong yang sampai sekarang belum setel-setel lagi, jadi duit tu macam air hujan je keluarnya. bayar lawyer la, bayar tunggakan kat MBPJ la, bayar tunggakan utiliti la, bla bla bla.. oleh kerana itu la perasaan nak berkorban tu rasa terbantut-bantut. konon aku macam takde duit dah. gituu..

hinggalah bila aku layan fesbuk dan ternampak salah seorang fren share satu status lebih kurang maksud dia gini...

"duit yang ada pada kita tu belum tentu milik kita, yang benar-benar milik kita adalah yang kita sedekahkan atau belanjakan ke jalan Allah" begitu la lebih kurang. kalau tak silap dorang share status Ustaz Kazim Elias.

pastu ada beberapa lagi status-status yang agak membakar semangat untuk memaksa diri kearah Nya.

lalu tak tau dari mana datang satu perasaan halus bisik kat hati aku. kata aku ni layak berkorban. kenapa taknak buat?
selalu bagi alasan kat diri sendiri duit takde, duit tak cukup. takpe la kita korban tahun depan. then tahun depannya tu pun sama. extend lagi tahun depan. T________T

kalau tunggu duit cukup ntah bila la ada istilah cukup nya tu.

sungguh weyh.

aku bukan orang baik alim ustajah ke hapa. tapi aku cuba pergi ke arah itu. cuba paksa diri perbaiki mana yang berlobang-lobang tu. benda ni kalau tak paksa memang payah.

dan lagi beberapa minggu nak cuti balik kampung aku di kelantan nak raya haji, aku call kak yah mintak carikan satu bahagian untuk korban. terkezut kak yah cakap mana la nak dapat lagi dah masa semput cenggini. kak yah kata beberapa bulan dulu ada sepupu aku (aku panggil Nah) datang rumah kak yah cakap dia nak sembelih lembu dia buat korban dan dia tanya la kak yah kot-kot nak ambik satu bahagian, Nah cakap dia tanya kak yah dulu dan yang dekat-dekat dengan rumah senang sikit kalau semua ketujuh-tujuh bahagian tu kalau rumah berdekatan. dah kak yah aku tak sangka aku nak maka dia tolak la pelawaan Nah tu.

tak pe la aku cakap. kalau ada tu ada la. kalau takde apa nak buat. tup tup dapat satu bahagian untuk aku. geng dengan orang yang aku tak kenal sangat. takpe la kot-kot mana pun. asalkan hasrat tercapai.

beberapa minggu sebelum balik kampung jugak, aku terjumpa lagi satu status oleh DrMAZA.com yang di share oleh salah seorang fren. ada aku copy paste di entry sebelum ni.

ok aku nak benti sini dulu. ada masa aku update pengalaman tak berapa happy masa proses penyembelihan lembu korban.

sekian.

yg baik dari ALLAH
yg buruk dari AKU


Daging Korban TIDAK BOLEH diagihkan kepada tukang sembelih binatang korban dan tukang-tukang lapah daging korban jika pemberian itu adalah sebagai 'tanda terima kasih' atau bahasa mudah 'upah' keatas bantuan itu. Hukumnya HARAM.

Ini bagi aku adalah ilmu. seriously aku pun baruuu je tau pasal ni beberapa minggu sebelum Raya Haji 5/10/2014 yang lalu. dan aku sangat bersyukur atas tersebarnya info ni dan disebabkan itu lah maka aku dapat tau yang daging korban TIDAK BOLEH diagihkan kapada ahli penyembelih binatang korban dan tukang-tukang lapah daging korban berkenaan.

disebabkan aku tak pandai link sumber ilmu ni, maka aku copy paste dari facebook DrMAZA.com. kredit kepada beliau sangat2. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"BOLEHKAH KORBAN JANGAN JADI UPAH PENYEMBELIH?
Soalan: Menjadi amalan sesetengah masyarakat memberikan sebahagian dari daging korban kepada pihak yang menguruskan terutama penyembelih dan pelapah. Ada yang kata tidak dibolehkan, betulkah begitu? Mengapa?
Jawapan: Ya, menjelang musim hariraya korban, maka mungkin beberapa peringatan patut diulangi agar amalan korban kita benar-benar memenuhi tuntutan syarak. Antaranya,
1. Daging korban tidak boleh dijual oleh pembuat korban, sama ada dengan cara tukaran wang atau tukaran tenaga kerja. Apa sahaja transaksi yang membawa erti ‘menjual binatang yang telah dikorbankan’ samada dengan tukaran duit atau tenaga atau selainnya, adalah dilarang.
Para fuqaha (sarjana fekah) telah bersependapat bahawa adalah haram hukumnya daging sembelihan korban (al-adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam Bidayah al-Mujtahid: “Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging korban” (1/703, Beirut: Dar al-Khair)
2. Secara umumnya menjual daging korban oleh pembuat korban itu dilarang ini telah diketahui oleh kebanyakan kita. Namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja.
3. Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ، وَأَنْ يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا، لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلاَلَهَا، وَلاَ يُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا شَيْئًا
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku membahagikan kesemuanya; daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari Muslim).
Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali:
نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا
“Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.
4. Ya, walaupun hadis di atas berkaitan dengan sembelihan haji namun sama juga hukumnya dalam masalah korban. Apa yang penting ialah larangan menjadikan sembelihan yang disembelih bagi melaksanakan suatu tuntutan ibadat sebagai bahan jual beli, iaitu membeli tenaga kerja dengan bayaran daging sembelihan korban atau al-hadi (sembelihan haji).
5. Ini telah dijelaskan oleh al-Imam as-Son`ani dalam Subulus as-Salam, katanya: “Hadis ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binatang korban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan disebabkan kedudukannya sebagai upah. Hukum sembelihan korban sama juga dengan hukum sembelih haji dimana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya. (4/148. Beirut: Dar al-Ma’rifah)
6. Dengan hadis di atas jelas bahawa dilarang sesiapa yang melakukan korban memberikan daging atau apa-apa bahagian yang boleh dimanfaatkan dari binatang korban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah, seperti memberi daging atau kulit atau apa yang ada dibelakang binatang tersebut seperti pelana dan lain-lainnya. Sehingga al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengkritik pendapat Hasan al-Basri yang membenarkan diberikan kulit kepada penyembelih atau pelapah. Al-Imam an-Nawawi terus mengulas ringkas pendapat ini dengan katanya: “Pendapat ini telah memcampakkan (membelakangi) sunnah” (9/435 Beirut: Dar al-Khair)
7. Ketika mengulas Saidina Ali bin Abi Talib di atas, al-Imam al-Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435).
Maksud al-Nawawi ialah dengan perbuatan ini bererti kita telah menjual daging korban sebagai tukaran dengan khidmat penyembelihan.
8. Al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu’ sekali lagi menegaskan pendirian al-Mazhab al-Syafi`, katanya: “Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual. Samada ia korban nazar atau sunat. Ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih ..”(8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)
9. Kata al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`i di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar: “Tidak boleh dijadikan bahagian dari korban itu sebagai upah untuk penyembelih walaupun korban itu adalah korban sunat.( m.s 149. Beirut: Dar So`ab)
10. Kata al-Syeikh Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris dalam kitabnya Ahkam al-Zabaih fi al-Islam: “Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang melakukan korban memberi walaupun sedikit bahagian korban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan atau melapah.( m.s. 143. Jordan: Maktabah al-Manar)
11. Seperti yang ditegaskan tadi bahawa termasuk dalam larangan ini ialah memberikan bahagian korban kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan korban atas dasar upah atau kerja yang dilakukannya
12. Mungkin akan timbul persoalan apakah para petugas sembelihan tidak memperolehi apa-apa ganjaran dari kerja yang mereka lakukan? Kita perlu jelas bahawa hadis-hadis tersebut bukan melarang memberikan upah kepada para peneyembelih atau pelapah. Larangan dalam hadis-hadis berkenaan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Adapun jika upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban maka itu adalah tidak termasuk dalam larangan, bahkan adalah sepatut kerja dan tenaga seseorang itu dibayar upah. Sebab itu dalam riwayat tambahan al-Imam Muslim yang disebutkan tadi, Saidina Ali menyebut: “Kami memberikan kepada penyembelih atau pelapah dari harta kami sendiri”. Ertinya mereka akan tetap mendapat ganjaran dari hasil kerja mereka melalui upah yang beri dari wang atau sebagainya tetapi bukan upah itu tidak diambil dari bahagian korban.
13. Setelah melihat penjelasan ringkas ini maka perlulah kita sedari kalaulah amalan ini diteruskan iaitu mengambil mana-mana bahagian dari binatang korban yang disembelih samada daging, kulit atau sebagai upah bererti kita telah merosak pahala korban yang dijanji. Kata Mustafa al-Khin dan Mustafa al-Bugha dalam Al-Fiqh al-Manhaji ketika menjelas fiqh korban di dalam mazhab al-Syafi`i: “Tidak boleh untuk sesiapa yang melakukan korban itu menjual atau memberinya kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ini mengurangkan apa yang dikorbankan dan merosakkannya”.( 1/235. Ctk. Dar al-Qalam, Damsyik.)
14. Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dari bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya. Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan korban. Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: “Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikorban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa“. (3/633. Damsyik: Dar al-Fikr)
Ertinya, ini seperti memberikan kepada penyembelih sebab kemiskinan atau persahabatan yang sekirannya tanpa kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan. Dalam contoh yang lain, diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas upah mereka dalam bentuk wang umpamanya, kemudian ketika dibahagi-bahagikan daging kepada orangramai maka turut diberikan kepada penyembelih atau pelapah atas dasar pemberian biasa, setelah mereka memperolehi upah yang sebenar dalam bentuk wang. Perkara seperti ini tentulah dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian korban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi.
15. Kata as-Syaukani dalam Nail al-Autar bahawa diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah dan al-Baghawi bahawa dibolehkan memberi bahagian korban kepada penyembelih jika dia adalah seorang yang fakir dan setelah diberi kepadanya upah yang lain (selain dari bahagian korban). ( 5/221. Beirut: Dar al-Jil)
16. Apa yang dikehendaki dari keterangan di atas, agar bahagian yang diperolehi oleh penyembelih atau pelapah atau petugas itu tidak disebabkan oleh kerja yang dilakukannya. Jika ini berlaku bererti telah melanggar larangan Rasulullah dan membatalkan korban.
17. Setelah kita melihat dalil yang sohih iaitu larangan baginda Nabi dalam hal ini serta ulasan yang jelas yang dibuat oleh para ulama, maka hendaklah kita menjaga agar tidak melanggarnya. Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina `Ali di dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim tadi iaitu kita memberikan upah dari duit kita sendiri bukan dari bahagian korban yang mengakibatkan rosaknya korban yang kita lakukan.
18. Sesungguhnya sikap bakhil atau mengambil kesempatan melepaskan diri dari upah wang ringgit kepada penyembelih atau pelapah dan seumpamanya dengan cara memberikan daging atau bahagian korban kepada mereka adalah lambang ketidaktulusan

Friday 3 October 2014

Harga minyak naik, harga kobis pasti naik juga. tak caya mari kita perati

Harga minyak RON95 naik lagi berkuatkuasa 2/10/2014. kenaikan RM0.20. harga sebelum naik RM2.10. lepas naik jadi RM2.30/ liter

sakit hati tak?

gila kau tak sakit hati. lagi sakit hati bila ada menteri cakap kadar kenaikan tu SIKIT aje.

SIKIT???!!!

Sikit kateko???

yeah.. memang kenaikan tu sikit aje. tapi kesan kenaikan tu nanti amat amat besar!

ye, minyak baru sehari naik harga.

petang-petang balik kerja, aku akan singgah beli barang basah kat kedai dekat2 rumah (area Kinrara, Puchong)

harga kobis masih RM3.50/kg  ~ dulu masa harga minyak RM1.90/liter, harga kobis RM2.50/kg
udang biasa masih RM32/kg
sotong biasa RM20/kg
ayam RM7.30 ~ harga pasar tani Taman Bukit Kinrara baru je petang semalam (Khamis 2/10/2014)
bawang merah ros (ala yang kecik2 keler maroon tu) RM3.50/500g

itu beberapa harga yang aku ingat.

mari kita tengok seminggu dua lagi harga masih sama ke atau dah naik.

aku cukup yakin kenaikan harga akan berlaku. dan sangat menyeksakan.

alangkan harga udang sekarang RM32/kg pun aku kadang-kadang je beli sekarang sebab dah jatuh kategori mahal bagi aku, mau tak mahal. ambil 10ekor pun dah nam tujuh hengget.

memang aku stresssss sangat.
dah macam tak tau nak berjimat cemana lagi dah.

dan sekarang aku dah tak sabar2 nak tunggu pilihanraya.
tak sabar dah aku nak mengundi nih weiiiii....
aku berharap sangat nanti sesuatu perubahan bakal berlaku.
aku harap parti pakatan boleh menakhluki Putrajaya.
ye, Putrajaya!!
hanya dengan menakhlukinya saja la sekarang ni jalan yang ada.

bukan aku kata PR pasti boleh mentadbir dan boleh menghalang kenaikan minyak dan lain2 barang dengan jayanya. bukan itu maksud aku.

cumanya aku harap PR ada pendekatan yang lebih bagus menangani isu ni.

kita pon belom tau tahap pakarnya PR dalam isu menangani kenaikan harga minyak ni. untuk tahu, kita kena bagi peluang dorang pulak test power. kalau berjaya, akan lebih lama la PR menjadi pilihan rakyat. kalau sama je hasilnya, kita carik pulak alternatif lain. tu maksud aku.

sekian,

yang tidak setuju dengan kenaikan harga minyak, lalu naik minyak,

Cik Ila Kidal

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku