Monday 27 August 2012

Selepas cuti raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum....
selamat hari raya. maaf zahir batin

hari ni dah 9 Syawal dah ghupenye...
tahun ni aku n family raya di Pekan, Pahang. belah suami. aku mula cuti hari Jumaat 17/8/2012 sampai 27/8/2012.
bertolak ke Pekan petang Jumaat tu. paginya pergi klinik timbang Ammar.

aku baru masuk keje hari ni lepas cuti raya.
saja aku boldkan ayat kat atas ni. sebab ni je la tujuan nak bagitau dalam entry ni.

mood kerja hari ni adelah ibarat heret kaki bagi sampai opis je. huhuhuh...
jiwa memang takdak langsung kat opis.
tapi dalam takdak takdak mood pon keje kena jalan weiiii...
dah hari kamis ni bos nak meeting. so kena siapkan report untuk meeting tu.
kalau tak kerana meeting tu aku mungkin MC kot harini...
bukan MC ngengada ye. tapi MC betul2 punya.
aku adalah selsema + sakit + gatal tekak dari hari raya ketiga sampai skrg ni tak hilang2 lagi.
aku pun heran gak.
mula mula nak selsema tu kan. tekak rasa perit yg amats.
masa hari mula2 kena tu, petang. pastu malamnya aku takleh tido. sbb tekak gatal tahap rasa nak gonyoh je lubang tekak ni dengan berus bontot periuk. gitu.
pastu bila gatal asik la terbangun tido. ulang alik ke toilet. kumur2. pastu kedapur minum air panas suam yg aku agak2 dia punya panas yg aku mampu telan la. demi nak bagi kurangkan gatal tu.
pastu sambung tido.
masalah lagi. sebelum aku selsema tu anak aku Ammar adelah selsema juga n cirit birit sebaik je  sampai kampung.
sebelum Ammar cirit tu Tajul sembelit sampai muntah2 n selsema n batuk.
doktor kata musim orang batuk.
ntah la. aku rasa skrg ni takda musim2 dah. batuk selsema gi klinik. makan ubat baik. pastu selang seminggu dua batuk balik. pastu makan ubat balik. pastu ok balik. pastu jadi balik. dah tu tang mananya ko kata musin?
macam doyan gak. dulu2 ye la. ikut musim. skrg ni takde musim2 nye dah. selalu je aku tengok kat tepi2 jalan tu berlonggok2 buah doyan. aik? tetiba doyan pulak.

ok sambung pasal aku selsema.
di awal nak jadi selsema tu aku sakit tekak. gatal yg amat.
pastu aku gi klinik pekan. dapat ubat batuk n ubat hisap bagi reda gatal tu.
hari kedua selsema aku takleh telan liur. perit Ya Rabbi!
masa ni hingus tadak. bila hembus nak kasi keluar hingus tu dia rasa perit. rasa kering. macam sumbat je hidung ni.
dah ko bayangkan hari adelah raya. macam2 kuih. macam2 air. sumer lalu anak tekak yg menderita nih.
dah tu asik la aku kagatalan.
lelama rasa perit tu makin teruk. mula telinga rasa gatal2. mata pun bila bangun pepagi tu banyak taik mata. pesen yg orang sakit mata tu. mau tak cuak.
pastu aku dah tak berani makan biskut2 yg boleh kasi habuk n gatal di tekak. pun tak minum ais.
aku ambik ubat properly.
esoknya mula ada tanda2 hingus mencair. pastu tekak pun sedikit lega. tapi masih sakit. cuma kurang gatal.
ada ketika bila aku hembus hingus tu dia punya pekat tu aku tengok pun ngeri. warna nak kuning kehijauan.
alamak... teruknya aku describe sampai warna pon nak bgtau ke. aku bukan apa. hal berkaitan kesihatan ni aku rasa perlu rekodkan untuk diri sendiri. kalau aku tak blog kat sini aku mungkin lupa simptom2 dia. almaklum umur aku dah lebih 30thn. jadi logiknya tahap kesihatan dah makin merosot. apa2 perubahan kesihatan aku kena la alert sikit. mana tau ini petanda2 awal kearah sesuatu yg worst ke... (Na'uzubillah)
at least aku boleh la gunakan maklumat ni kalau2 doktor tanya nanti.

ye. sapa la yg tau tahap kesihatan kita kalau bukan diri sendiri.
aku sejak dah beranak anak ketiga ni kan. selalu jugak la bila nak datang bulan je. i means bila berlaku perubahan hormon dalam badan je. akan mengalami migrain yg super teruk. sebelum ni memang tak pernah langsung. sakit kepala yg lite2 pun jarang sekali.

demam sampai terketar ketar. siap muntah bagai.
kali terakhir aku kena migrain 4/7/2012. masa kat ofis tu dah rasa tak boleh kena ekon. mesti berdiri bulu roma. sejukkkkkk.
pastu balik rumah nak mandi. dah mandi tu terus badan rasa lemah longlai. tak bermaya. tapi gagahkan jugak bawak keter gi ambik anak2 kat taska.
balik rumah cepat2 telefon suami suruh balik kerja cepat2. tak larat sangat dah.
pastu dok dalam bilik je selimut tebal2. pon masih rasa sejuk terketar2. sakit kepala toksah cakap la. nak tunduk pun rasa nak terjatuh bijik mata. susah aku nak cerita kat sini. orang yg pernah migrain teruk tau la rasa dia cemana.

nangis je la kerja ko. sebab tak tau nak buat apa. telan ubat demam pon harem. tak berkesan.
suami pon mati kutu tak tau nak buat apa. ingat nak mintak suami hantar pergi kecemasan hospital serdang tapi memikirkan nak mengangkut 3 anak memalam tu. macam leceh je. so kansel. masa tengah sakit tu la terasa bestnya kalau tinggal dekat ngan parent. tak pon adik badik. boleh tinggalkan anak2 kejap time time cam ni.
sambil nangis sambil tengok jam. harap cepat la pagi. tak sedar pukul berapa terlelap dalam kesakitan tu. agaknya 4pagi camtu kot.
esoknya demam reda sikit. tapi masih demam. so pepagi hantar anak ke taska. aku pecut ke klinik. tunggu turn jumpa doktor tu pon mcm tak tertahan je walaupun duduk, bukan berdiri. terus aku baring je kat sofa tu. Doktor kata aku ada masalah migrain yg teruk. ntah la. doktor pon compile based on aku punya cerita la. aku kata aku takleh tunduk mesti sakit. bla bla bla. so dia bagi kesimpulan aku migrain. hahaahah.
sebab tu aku kata. takdak orang lain yg lebih memahami kesakitan kita melainkan diri kita sendiri.

ada satu hari tu. aku baca rye punya blog. dia pon ada demam n ketar2 gak. macam kes aku gak la. pastu kalau tak silap aku doktor check takut ada infection kat bekas bedah dia. tetiba aku terpikir kot2 aku dapat infection kat bekas bedah. ye la aku kan belah perut gak time beranak. risau wehhhh...

nasib baik lepas doktor bagi ubat tu aku ok. pastu sehari lepas tu aku datang bulan.
jadi aku akan beringat la. agak2 nak datang bulan je aku kena alert. kalau asal nak datang bulan je migrain. asal nak datang bulan je mirgain. maka boleh la aku rumuskan bahawa aku migrain hanya kerana imbalance hormone. bukan sebab penyakit lain. tapikan, masa bulan puasa hari tu aku tak migrain pon. hurmmmm.. mungkin kah sebab puasa maka dia lain pesen sikit? atau adakah aku migrain sebab dok banyak sangat minum nescafe. maka sebab tu masa bulan puasa aku tak migrain, sebab puasa kan takleh minum nescafe? begitu kah? atau adalah kerana ada gangguan kuman pada parut pembedahan?

aku sedang memahami diri ni.

eh, aku pon tak tau la apsal aku punya entry ni pasal topik kesihatan pulak. bukan patutnya pasal raya ke? hahahaha... entah la

layankan sajor la...

bye

Thursday 9 August 2012

ngantuk tahap gaban wehhhh

hari ni adelah tak berapa nak bizi...
dan bila tak berapa nak bizi, maka mata adelah mengantuk tahap gaban. gaban??
apa itu gaban? hahahah...

gaban tu kalau tak silap aku la, dia ni watak citer yg bertukar bertukar tu. citer jepun kot.
masa zaman aku kecik2 dulu, aku layan gak la citer gaban nih. bukan sebab aku minat.
tapi terpaksa. hahaha... sebab aku ni ada sorang adik lelaki. dia tu je la adik yg aku ada pom.
muda setahun je dari aku. kamcing giler lah. pi mana2 mesti bersama. asal ada aku je mesti dia ada.
mandi sungai, pancing ikan kat sawah padi, tunggu durian kat kebun, panjat pokok n nyanyi2 lagu alleycat, cari buah kemunting, lastik burung dan banyak la.... #owh rindunya zaman kanak2 kewww.... best weiiiii..

dah la ber-adik kan lelaki yg jarak umur boleh buat kawan, jiran pulak pesen ramai anak lelaki dari pompuan. so aku ramai kawan lelaki masa kecik.
oleh itu wahai pembaca sekalian (yes aku sedar diri takdak sapa pom baca blog aku, selain anak2 sedara aku saja yg tau pom), jangan la kata aku tipu kalau aku kata aku pandai lastik burung (walaupun tak pernah ada burung mati ditangan aku), pandai buat lastik burung, pandai buat mainan pistol dari batang buloh, pandai buat layang2, haaaa... apa lagi ekk... kira aku lasak r.

jap jap biar aku gugel jap kuar tak menatang gaban tuh...


gambar di gugel
 jadi bila adik ngan kengkawan lelaki tekun tengok tv citer gaban nih, maka aku adelah tak tau nak buat apa selain dari tumpang sekaki. kalau tak haremmmm.

alah, takkan citer otromen je kot yg korang tau. hahaha...

ok dah hilang sket ngantuk haku ni.

k bye.

Wednesday 8 August 2012

Orang ada henpon dia pon nak jugak… tapi

tengah belek2 gambar2 kat folder ni…
Pastu terpandang wajah tua mek…
Tetiba rindu…
Pastu try call mek. Tak angkat.
Mek selalu mcm tu..
Tak pandai sgt nak tekan2 henpon. Tapi tengok orang sebaya dia ada henpon dia pon nak.
Orang lain bawak henpon kemana2 . senang anak cucu telepon boleh terus angkat.
Mek aku? Simpan dalam lemari kat kepala tidor. Buleh?
Dulu dia ada pakai satu henpon ntah jenama apa ntah. Hitam putih je. Very  the simple one
Pastu kena curik. Ntah sapa ntah henpon cikai murah  tu  pon terliuq. Yg tu dia beli sendiri . tau2 je pakai henpon. Terkujat haku. Hahahha. Ye la tak sangka mek aku ada jiwa nak berhenpon bagai ni.
Kalau la aku tau, mesti aku dah belikan.
Pastu bila dah hilang, aku belikan henpon baru kat dia. Bercahaya mata dia. Suka
Henpon baru ni mcm canggih sket (sikit je la) dari yg dulu. Tu pon aku dah puas carik yg paling senang n simple untuk kasi dia paham fungsi. Nak bagi senang dia nak call anak2.
Tapi pon dia tak reti guna. Nak call tak reti. Itu ok lagi. Tapi nak receive call pon tak reti gak . canne tu?  Henpon ni kejap2 autolock. Kejap2 autolock. Bengang dia. Pernah aku call dia. Dia tak angkat. Pastu demi nakkkkkk sgt cakap ngak mek. Aku pon call kak yah aku pulak. Terus kak yah pegi rumah mek. N suh aku call nombor mek pulak. Aku pon call. Baru ber-angkat.
Kekadang tu  malam lepas makan, aku try gak call mek. Tak ber-angkat. Ni mesti tak pandai nak tekan mana ni…
Pastu dalam setehgah jam kendian, kak yah aku mesej suh aku call nombor mek. So, aku pon call la. then baru mek jawap panggilan.
Rupa2rupanya mek pegi rumah kak yah memalam demi nak jawap panggilan aku je. Sedih tak? Tu yg aku taknak tu. Buat susah2 je
Aku nak ajar tak buleh. Aku kat kl dia kat kelate. So aku suruh mek gi umah kak yah aku. Belakang rumah je pom. Suh muni ajarkan.
Muni citer kat aku. Masa ajar dia paham. Pastu bila dapat panggilan je dia berlari2 ke rumah kak yah mintak ajar nak tekan mana. Huissss… kalau gitu lelama boleh jadi atlit lari marathon versi veteran nih. Hahahaha…
Apa2 je la bonda haku nih…

Mek ngan Ammar. ni masa pi kenduri kawin Cik kat Sg Buloh


Mek. Ni kat stesen LRT Bukit Jalil. on the way nak gi KL bawak mek soping