Tuesday, 27 November 2012

Selamat pengantin baru Inspektor sahab

tengahari semalam (Ahad) masa aku nak sidai kain kat depan rumah, ternampak Liza (jiran depan rumah aku) tengah bukak pintu grill  nak kuar rumah. nampak cantikkkk je sumer anak2 dia termasuk la dia sekali. gaya macam nak pegi kenduri gamaknya (aku agak aje la... tak kosser aku nak menegur tanya kang nanti ada yg cop aku ni si bizi the bodi huiiiii baik takyahhhh... eh tapi cara aku tulis nih pun macam aku ni betullll je bizi the bodi hehehhe... takde takde takde.... yg aku terrrrnampak tu tak aci ye... )

masa tu ada la dalam pukul 11pagi lebih lebih kalau tak silap aku. eh ke pukul 12hek?  ntah la, sebab aku tak tengok dia pastu tengok jam... maka aku tak pasti kul bape.

pastu aku sambung tengok tv pulak sambil layan 3 otromens kecikku. dah lamaaaaa tu baru  aku teringat skrg ni cuti sekolah, maka patut la banyak kenduri kawin... pastu aku tetiba teringat yg aku pun dapat satu jemputan kenduri. tapi aku tak ingat tarikh bila.

alkisahnya orang kampung aku. Saril nama dia. masa aku balik kampung cuti raya haji ritu, mak Saril ni datang rumah jemput pegi kenduri kawin Saril ni. masa mak Saril datang rumah aku (kat kampung) tu, aku kebetulan dalam keter dah gerak kuar dari pagar rumah (walaupun rumah aku takde pagar hahahah) dan menurun bukit (sebab rumah aku atas bukit), kat situ la terserempak ngan mak Saril ni.

terharunya aku dia datang semata mata nak jumpa aku nak kasi kad kawin anak sulung dia nih, nasib baikkkk sempat jumpa kalau kami dah terlepas ke simpang depan tu maka memang tak jumpa la hari tu. jadi mak Saril ni hulur je kad kawin ni kot tingkap keter (sebab kawasan jalan ni sempit, pepaham la jalan kampung) dah sembang sikit2 kami pun terus ke destinasi ~ Rantau panjang perabih $$. itu je la pon destinasi yg boleh dikatakan wajib ada dalam list kalau balik kelate.

berbalik pada kisah dipagi Ahad (walaupun dah tak pagi sebenarnya), hati macam terdetik je nak belek balik kad kawin yg mak Saril kasi ritu. tapi aku dah tak ingat letak kat mana. belek henbeg. takde. tengok dalam bakul atas tv. takde jugak. tanya Ngah. tak tau. pastu terasa nak cek kat dalam keter. jumpa la. dalam dashboard. rupanya dari hari tu masa mak Saril bagi tu memang tak kuar2 kad tu. sib baik tak hilang.

bukak tengok. alamakkkkkkkk!!! harini rupanya!! hadoiiiiiii. pandang jam. pukul 2tepat tepat. hoi kenapa la aku tak terdetik nak bukak kad ni semalam?

baca lagi kad tu. majlis sanding pukul 2pm. hoiii cemana ni???? sekarang la pengantin sanding!  sempat ke kalau pegi nih? kalau jem cemama? kalau sesat??! 

tengok lagi aturcara majlis. start pukul 12tghari hingga 5.00pm. haduii la. sempat ke tak ni woiiii... nak pergi ke tak ni?

tapi bila ingat balik, rasa tak patut kalau tak pegi. memang tak patut. orang menjemput kan. hukumnya wajib pergi. ye aku tau tu. lain la kalau kau uzur. sakit. tapi ni takkkk. sihat je aku.

pastu bincang ngan Ngah. macam mana pun aku mesti goreng sampai Ngah kata jadik jugak. aku nak pergi kenduri nih. tak kira. sib baik Ngah paham. pastu dia on GPS kat phone aku nak tengok jalan mana nak ikut. eh, nak study taknak bagi sesat sebenarnya wakakakaka.... pastu dia suh aku siap2 kan anak2 cecepat. masa tu dah pukul 2.30pm dah weiii... kami masih hegeh2 kat rumah lagi. sambil siap2 tu Ngah tanya

'sempat ke kita ni? dah nak pukul 3 dah ni...'

'sempat. saya tak harap pon makan kenduri tu. saya cuma kalau boleh nak jumpa pengantin je. kalau sempat jumpa moksu tu lagi baik.'  

Mak Saril aku panggil moksu

oyye, salah satu sebab aku hampir ter miss kenduri tu adelah, sebab dalam kepala aku dah set yang majlis kawin Saril ni bulan 12. jadi aku pon matik2 la ingatkan belum tiba masanya. sebelum ni pon  mek aku cakap nak datang kl (rumah aku la) tapi nak tunggu biar lepas majlis kenduri kawin rumah Saril dulu. 8/12.2012 ni.

yang mak Saril ni pulak, dia ajak aku gi kenduri kawin tak kira la belah pompuan ke, belah laki ke, dia tak kisah. jadi memandangkan aku memang tak balik kampung pada 8/12/2012 ni, maka aku dijemput la pegi kenduri kawin yg belah pompuan. itu maksud nya.

yang aku ni pulak, dah la masa jumpa tu tengah2 jalan, dalam keter lak tu, bagi kad pon ikut tingkap keter je, nak cepat la katanya, pastu mak Saril ni pulak ponnnn dok petik kata 'moksu ni sibuk la, Saril nok wat kelik bini bule 12 nih, rumah pon tak siap lagi, bla bla bla...' jadi kepala hotak dok sangka la kenduri tu bulan 12. hahahah sengal aku nih.

lepas pada mak saril bagi kad tu, memang aku dah tak telek dah. *ye, sila maki aku, aku tau aku teruk*

jadi, berbalik pada kisah tadi, kami sekuarga pon bertolak ke majlis kawin di Kg Sungai Buaya, Banting pukul 3.30pm (kot, ke tak sampai) dan Alhamdulillah sampai dengan selamat ke rumah pengantin pompuan jam 4.30pm lebih kurang.

masa sampai tu, aku call adik Saril, tanya rombongan pengantin belah lelaki ada kat sini lagi ke? rupanya diorang termasuk la mak Saril dah balik kelantan rupanya. yang tinggal hanyalah Saril sebagai watak utama hari tu. jadi kami hanya sempat jumpa Saril dan kuarga isteri dia saja. apa nak buat. dah tersurat begitu. ececeh... kalau la aku terdetik nak cek kad tu masa saat aku ternampak liza nak kuar rumah tu, mungkin aku boleh joint kuarga Saril masa sessi berarak tu. (orang kelantan panggil BELAROK)
tapi tak baik ber 'kalau' 'kalau' nih. mainan syaitan tu.

rezeki kami agaknya, dah la sampai lewat, dipelawa pulak bergambar ngan pengantin oleh photographer dorang. dah la tu, elokkk je pulak ayam goreng baruuuu je masak panas2 lagi. apalagi. makan sampai nasi lam perut tu dah tak tau nak menyelit kat mana dah. terima kasih la kat pihak pengantin pompuan (especially) sebab walaupun tak kenal, walaupun kami sepatutnya datang bersama pihak mak Saril, walaupun majlis dah sikittttt je lagi nak habis, tapi layan tetap layannnnn.

tahniah buat pengantin Inspektor Saril dan Cikgu Juriah! semoga bahagia selamanya..

gambo aku tak snap walau satu pun pakai kamera aku. sebab memory full la pulak. haishhhh. masa ni la dia nak full la apa la..

ok

sekian kisah hari minggu aku.