pagi ni sampai la ke tengahari tadi hati aku ni, eh jantung kot aku rasa, asyik la berdebarrrr je rasa. berdebar yang tak best tu. macam kau rasa tak berapa lalu nak makan walhal kau adelah sangat lapar.
berdebar dia macamkan kau masa zaman skolah menengah dulu cikgu bagi kerja skolah suh siapkan kat rumah pastu esok cikgu nak cek tapi kau tak siapkan pastu waktu cikgu tu punya kelas kau rasa menggelabah biawak siap berdebar debar gitu. ececeh nampak nau penulis belog ini macam biasa je tak siapka kerja skolah kahkahkah...
tu dia panjang berjela gambaraan debaran tu.
alkisaknya cenggini.
pagi tadi aku masa aku nak mandi gi kerja, aku dapat satu mesej. mula tu aku ingatkan ofismate yang mesej aku, mungkin nak bagitau hari ni MC ke EL ke hapa kan. aku bukak tengok rupanya mesej dari bibik yati berbunyi kata aku belum bayar yuran daycare Amir untuk bulan 11. bulan sebelas hokey. aku terkejuit la pepagi dapat mesej cenggitu. sebabnya aku dah bayor! tapi masalahnya aku takdak bukti kata aku memang dah bayar. sebab aku ni jenis kalau resit2 tu ada la seminggu dua aku simpan, simpan pulak main letak je kat mana2 yang terdekat dengan aku masa tu. kalau aku depan tv, aku selit je la atas tv. kalau aku lam bilik, mungkin aku campak aje dalam lemari solek tu. dan selalu jugak la aku tak dapat resit bayaran tu. dan aku ni idok le risau mana. yee... tak risau la sebab belom terkena, dah kena nih padan ngan muka aku.
aku ada buat file, konon nak simpan la resit2 apa2 kan. tapi sebab aku ni jenis balik rumah dah penat layan anak, mana nak masak lagi, pastu nak cuci pinggan mangkuk hayun kuali bagai maka bila dah kenyang makan, dah setel lipat kain baju anak masuk lam beg untuk ke taska esoknya, bla bla bla ... maka aku dah kepenatan lalu biasanya lepak depan tv. tu je la time rehat aku sebelum tidur. file2 tu sumer hanya aku sentuh bila sawan rajin aku mari je. kalau tak, berabuk la ngko kat situ.
so, anda paham kan aku ni cemana?
ok. berbalik kisah daycare Amir ni.
yang aku ingat, aku memanggggg dah bayor. sebabnya, masa aku pegi ke skolah agama tu sebab nak bayor yuran SAR untuk bulan november2012, dan daycare Amir hanyalah sebelah SAR tu aje. aku ingat lagi. aku pergi nak bayar yuran SAR tu, kerani situ ada cakap ngan aku 'yuran bulan 11 ni puan dah takyah bayar dah, sebab puan dah bayar pun masa puan bayar untuk bulan Januari dulu. dulu kami mintak yuran untuk dua bulan terus, ialah untuk Januari dan November...' lebih kurang gitu la... so sebab tu aku ingat. pastu kerani tu kata lagi, untuk yuran daycare, puan kena pegi bayar kat daycare tu sendiri, sebab sini dah tak uruskan lagi. maka lepas ucap terima kasih (eleh, tu pun nak bagitau jugak, hihihi) aku pun pegi la ke daycare dan bayar. tapi seriesly, aku memang tak ingat la bayar kat sapa, sebab bibik kat situ ramai, dan silih berganti. hadoi la. series sakit hatiiiiiii je rasa.
pastu aku call nombor yang mesej aku tu. katanya dia ialah bibik yati. so, aku jelaskan yang aku memangggg dah bayar. dan macam yang aku syak, dia mintak resit. dan aku memang takleh nak tunjuk resit tu sebab takdak!
pastu bibik yati kata, kat buku rekod dia konon aku belum bayar, dan aku mati2 kata aku dah bayar, dan dia tanya aku bayar kat sapa? aku takleh bagitau la sebab dah la aku tak ingat muka bibik yang terima duit aku tu, pastu pulak nama pon tak tanya. sengal sungguh diriku ini aku rasa. ni kes macam ni kalau masuk mahkamah pon sah sah kalah ni.
jadi, sebabkan hal ni la aku asyik je murung seharian. kes cenggini buatkan aku yang yakin giler aku dah bayar, bila bibik tu tanya2 gitu buatkan aku rasa, eh, ke memang betul aku tak bayar eh..? aku pun dah jadi konfius dengan keyakinan aku tadi. korang pernah tak mengalami situasi yang lebih kurang macam ni? yang mana mula tu kau yakin, sangat yakin, tapi sebab takde proof, maka kau jadi macam keyakinan tu sedikit tergugat, dan dalam masa yang sama rasa bengang. series bengang.
dulukan, daycare ni adelah dimiliki oleh pengetua SAR tu. eh, pengetua ke atau guru besar ke atau cikgu yang mengajar kat SAR tu aku tak pasti sangat (sebab takde proof heheheh) tapi yang aku tau, pemilik ni adelah kakitangan SAR tu. ok, mari anggap tu guru besar punya. (anggap je eh... supaya penceritaan lebih mudah difahami)
itu dulu la.
dulu, asal aku atau Ngah nak bayar yuran bulanan SAR dan juga yuran bulanan daycare, memang kami akan pergi ofis SAR tu dan buat bayaran. Yuran SAR = RM35.00/bulan, dan yuran daycare = RM80.00/bulan. so, aku selalunya akan bayar RM115.00 terus kat ofis SAR tu. kerani situ akan bukak resit, dan akan tulis nombor resit bayaran tu kat satu kad kecil. kad tu memang setiap murid SAR yang menetap di daycare tu akan dapat sorang satu. setiap hujung bulan, murid akan wat balik kad tu kasi kat makpak memasing. jadi, bila time nakbayar, aku hulur sekali kad tu dan kerani akan update bayar untuk bulan berapa dan nombor resit. begitu.
pernah terjadi. satu hari tu bibik (bibik lain pulak, tapi kebetulan namanya juga yati, so panggil bibik yati jugak). bulan 4 ngan bulan 5 kot dia kata aku belom bayar. aku dah macam panik la kan. sebab aku dah bayar. masa yang dia komplen tu mungkin dalam bulan 7 la kot. aku cakap la aku dah bayar, dia kata kat rekod sini (rujuk kepada daycare) takde bayaran masuk. aku pon heran la. aku cakap aku bayar kat SAR. jadi sila la korang update sesama korang. ni tak, dia boleh cakap aku belom bayar lagi. hoi menaip ni pon buatkan aku berdebar debar je nak marah. bayar kat ofis SAR patutnya nanti kau pegi tele-kan tengok data kat sana pastu kau update la puas2. ni tak, asal nampak lompang2 je terus buat kesimpulan tak bayar.
beberapa bulan lepas tu, aku diberitahu oleh bibik yati, kalau nak bayar, bayar je kat daycare, pasni takyah pegi SAR tu dah. haaa, lagi la senang kan? asal aku nak jemput Amir je, boleh la aku bayar terus. atau kalau Ngah hantar Amir pepagi pon boleh buat bayaran. tapi masalah lain pulak muncul. kau bayar hari ni, belum tentu resit kau dapat hari ni. kira sistem bayaran pon macam takde sistem. sapa bibik yang ada masa aku nak bayar tu, haa, aku main kasi je. takde la kata kalau nak bayar, hanya boleh buat bayaran kat bibik A dan bibik B aje contohnya.
pernah jugak aku bayar pastu mintak resit. contoh bayar kat bibik X. bibik X kata dia esok dia kasi resit kat anak aku Amir. dan aku cuma boleh kata ok je la. habis tu dah dia kata dia takde buku resit. takkan aku nak ambik balik duit kat tangan dia kan. aku ni tak kejam, kira ikut budi bicara la. so aku balik rumah. esok nya tak pulak aku ngecek resit tu ada tak kat dalam beg Amir. ye, memang salah aku kat sini. sebab aku tak sangka langsung akan terkena. resit ni kadang ada, kadang takde. resit yang aku dapat on the spot tu pun aku liat nak simpan elok2, ni kan pulak yang aku pon tak pasti pernah dapat ke idok. ehhhh,,,, kome paham ke aku membebel nih weiiii?
ok la ok la...
kalau dah terpaksa bayar lagi, memang la aku kena bayar. tapi kali ni tak berapa ikhlas la kot...
padan ngan muka haku...
*********************************************************************
ok. yang aku taip kat bahagian bawah ni pulak adelah sambungan. yang kat atas tu adelah ditaip pada hari Jumaat yang masa hati aku benar2 tak tentu hala punya berdebar yang tak best..
tapi sambungan dia ni aku taip pada sabtu malam. skrg ni jam kat rumah aku pukul 10.45pm.
tadi masa aku ambik Amir kat daycare, aku jumpa jap ngan bibik yati sebab aku nakkan kepastian. adekah aku patut bayar lagi sekali yuran lapanploh hengget tu untuk bulan 11. tapi walaupon aku memang kena bayar lagi sekali, aku dah nekad nak jumpa dulu dengan guru besar pemilik daycare tu nak komplen secara lite-lite gitu. konon la.
tapi rupanya tak sangka sunguuh aku yang bibik yati kata aku tak payah bayar pon. kata bibik yati, dia dah terangkan kat guru besar yang itu mungkin salah pihak dia (pihak bibik, tapi yang salah tu bukan bibik yati la, bibik lain) kerana mungkin tak update dan tak kuarkan resit bayaran kat aku. so aku bersyukur sangat. wei lapanploh hengget tu boleh buat joli ngan anak2 weiii...
aku pun lepas ni kena beringat la.. kalau dah bayor, pastikan resit simpan. pastu simpan dalam file biar sistematik skit.
tapi tu la kan. nak berubah secara drastik ni cam payah je pulak...
haishhh...