hari khamis lepas adik bongsu Ngah datang rumah. anak2 aku panggil ayahsu.
ayahsu baru habis exam. bulan Januari nanti dia kena praktikal pulak
petang semalam aku balik ofis terus lari jap ke Giant. aku beli roti burger ngan daging burger sejuk beku tu, eh tapi aku tak beli yang daging tu, aku beli yang ikan punya. yang daging ada lagi 2 keping. jadi tu takyah beli dulu. mari berjimat. jenama apa ntah. jenama yg tak popular lah. kalau yang popular tu bagi aku adelah jenama Ramly ke camtu. tapi jenama Ramly takde pulak ikan. ada cuma daging ngan ayam je. ke dah habis masa aku nak beli tu tak tau la pulak kan. so, aku ambik jenama tak tau janji murah. hehehehe...
pastu terus ambik Ammar ngan Tajul kat taska. pastu balik rumah.
lepak2 jap layan Ammar. pastu start nak masak.
aku ke dapur. konon nak masak burger la ni. nampak la kat tong sampah ada plastik mee maggi jenama mee sedap tu. ohh, mungkin ayahsu breakfast ngan megi kot. pastu aku tanya ayahsu tak makan nasi ke hari ni. sekali takkkk. hadussss... kesiannya dia seharian tak makan nasi. selalunya dia keluar ke food court time tengahari cari nasi. motor pun ada jadi takde la ko penat jalan kaki kan. ah, mungkin dia malas nak kuar kot.
jadi aku tak jadi nak buat burger sebagai juadah makan malam kami. aku masak nasi. goreng ayam. sib baik ada lagi ayam ngam2 untuk kami malam tadi. 6 ketul. pastu ada la seketul daging sebesar penumbuk aku goreng ngan sayur. sayur la sangat. carrot + cili hijau besar (aku buang biji2 cili pastu potong 2, belah 4). itu je lah. sebab dalam peti ais itu je yang ada.
pastu ada balance kari ayam (kuah je la, ayam ada seketul aje) yang 2 hari lepas elokkkk lagi dalam peti tu. maka aku panaskan. so itu aje la menu makan malam kami. hihihihi... boleh la.
petang ni ingat nak beli barang dapur sikit la. kat rumah aku sekarang ni, kategori lauk yang ada cuma lah telur saja. beli sepapan kat pasar tani hari khamis lepas. banyak lagi. lain-lain? ikan bilis dah habis. nak kena top up tu. sardin pun takde. pun kena beli jugak tu. ayam pun kena beli. sekor cukup la. ikan tak payah beli. sebab ikan kalau beli pastu simpan 2,3 hari dalam peti ais aku tak berapa gemar. aku kalau nak masak menu ikan baru aku beli. begitu.
lagipun peti ais rumah aku kecik aje. yang satu pintu tu je. ruang untuk simpan makanan sejuk beku adelah sempit. kat situ la aku sumbat ayam, kat situ jugaklah aku simpan daging burger, kentang goreng (yg belum goreng la), lagi hotdog, pastu ais ketul kadang2, nuget, tau tau dah tak muat. :(
peti ais tu percuma. hadiah kawin. company Ngah bagi. *motif bagitau? huhuhuh*
sekarang ni bila anak dah ramai, barang dalam peti pun bertambah. eh, ada kena mengena ke anak ramai ngan peti ais kecik weii? :p
oh, bagi aku ada. dulu masa aku belum ada anak, pastu dah ada Amir, aku takde la beli hotdog, daging burger, nuget barang2 segera tu secara kerap. kalau beli pun selalunya kentang tu aje. sebab Amir suka makan. aku masa dulu2 pun amat la jarang goreng nuget. aku lebih rajin buat cekodok ikan bilis campur bawang untuk sarapan. masa dulu takpe la anak cuma sorang boleh handle lagi kejap layan anak kejap lari kedapur balik2 kan cekodok. sekarang dah tak mampu aku nak lari kedepan lari kedapur dah. aku kedapur Ammar ikut. angkat Ammar kedepan pastu lari ke dapur. alih2 eh eh dia dah ada kat kaki aku balik. tu belum bab Tajul lagi. kejap2 nangis. kejap2 bertempik. ntah hapa hapa la bebudak ni...
T____________T
anak 3 orang, ragam dia pun 3 jugak. Amir is hantu nasi. dia kalau tak makan nasi malam tu mesti mood ibarat mintak penampar. hahahahah...
yang Tajul pulak selalunya la, dia tak berapa nak nasi sangat. dia selalu suka hotdog, nuget, kentang goreng gitu. tak pun roti. laju la dia kalau roti tu sapu ngan mayonis.
Ammar belum ada ragam lagi. dia masih makan bubur yang aku masak tetiap pagi.
sekarang ni Amir ada kat kampung lagi. jadi sementara Amir kat kampung, aku pun jadi tak berapa rajin masak nasi untuk makan malam.
jadi tu pasal la lam peti aku sekarang ayam daging tu sumer tadak. hahahhah...
tapi kalau yang mengarut-mengarut macam hotdog daging burger tu ada.
terasa jugak nak tukar ke peti ais besar sikit, tapi macam tak tau nak buat apa kat peti ais sekarang ni. nak hantar kampung, macam leceh nak cari lori hantar ke kelantan nun disana. tak berbaloi. nak jual, ada ke yang sudi beli? hihihihi... nak kasi percuma kat sapa2 pulak, rasa cam kedekuttttt je... hahahahah...
sudahnya kita tunggu ia rosak, baru beli baru... T_________________T
sekian kisah peti ais shaye...
kau kunci cintaku dalam peti ais... eh. :p