Friday 7 June 2013

I is MC hari ni, dan sedang boring giler

hadoiyai...

lama giler babeng tak update blog.

aku adelah bizi terlampau kau ofis tau tak. bizi sampai migrain. betul ni aku tak tipu. tak caya sudah. huhu

hari aku adelah MC. apesal MC?

heheh aku sakit uolss.. bukan sakit tipu2 yang sakit semata2 nak MC tu bukan!

alkisahnya aku demam dari pagi Jumaat 31/5/2013. ntah la kenapa, bangun tido pagi tu badan rasa sakit2. nak duduk tak kena, nak berdiri lenguh, nak tido pun tak selesa. tapi sebab aku banyak nau kerja menunggu kat ofis, maka aku pegi la jugak. masa nak mandi gi kerja tu alahaiii... tak bermaya gila badan rasa. masa ni badan aku masih belum panas demam lagi. tapi rasa dia sumpah tak best.

sampai ofis tu dah kena ekon barang sejam, terus badan aku layu. memang dat boleh tahan dah. jalan pun main hayun kaki longlai aje. masuk lunch hour, aku drive pi klinik. memang sah demam. campur ngan selsema sekali. pening pale to toksah cakap la. rasa nsk rendam je dalam baldi. biar sejukkkkk je.

dah la demam. nak kena balik kampung sebab ema anak sedara aku nak tunang. kang tak balik kang macam tak kena la pulak. jadi pagi sabtu subuh2 tu bertolak balik kelantan. sampai2 kampung dalam jam 2.30petang, demam menjadi jadi, sampai terpaksa aku baring kat katil mek siap selimut bagai berada di musim bah gaya dia. petang sikitm aku telan ubat demam, selsema ngan tahan sakit, pastu kebah la sikit.

hari ahad, adelah hari pertunangan ema yakni 1/6/2013. aku pepagi dah telan ubat, pastu peluh mencurah2 kuar kat belakang, ketiak, muka segala.

muka berpeluh penangan ubat. tisu pulak kat dapur. nak lari ambik orang pulak ramai kat luar. so tahan je la.


lepas je habis majlis tunang, jam 5.30petang tu terus balik KL. sampai puchong dalam pukul 2pagi. esoknya kerja macam biasa. sampai la hari ni aku tak sihat balik.

sebanarnya sejak hari senin masuk kerja tu aku selsema teruk campur ngan batuk. tapi demam dah tak. batuk je la cam harem. sakit giler dada bila batuk tu tak lepas kahak. sampai la kuar darah bercampur ngan hingus. darah dia on off. kejap ada. pastu dia ok. kang bila aku batuk kuat kang darah ada balik. setelah aku kaji diri sendiri, darah tu bukan datang dari peparu, sebaliknya dari hidung. sebab apa tau. bila aku batuk dan kahak diludahkan, darah takde. maknanya darah bukan dari dalam peparu aku. pastu kan. bila aku hembus hingus, darah kuar sekali ngan hingus tu. nak kata banyak tu idak le. tapi merisaukan aku. haa, lasi satu, setiap kali aku batuk, kepala jadi berdenyut2 ala2 migrain. sakit giler. sakit dia tu macam kau tersedut air melalui hidung. perit rasa dia.

jadi hari ni aku telah pergi klinik ceritakan kisah kesihatan kat doktor tu. dia kata takde apa la... macam bunyi dia tak serius mana la. padahal aku sampai nangis2 depan doktor to sebab risau. nak2 pulak baru je terbaca pasal abah sepet dapat kanser. Ya Allah, sumpah aku cuak.

mintak2 la takde apa2 yang serius jadi kat aku. anak2 kecik lagi weiii...

jadi sebabkan aku boring kat rumah tak tau nak buat apa, padahal baju banyak giler tak berlipat ahhh lantak la baju tu huuhuuhuh..
aku nak tido tapi takleh lelap. maka baik aku update blog.

pasni nak buat apa ek?

anak2 sumer aku letak kat taska. biar dorang kat sana, aku tak larat nak masak ni. kepala ting tong.

ok la babai



yang baik dari ALLAH
yang buruk dari AKU