Tuesday 30 October 2018

Produk Terbaru : DG Bananazz Serum 10ml

Pengguna DG yang dah bertahun-tahun pakai set DG memang dah tahu sebelum ni DG hanya ada 2 serum sahaja.

DG Serum Vit E.
DG Triple Serum.

DG Serum Vit E

DG Triple Serum
Persamaan kedua-dua serum diatas adalah, ianya oil-based. 

Sepanjang aku jual DG, ada juga yang sebelum mereka beli DG mereka beritahu mereka punya kulit jenis berminyak dan mereka kurang yakin dengan serum yang berasaskan minyak, walaupun sebenarnya bila dah pakai, muka kau takde la makin berminyak. Sebaliknya kulit jadi tegang, kemas dan lembut je dengan serum oil-based ni.

Nahhh, sekarang dah ada pilihan, boleh la kalau nak cuba pakai Bananazz serum pulak.

DG Bananazz Serum adalah water-based serum. Itu je berbezaannya. Fungsi hampir sama.

Dulu masa sekolah menengah, aku ada kawan sekelas, namanya Salbiah. Cantik budaknya. Memang popular dia kat sekolah. Selalu jugak kena peewwittt ngan abang-abang senior. Ialah, dah la cantik, pandai pulak tu. 

Kawan aku ni kulit cerah, licinnn je. Tak tau la apa produk dia pakai. Zaman 90an produk-produk kat pasaran ni mana la aku kenal pun. Paling popular Fair & Lovely je la yang aku tahu. Tu pun sebab selalu iklan kat TV. Salbiah ni aku tak tahu cemana dia jaga kulit muka sampai begitu cerah dan licin.

Nak jadi cerita, satu hari Salbiah jatuh motor, ada parut kat pipi dia. Ntah aku tak ingat sangat sama ada parut ke atau lebam gitu lah. Pastu dia tanya aku kat rumah ada pisang tak. Kalau ada dia suruh bawak ke sekolah dia nak beli. Dia kata dia nak pisang emas je. Aku tanya nak buat apa, ye lah heran aku kenapa beria sangat tanya kawan sekelas siapa ada pisang rumah dia HAHAHA. Pisang kat pasar besar Machang kan ada. Kau pilih je la nak berapa sikat.

Katanya dia dah cari tapi takde pisang emas. Dia kata nak buat masker. Nak tumbuk kulit pisang pastu tempek kat muka untuk cepat bagi hilang parut. Start dari tu aku baru tahu kulit pisang boleh buat kulit cantik HAHAHA.



Bananazz serum ni adalah dari ekstrak kulit pisang. Isi pisang kita makan, kulit pisang kita buat serum. Gituuu.. Sila la jangan tanya aku serum ni ekstrak dari pisang apa ye. Aku geget kang HAHAHA.



DG Bananazz Serum 10ml harga RM40/botol. 

Takde set ye, buat masa ni HQ jual Bananazz serum ni secara loose.

"Jadi, kalau saya dah beli set, dalam set tu dah ada serum vit E, kalau saya nak tukar serum vit E tu kepada Bananazz Serum boleh tak kak ila?"

Tak boleh ye sayang. Kak ila dah dipesan awal-awal oleh team DG supaya kekalkan Bananazz Serum dalam loose item.

"Boleh campur tak? Nak guna Serum Vit E dan nak juga guna Bananazz Serum ni?"
Jawapannya TAK BOLEH CAMPUR jika nak pakai serentak.

Hakikatnya, air dan minyak takkan boleh serasi bersama untuk selama-lamanya HAHAHA. Bukan aku je cakap, saintis dah berzaman buat kajian, memang air dan minyak takkan boleh bersatu.

Tapiiiiiiii...
Boleh pakai tukar-tukar. Takde masalah.

Contoh.
Pagi nak gi kerja kau pakai serum vit E + day cream.
Lepas solat Zohor, kau pakai Bananazz Serum je, takyah pakai day cream pon takpe. Cukup sekadar nak bagi kulit kekal moist untuk sambung kerja kat office bawah air-cond. Sapu nipiss je cukup. Time ni kulit kita dalam keadaan sejuk dan segar lepas ambik wuduk kan? Pakai la Bananazz serum. Memang best!

Malam sebelum tidur, rasa nak pakai serum vit E + night cream + treatment cream boleh.
Atau nak pakai Bananazz Serum + night cream + Treatment cream, ponnn boleh.
Hanya kau jangan pakai Serum Vit E + Bananazz serum + night cream + treamtnet cream. JANGAN ye. Ianya hanyalah pembaziran.

Nak order DG Bananazz Serum 10ml?
Wasap nombor ni.

012-931 1015 - kak ila ngko. hihi

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Friday 12 October 2018

Duit KWSP Mek RM200K

Tajuk memang mintak penampar pat belas kali HAHAHA.


Ni cerita tengahari Isnin baru ni. Aku ambik time off jap, bawak mek collect cheque untuk pengeluaran duit kwsp dia. Tak sangka ada jugak terselit RM200 hasil caruman mek kerja sawmill tak sampai 3 bulan dulu-dulu. Mek kata 2 bulan pun rasanya tak sampai, lama sangat dia pun dah tak ingat.

Mek kata nak gi beratur ambik duit ni pun segan sikit sangat. HAHA. Takpe la mek, sikit pun, tetap duit mek.
Aku tak ingat darjah berapa. Zaman tu harga 'pok getah' murah giler, tak sampai seringgit/kg. Dah la menoreh getah orang. Jual getah seminggu sekali, kadang tu dua minggu sekali. Berapa ringgit je dapat. Akhirnya mek try kerja sawmill nun jauh di Guchil, Kuala Krai.

Ayam belum bangun mek dah keluar rumah gi kerja. Kalau lewat nanti van tinggal. Sampai simpang Guchil, pekerja semua kena turun van jalan kaki beberapa kilometer pulak baru sampai tempat kerja. Mek dah la jenis jalan lambat, so selalu kena tinggal jauh di belakang 😂.

Setelah ditimbang-timbang, dengan gaji kerja sawmill pon tak banyak mana, dengan jauhnya lagi, dengan terpaksa keluar gelap balik pon gelap, mek pon serender. Takpe lah, getah murah pon hadap saja lah. At least menoreh separuh hari je. Paling slow pon, pukul 3 dah boleh baring rehat kat rumah.

Cantik kan bonda saya? 😍


** Testimoni Diamond Gold Skincare **


Nak kata jeragat hilang habis tu tipu sangat la uollss. Ada je lagi, cuma dah tak berapa nampak sejak konsisten pakai DG. Dah la jeragat tak nampak, muka pula cerah dan naik seri.

Siapa nak order set Diamond Gold Skincare yang original, boleh wasap nombor ni ye.
012-931 1015 - kak ila ngko

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.


Friday 5 October 2018

Kulit Sensitif Boleh Ke Pakai DG?

Memang selalu sangat aku dapat soalan ni daripada customer baru yang baru nak cuba pakai DG skincare.

"Kak ila, kulit saya sensitif, DG sesuai ke dengan saya? Takut jugak beli pastu takleh pakai huhu"

"Kak ila, Ada tak set DG yang khusus untuk kulit sensitif?"

"Kak ila, saya dah cuba banyak produk tapi tak sesuai pon. Ni saya nak pakai DG ni tak tau la cemana. Kulit saya sensitif sikit. Tu yang nak tanya kak ila dulu. Kalau tak sesuai, habis muka tumbuh jerawat"

Dan jawapan aku adalah, kak ila tak pasti. Haaa siap bold lagi jawapan HAHAHA

Ye.
Aku tak pasti sama ada DG skincare ni sesuai ke tidak dengan kulit korang. Satu-satunya cara untuk tahu sesuai ke tak, kau kena beli dan cuba pakai dulu. Kemudian tengok seminggu ke dua minggu. Kalau tak jadi apa-apa kerengsaan pada kulit, maksudnya takde masalah. Insya Allah boleh teruskan pakai.

Kalau dalam seminggu dua minggu tu pakai DG tiba-tiba muka jadi menggerutu, gelupas, tona macam terbakar, naik jerawat luar biasa banyak, jerawat yang sedia ada bernanah ke misalnya, maka kau kena stop kejap dan fikir. Jangan terus stop lalu buang set DG tu tau.

Fikir dulu sejenak. Recall balik beberapa hari sebelum ni ada aktiviti luar dari rutin tak. Contohnya hujung minggu hari tu kau pergi junggle tracking ke, mandi laut ke, makan banyak giler kat buffet ke, ada pakai bahan mekap baru ke, ada ambik suppliment baru ke, ada pergi buat spa muka ke. Semua tu kena dipertimbangkan sebelum buat kesimpulan punca kerosakan kulit tu dari set DG. Kalau ada, kau kena pastikan mana satu punca sebenar kerosakan muka. Jangan teruss letak kesalahan kat DG.

Kalau memang takde apa-apa rutin luar biasa, jika korang pasti sejak pakai DG muka jadi tambah teruk, aku suggest stop pakai. Jangan pakai lagi. Kerana boleh jadi DG memang tak serasi dengan korang. Memang, dalam 100 orang pengguna DG, ada pat lima orang yang tak sesuai pakai DG. Korang mungkin masuk dalam kategori yang pat lima orang tu tadi.

Ramai orang setuju serum DG ibarat baja yang merawat hingga ke bawah lapisan kulit dan membekalkan cukup vit E. Sebab tu pengguna DG kulit dorang jadi glowing, naik seri, kulit tegang dan semakin bersih.

"Habis tu kak ila, kalau saya pakai DG pastu memang terbukti tak sesuai dengan saya, macamana? Makin rosak lah kulit nanti.."

Jangan risau.

Jika kau dah pakai DG dan ternyata memang tak sesuai, bila kau stop, kulit takkan semakin rosak. DG tak tinggalkan racun kat muka. Apa yang perlu kau buat adalah, pakai balik skincare yang sebelum ni kau pakai. Habis cerita.

Aku perasan satu perkara. Orang yang tak pernah langsung pakai skincare sebelum ni, maksud aku set skincare lengkap dengan pencuci, serum hingga ke krim malam. Dorang ni banyak tanya. Bagus, aku tak pernah abaikan sebarang pertanyaan dorang. Aku lagi suka dorang tanya tanya tanya hingga betul-betul yakin baru beli.

Sebab apa tau. Sebab selagi ada sekelumit perasaan ragu-ragu dalam hati, kau dah beli pun kau hanya peramm je. Nak pakai masih tak berani. Iye lah, dalam hati masih ada keraguan kan. Dan bila kita pakai jugak dalam keadaan mentally kita masih kurang percaya, dari segi hukum, ianya makhruh. Makhruh tu maksudnya boleh memberi mudarat. Kerana otak kau dah disetkan begitu. Nabi pun pernah cakap, jika kau ragu, tinggalkan! Begitu lah lebih kurang maksud Baginda. Jadi awas ye, tak yakin jangan beli.

Dan seperkara lagi, orang yang tak pernah pakai sebarang skincare ni, dia akan tiba-tiba 200 peratus jadi yakin dan teruja bila orang yang dekat-dekat dengan dia tiba-tiba cantik, bila tanya pakai apa, pakai DG. Wahhhhh jam-jam tu jugak dia mintak nak cod! Nak start pakai DG hari tu jugak HAHAHA..

Takpe, yang tinggal kat Puchong, Bukit Jalil dan sekitar boleh je wasap aku kalau nak cod. COD waktu malam je tau.
Yang nak cod di Shah Alam pon boleh, tapi kakak kau ni hanya mampu cod Shah Alam hari minggu je. Almaklum la weekdays kakak kerja.

Nahh..  satu print screen seorang pretty indian yang dah pat kali repeat order DG skincare dari aku. Beliau tinggal di Kiara 1 Apartment Bukit Jalil. Korang yang tinggal berdekatan situ boleh wasap aku jika nak cod ye.

Sekian.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Thursday 4 October 2018

Kau Bos Ke, Aku Bos?

Wahh tajuk macam mintak penampar HAHAHA.

Sebenarnya aku nak membebel sikit. Aku kan kerja purchasing, jadi tugas aku order construction materials. Dengan kata lain, aku customer.

Alkisahnya aku order crusher run. Orang kerja bidang construction tau la apebenda crusher run tu. Yang tak tau, boleh gugel ye.

Aku order untuk projek yang aku handle lah of course. Projek yang aku tak handle memang aku tak campur. Kat office ni, purchasing staff dibahagikan tugas by project. Walaupun projek-projek tu bersebelahan je, tetap takkan campur supaya setiap project budget tak bercampur aduk.

Aku handle projek KS yang lokasinya di Puchong Taman Mas. Ada satu lagi projek bersebelahan dengan projek KS ni, nama projek tu AUR. Projek AUR dibawah colleague aku. Kedua-dua projek ni naik hampir serentak. Lokasi pun taman yang sama.

Supplier crusher run memang banyak tapi kitorang biasa order dengan satu supplier je kerana setiap kali quote, harga dia paling murah. Aku namakan supplier ni sebagai KR.

Nak jadi cerita, aku order crusher run banyak tan juga (bulk order) sebab sekarang stage roadwork, memang perlukan banyak crusher run setiap hari. Kebetulan pula masa tu site AUR dah pon siap roadwork. Nasib baik jugak, kalau tak, mungkin supplier ada masalah tak cukup lori. AUR ada je lagi nak pakai crusher run cuma takde la hari-hari. Kadang hari ni nak 3 load pastu taknak dah. Maka dorang raise requisition form untuk 3 loads untuk ketika itu punya keperluan. 3 minggu kemudian nak crusher run 2 load maka dorang raise pula requisition form untuk 2 loads. Gituuu.

Masalah terjadi bila lorry driver keliru, patutnya site KS yang terima crusher run tapi lorry driver ni pergi tuang kat AUR site. Kebetulan pula masa tu Mr Ooi (site manager AUR) memang nakk sangat crusher run cuma dia belum raise requisition form je. Kiranya baru muncul dalam otak nak pakai crusher run, tup-tup datang lorry driver tu tuang depan dia. Memang suka la Mr Ooi HAHAHA. Lagi satu Mr Ooi ni jenis fail bab paper work. Nasib baik bukan team dengan aku. Kalau tak, memang haru.

Satu hari tu Mr Wong called aku beritahu dia panggil supplier hantar crusher run tapi supplier kata po sudah habis hantar. Aku pon cek.cek punya cek, masih ada beberapa load. Lalu aku called supplier beritahu rekod aku kata belum habis hantar. Supplier pun cek juga dia punya rekod. Baru tahu yang lorry driver salah hantar. Dia key dalam sistem dia nombor po KS tapi dia pergi hantar ke AUR. Agaknya dia nak betulkan balik kat sistem dia. Dia perlu ada po AUR baru dia boleh pindahkan kuantiti yang salah hantar tu ke po AUR dan baru lah po KS kira ada balance lagi.

Pastu pulak, supplier KR punya staff akaun yang sorang ni pun bengong jugak. Lepas lorry driver dia buat mistake, dia pon call kak ita selamba mintak PO baru untuk crusher run 3 load (ke 5 load aku tak sure) yang mistakenly delivered to AUR site. Dengan takde say sorry langsung pulak tu. Jenis orang kelantan kata 'meto'. Mukadimah takde sorry takde, dah la lorry driver kau yang buat silap, selamba tapir chase-chase po sebab dia kata dia takleh issue invoice selagi takde po. Panggg... kena balik dengan kak ita. Padan muka bertemu buku dengan ruas HAHAHA.

"you yang pergi hantar salah site sape suruh?" Marah kak ita.
"Bukan saya salah maa.. driver yang salah" Balas budak akaun tu. Garang weyh dia.

Kelakar pun ada. Mahunya tak kelakar. Dia tegaskan bukan salah dia sebaliknya salah driver. Habis tu kau dengan driver bukan dikira satu team ke? Memang patut kena lazer balik dengan kak ita.

Padahal memang la Mr Ooi nak guna crusher run. Cumanya Mr Ooi belum sempat nak request, crusher run dah datang. Memang la dah guna. Memang akan bayar crusher run tu tapi kenapa lah kau mulakan perbualan dengan nada macamkan kak ita tu kuli bawah kau nak marah-marah. Permulaan perbualan tu dah tegang, maka kak ita pun malas nak layan. Dia biarrr je tak bagi po. Yang supplier tu pulak selagi takde po katanya, selagi tu la dia tak boleh print out invoice. Jangankan invoice untuk kuantiti yang salah hantar, malahan semua kuantiti crusher run yang dorang hantar menggunakan po number KS yang aku bagi tu semua dia hold. Demi terlalu follow procedure yang mereka sendiri cipta, hingga takde collection (bayaran) pon takpe, sanggup tunggu po! Adehhh..

Kadang kala kita kena sedar juga. Kalau berada dalam posisi peniaga, kita kena la anggap customer tu sebagai bos. Bukan suruh sembah-taat, tapi memadai lah menjaga perasaan. Menjaga hubungan supaya tak jadi macam ni. Budak akaun tu memang pada pendapat aku rude sikit, mungkin dia muda lagi takde pangalaman kerja, atau dia anak tokey ke tak tau la. Sejak kak ita taknak layan dia, baru dia cakap baik-baik dengan aku. Kalau tak, haishh.. nakkk je aku tukar supplier. Pasni aku nak cari supplier baru dengan harga paling tidak, sama dengan KR ni offer.

Kau nampak tak tu?
Kita sebabai peniaga, kalau cakap kasar melukakan hati pembeli, pembeli akan lari dan beli dari orang lain pula. Sape rugi? Peniaga rugi.

Aku pernah baca satu article tentang bisnes online. ececeh tiber

Dia kata founder sesuatu produk wajib jaga stokis dia, agen dia dan dropshiper dia sebaik mungkin. Kerana apa? kerana mereka-mereka inilah yang membuatkan founder tu kukuh kedudukannya. Jangan sesekali berlagak bos sedangkan kau dapat duit ribu riban tu pon sebab stokis, agen dan dropship yang restock dan pasarkan produk kau. Mereka ni yang bagi duit kat kau. Kalau kau jual sorang, agak-agak boleh kaya tak? Ntah-ntah nama produk kau pon orang tak kenal.

Stokis pula kena betul-betul jaga agen dan dropshiper dia. Agen pula jaga dropship bawah dia jika ada. Sebabnya, itu lah customer mereka sebenarnya. Dan customer-customer yang beli dari kita tu apetah lagi, memang kena jaga la supaya dorang beli dan repeat order dari kita je tak lari ke penjual lain.

Kalau stokis mahupun agen tak dijaga, kedudukan founder bakal tergugat teruk. Cubalah buat tak reti dengan aduan, rintihan mahupun rungutan stokis. Lama-lama stokis tu makan hati. Pastu dia tak jual dah produk kau. Dia lari jual produk lain pula. Tu takpe lagi, buatnya dia jahat mulut pi jaja buat cerita tak elok tentang produk kau, hahh masa tu menagis pun tak guna dah. Lama-lama dengan kau dengan produk kau sekali hancur.

Sejak aku baca pasal tu, aku celik mata. Baru aku kenal siapa bos sebenarnya. Bukan founder bos aku, sebaliknya customer. Sebab customer yang beri aku duit, bukan founder. So selayaknya kita layan customer macam dorang tu bos. Gitchuuu

Sekian bebelan dari kak ila.

** Testimoni Diamond Gold Skincare **
Nak cuba naikkan seri wajah dengan set Diamond Gold Skincare?
Wasap nombor ni.
012-931 1015 - kak ila ngko - trusted online seller


Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Monday 1 October 2018

Weekend Di Pekan

Malam Jumaat yang lepas aku balik Pekan, Pahang. Balik takde tujuan sebenarnya. Saja je. Tak plan langsung nak balik. Maklum lah setakat cuti sehari hari Ahad tu macam serba salah kan. Sabtu lepas adalah Sabtu minggu kelima. Aku kerja. Ngah pon kerja.

Namun yang terjadi kejadian balik kampung tu sebab beberapa hari lepas masa bersembang dengan mek sambil tengok tv, mek ada sebut "lamaaa tak tengok makngah".

Makngah adalah adik mak mertua aku. Sejak Maktua (mak kepada mak mertua aku a.k.a nenek Ngah) meninggal, makngah duduk dengan adik bongsu dia kat rumah pusaka. Adik bongsu dia dah kawin dan ada beberapa orang anak. Makngah je belum pernah kawin. Agaknya mek rasa kesian dengan makngah kot, lalu terasa rindu dan tersebut pasal makngah.

Lepas tu aku dan Ngah pon plan untuk cuti sabtu demi balik kampung bawa mek. Sementelah mek sedang ada rumah aku ni, senang nak bawa kesana kesini. Dah balik Kelantan sok, tak tahu bila lagi nak ke Pekan. Mek terkejut bila petang Khamis tu aku minta dia siap-siap, kita nak balik Pekan Jumaat malam. HAHAHA.

Kitorang gerak dari Puchong lepas Isyak. Memang tak masak kat rumah sebab kalau masak karang, pukul berapanya nak bertolak. Petang aku balik kerja tu memang mek dah siap-siap masak nasi seperiuk. Aku simpan je nasi tu sekali dengna periuk dalam peti ais. Balik dari kampung sok kita baru pikir nak goreng ke hape.

Sampai Kampung Peramu, Pekan pukul 3.30pagi Sabtu. Sembang lebih kurang dengan mak, then masuk tidur. Mak kebetulan demam dah beberapa hari. Muka pun pucat je. Tapi hebat ngko langsung dia tak gi klinik. Mak kata dia jaranggg demam. Demam kali ni dia buat malas layan. Dia biarr je. Panas kang, dia basuh kepala. Minum air. Aku dengar pun risau. Takut darah tinggi ke kan. Bahaya oii, boleh collapse tiba-tiba. Mak kata dia dah check darah. Result ok, kemungkinan panas dalam katanya. Adududu macam-macam.

Pagi Sabtu tu ingat nak bawak mek gi pasar pagi kat bandar Pekan. Sebab mek bukan selalu dapat datang, kalau boleh nak bawak la berjalan. Mek memang suka laa hai kalau dapat jalan-jalan tempat shopping. Tapi tak jadi sebab Ngah tidur macamkan 2 hari tak jumpa bantal. Kesian pulak aku tengok. Dah la dia sorang drive. Aku memang tidur dari Gombak sampai Pekan.

So takpe la kita lepak rumah je. Lagipun kat dapur ni kemain banyak abah beli sarapan. Ada nasi dagang, nasi kerabu, kuih mak buat lagi. Tak termakan nasi kerabu sampai terpaksa hantar kerumah makngah supaya tak membazir.

Tengahari aku bawak mek gi rumah makngah. Dekat je pon. Dalam 30meter je jarak dari rumah mak. Makngah pon kurang sihat. Kaki dia bengkak. Dah tiga pat hari katanya kaki bengkak hingga terpaksa tutup warung nasi berlauk sebab takleh berdiri lama.  

Rumah mak ni aku tak tau la pasal apa. Sentiasa panas membahang. Nak tidur pon terpaksa buka lubang angin baru boleh lelap. Kalau tak, memang asyik terjaga kepanasan. Aku rasa salah satu punca adalah sebab bumbung rumah pakai rooftile jenis cement kot. Kalau pakai rooftile yang jenis clay (tanah liat) tu takde la panas sangat. Rooftile ni kalau tak tahu menahu, memang kita akan pilih yang cantik kat mata dan murah. Kalau total sub bagi kontraktor buat dari A sampai Z lagi la, dorang mesti pilih bahan binaan lebih murah. 

Anak-anak mak pernah nak belikan aircond nak pasang kat bilik tapi mak tak bagi. Dia sayang rumah, dia tak bagi tebuk HAHAHA. Nak paku dinding nak gantung frame gambar pon dia tak bagi, inikan pulak nak tebuk berlubang nak pasang aircond. HAHAHADUI.. so bertahan je la panas pun huhu.

Gambar pagi Ahad. Berdua keluar cari roti canai. Padahal kat rumah mak dah masak bihun. Tapi ngengada


 Anak-anak aku tak suka balik kampung bapak dia, katanya takde kawan. Jadi apa je yang dorang jumpa belakang pintu dapur, itu la yang dorang hadap buat hiburan.

Ahad lepas zohor, kitorang gerak balik Puchong. Sampai rumah elok orang azan maghrib. Mula tu ingat nak singgah pasar malam je nak beli nasi bungkus tapi memandangkan terlajak satu hal, pastu nak patah balik macam malasnya lahai, makanya kitorang terus balik je. Sampai rumah baru teringat nasi seperiuk aku simpan dalam peti ais. Lantas aku keluarkan, renjis setengah cawan air, dan masukkan dalam sarang rice cooker. Petik suis macam nak masak nasi.

Kebetulan masa on the way balik Puchong tu kitorang singgah kat kawasan menjaja tepi petronas sebelum masuk highway. Apa nama ntah kawasan situ. Aku beli 2 paket ikan pekasam. Jadi aku goreng terus sepeket malam tadi. Hiris bawang merah dan cili api dan goreng. Kemudian taburkan atas ikan pekasam. Aduhhh habis seperiuk nasi kitorang tibai HAHAHA.. Kuah memang takde, tapi takpe budu tak pernah putus. Joe yang kurang gemar makan budu, hanya tuang kicap je. Takpe asalkan kenyang. Lena tidur kitorang malam tadi HAHA.

Lepas makan nasi, budak ni kunyah pulak kuih pedas yang Maksu (isteri kepada adik bongsu mak) bagi. Ni maksu buat untuk jual. Bulan puasa hari tu demam dia siapkan order beratus botol kuih pedas ni. Dia bagi kat mek sebotol sebagai buah tangan. Katanya sebotol ni lebih yang orang order. Takde apa nak bagi katanya. Rezeki mek. Tapi anak aku tukang perabih. HAHA

OK dah aku stop dulu.

** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Nak atasi masalah tona kulit tak sekata? Nak serlahkan seri wajah? Meh cuba Diamond Gold Skincare.
Wasap 012-931 1015 - kak ila ngko

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.