Friday 17 February 2017

Dendam Seekor Tikus

Wahh tajuk macam cerpen budak skolah rendah je.

hari tu aku ada blog pasal kereta bau minyak masa malam nak pergi COD tu kan?
yang Ngah terpaksa baiki malam tu.
tu kerja tikus tu.
digigitnya wayar minyak.

cerita tikus tak habis situ je.
pagi tadi berulang lagi.
elok aku siap-siap nak gi kerja, start kereta semerbak bau minyak petrol.
lalu aku terpaksa matikan enjin.
aku intai bawah enjin.
tengok-tengok kemain banyak minyak bawah tu.
tak pasal-pasal aku kena ambik EL halfday pagi ni.

sementara menunggu Ngah balik repair kereta, aku jalan kaki gi sarapan kat kedai mamak dekat rumah


wasap Ngah bagitau pasal kereta.
pukul 10.30 camtu dia sampai.
dia tukar wayar minyak yang baru.
baru boleh datang office.

kira dalam bulan ni saja dah 2 kali tikus pedajal kitorang.

masa Ngah repair malam tu, aku kan tolong pegang lampu handphone.
aku tanya la dia kenapa boleh bocor tiba-tiba.
sebab aku risau. aku kan setiap hari bawak kereta tu pergi kerja.
bila dah keluar minyak bagai ni, of course la aku takut kan.
mana tau tengah-tengah drive tu kereta meletop ke hapa.
ecewahhhh... kemain dia punya imaginasi tu kan.
tapi serious risau wehh.

Ngah cakap ni kerja tikus ni.
kerja tikus? hairan aku.
takkan tikus suka minum minyak kot aku tanya balik.

Ngah pun bukak cerita.

"tikus ni mungkin balas dendam kat abang."

"balas dendam? apesal pulak?"

"sebab ada satu hari tu abang balik kerja, abang nampak seekor tikus. pastu abang press minyak motor kuat-kuat, konon nak pijak dia la. tikus tu terkejut lalu lari. sekerat jalan lari, tikus tu toleh dan pandang abang. abang pun pandang dia jugak. beberapa saat lepas tu tikus tu pon lari masuk longkang. esoknya, masa abang nak pergi kerja, abang ternampak tayar depan motor ada kesan kena gigit tikus. konghajar punya tikus"

OMG!!
biar betikk?!

aku speechless kejap.

pagi ni kes yang sama jugak.
tikus tu belum puas balas dendam gamaknya.

dah tu acaner??
takkan esok kejadian sama berulang lagi kot?
matilamakkkkkkkkkkkk..

hari ni patutnya, pergi kerja macam biasa. lepas tu mintak dengan bos nak keluar lunch awal sebab nak ambik Amir kelas tambahan. tapi dah aku EL halfday, aku tunggu dia lebih awal. masa ni Amir belum keluar. oh ya, setiap Jumaat patut balik awal kan? tapi memandangkan nak UPSR, budak darjah 6 kena ambik kelas tambahan setengah jam setiap jumaat tu. so van sekolah semua dah balik. terpaksa ibu bapa datang ambik anak masing-masing


eh eh dah 5.30petang la.
nak balik dulu.
babai!



Tuesday 14 February 2017

Ahad 12/2/2017 Kami

Ni entry untuk tepek gambar dalam blog je.
malas aku nak letak gambar banyak2 dlm fb.
letak 2, 3 keping ok lagi.

nak simpan dalam handphone karang, penuh pulak nanti.
memandangkan ada blog ni marilah tepek sini.

ni kejadian Ahad 12/2/2017.
pagi tu Ngah ajak pergi pasar karat Puncak Jalil.
first time aku sampai sini.
aku sangkakan macam pasar karat @ pasar tani stadium shah alam tu.
rupanya yang kat puncak jalil ni Car Boot Sale.
hampir semua peniaga hanya bentang tikar dan lambakkan barang perniagaan mereka.


setahu aku, peniaga di sini hanya dibenarkan menjual barang terpakai je. dan TIDAK dibenarkan menjual mahal. Tidak perlukan lesen untuk masuk berniaga di sini, yang berminat nak berniaga di sini, boleh baca lanjut kat page Car Boot Sale Taman Puncak Jalil.








kebanyakannya barang bundle.
ada kain baju bundle.
ada barang permainan bundle.
tudung bundle.
ada jugak bukan barang bundle.
tapi barang reject.
yang aku paling terliur sekali adalah mixer brand Global.
harga pasaran paling koman 500 kalau tak silap aku.
yang pakcik tu jual RM250. dia boleh bagi sakat RM240 je.
dia kata barang baru, bukan barang seken.
pakcik tu jual semua barang eletrik.
ada rice cooker. ada periuk kukus eletrik.
ada steam iron. macam-macam barang elertik pakcik tu jual.
penuh van dia.

nakkkk je aku rembat.
tapi Ngah tak kasi.
dia kata susah nanti takde warranty.
kalau ikutkan aku memang nak ambik dah.
aku tak kisah takde warranty pun.
sebab condisi mixer tu memang cantikkkk sangat.
memang aku percaya barang belum pernah guna.
sebab plastik bungkus tu pun cantik lagi.
kotak pon ada lagi.
dan takda haus kat mana2 sudut pun.
memang murah sangat dah 250 tu bagi aku.
dah lamaaa aku usya mixer ni kat Lazada.
teringin nak beli supaya ada bila nak pakai.
especially time bulan puasa.
tapi aku tak beli.

kenapa??

sebab aku tiba2 tersedar diri.
tahun lepas aku beli hand mixer.
konon nak rajin buat biskut raya.
nan hadoo.
baru pakai 2 kali hand mixer tu.
pastu aku simpan.
tapiiii... tetaplah aku bercita-cita nak ada satu mixer mahal kat dapur aku suatu hari nanti.
tunggu lah.

lepas pusing-pusing, lapar.
kami pun singah kat restoran tepi pasar karat tu.
order roti canai.
datang sorang perempuan hantar air kopi yang aku order.
dia tanya 'kopi dengan teh tarik kat sini ke'?
aku pandang sekilas sambil jawap 'ha ah'.
ehh, macam kenal bisik hati aku.
aku pon pandang kali kedua.
rupanya anak kak jah bekas pemilik taska JC.
tapi taska tu kak jah dah jual.
dan aku pun dah tak letak anak aku kat taska tu lagi.

aku beritahu Ngah.
Ngah cakap takkan dia kerja sini kot.
so kami syak restoran ni kak jah yang punya.
pastu lepas makan, kami nak keluar dari kedai.
nampak pulak anak perempuan kak jah yang lagi satu.
sah! mesti kak jah bukak bisnes restoran pulak ni.



lepas round lebih kurang, kami balik.
tak beli apa pon. semata-mata berjalan.
lebih kepada nak tengoh kawasan sebenarnya.

balik rumah.
tengok anak-anak baru bangun tidur.
Poksu jani dorang pon baruu je keluar meniaga.
alahh, lupa nak singgah bungkuskan roti canai untuk anak2.
so aku ajak pergi kedai mamak.
sementara Ngah duduk rumah mesin baju.

aku jalan kaki je,
Ammar dan Joe kayuh basikal baru dorang.
basikal baru beli minggu lepas.
kemain suka budak-budak tu dapat kayuh basikal.
selama ni duk lenjan basikal kecik anak jiran punya.
aku peratiiiiiiii je.
nasib baik jiran tu tak kisah.
ehh, nama tau dia tak kisah kan?
hahahaha...

sementara aku teman anak makan.
Ngah iron baju skolah anak-anak.

pastu aku balik.
aku sapu rumah.
Ngah jemur baju kat ampaian.
aku mop lantai sambil re-arrange tv dan kerusi kat kedudukan baru.
rasa best sekali sekala susun kat sudut baru.
walaupun tak banyak posisi mampu tukar.
almaklum ler rumah flat sekangkang kera tu mana ada banyak ruang.
susah nak plug in tv semua nanti.

Lepas Zohor, Ngah ajak makan nasi kukus.
maka kami pun ke Rz Nasi Kukus Shah Alam.
dah beberapa kali kami datang sini.
sedap, nasi dia lembutt je.
cuma satu je aku kurang berkenan.
tempat cuci tangan dia tu tinggi sangat untuk budak sekolah rendah macam anak aku.
kedai ni ada 2 tempat cuci tangan.
kedua-duanya tinggi.
ada satu kepala paip tu dah patah.
tapi tak berbaiki.
ni kalau datang waktu puncak ni ada yang kena beratur juga nak basuh tangan.



selesai makan, Ngah bawak kami ke Aon Mall Shah Alam.
rupanya dia nak bawak anak-anak karaoke.
so jom kita nyanyi.
ohh, kat sini aku tak suka sangat.
suka lagi kat ioi mall.
kat sini nak pilih lagu macam tak reti sikit.
skrin dia macam tak user friendly sangat.
aku nak cari lagu Ella pun tak jumpa.
aku search by alphabet. tekan huruf E.
tapi Ella tak muncul-muncul.
pastu language dia dalam mandarin.
aku try nak tukar language ke melayu.
ponn tak jumpa.
ke aku yang tak reti sebenarnya?

tak jumpa Ella.
fine.
cari pulak lagu kumpulan lelaki.
konon nak nyanyi lagu rock.
ponnnn tak jumpa jugak.
terus aku takde mood nak nyanyi.

kalau kat ioi mall tu senang yg amat.
kita cari lagu ikut kategori.
nak penyanyi lelaki? klik je LELAKI.
pastu semua penyanyi LELAKI keluar.
semua LELAKI tak kira penyanyi mat saleh, penyanyi cina mahupun melayu, asalkan lelaki semua dipaparkan di skrin.
tinggal pilih je.
sangat user friendly.

yang kat Aon Mall ni Ngah cari lagu Ella dapat, cuma muka tu bukan Ella ye.
ntah muka lelaki mana ntah.
hahahah patut la aku cari payah nau nak jumpa.

lepas menyanyi (lebih kepada melalak sebenarnya haha) selama sejam, kami pon bergerak beli barang dapur kat Checkers Seksyen 15.
oh ye, korang kalau nak menang hadiah cabutan bertuah, sila pergi karaoke kat sini ye.
syaratnya kena ambik pakej 2 jam baru layak.
mana tau boleh menang motorsikal kan?

dah siap membeli barang dapur, kami balik ke sarang.


saja tayang kasut Ngah belanja. lalalala


aku up gambar ni kat ig. terus dapat pat belas juta like. hahahah... tipu jerrr



kemain susah nak suruh tiga beradik ni beratur ambik gambar. paling over si kecik la.

Joe konon-konon nak ambik gambar sedang berjalan, tapi Amir masuk kacau.

Over betul ngko dikk.


sengaja beliakkan mata.




Karaoke. Joe pembuka tirai. layan lagu popular Aiman Tino. Tajuk apa ntah


tukang karut.


lepas dia, dia. lepas dia, dia lagi. time kita nyanyi, dia merajuk.. adehh

susah kemain nak kumpulkan tiga beradik ni bergambar ngan abah dorang.

tengok? cepat je dah hilang sorang.










lain kali taknak pakai baju ni dah. nampak perut aku buncit macam ngandung je. tapi nak jugak tepek gambar perut buncit ni kat sini. kenangan wehh. kasut sama tuuuu




ok dah.
itu je nak citer.

cau dulu.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku

Monday 13 February 2017

Sekali Sekala Dating Macam Zaman U Dulu

Ni gambar masa balik dari Uptown Seri Kembangan.




Jumaat malam 11/2/2017.
sebelum tu kami anak beranak keluar dengan kereta.
konon lepas COD barang kat Hotel UITM Shah Alam, nak gi makan.
lepas makan nak gi jenjalan uptown.
keluar kemain awal. lepas maghrib dah gerak.

tapi kereta tiba-tiba buat hal.
tiba-tiba keluar bau minyak petrol.
kemain dasyat bau dia.
padahal pagi tu aku bawak gi kerja ok je.
dah la masa balik kerja petang nya tu aku parking jauh dari pintu rumah.
ohya, rumah aku rumah flat je.
tapi rumah ground floor.
masa renovate, aku buat satu pintu belakang. 
pintu belakang tu dah jadi pintu utama dah.
jarangggg sangat aku bukak pintu depan.
keluar masuk memang guna pintu dapur je la.
dan biasanya aku parking kereta tu sebelah pintu belakang je.
lebih kurang 5 meter dari pintu rumah aku, ada sebatang lampu jalan.
jadi terang.
malangnya masa balik kerja petang nya tu depan (belakang sebenarnya) rumah aku ada kereta dah parking.
jadi aku parking jauh sikit.
dah tiba-tiba kereta keluar bau pertol ni terpaksa la Ngah belek tengok apa yang tak kena.
hanya berlampukan handphone.
kat situ gelap.
cek punya cek, rupanya wayar minyak kat dalam enjin kena gigit tikus.
konghajor betul tikus ni.
takde menda lain nak makan agaknya.
digigitnya wayar kereta.
dah satu kerja pulak Ngah nak ganti wayar tu dengan wayar baru.
wayar tu lebih kurang macam wayar tong gas je aku tengok.
ada la dalam 20 minit nak selesaikan.
lepas tu baru gerak ke hotel.

kemudian kami ke restoran Andaman kat Seksyen 23.
elok sampai, semua anak aku dah tertidur.
gerak-gerak taknak bangun.
hanya Amir je bangun.
Ammar dan Joe tidur tak sedar apa dah.
nasib baik parking betul-betul depan kedai. 

dua beradik tu tidur sementara kami makan.

lepas makan, nak pergi ke uptown pulak.
tapi memandangkan anak2 dah tidur, aku cakap kat Ngah suruh hantar anak balik rumah dulu.
pastu kita gi naik motor je dah.
nasib baik Jani dan isteri dia ada.
boleh tinggalkan anak jap.
ehh, tapi dorang tu boleh je kalau desperate sangat boleh je tinggalkan.
Amir dah boleh harap sangat dah.
cuma hati tu tak sampai nak berlama-lama tiinggal dorang.

so kami berdua pun merempit ke uptown.
seronok dapat keluar berdua.
rasa takde tekanan.
ni kalau bawak anak, memang payah nau nak beli barang sendiri secara bertenang-tenang.
selalu la balik badmood kalau bawak dorang hahahaa

Ngah belanja jeans 2 helai.
lalalalala...

alamak tetiba aku sakit perut pulak.

tengah syok menaip tetiba mintak nyawa apa kesss

ok la 

nanti free aku sambung lagi.

Friday 10 February 2017

Entry Ni Terlahir Akibat Bengang Dengan Boss

haaaaaa....
tu diaaaa tajuk
panas panas lagi ni

boss kat sini merujuk kepada HOD aku, bukan the paymaster.

alkisahnya.
aku kan kerja purchasing.
so setiap hari akan buat PO.

sekarang aku jaga satu small project.
buat sebiji banglo.
banglo ni kira projek kecik je.
sebab biasa aku handle serviced apartment atau kondo.

yang aku nak cerita ni pasal order-order barang sebenarnya.

biasa kalau projek kondo, kalau nak order OPC cement mahupun walcrete, minimum kuantity yang selalu aku order adalah 400 bags.
tapi jarang la order 400.
selalu order 800bags.
oleh kerana nak order 800bags, aku terus order daripada trading house.
lagi untung, lagi besar rebate (potongan harga).
dan trading house tu pulak order dengan kilang cement terus.
kilang then akan hantar pakai trailer.
projek besar boleh la order 800bags.

projek banglo pulak, considered projek kecik.
lokasi tapak projek pulak di putrajaya.
memandangkan sekeliling tapak projek tu adalah rumah banglo yang dah siap, terpaksa guna lori kecik je untuk apa2 materials delivery.

kalau nak order steelbars, steelbars tu must be folded bars.
supaya boleh diangkut guna lorry atau trailer yang lebih kecik dan pendek.
kalau tak nanti kena saman dengan authority.
putrajaya authority agak straight.

oleh kerana faktor tersebut, site manager yang in charged banglo ni bila nak order cement, dorang mintak tak banyak.
80bags. 100bags. 150bags.
faktor space juga main peranan. order banyak kang kena hujan keras pulak cement.

kena la beli kat hardware shop aje.
mahal la sikit nak banding dengan beli direct kilang.
tapi takde pilihan.
kilang memang takkan ambik order sebarang cement kurang dari 400bags.

biasanya site manager ni, selain dari nak cement, dorang nak jugak hardware materials lain like bituminious felt, exmet, dan plaster lime contohnya.
dorang isi requesition form sekali harung.

jadi lepas compare harga semua, aku pun buat la price comparison.
satu supplier jugak yang paling murah.
jadi dah tentu la aku order sekali.
cement 100bags, exmet 50rolls, plaster lime 50bags.
semua dalam satu PO.
sebab order dari supplier yang sama.

oh, for info, cement dianggap sebagai major materials.
oleh itu ada budget ditetapkan untuk cement.
contoh untuk siapkan banglo tu memerlukan 1500bags cement.
jadi aku punya price comparison dalam excel tu, aku buat la satu column untuk isi budget.
untuk barang-barang yang masuk kategori hardware, ianya tak ada budget.
jadi ruangan badget tu aku kosongkan la.

format yang aku buat tu memang memudahkan aku untuk pantau.
kalau budget burst, aku boleh tahu.
sebenarnya format tu sama je dengan format projek kondo yg sudah-sudah tu.
hanya yg berbezanya, projek besar, PO cementnya, barangnya hanya cement je la.
kat satu PO tu tak mungkin ada cement dan ada plaster lime.
sebab kilang cement tak de jual plaster lime.

beberapa kali sebelumnya, masa aku submit PO bersama price comparison tu, boss cakap ok.

tapi tadi tak ok.
aku pulak terpinga-pinga.

aku nak terangkan kat dia bahawa;
aku beli cement dan barang hardware tu dari kedai yang sama.
bila beli dari kedai yang sama, dah tentu aku issue satu PO je.
takkan nak issue dua keping PO jugak kot.
dalam PO tu ada cement dan barang hardware.
pastu price comparison pun sehelai je la jugak.
takkan nak buat dua helai.

tapi dia macam tak faham
dia nak jugak pormat tu macam projek-projek lain yg sebelumnya.
sebenarnya format tu sama je pon.
cuma boss aku ni tak nak teliti dulu sebelum kata NO.
selalu lah kena macam tu.

projek besar boleh la asingkan.
sebab projek besar beli cement direct kilang.
tak mungkin bercampur dengan barang hardware.
so budget pun selamanya appeared.

ini projek kecikkkk cenonet.
susah la kalau pakai format lagu tu jugak
takkan la satu PO kena ada 2 comparison.
satu untuk cement, satu untuk barang hardware.
padahal beli kat kedai hardware yang sama.
kata PRICE COMPARISON kan.
haruslah fungsinya untuk bandingkan harga.

bila aku try nak exppain kat dia, dia pulak potong cakap aku.
siap kata NO NOO
gila!

aku nak bagitau dia tujuan aku buat begitu.
ehh langsung dia tak nak dengar pun.
aku pulak nampak macam bodoh.
padahal dia yang bodoh hahaha

ehh. tak faham ke?
hahahah lantok sana

tapi serius wehh.
boss aku ni sometime aku rasa dia kurang betul
bukan aku je rasa camtu.
semua lah dalam department ni rasa macam tu.

dia tak buat, dia tak tahu kesulitan-kesulitan tertentu yang sometime kalau nak explain pon payah.
kau buat sendiri baru kau tahu macamana nak ejas masalah tu supaya tak jadi masalah lagi.
atau paling tidak, masalah tu tak berulang lagi.

amboi kemain panjang.
ntah la yg menbaca nya tu paham ke tak.
ok nak balik dah ni.

lega pulak lepas dapat luah kat sini.

bye.






Friday 3 February 2017

Entry Balik Kelantan sempena CNY 2017

Lepas rombongan tunang murni balik, jam masa tu dah lebih kurang 4petang.

Ngah masa ni dah balik rumah dengan anak-anak. 
dia datang pukul 2, makan pastu duduk kejap terus balik. 
sebab Amir sakit gigi so dia ajak balik.

ohh, lupa nak citer, Ngah pergi ke majlis murni dengan motor, membonceng dengan Ammar.
sementara aku, mek, amir dan joe pergi lebih awal dengan kereta.
almaklum la nak bawak pulut kuning dengan kuih koci ke majlis tu.
Ngah pulak terpaksa tunggu nak sidai kain.

dalam pukul 6petang camtu baru aku gerak balik.
balik terus charge handphone.
on je, terus masuk wasap dari Ngah.
rupanya dari pukul 3petang dia wasap suruh aku balik dalam pukul 4.
tapi memandangkan handphone aku mati, aku tak dapat mesej dia.

lepas Isyak, Ngah dapat call dari De.
bunyi macam kalut je.
rupanya kereta De rosak kat kelantan, kampung isteri dia.
sedangkan kereta tu nak guna esoknya untuk kerja kenduri kawin sedara.
sebelum balik kelantan, De dah mintak Ngah repair kereta dia.
oleh kerana takda masa, Ngah hantar kereta tu kat workshop kawan dia.
ingatkan setel la.
rupanya beronar kat kampung.

membebel De.

habis cakap telefon, Ngah cakap "jomlah siap-siap kita balik rumah Zemi"

terkesima kejap aku.

bukan nak balik Pekan dulu ke? soal aku dalam hati.
tapi aku ikutkan je la.
10.30malam kami gerak ke kelantan terus.
tanpa singgah Pekan.

dalam pukul 2pagi, Ngah wasap adik bongsu dia beritahu on the way ke kelantan.
yang aku pulak wasap kat Jani bagitau aku balik kelantan, bukan Pekan.

elok la.

sampai kota bharu pukul 4.30pagi.
aku dengan anak-anak masuk tidur.
Ngah terus baiki kereta De.

pagi tu aku bangun tengok Ngah tidur.
penat la tu.

pukul 11pagi, Ngah bagitau mak pun on the way dati pekan nak datang kelantan jugak.
Cik sekeluarga pun ikut.
hahaha..
apa punya rancangan daa...
semua huru hara
kalau lah semua pakat plan cecantik nak balik kelantan, boleh De adakan majlis cukur jambul anak dia.
haru betul.
tapi takpe.
tak semua plan berjalan lancar kan?

rombongan mak mertua sampai kota bharu dalam pukul 5.30petang.

esoknya, kami ke Pengkalan Kubur.
dah lama tak datang sini.
aku tak beli apa-apa pun. 
ada jugak la intai-intai sudip hat pesen lama tu, tapi nan hado.
terbeli skirt je sehelai.
tu pun sebab dia lelong RM10.
yang kuat membeli hanyalah mak aje.
dia memang dah lama nak datang sini.

ada satu kedai periuk ni kan.
aku tertarik nak beli periuk cap buaya (tulisan merah).
tapi bukan tahap nakkkk sangat beli pun.
aku tanya kat kedai ni harga berapa.
makcik tu cakap dia tak jual sebiji.
minimum kena beli 3 biji.
periuk ni ada 9 saiz.
aku lupa pulak nak tanya saiz paling kecik berapa cm.

konsepnya gini.
katakan paling kecik 14cm.
saiz kedua kecik adelah 16cm. pastu 18cm, 20cm, 22cm, 24cm, 26cm, 28cm dan 30cm.
gitu.
nak beli satu saiz aje tak boleh.
kena beli 3 beradik.
3 beradik pun tak boleh pilih-pilih.
kena ambik saiz samada 3 terkecil, 3 tengah atau 3 terbawah.
kalau ambik semua 9 beradik harga RM190.00
kalau 3 beradik teratas RM50.
kalau 3 beradik tengah RM60.
kalau 3 beradik terbawah aku tak tanya hehe.
tapi yang pasti jika ambik semua 9 beradik lebih jimats.
gambar ehsan gugel
pastu, dah setel di sini, kami pergi pulak ke Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.
mak rindu nak datang sini barangkali.
kami ikut je.

aku tengok periuk jenama sama yang kat pengkalan kubur tadi.
saja tanya harga. 
RM240 untuk 9 beradik wehh.
beza banyak jugak tu.

ok la tak tau apa nak citer lagi


hari sampai kelantan tu, tengaharinya pergi makan kenduri rumah sepupu mertua De. gulai kawah daging dia tu sedap teringat-ingat lagi ni

desert yg biasa nampak kat kenduri di kelantan. tapai pulut. ini pun winn sangat

ni kat pantai Senok. lokasi ni sekaran semakin popular di kalangan penduduk kelantan tunuk tujuan wedding outdoor photoshot.

ni kat pengkalan kubur


aku up gambar ni kat fb, kawan tanya ngandung ke? hahaha konghajor sgt. dia tak tau aku asal balik kelantan je mesti ngandung. kahkahkah


ni kat dalam pasar siti khadijah. kat tingkat 1 tepi tandas. tengah tunggu Joe berak lepak kedai ni, agaknya kedai ni takde penyewa kot. so jom kita pukul gamba haha

Anak sulung Zemi a.k.a De. cucu perempuan kedua Mak tua dan To'Ki

anak sulung tuan tanah

anak kedua tuan tanah

tak silap aku umur baby Aira Aina masa ni 47 hari

nampak tak tu pemandangan kat belakang tu. cantik kan? sebab tu ramai pasangan pengantin datang fotoshot kat sini. sebenarnya banyak jugak sampah macam polisterin, kertas tisu semua tu. tapi tak nampak dalam gambar. 


Aira Aina dan Mak Ngah

ini bapa mertua De. aku suka sembang dengan dia tapi masalahnya dia kurang pendengaran. jadi setiap kali bersembang mesti aku cakap kuat-kuat. terasa diri ini begitu konghajor hahaha

tengok lama-lama macam kelakar pulak gambar ni. macam aku ni tengah bawak motor bonceng dengan amir pastu angkat tayar depan motor lalu terhasil lah pemandangan ini


Aira Aina dan daddy


3 biras. Mak Ngah, Mak De dan Mak Cik

Masjid Tok Guru Nik Aziz, Kampung Pulau Melaka. gambar ni diambil dari dalam kereta.

bergambar di rumah kendiru kawin sedara Zura a.k.a Mak De 

gulai kawah daging tu memang sedap sgt. tapi masih belum mampu lawan gulai kawah masa kenduri kawin De 2 tahun lalu. terlalu sedap hokey




ok sekian coretan hakak
nota kaki : 
balik kelantan : Sabtu 10.30malam 28/1/2017 sampai 4.30pagi 29/1/2017
balik Puchong semula : Selasa 6.00petang sampai 1.40pagi


Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku