Thursday 30 November 2017

Tajuddin Pecah Kepala

Cerita tengahari tadi.

Aku sedang drive nak balik umah tengahari untuk jenguk budak 3 beradik tu. Dalam 100meter nak sampai rumah, depan traffic light, tetiba Amir call. Kebetulan lampu merah, jadi aku angkat telefon. Dengar-dengar je "Umiii, umi dekat mana? cepat la balik rumah, ada kecemasan.." sayup-sayup kedengaran suara Amir. Pastu tetiba terdengar suara Ammar menyampuk " .. dah pecah la umii.. " Aku tak dengar perkataan depan pecah tu tadi.

Pecah?? apa yang pecah? jangan-jangan cermin besar kat ruang tamu pecah kot? ke kepala Joe yang pecah? Dalam pada terpikir-pikir tu, sampai jugak aku depan rumah. Masuk rumah je, terus Ammar serbu cakap kepala Joe pecah.

Aku cari Joe dalam bilik. Tengok-tengok kepala dia berdarah, darah meleleh hingga ke mata. Astaghfirullah.. nakal betul budak ni. lepas di siasat, rupanya dia main susun bantal sofa, pastu dia terjun atas bantal tu lalu bantal tu menggelungsur. Ntah macamana silap, masa melompat tu, dia terpelanting ke bucu pintu bilik. terus pecah kepala. Nasib baik dia main sendirian. jadi takde la kemungkinan ditolak ke hapa.

Tahu pulak takut. Dah berdarah-darah tu takde nya nak nangis. karang nangis lagi kena sedas dengan aku. diammmm je dalam bilik. aku tanya sakit takk? dia angguk je. Aku cuba selak rambut dia nak tengok luka macamana, tapi aku jadi takut pulak tengok darak bertempek-tempek kat rambut. Dah jomlah kita gi klinik atas bukit tu.

Ni pun aku dah lap sikit darah kat kawasan dahi dan mata. 

Aku tanya doktor besar ke lukanya? doktor cakap nanti dia cukur sikit rambut untuk tengok luka dengan lebih jelas. Lepas cukur, doktor cakap besar juga, perlu jahit.

proses menjahit luka



Ni aku ambik gambar dia suruh senyum. Aku hantar gambar ni kat abah dia supaya abah dia tak risau sangat dengar anak dia pecah kepala siap kena jahit ngko! dua-dua pon belum mandi lagi time ni.

Akhirnya kena 3 jahitan. Terbang melayang RM110 dek kerana kenakalan budak bernama Tajuddin ni.




** Testimoni Diamond Gold Skincare **



Nak try Diamond Gold Skincare?

Wasap 012-931 1015 - kak ila ngko



Sekian,
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku

Thursday 9 November 2017

Amir Dan Lawatan Sekolah Rendah - MAPS Perak

Sebenarnya, masa awal tahun hari tu, cikgu umumkan nak buat lawatan ke Lombok, Indonesia untuk meraikan murid-murid darjah 6 dan guru-guru yang bertungkus lumus mengajar demi UPSR, dimana guru-guru ni time cuti pon kena adakan kelas tambahan. Kos yang diberitahu adalah RM2,800 per head kalau tak silap aku. Masa tu cikgu besar beritahu ketika berucap dalam mesyuarat PIBG.

Oleh kerana jauh kebenor, dan kos yang mahal, aku dan Ngah cakap takyah laa. Lagipun macam tak harap je nak lepas Amir pergi sendiri jauh-jauh. So kami diamm je lah.

Kemudian, baru-baru ni guru kelas Amir edarkan surat lawatan ke MAPS Perak. Masa tu Amir nampak tak berminat. Barangkali dia ingat kalau dia mintak kat aku nak pergi pun, aku takkan izin kot. So dia hanya diam je lah. Hinggalah aku hulur duit RM75 untuk lawatan Joe, aku suruh Joe bayar kat ustazah kelas dia. Dan-dan tu Amir protes nak pergi MAPS, nak pergi MAPS. siap komplen kenapa Joe dapat pergi lawatan sedangkan dia tak dapat pergi MAPS. Adusss...

Tak aci katanya. Joe baru darjah 2, boleh jenjalan pergi lawatan. Sedangkan dia dah darjah 6. Patut dia yang dapat keutamaan memandangkan tahun akhir dapat enjoy ngan kawan-kawan. Pasni dah berpecah sorang sekolah situ sorang lagi sekolah sini.

So ok lah. Ambik RM180 ni gi bayar kat cikgu. Terus senyum. Ikutkan Ngah, dia tak kasi pergi. Katanya mahal untuk pergi balik hari, dan lebih berbaloi kita pergi anak beranak siap boleh tidur hotel lagi. Tapi memandangkan lawatan ni boleh jadi kenangan indah untuk Amir, takpe lah. Pergi lah.

Beberapa gambar yang dikongsikan oleh cikgu.









 

Memandangkan waktu ni negeri utara dilanda hujan lebat (hingga Penang banjir teruk), perjalan bas kembali ke sekolah adalah agak lewat. Pukul 10.20malam cikgu bagitau bas dah ada dekat tol subang, so Ngah pon start motor gi tunggu kat sekolah. Pukul 11malam baru Amir terpacul depan rumah.

Gambar ni takde kena mengena dengan cerita. Ni adalah senyuman pesen terbaru. Asal suruh senyum je, begini lah hasilnya
Sekian update.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Monday 6 November 2017

Bawak Mek Sambung Ubat

 Aku MC. 
Rasa migrain hanyut je sejak balik kerja petang sebelumnya. Rupanya period lepas balik klinik. patutlahhh. 

Joe pulak ada lawatan anjuran sekolah agama (ke mana ntah aku ni asik lupaaa je). Yang pasti, lawatan tu dalam negeri selangor jugak. Bayaran lawatan tu RM75. Joe pergi sekolah dihantar oleh abah dia naik motor macam biasa.

Aku pulak siap-siap nak ke klinik. Dah alang-alang, aku angkut mek sekali bawak makan roti canai.



Lepas makan, aku ke sekolah agama tengok joe naik bas.
Sejenis mak-mak sangat, anak nak naik bas pun pergi tercongok nak tengok HAHAHA.








Lepas Joe dah selamat naik bas dan bergerak, aku dan mek pon ke klinik 1 Malaysia Kampung Lindungan. Sebabnya gini. masa sedang makan, kami sembang. Mek kata dia nak balik Kelantan dah, tapi aku halang. Kalau boleh balik la dengan aku. Tunggu cuti sekolah ni aku cakap. Tak lama dah.

Mek kata ubat darah tinggi dia dah tinggal sebiji je lagi ngam-ngam untuk esok, ubat yang doktor Hospital Machang bagi. Memang alasan yang agak kukuh untuk dia balik awal la tu. Aku cakap takpe la mek, kita gi mintak ubat yang sama kat mana-mana klinik kerajaan kat sini. Lamaaaa kemudian, mek setuju. Lalu kami pun shoot ke Klinik 1 Malaysia Kampung Lindungan.

Sesampai je kami ke situ, seorang nurse yang sangat peramah menyambut kami. aku sukaaa stail beliau. ramah dan sentiasa senyum melayan pesakit. Memang sesuai dia duduk kaunter depan.

Namun, rupanya kat klinik 1 Malaysia mana-mana cawangan pun menurut nurse tersebut, memang tak ada ubat untuk darah tinggi. kot mana-mana pon kena pergi klinik kesihatan, kena jumpa doktor terlebih dahulu. Baru dapat ubat. Kat Klinik 1 Malaysia ni untuk kes-kes ringan je.

So kami pun patah ke Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong. mula tu aku ingat nak ke klinik Taman Medan je, tapi takut sesat sebab tak pernah kesitu. Klinik Batu 14 ni memang aku biasa pergi, dulu check perut kat situ.

Sampai Klinik Batu 14 dalam pukul 10.40 camtu. Ingatkan lama nak kena tunggu. Rupanya rezeki mek kot, tungu tak sampai 2 jam, selesai semua dan balik rumah.
Alang-alang aku tak kerja, aku ambik terus Ammar kat daycare dan bawak balik rumah. 

Elok je tidur siang, mentang-mentang la duduk rumah. Kalau duduk daycare memang takde masa nak tidur. Mainnnnnn je kerjanya


KAri ayam untuk tekak mek. Budu dan ulam petai untuk tekak aku



** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

"Sejak Pakai DG Skincare, ramai tegur kulit cerah dan berseri pakai apa hihi"


Nak cuba?

WA 012-931 1015 - kak ila ngko

Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku

Friday 3 November 2017

Mek Datang KL Yabedabeduuuu !!

Pagi tadi pukul 4.30am, mek sampai ke rumah aku. Minggu lepas adik aku balik Kelantan. Kemudian dia datang KL bawak mek sekali. Memang sebelum ni aku pesan kat dia suruh datang dengan mek. Aku nak bawak mek jenjalan ke Negeri Sembilan, kalau jadi la.

Sekarang ni mek dah tak berapa boleh naik bas. Dia kebelakangan ni kerap kencing. Bas dari Kelantan - KL koman-koman pun 8 jam perjalanan dan biasanya hanya sekali je berhenti rehat. Mana tahan oi. Last-last aku cakap kat mek takyah la naik bas dah. Tunggu je Jani nak ke KL boleh tumpang.

Mek aku ni sejenis yang lasak jugak. Bukan lasak jugak, sebaliknya lasak sungguh! Haha! Umur dah 70an kalau orang lain memang tak berani dah sorang-sorang naik bas datang KL. Dia takkk, masih gagah weyh. Selalu jugak jiran bila nampak mek kat rumah aku, dorang tanya datang dengan siapa. Mek cakap datang seorang naik bas. terus terkejut masing-masing. Haha! Pada mek, dapat naik bas tu ibarat satu terapi jiwa, macam kita la jugak. Sesekali dapat shoping tu macam terapi je kan?

Aku pernah tanya mek, tak takut ke naik bas sorang-sorang? Dia kata nak takut apa, naik je bas, pastu turun-turun dah ada kat KL. Pastu tunggu kejap aku dah sampai then bawak dia balik rumah. Mek aku sangat suka naik bas. Haha! Eh serius aku tak tipu tau. Dulu-dulu masa dia sihat (umur pun 70an jugak dah) dia telefon aku cakap nak datang KL. Dia suruh aku pick up dia kat stesen bas Shah Alam sekian sekian haribulan. Dia kata dah lama tak naik bas. Kau tau tak, naik bas tu ibarat terapi bagi dia tau. Haha sabor je aku.

OK la stop dulu.

nanti free sambung lagi.

** Testimoni Diamond Gold Skincare **


Sekian,

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku

Thursday 2 November 2017

Tak Pandai Tulis Iklan, Hanya Kerana Belum Biasa Je.

Perasan tak?
Ada peniaga online, bila mereka menulis walaupun simple, tetappp sedap dibaca. Santai je, tapi penyampaian tu sampai.

Ada peniaga online, mereka punya tulisan apabila kita baca, kita konfius. Kenapa berulang-ulang ni? Kenapa macam serabut je ni?

Bila aku fikir-fikirkan, aku syak 2 perkara je.

Pertama, orang tu belum ada pengalaman. so tulisan dia nampak macam tak berapa kreatif.

Kedua, faktor akademik. aku perati, orang yang blajar tinggi, kebanyakannya tulisan dia simple tetapi sampai. Ada jugak yang belajar takat SPM je, namun tulisan dia sedap dibaca. simple namun sampai. orang begini aku syak, dia masa sekolah menengah dulu memang pandai, cuma dia malas sambung ke peringkat lebih tinggi je. pokok pangkalnya dia tu asalnya bijak. tak pun dia dah lama meniaga online. hari-hari dia tulis iklan. lama-lama tulisan dia jadi santai.

Habis tu yang skolah tak pandai, tak boleh jadi peniaga online ke?

Bukan macam tuu.
Boleh je meniaga online. Dulu masa aku jual Seqy, dalam group agen, ada banyakk testimoni, ayat-ayat iklan yang dorang kongsikan. kau tak pandai mengeja pun boleh je beriklan. caranya, kau copy and paste je ayat iklan agen atau stokist lain dan post kat fb. Dorang amalkan berkongsi.

aku dulu pun, walaupun ayat iklan tak de la teruk mana, tapi oleh kerana tak biasa buat, hasilnya jadi tak seronok dibaca.
ayat iklan yang bagus perlu santai. ayat iklan aku masa mula-mula dulu agak straight dan keras. jadi ianya kelihatan kurang friendly. Jadi aku copy and paste je ayat iklan kawan-kawan lain. lama-lama aku perasan, aku dah tak rasa malu lagi. bila dah takde rasa malu, aku makin kreatif.

betul lah orang kata, alah bisa, tegal biasa. maksudnya, mula-mula memang rasa kekok, lama-lama dah jadi biasa, semakin hari jadi semakin spontan.

Kesimpulannya, kita tak pandai bukan kerana kita memang bodoh.
sebaliknya kita hanya belum biasa buat. tu pasal rasa tak yakin.
nasihat aku, kalau memang nak cuba-cuba berniaga online, buat je dulu.
Permulaan, jangan aim nak duit semata, sebaliknya aim untuk pengalaman je dulu.

Aku sangat bersyukur sebab aku mulakan jugak langkah pertama untuk berniaga online. Walaupun produk pertama yang aku bawa tu tak memberikan hasil yang lumayan (kepada aku), namun aku sangat berterima kasih kat rakan-rakan Seqy yang mana disebabkan doranglah, aku jadi makin santai.

Nak beli Diamond Gold Skincare?
Wasap daku ye.

012-931 1015

** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

"Semakin muda sejak pakai DG Skincare"



Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.