Wednesday 23 January 2019

Nak Cakap Aku Bodoh Lettew

Beberapa hari ni mata aku ni rasa kemain tak selesa. Nak-nak pulak kalau cuaca panas, memang rasa perittt je. Dari zaman sekolah rendah, aku memang ada masalah sikit dengan mata, tak tahan silau.

Walaupun aku rasa semua mata manusia di dunia ni takleh kena cahaya melampau, namun aku rasa mata aku lebih sensitif kot. Mata berair dan rasa pedih tu seolah-olah kau duduk kat dapur kayu sedang tiup bara api untuk hidupkan api tu. Gitu la aku rasa.

Dulu pakai jugak spek mata untuk silau tapi sejak spek aku calar, aku belom beli baru. Ntah bila nak gi survey ntah. Bukan takde kedai spek, bersepah. Tapi aku ni kalau nak pilih spek, nak jugak yang mengikut selera aku hahaha. Pastu nak beli mesti kena ada Ngah sekali. Nak kena minta pandangan dia, maklum saja la muka aku ni bentuknya unik, selebar dulang, bukan semua spek boleh masuk kahkahkah.

Kejap tadi aku try godek-godek PC ni nak bagi gelap sikit screen, jenuh cuba tapi tak reti. Lalu aku pun minta officemate tolong set kan. Aku tau je butang dia kat bahagian kanan monitor, belah bawah, cumanya aku tak reti nak tekan butang-butang tu sendiri. Kawan aku tolong buatkan.

Tapi yang mengundang jengkel adalah, sorang senior dalam ofis aku ni, tetiba tanya..

"ehh, akak bukan belajar sains komputer ke dulu?.."

Konon macam pertikaikan aku la tu, belajar sains komputer tapi nak cari button brightness pun tanya orang.

"Belajar sains komputer pon, bukan dia ajar benda-benda remeh macam nii.." aku jawab balik.

Ye lah. Button-button tu kan dia macam remote control, aku ni nak tukar celcius ke Fehreinhait kat remote aircond pon fail, lagi kan nak main tekan-tekan butang kat skrin komputer. Dah berjaya tekan masuk, nak keluar tak boleh. Nangesss..

Terus kena chop bodoh, cakap pulak kuat sengaja bagi semua orang dalam department dengar.

Sesuka hatii je nak highlight kan kelemahan orang. Padahal dia pun bukan bagus sangat.

Ada satu hari tu dia tanya junior dia kenapa quotation untuk sewa backhoe takde transport charge padahal kalau nak sewa excavator selalunya supplier charge transport. Dia suruh tanya balik supplier tu. Tu tak kisah la, cumanya cara dia tanya tu macam dia hebat la sebab jumpa salah junior and inilah masanya nak berlagak hero. Junior dia cakap memang supplier tu tak charge mahh.. Ehhh.. nak jugak menang, dia balas "cuba you tanya betul-betul, nanti kang kalau dah hire, tiba-tiba baru charge nanti boss marah".

Lalu junior tu tanya aku. Sebabnya masa aku mula-mula kerja sini, memang tugas aku la cari-cari dan sewa-sewa machineries.

"Memang la sewaan backhoe tak payah bayar transport charge sebeb backhoe kan boleh dipandu sendiri atas jalan raya, sedangkan excavator tak boleh. Excavator kan takde tayar, ia pakai rantai untuk bergerak jadi dah tentu kalau nak disewa, supplier perlu hantar excavator tu menggunakan loader. Kalau backhoe, kau drive je la, buat apa nak sewa loader.."

Ingatkan dia diam, tapi dia jawab.. " takde la i nak test tengok you tahu ke tak je, benda-benda ni you kena belajar tau.."

Wahhhh ngko! tetiba dia kata macam tu. Nampak sangat nak cover malu. Padahal semua orang dalam department ni dapat sence sesuatu.

Nak perbodohkan orang lain, terserlah pulak kebodohan diri sendiri. huhu
Ini la rupa backhoe. Ada tayar, jadi dia boleh dipandu sendiri kemana-mana pun. Gambar dicilok dari gugel

Ini pulak excavator. Tengok tu takde tayar kan? sebab tu dia nak kemana-mana site, kena naik loader. Pun gambar gugel
Ok la aku dah habis bebel.

Babai..


** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Tengok ni, siapa kata orang lelaki hilang macho kalau pakai skincare. Makin naik saham dia ada laa.. Jerawat makin hilang, parut juga dah tak nampak. Lelaki pon manusia weiii, dorang pun tak suka jerawat.

Jomm siapa nak order Diamond Gold Skincare sila wasap nombor ni ye.

012-931 1015 - kak ila ngko hihi

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari aku.