Wednesday 28 March 2012

kasut ke pulak?

semalam kan saya pegi skolah Amir ambik uit RM100 tu kan.

masa saya sampai kat skolah tu pukul 3.15pm n kebetulan pulak murid2 darjah 1 tengah waktu rehat. jadi ramai la budak2 kat kantin. saya nak pegi dewan, maka samada saya lalu depan kantin yg teduh sbb ada bumbung atau saya lalu kawasan parking keter cikgu2 yg panas terik tu. maka saya pilih untuk lalu jalan kantin.

sedang saya menapak menuju ke dewan dengan sedikit perasan ala2 cikgu yg cemerlang gitew (awww) tetiba saya ternampak sekumpulan kecil budak2 tengah main kat tengah2 panas tu dengan riangnyerrr. saya toleh dan ternampak Amir. hamboi hamboi hamboi.... sonok betui dia main ngan kengkawan2 dia. patot la kulit kamu makin hangus nak ooooiiiiiii..... (dah la kamu ni keturunan 'berkulit hangus' HAHAHA)
sabo jer la. takpe paham. saya dulu pon gitu gak. dulu bila orang larang jangan main tengah panas nanti demam saya buat dekkkkk je sambil dalam hati saya cakap tak panas la, ok je best je... :p

dah sampai dewan, ambik duit nak balik la pulak. lalu kantin sekali lagi

kat kantin jumpa lagi ngan Amir. tengah makan hotdog yg digulung dgn roti pastu dicelop telur lalu digoreng. mcm sedap je kan. saya pon beli la jugak. nak try camana rasanya menu kantin ni sedap ke tak. hotdog ni dijual RM1.00 untuk dua ketul yg dah siap2 dimasukkan dlm plastik. sedap jugak la pada tekak saya. n sihat untuk dijual dikantin saya rasa. dua ketul hotdog bersalut roti ni saya yakin cukup kenyang untuk perut budak2 baya Amir ni. Air masak bawak dari rumah.

sembang2 jap ngan Amir ngan kawan2 dia. 

"Ummi, kat daycare tadi kan, kasut Amir hilang sebelah. Amir tak tau sapa pakai kasut Amir. tengok2 ada satu je."

saya pandang kat kasut dia. ye la. kasut dia lain sebelah.
aduhhhhh... baru terniat nak beli kasut skolah extra kat Amir. macam2 la budak ni

"kenapa boleh takde sebelah, pastu ni kasut sapa Amir pakai ni?"

"ntah la Ummi, bila Amir nak pakai kasut je tengok2 ada satu je, pastu Amir nampak ada satu lagi ni bukan Amir punya, tapi takde orang pakai, Amir pon pakai la, ...bla bla bla ...pot pet pot pet ..... hiiiiiiiiiii, dah la besar, kotor lak tu... bla bla bla... pot pet pot pet ... ntah sapa la ni. kasut sendiri pon tak kenal ke... bla bla bla....macam taknak skolah je tadi... pot pet pot pet...  "

tu dia... sesi luahan perasaan

"takpe la Amir, nanti Ummi cakap ngan abah suh abah pesan ngan bibik suh cari kasut Amir tu esok ye.."

perasaan saya?

hurmmmm... nak marah pon ada... kesian pon ada... pelik pon ada gak HAHAHA... maunyer tak pelik kan. even anak saya yg umur belom masuk 3 tahun tu pon tahu mana satu selipar dia mana satu bukan kalau kat taska dia kan. inikan pulak budak yg dah skolah kan... tu yg peliks tu...
happy pon ada gak... sebab Amir kan ada cakap yg dia rasa mcm taknak skolah je tapi dia pegi jugak skolah walaupun jalannye tak berapa nak rancak. ye la kan dah sebelah kasut tu longgar kan mesti la jalan pon macam sakit kaki je kan.<3

takpe la Amir. sabar ye.. nanti kita gi beli kasut skolah baru Amir ye?




kasut yg terkoyak tu yg bukan Amir punya. kat dlm gambar nampak cam sama saiz je tapi percaya la longgar gilerrrrr..


Amir angan Haris. tengok Haris tu kemas je kan. almaklumla dia ke skolah dari rumah. makpak dia yg uruskan dia. tak mcm Amir dari daycare ke skolah. pandai2 la kamu uruskan diri sendiri ye nak





Tuesday 27 March 2012

dah orang nak kasi ambik je la kan

hari ni kejap lagi

nak pegi sekolah Amir jap.
nak gi ambik duit RM100 yg kerajaan bagi tu la...

alkisahnya minggu lepas
Amir bawa balik surat dari sekolah dia. dalam surat tu bgtau suh ibubapa/penjaga datang pada 26/3/2012 atau 27/3/2012 suh ambik duit. nak ambik kena bawak sama ada surat beranak atau mykid.
dah orang nak bagi. apalagi. :p

plannya nak ambik semalam, tapi sebab sibuk siapkan report tu yg terpospon ke hari ni. takpe. janji ambik kan. sapa nak bagi duit free free weiiiii..... ahaks

timer kasih kat kerajaan Malaysia

ingat saya masa zaman kecik2 sekolah rendah dulu. susah weiiiiiiii....
mek (mak saya dipanggil mek) toreh getah je. dah itu je la lobang kerja yg ada kat kg saya. mana ada kilang2 tu sumer. getah pon kebun orang. jadi kena la dibagi 2 hasilnya. (sampai skry pon majority org kg saya kerja toreh getah je nong) rege getah masa tu mek saya cakap sangat la murah tapi hadap jugak la kan. bantuan2 mcm skrg ni mana ada lagi. skrg ni je mcm2 bantuan kerajaan bagi. dulu barang murah pon duit payah nak dapat. kalau la dulu ada bantuan cenggini kan best.

ok la nak pegi dah ni.

*duit ni saya ingat nak beli kasut skolah sepasang lagi kat Amir. budak nakal tu pakai kasut baru satu hari dah macam terjun longkang je kekdahnya. kasut yg masa tadika tu pon dah makin ketat pulak*

lalalalalalala....


suka benor dia ngan beg roda ni. tapi dah hancus dah HAHAHA

gambar ni masa hari pendaftaran persekolahan hari tu

Monday 5 March 2012

Bila anak demam

hari ni mood saya agak sedih.. tak happy... risau...
Baby Ammar demam... since sabtu malam...
esoknya ahad waktu siang dia ok jer.. tak demam... aktif sangat ... pantang agah sikit ternganga2 dia suka..

tapi

malam tadi tido dia mcm tak berapa nak lena sangat... dia demam balik.. dengan saya sekali pon takleh nak nyenyak sangat .. kejap2 dia merengek... bagi nenen dia tido balik... padahal bukan dia nak nenen sangat pon...tak sampai 30seken nenen dia tertido... begitu lah sampai ke pagi.

dulu. masa anak sorang je. Amir je. saya tak risau sangat kalau Amir demam. sebab orang kata "alahhh... tu demam nak beralih bulan je tu, esok2 ok la dia.." tak pun " hmmmm... demam nak tumbuh gigi la tu " tak pun nak dapat kaki.... n masa tu saya percaya sebab saya ingatkan memang begitu kekdahnya!
dan kebetulan Amir masa dekat2 nak pandai berjalan dia mmg ada demam.

empat tahun kemudian.

masa saya mengandungkan Tajul tahun 2009.
masa tu saya ada attend satu kursus berkenaan asuhan kanak2. ada sorang penceramah dari PBSM. kalau tak silap nama dia Mr Celapan. dia la yg bagi tau bahawa demam bukan penyakit.
DEMAM TU SATU PETANDA. Petanda yg tidak baik.

saya seronok sangat dengar ceramah beliau. kerana cara beliau sampaikan mesej tu sangat mudah difahami. nak nak pulak kalau perkara2 atau ilmu2 yang berkaitan dengan anak2 dan kehidupan seharian.

contohnya kalau bersin. selalunya bersin bertujuan untuk membuang habuk2 yg memasuki rongga hidung. tindakan refleks untuk me-nyahkaudarisini adalah dengan bersin. tapi kalau hari2 benda tu asyik masuk hidung je kan makanya hari2 asyik2 bersin je la kau. otak kata "ok nampaknya bersin tak jalan, kita tambah teknik pertahanan.." makanya dirembeskan satu cecair jernih di rongga hidung untuk memerangkap habuk2 dari memasuki badan kita... itu la dia hingus! yg kita panggil selsema tu la tujuannya! untuk memerangkap habuk supaya tak memasuki peparu. tapi bila cara hingusan pon masih ada habuk2 degil yg berjaya memasuki laluan ke peparu, itu la keadaannya yg menyebabkan batuk pulak terjadi. masa ni kuman dah mula menyerang sistem pertahanan badan dah. jadi antibody dalam badan pon mula bertindak melawan kuman2 durjana tu sumer. diawal peperangan kuman vs antibody ni mungkin kita tak rasa apa2pon. tapi bila antibody makin lemah n lemah, organ lain seperti hati, otak, jantung pon akan bekerja lebih kuat untuk supply oksigen, pam darah dan sebagainya ke seluruh badan, menyebabkan suhu badan naik. ini la yg kita panggil DEMAM.

Demam ni membawa mesej bahawa sistem pertahanan badan memerlukan bantuan antibody tambahan dan ubat2an. (sebab tu la kat klinik bila kita cakap demam je doktor akan tanya dah berapa hari demam, sebab dia nak tau tahap 'kelesuan' badan kita kot la kan)


Ammar selsema mulanya... kejap2 bersin. kejap2 bersin... pastu malam demam...
tadi pagi masa nak hantar Ammar ngan Tajul hati rasa sayu je, ye la kan naluri ni rasa macam bila anak tak sihat je bukan ubat yg dia nak tapi ibu dia... itu lah ubat paling mujarab. tapi apakan daya... kerja tetap kerja. kalau asik2 cuti asik2 cuti nanti bos hangin pulak. ni sabtu ni konfim la kena cuti dah adik ipar kawin. so kalau pagi ni pon nak ambik EL macam tak syok la pulak.
ubat demam ngan selsema dia ada lagi yg tempoh hari.. belum habis lagi, n masih baik lagi, so kirim sekali kat taska. harap2 Ammar makin baik...

kalau masih demam, nampaknya kena la bawak gi klinik malam nih.

dok elok2 yg sayang, jangan nangis2... nanti petang ummi datang..

adoi... sayunyer hatiiiiii.....

alololooo...