Wednesday, 14 November 2012

Sempena birthday Amir yg ke 7

Ahad lepas punya citer nih.. jadi, memandangkan tak pergi mana2 (alah, selalu pon memang tak gi memana pon..) maka aku decided nak masak nasi ayam. tak banyak pon masaknya.

aku suruh Ngah ajak adik2 dia datang makan tengahari kat rumah. tapi yg datang makan hanyalah Uda aje (AyahDe kpd anak2 aku). AyahCik yg dok sg buloh tak dapat datang sebab katanya keter masuk workshop.

AyahSu yg belajar kat KL pon tak datang gak. padahal cuti takdak kelas. mungkin banyak assignment kot. dia kalau ada assignment, memang dia akan pilih untuk tak datang rumah kami, paham2 aje la anak2 aku sumer jenis tak makan saman kalau ayahsu dia ada rumah. pasti jadi bahan untuk main lawan2. ala ala otromen ngan raksasa tu. pasrah aje la dia. :p

mulanya Ngah request kat aku nak ajak jiran2 kiri kanan and depan makan tengahari kat rumah, tapi memandangkan sekarangkan musim hujan, jadi banyak la kain baju bergantungan depan rumah. tak cukup depan rumah kat dalam rumah pon ada gak terselit selai dua kat sudut2 tertentu, menjadikan suasana dan waktu tak berapa mengizinkan untuk menjemput ramai tetamu. iolls is malu. pastu pulak rumah pulak agak tak semengah aje. jadi marilah kita ajak ahli kuarga yg biasa dengan kita sajors.

suzi (anak sedara, yakni anak kak yah aku) dan suami aku ajak.

pastu Najib dan isteri dia. Najib ni kira tetamu Ngah la. aku tak kenal sangat. dia baru je kawin dan baru sebulan menyewa dekat2 je ngan rumah aku. Najib ni anak pakcik seikh. pakcik seikh ni kawan rapat abah. sesama dok Pekan, Pahang. sesama pesara polis. dulu masa sesama jadi polis, sesama bertugas di kota bharu.jadi memandangkan bapak sama bapak adelah kamceng, haruslah anak sama anak baik juger. dah tu kebetulan dorang ni duduk dekattt aje dengan rumah, jadi ini lah masanya kot nak ajak datang kenal rumah kami. Ngah call suh datang makan tengahari, tapi memandangkan Najib kerja pulak katanya, dan isteri dia pulak pegi kenduri kawin kat Nilai, maka dorang datang waktu malam. aku mula tu risauuu je, takut dah malam makanan dah habis. malu la tuan rumah... tapi nasib baik ngam ngam je serba serbi cukup seadanya.

itu je la pon. mana ada ajak orang lain dah.

mari bercerita pasal juadahnya pulak.
menu utama nasi ayam aje.
kuantiti nasi ayam adelah :
masak nasi dalam 3gelas aje.
ayam sekor.
timun 1 biji.
tomato 1 biji.
Salad aku tak beli sebab terlupa. (Boleh?)


aku makan 2 kali, tengahari dan malam.
Ngah makan 2 kali, tengahari dan malam.
Amir ngan Tajul makan tengahari tak berapa sangat, pastu malam aje makan. (aku kira sorang dewasa makan la kot sebab Tajul tak makan mana pon nasi, dia banyak makan nuget je)
Uda makan sekali tapi siap tambah (hehehe nampak sangat sedap)   #petir
suzi dan laki dia makan. dua dua pon menambah aku tengok.
Najib dia dan bini dia datang malam, sebab dia kerja. pon laki bini tu makan siap tambah.

nasi yang aku tanak 3 gelas tu aku ngam ngam cukup. ada la lebih sikit. portion budak Tajul tu makan boleh la. kira tak banyak lebih.
lauk ayam sekor pon ada 2 ketul lebih. aku ngan Ngah ratah aje. beresss
sup ayam adelah licin.
sambah air lada ada lagi. tu takpe. boleh simpan lama. sebab aku blend lada tu ngan cuka so makin lama sambal tu akan makin sedap.

bila aku congak2, aku rasa kalau 3gelas beras boleh jamu untuk 10 orang dewasa makan. oyye, aku pakai beras siam cap naga. motip aku bagitau? heheheeh
ok sebenarnya sepanjang yang aku dok kaji la, beras siam ni bila ko masak, nasi dia nanti naik periuk tau. naik periuk tu (orang kelate panggil naik puyok) maksud dia bila beras tu dah masak jadi nasi, nasi tu akan naik tinggi dua kali ganda dari sebelum dia masak. katakan beras kau masukkan dalam periuk kat 2L (contoh aje) pastu bila dah masak,kuantiti nasi tu jadi 4L. kalau pakai berasa tempatan (sepanjang yg aku alami la) beras tu bila dah masak, dia tetap la kat takat tu jugak. kalau naik pun sikit aje.

dedulu aku tak perasan pon yang beras ni ada beza. hinggalah pada suatu hari tu aku bersembang ngan sepupu aku kak wok. kak wok ni ada kedai makan. dia memang terrer bab bab masak ni. aku tanya la dia apasal la nasi kerabu kat kelantan ni kebanyakannya sedap, jarang jumpa yang tak sedap. pastu nasi kerabu kat kl pulak payah nau nak jumpa yang kena ngan tekak aku nih. tak sedap sangat. pastu kata kak wok, kebanyakan peniaga tepi2 jalan kat kl diorang guna beras tempatan yakni bukan la beras siam. aku macam eh, ada beza ke dari segi rasa dia kan. sebenarnya ADA BEZA. tak caya kau try. beras siam ni kau gaul dia ngan budu air lada kerabu kelapa goreng sumer memang akan jadi geng yang sangat serasi. susah aku nak citer kat belog ni. orang yang betul minat makan nasi kerabu dia tau la apa beza dia.

peniaga nasi kerabu kat kelantan kebanyakannya guna beras siam. walaupun bukan semata mata kerana beras siam nasi kau sedap, tapi pemilihan beras juga menjadi faktor sedap ke tak nasi tu. tak kisah la nasi tu nasi kerabu ke, nasi ayam ke, nasi tomato ke. ada paham kaa?

tu cara2 nak masak nasi kerabu sedap. ececeh... pepandai pulak ye... hihihihi..

yang aku nak citer sebenarnya adalah nasi beras siam dia walaupun sedikit mahal berbanding beras tempatan, tapi portion dia bila dah jadi nasi adelah lebih banyak. senang citer kalau bandingkan harga beras tu ngan apa yang kau dapat adelah tak mahal pun sebenarnya. sama aje la bagi aku. dah la sama, bila masak nasi beras siam ni kan, nasi dia takde la berketul setongkol gitu. beras siam ni dia tak melekit, senang relai. sangat seswai untuk peniaga nasi.

aku hanya masak 3 gelas beras. boleh makan untuk 10 orang dewasa tuuu... tapi dengan syarat kau kena la ada side menu. jangan la semata mata nasiiii tu aje.

macam aku, aku sediakan jugak bubur kacang hijau, rojak buah jambu ngan mangga, kek besday (aku beli sebijik kek ket SR ~ new york cheese cake @ RM82.00). walaupun tak banyak tapi semangkuk bubur dan sekeping cheese cake kalau dah masuk perut mesti memberi makna kekenyangan yang teramats kan? pastu naget. tu aje pon. tapi kalau rasa rasa nak masak pulak spageti ke lagi, haaa, kurangkan la kuantiti nasi kau tu. jangan membazir. tak baik.

New York cheese cake adelah sedap. aku ni sebenarnya tak reti pilih kek. tapi yg aku pasti, aku adelah suka cheese kek. kat SR tu ada banyak pilihan cheese kek. bluberi cheese la, yogurt cheese la, coklat cheese la aduiii tak geti nak pilih dong. sib baik sebelum tu aku ada baca belog sepet yang dia teman buah hati dia beli kek pastu dia pon beli new york cheese kek. masa beli kek tu ingatkan nak ambik cheese kek yg ada stoberi tumpah kat atas kek tu. janji ada cheese mesti sedap kan. pastu terbuat buat tanya budak kerja situ kalau cheese kek yg mana sedap. dia cakap kalau tekak dia dan yang paling ramai orang beli adelah new york cheese kek la. aku pon apa lagi. takde pikir pikir dah. terus order terus bayar terus balik. kahkahkah kampung sungguh.


Amir muncung aje dia. sebab dah la birthday dia. pastu dia ingat boleh pilih kek sendiri. tetiba aku beli kek yg kaler kuning tak berapa nak kuning tu. kosongggg je kat atas tu takde ceri takde apa. sekali dia dah rasa kek tu kauuu.. lepas dia dia, lepas dia diaaaa je la dok hiris makan kek itew. hambekk.' ~_____~'


Padahal birthday Amir, tapi si Tajul lak lelebih...

Tajul dah ready nak terkam kek

sesi berebut senjata potong kek.. sabo je la

Isha yg pemalu. asik la bertempekkkk je kat abah dia.

'meja potong kek' yang daif.. kekekeke... box tu sebenarnya wat isi buku skolah Amir. ahh belasahhh

Muka tak puas hati Tajul. kalau boleh dia nak suh abah dia nyalakan balik lilin pastu dia nak tiup lagi skali. pas dah tiup, dia nak suh nyalakan lagi... tiup, pastu nyala lagi dan lagi dan lagi. tapi sebab permintaan tak dilayan maka jadi la muka protes gitu.


serba salah aku nak letak gambar menu kat belog. ini je la pon gambar hasil masakan aku. aku ni kalau bab makanan, dah masak tu memang aku zas zas hidang n makan terus. tak terlintan nak ambik gambo cantik cantik. hehehe


tetamu kecik ~ Adam. sebaya Ammar. tak lama lagi naik pangkat jadi abang

ok babai dari aku.