Monday 15 January 2018

Makan Celop-Celop di Capsicum Steamboat & Grill

Dua minggu sudah, 29/12/2017 kitorang bawak mek makan steamboat kat Shah Alam. Seingat aku, mek belum pernah lagi masuk makan kat kedai yang ada dapur tengah-tengah meja, pastu nak makan masak sendiri berkonsepkan celop-celop ni. Ntah la boleh masuk ke tidak dengan anak tekak dia. Aku pun firstime jugak Ngah bawak ke sini. Nasib baik masa aku sampai tu, ada disediakan nasi goreng, tapi sikittt lagi nak habis. Cepat-cepat aku ambik untuk mek takut mek tak selera nak makan makanan lain. Kalau nasi, memang takkan tolak lah dia. Ada satu tray mee goreng kat sebelah tray nasi goreng tapi dah kosong.

Masa  kitorang sampai tu sedang azan Isyak. Oleh kerana meja kitorang betul-betul bersebelahan dengan port makanan, jadi memang meriah lah meng-angkut bahan nak dicelop. Mek aku ni banyak benda dia tak makan, kambing tak makan, daging lembu pun tengok keadaan jugak. Malam tu dia tak jamah pun daging grill sebab dia takut tertukar dengan kambing. Fish fillet pon dia tak lalu. Yang dia laju makan hanyalah udang dan kupang. So aku pun ambik udang lebih sikit untuk dia. Aku siap pesan lagi, "mek, kedai ni kita bayar sekali masuk, makan sikit ke makan banyak ke memang sama je harga dia. RM20 seorang". Nampaklah banyak sikit dia makan HAHAHA.







"Ambik gambar mek tengah makan sedap ni, pastu tunjuk kat Jani" HAHAHA maka terhasillah gambar ni



Kedai ni bagi aku murah. Dan aku yakin orang lain pon rasa kedai ni murah dan sangat berpatutan. Sebab tu setiap malam minggu pelanggan penuh hingga terpaksa tunggu baru dapat meja.

RM20/head dewasa
RM11/head kanak-kanak 7 tahun hingga 12 tahun.
RM15/head warga emas.

Mek dicas harga warga emas.
Untuk sup steamboat, kitorang pilih rasa tomyam. OK la tak pedas mana pon. 

Lepas dah kenyang mentekedarah, kitorang pon balik. Dalam perjalanan, mek bagi feedback. Katanya kat sini sedap. Sup (tomyam) pon sedap katanya. rasa manis-manis je. Aku dengar tu macam, wahhh mek bagi komen ni. jarang la mek nak komen tentang tempat makan jika aku tak tanya. 

Jadinya, Sabtu malam lepas (13/1/2018) kitorang repeat datang sini balik. Sebab esoknya (Ahad) mek dah nak balik kelantan. Balik dengan Jani. Dah lama mek request kitorang suruh belikan dia tiket bas, tapi sorang pon taknak layan HAHA. Bukan apa, mek sekarang kerap kencing. Naik bas mana boleh berhenti-berhenti semata nak layankan mek nak kencing. Jadi Jani suruh tunggu, balik je dengan dia.

Mula-mula tu macam nak pergi makan pizza kat Hermanos je tapi memandangkan mek pernah puji Capsicum sedap, jomlah kita bawak mek makan situ je. Aku ajak adik aku Jani join sekali. Jani ni pun selera dia macam mek jugak. Banyak benda dia tak makan. Kambing tak makan, fish fillet pon dia tak makan. Cuma tak seteruk mek. 

Kali kedua kesini, aku pilih kuah sup memandangkan dulu dah try tomyam. Konon sup langsung tak pedas so anak-anak boleh hirup. Sekali kurengggg la. Tomyam lagi sedap. Mek pun cakap kuah tomyam lagi sedap. Ngah pon cakap rugi kita pilih kuah sup. Habis tu? kalau kita tak pilih sup, kita takkan tahu la yang tomyam tu lagi sedap, kan? 



Dua beranak bergurau
Dapat meja palingggg hujung paling jauh dari makanan. Dah la menunggu meja pun dekat setengah jam. Padahal datang lebih awal dari masa kitorang datang dulu. Naik melas aku sikit-sikit nak punggah lauk, sikit-sikit nak ambik aiskrim. Pastu sikit-sikit nak tambah kupang. Tu yang aku makan je apa yang Ngah bawak. Sos pon makan je apa yang Amir bawak. Malas aku nak gi pilih sendiri.

Ok la habis dah cerita makan. HAHAHA penutup yang sangat tiba-tiba.



** Testimone Diamond Gold Skincare **

"Sejak pakai DG, kulit makin licin dan cerah, hinggakan mak pon terliur nak pakai jugak hihi"


Nak order Diamond Gold Skincare?

Wasap ke nombor ni.
012-931 1015 - kak ila ngko
Sekian,
Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku

Wednesday 3 January 2018

Persekolahan Tahun 2018 Pun Bermula

Entry dimulakan dengan gambar si mulut lebar di kedai gunting rambut.




Gunting rambut pun last minutes sangat. Sabtu 23/12/2017 baru gunting. Dari seminggu ke seminggu asik bertangguh. Padahal budak-budak ni dari start cuti sekolah hujung bulan 11 lagi dah panjang rambutnya. Kali ni dah tak boleh tangguh lagi dah. Minggu depan sekolah dah bukak.

Pagi tu aku kerja. Balik kerja masak dan makan dulu. Dah setel makan, tengok jam pukul 4 macam tu. Adehh.. kepenatan sungguh la. Takpe la kita rehat barang sejam. Pukul 5lebih, aku gagahkan jugak bawak budak-budak ni ke kedai gunting rambut yang terletak lebih kurang 100 meter dari rumah. Jalan kaki je ngko. Joe ngan AMir kayuh basikal. Ammar? Dia ni nampak je hero, kayuh basikal kalau takde roda sokongan kat belakang tu, memang tergolek la jawabnya. Elok jugak, ada teman berjalan huhu. Kosser la aku nak drive bagai. Dah sekangkang kera je pon jaraknya.

Elokk pulak time tu kedai gunting takde orang. Kalau tak, mahu setengah jam jugak menunggu. Biasanya kedai ni ramai orang time pukul 5petang hingga kedai tutup pukul 9malam. Dah itu je kedai gunting rambut kat taman ni. Tapi nasib baik masa kitorang sampai tu lengang takde orang. Mujurrr sangat.





Ni pulak cerita dating aku dan Ngah.
Time ni cuti Krismas. Aku nak cari kasut kerja. So ajak ngah merempit ke Sogo. Ramai woih orang kat Sogo ni. Kat ground floor tu punya la nak pilih kasut pun payah. Nak beratur bayar lagilah. Barisan pun dah tak rupa barisan dah. Berlingkar-lingkar dia punya panjang. Sudahnya aku naik tingkat atas.

Kat tingkat atas pun ramai jugak orang tapi ok lah sikit nak banding dengan tingkat bawah tu. So rembat 3 pasang kasut kerja. Asalnya nak beli sepasang je. Tapi sebab kasut pun dah lama giler tak beli. Last beli kasut aku rasa masa teman Murni cari barang hantaran kawin dia lebih kurang 6 bulan yang lalu. Itu pun sepasang je. Kasut tu pun dah merekah bahagian tapak. Jadi dah alang-alang ada year end sale ni, baik aku beli 3 pasang. Orang kata dalam banyak-banyak sale, sale time krismas la yang paling murah. Ntah betul ntah tidak aku pun tak buat kajian. Sepasang kasut dan sebuah handbag dibelanja oleh Ngah. Lagi dua pasang tu aku beli selepas Ngah bayar kasut pertama tadi. Masa nak balik, terlalu depan kasut ni, tiba-tiba terberkenan, lalu terbeli. Itu yang terpaksa bayar sendiri. huhu


Hari pertama persekolahan tahun 2018 ni adalah pada hari Selasa 2/1/2018 . So kita snap gambar seketul, tepek sini buat kenangan.



Macam tahun sudah jugak, pergi sekolah dihantar oleh abah dorang naik motor. Cuma tahun ni, Ngah hanya buar 1 round je memandangkan Amir dah tingkatan 1 sesi petang jadi pergi sekolah jalan kaki je. Tahun lepas, 1st round Ngah gi hantar Amir dan Ammar dulu ke sekolah kebangsaan. Kemudian patah balik ambik Joe hantar ke sekolah agama pulak. Kalau hari hujan, memang kesian sangat la apaknya. Dah la kena masuk kerja di Shah Alam pukul 8.00 pagi. Memang terkejar-kejar sangat.

Tahun ni Alhamdulillah lega sikit.


Tahun ni up sikit duit belanja sekolah menjadi RM5 setiap orang. Tahun yang sudah-sudah, Ngah bagi RM4 je. RM2 untuk sekolah pagi, RM2 untuk sekolah petang. Tu pun aku merungut nak catu biar jadi RM3 je dari sesi pagi hingga petang. HAHAHA kejam kan aku? Dah tu mana aku tak kejam, pergi sekolah kalau beli makanan aku tak kisah, ni boleh dikatakan setiap hari mesti bawak mabik mainan harga 50sen mahupun seringgit. Paling koman pun dorang beli kad apantah yang ada gambar adiwira menatang apa pun aku tak pasti. Bukak laci meja wahhhh berlonggok-longgok kad tu weyhh. Tapi tu lah, apaknya tak setuju bagi RM3. Sikit sangat katanya. Nanti anak-anak dia lapar. Habisss? Kenyang lah sangat beli mainan tu semua??

Tahun ni up RM5 setiap orang. Asalnya nak bagi RM5 kat Amir je. Dia kan dah besar. Makan pun makin banyak. Kat sekolah dia, mee goreng, bihun goreng, megi goreng, nasi goreng semua tu dah dijual dalam bungkusan. Semua berharga RM1 sebungkus. Tapiiii, Amir cakap sikit sangat. Dia kena makan 2 bungkus baru kenyang katanya. Pastu beli air. Total berbelanja makan RM3. Lagi RM2 tu dia kata dia simpan. OK lah tu sebabnya, RM2 tu dia boleh simpan buat beli top up.

Dulu masa dia request nak handphone, aku lah orang yang paling kuat bangkang. Ngah pulak cool je. Mungkin Ngah rasa anak sulung dia perlu pakai handphone. Ye betul. Kat rumah sejak aku stop melanggan P1, dah takde telepon rumah dah. Jadi perlu jugak la untuk Amir ada handphone. Ye lah, kitorang laki bini hari sabtu berkerja. Budak 3 beradik tu duduk rumah so kalau ada apa-apa hal senang la ada handphone ni. Tapiiiiii, aku ni jenis taknak tunjuk yang kau mintak je kau dapat, mintak je dapat. So aku cakap nak handphone boleh, tapi top up kena beli sendiri. Bukan aku tak boleh top up kan, cuma aku harap ada pengajaran dan sedikit ilmu dia boleh pelajari dalam kes ni. Ini cara aku as parent untuk latih dia menggunakan konsep "nak seribu daya". Giteww.

Oleh kerana si abang dapat RM5, yang dua beradik ni pon Ngah bagi RM5 jugak setiap hari persekolahan. Konon-konon nak bagi adil. Adil lah sangatttt. Lagi beronok-ronok la dorang berjoli. Nak-nak pulak si kecik mulut lebar ni. Aku pun tak tahu nak kata apa dahh. Ugut pun tak jalan. Joe ok sikit. Dah nampak perangai abang-abang sikit sejak dia kena jaga Ammar kat sekolah.

Ngah pesan, setiap pagi hantar Ammar depan kelas, pastu baru Joe masuk kelas. Kadang tu dia balik rumah komplen. Katanya Ammar mintak dia belanja belikan makanan sebab duit Ammar dah habis. Ngko tahu apa Ammar buat dengan duit belanja dia? Dia kemaruk beli air tin kat mesin air! Setiap hari asik cucuk duit kat mesin air je. Gembira sangat dapat belajar benda baru kononnya. Cucuk duit, tekan butang pilih air, dangggggggg air tin keluar. Sengih sampai telinga.

Kat sekolah tu kemain banyaknyaaaaaa lahai mesin jual air. Mesin jual air panas pun ada hoi! Mahunya tak tergoda. Sudahnya waktu rehat dah takde duit nak beli makanan. Mintak kat abang. Abang dia pulak maraha-marah pun, kesian lalu terpaksa belanja adik. Petang aku gi ambik kat daycare je, terus muncung. Tu takde lain, mesti ada la tu nak komplen.


Darjah 1 Intan










Tingkatan 1, kononnya nak mintak dengan pihak sekolah supaya dapat masuk sesi pagi. Tapi ketika dengar ucapan guru besar pada hari orientasi 30/12/2017, baru aku tahu rupa-rupanya sesi pagi hanya untuk semua pelajar tingkatan 4, semua pelajar tingkatan 5,2 kelas terbaik tingkatan 1, 2 kelas terbaik tingkatan 2, tingkatan 3 aku tak berapa dengar pulak, sama ada pecah sesi jugak ke tak. Oleh kerana Amir bukan berada dalam kelas terbaik, maka secara otometik dia sekolah sesi petang.



Gambar selfie tuan tanah. Masa ni aku kat Ikea Damansara, sedang tunggu customer nak cod Diamond Gold Skincare. Sebenarnya aku tak cover area sini, hanya special case je ni.



** Testimoni Diamond Gold Skincare **
"Dulu saya ada tompokan jeragat tebal kat tulang pipi, sekarang jeragat dah makin kurang sejak konsisten pakai DG"
Nak order Diamond Gold Skincare?
Wasap 012-931 1015 - kak ila ngko 



Ok sekian dulu update.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.