Sunday, 30 December 2012

Persiapan Amir Naik Darjah 2

hari ni.

Ngah pepagi dah bangun siapkan Ammar. mandikan pastu pakaikan baju cantik2 wangi2. pastu elokk je Ammar dah wangi2, si Tajul pulak bangun. ingatkan dia bangun lambat la sebab tido lewat kan, ni takkk, cam tau tau je orang nak jalan. selalu kalau weekdays, alahai nak nangis haku ajak bangun nak hantar skolah (read = taska). pon Ngah mandikan jugak.  dah wangi Tajul, Ngah suh dia kejut Amir bangun pulak.. 'Abang Amir! angun! nak gi alan ni..!'... menggeliat ja Amir terpisat pisat bangun tido. terus je mandi. last sekali bangun aku la hahahaha... bagi la can mem golek golek dulu ek...

anak2 siap baru aku ambik turn mandi siap2. Ngah tak cakap nak gi mana, aku pun tak tanya, sebab mood merajuk katanya. tapi merajuk pon muka tak malu hegeh2 nak ikut gi jalan. tak bawak aku? haa, siapla sebulan aku gantung kuali kahkahkah..

destinasi pertama dah tentu la kedai makan dulu. Ngah bawak kami gi makan nasi ayam kat satu restoran tu, aku tak tau kedai nama apa, kat seksyen berapa sumer tu, yang ku tau, kedai ni ramai pelanggan kalau datang makan je mesti order menu nasi ayam. Ngah kata kat sini nasi ayam dia femes. sedap pon sedap.  kami 5 beranak makan 3 pinggan nasi ayam. dah kenyang baru gerak ke deatinasi utama.... cari baju skolah Amir.

ye la, walaupon baju skolah Amir masih dalam kondidi yang elok sangat lagi, tapi demi nak kasi mood berkobar-kobar nak masuk darjah 2 nanti, kami belikan jugak la. sepasang je pon. jadik la dari takde langsung kan. lagipun baju skolah tak mahal mana. tapi tak mahal tak mahal pon, tetap la aku beli kat kedai yang terpaling murah yang telah di survey.. hihihihi...

masa Amir masih kat kampung hari tu, aku ada la jugak survey baju skolah kat Giant (sambil nak beli barang dapur), pastu kat Bintang (dalam Giant Bandar Kinrara ada Bintang so aku masuk tengok2), pastu kat pasaraya Hari Hari (hari cuti Krismas hari tu aku gi KL bawak kak yah jenjalan, so singgah Hari-Hari depan Sogo tu beli kasut skolah Amir, tapi tak sempat nak survey harga baju skolah memandangkan manusia amattttttt la ramai)

Lokasi Ngah bawak adelah kat Ole-Ole, Shah Alam. mula2 kami masuk pasaraya Hari-Hari. hoi ramai betul rakyat Msia beli baju skolah anak last minit cam haku. nak masuk pon payah, apatah lagi nak suh Amir try. kat situ kalau nak beli, kena cakap nak saiz apa, untuk tau saiz apa nak beli, kena try dulu. nak try pon kena gilir sebab sample untuk satu-satu  saiz hanya ada satu, jadi kalau ada budak try baju, Amir kena tunggu. tunggu punya tunggu eh, macam takde je saiz yang sesuai untuk di try. last2 aku gi tanya harga berapa terus. pastu jurujual tu cakap depend pada saiz. saiz berapa akak nak? aku cakap tak tau, mungkin nak saiz 24 kot. saja je aku main sebut je saiz tak tau la saiz 24 tu besar ke hapa kan. pastu jurujual tu cakap akak kena try dulu saiz apa baru datang sini ambik baju. aik?? gitu pulak. oh, mungkin dia ingat aku nak try baju baru tu kot, so dia tak kasi. ok... aku pun tengok je la baju tu. harga doploh lebih. aku tak berapa ingat RM21.90 kot.. ataupun RM20.90 (kot, ni la masalah aku, survey, tapi lupa harga, boleh?) oyye, baju dimaksudkan adelah baju melayu (sepasang) untuk skolah agama (SAR).

pastu aku tanya Ngah, ade ke Bintang dekat2 sini. ohh ada wei! rupanya kat sini memacam ada.
mydin pun dekat2 je. bertuah la orang yang rumah dia dekat2 sini  aje. kan kan kan?

maka kami pon menapak le ke Bintang pulak. memang macam jangkaan aku, kat Bintang ni lebih murah sikit. baju melayu kat Bintang harga dia RM17.90 je untuk saiz 26. kira murah 2, 3 hengget la. kualiti tu bagi aku lebih kurang je kot. pastu beli jugak suar skolah selai RM15.90. baju skolah selai RM8.90. suar trek biru tua saiz 26 selai RM9.90 dan selai lagi kaler hitam saiz 28 RM9.90. pastu stokin yang 3pasang sepeket tu. harga aku tak ingat dah. aku beli sekepet je.

tu je la pon aktiviti hari minggu kami.


eh eh tetiba Amir ngan Tajul ni gaduh pulak dah... ok la

aku nak pi layan dorang ni...

adios.