Tuesday 3 June 2014

Hormat

salah satu blog yang aku sangat suka baca adelah blog kak D.
setiap entry yang dia ulas, semuanya sangat betul bagi aku, dan terpaling penting sekali, ianya membuatkan aku sedikit demi sedikit mengubah cara berfikir ke arah yang lebih positif.
contoh macam kisah perkahwinan Rozita Che Wan. yang kononnya sampai berjuta2, dan macam nak menunjuk-nunjuk, isu sponsor dan macam2 lagi.
tapi setelah baca komen kak D, terus aku jadi 'celik'. ye, sememangnya bagi manusia normal yang lemah iman, kita lebih cenderung untuk bersangka buruk dulu. ehh, bukan kita tu, aku ni sebenarnya hehe..

serius, 'berkawan' dengan kak D membuatkan aku rasa cara berfikir aku lebih baik dari dulu. Alhamdulillah...

baru tadi, aku baca kak D tulis pasal budak skolah yang pailang, siap ada video lagi. tapi aku tak pulak tonton video tu. sebab lepas tengok konfirm datang satu penyakit kat aku. bad mood. sumpah tak tipu. aku memang tak suka tengok benda2 belasah2 orang ni. seolah melihat satu kezaliman. 2 3 hari lepas aku bukak fesbuk, nampak ada bayi kena hurung dek kerengga. pastu ada pulak gambar sorang kanak2 kena simbah air panas oleh ibunya sendiri. OMG! tak sanggup aku tengok. tu pun terrrrrr tengok aje. sungguh zalim.

aku dulu skolah kampung. kat skolah aku pun ada jugak kes2 bergaduh bertumbuk ni. tapi semuaaaa yang aku pernah tengok kejadiannya.(eh, macam banyak nau kes bertumbuk kat skolah aku kan?) adelah pelajar lelaki. aku ingat lagi, masa tu waktu rehat. aku tingkatan 1UR1 (ehem... ingat lagi nama kelas). kelas aku kat tingkat 1.  betul2 tepi sekali, dan depan pintu kelas adelah tangga. depan blok kelas aku, adalah blok kelas memasak dan kelas menjahit, dan bilik guru. kelas memasak dan menjahit ni untuk subjek kemahiran hidup bersepadu. tangga depan kelas aku berbentuk V. untuk naik, kena panjat tangga ke arah kelas aku. di tengah2 antara blok kelas aku ngan blok bilik guru, ada satu macam jejantas gitu. haaa... kat jejantas ni la selalu berlaku pergaduhan. sebab bilik guru nun di hujung maka tak nampak mana.  siap berdarah2 kau! nak nangis aku masa tu. takut giler.
ramai la jugak yang menengoknya, ada yang tolong leraikan tapiiii pon diberi amaran kalau kau masuk campur, haaa... pasni turn kau pulak. gitu... jadi ada la salah sorang berlari cari cikgu.
kat perhimpunan nanti kena la sembur cukup2.

dan betul kata kak D. yang suka bertumbuk ni bukan la antara pelajar bijak pun. kebanyakan yg jenis tak menjadi.



























































Lamanya..

Alahaiiiiiii...

lama kebenor tak bukak belog.
nak kata bizi, takde lah bizi mana.
nak kata tak bizi pun tak jugak.

kat rumah dah boleh update blog sesuka hati, kalau rajin laa.
KALAU RAJIN!

yea...
Rajin tu yang takde kat aku skrg ni.

hari tu daftar P1 konon nak rajin la update blog. tapi tak jugak. penat uols..
habis kerja kat ofis, sambung pulak kerja kat rumah. kat rumah pulak, dah siap makan perut kenyang mata pun lali-lali mintak bantal. begitu la setiap hari. kalaupun ada masa nak bukak laptop, mata tu terkebil2 tak tau nak mulakan dari mana.
Idea tadak!
mana nak datang idea kalau otak dah penat.
idea penulisan bukan senang bagi aku, nak2 lagi yang baru nak blajor. kena asah selalu. kalau tak, tumpul.. ;)

skrg kat department aku agak lengang. HOD dah kuar pergi site meeting. sorang QS sedang bercuti balik kampung. sorang admin staff dah resign. minggu depan baru ada staff baru. tinggal aku, kak ita dan sorang QS baru. Eric nama dia. kami bertiga je skrg.

lusa aku cuti. nak balik kelantan. alahh, cuti 2 hari je pun. Isnin masuk kerja balik. anak2 aku Amir dan Tajul dah balik Pekan. tumpang ayah cik dia balik. dorang balik hari Sabtu malam. si kenit Ammar tu nasib je kecik lagi, kalau tak mau aku sumbat sekali malam tu. hahaha... boleh la aku feeling2 pengantin baru.

aku start cuti kamis ngan jumaat. jadiknya, rabu malam tu aku dah kena bertolak ke Pekan ambik Amir angan Tajul. esoknya baru balik kelantan, lalu jalan terengganu.

tujuan balik?
sebenarnya tak rancang pun nak balik. ni sumer rancangan Ngah. dia kan dulu skolah di kelantan. jadi dia memang ramai kawan kat kelantan. dan dorang ada wasap group. apa ke nama group tu ntahh.. salah sorang ahli group tu konon nak buat gathering (ye ke panggil gathering??) atau lebih kurang barbeque kat tepi pantai gitu. tempah chalet segala mak nenek katanya. aku tak mau la tanya lelebih. sebabnya, bila dia kata nak balik kelantan aku dah seronok giler dah. pastu beberapa hari kemudian dia kata macam tak jadi je gathering tu. aku ni geram la. kelantan tu kampung akuuu! kau dah tabur benih2 harapan pastu kata tak jadikk?? haaa.... buat la camtu selalu, aku gantung kuali sebulan baru tau.. sekarang ni rancangan kau jadik ke tak jadik ke, balik tetap balik hahahaha...

bila dah balik, otometik la dapat makan kenduri kawin cucu Mok Doh. besttttt!

tak sabar nak balik
tak sabar nak balik
tak sabar nak balik


bye

yg baik dari ALLAH
yg buruk dari AKU