Saturday, 1 December 2012

Mek datang KL

semalam.

mek datang kl. naik bas pagi. tiket pukul 10pagi kot. tapi kata mek pukul 11pagi lebih2 baru bas datang. bas transnasional. naik kat Machang turun kat Shah Alam.

aku mintak time off ngan boss nak balik jam 4.30pm nak ambik mek kat stesen Shah Alam. sib baik mood boss baik pagi tu, terus cakap ok. tak tanya lelebih..

aku ni buta jalan weii... apa, ingat jemah tu aje ke buta jalan? huhuhuhu... aku brutal2 pun kalau bab bawak keter sendiri boleh kecut pundi kencing tauu... pi kerja balik kerja ok la. dah la jalan kat Shah Alam tu kemain banyak roundabourd. kebarangkalian nak sesat adelah tinggi weii... huhuhuh...

mula tu suh Ngah ambik mek. ye la Ngah kan kerja kat Shah Alam. dia tu jalan situ dah hafal. tapi masalahnya Ngah ada company dinner pulak dah. mau tak mau aku yang kena buat sendiri.

maka aku pun pergi ofis Ngah, pastu suh Ngah eskot aku ke stesen bas. sib baik nak ke ofis ngah tu aku ingat jalan. tapi kauuuuu..... series aku seriau weii bawak keter sensorang. teramats panik bila ada banyak trailer2 besar kiri kanan macamkan nak terhimpit je aku rasa. ngan motor nya lagi. takut la nak jauh2 skit dari trailer terhimpit lak abang motor. kagum la aku ngan abang2 motor yang hari2 bawak motor cari rezeki. aku yang dok lam keter ni pun seram... ni kan pulak yang atas motor. (tetiba rasa kesian ngan laki aku, sebab dia pon golongan abang motor gak)

sampai kat ofis Ngah dengan selamat. pastu dia eskot ke stesen bas pulak. sampai stesen jam 5 lebih. tunggu kejap, pastu Ngah dah nak kena balik ofis sebab dia belum habis kerja lagi. sebelum dia tinggalkan aku sensorang, dia siap ajar aku cemana nak balik nanti. aku pulak lakar konon2 buat peta la kan. muga2 tak sesat... aku bukan reti guna GPS kat phone. harap phone je canggih, tuan kuno. kahkahkah...

tunggu la aku kat situ. jam 5 bawak ke jam 6. mek blom sampai lagi. aku try call mek tapi tak berangkat. agaknya tak dengar kot. takpe. mari layan mata.

tengok bas sampai. tapi bukan bas mek. tunggu lagi. masa aku sampai, banyak betul orang tunggu bas. memasing nak balik kampung kot. pastu lelama kembali lengang. tinggal beberapa kerat je.

jam 6 bawak ke jam 7. pun mek tak sampai lagi. pstu Ngah call tanya mek dah sampai ke belum. belum. Ngah dari ofis dah nak kena balik rumah dulu. pastu nak siap2 nak attend company dinner. aku cakap ok la balik la dulu.

tetiba teringat kat Tajul ngan Ammar kat taska. cecepat mesej kat pengasuh dia kata aku balik lambat. tu takpe. kat taska ni ok je. kau nak ambik kul 10 pun ok, hanya kena bayar OT je la.

tetiba mek call, cakap baru sampai gombak. aku macam... haaaa??? baru kat gombak? biar betul?? cemana ni wei? aku tak kisah sangat ambik anak lambat hari ni, tapi yang aku kisah ialah aku tak berapa konpiden bawak keter memalam weiii... dah la cuaca angin2 macam nak hujan je nih... mintak2 la tak hujan malam ni. aku kepanikan dah ni..

takpe takpe, kita bawak keter slow2.... mesti takde ape2... cewah nak sedapkan hati sendiri...

tunggu lagi. jam 7 bawak ke jam 8.
nak berakar dah bontot tunggu kat sini. dah tak larat dah rasanya. badan rasa melekit. belakang sakit. series sakit. picit2 skit kuar sendawa. oh angin rupanya. nak kata perut masuk angin, tak pulak berasa lapar. aku kalau rasa2 ada angin dalam badan, selalu aku akan buat adelah minum air panas, macam teh tarik ke, milo panas ke... gitu.

nak order teh tarik, macam tak best je. bukan air tu tak best, aku ni yang tak best. tak best sebab tempat duduk tu ramai orang. pastu kalau nak minum teh tarik, kena duduk kat kusi yang ada meja kan? meja pulak penuh ngan orang. kalau nak jugak, kena la kongsi meja ngan dorang. jadi baik tak payah. bukan aku sombong, tapi honestly rasa tak konpiden badan i is melekit lekit takut kang ada yg pitam nanti. hihihihi... so baiklah sedar diri, duk la dendiam kat kusi tepi jamban tu. satu lagi sebab, ialah i is dapat kusi yang ada span (nipis je span dia) kat kaunter teksi, jadi bila nak bangun dari situ takut pulak ada orang lain dapat duk situ maka aku terpaksa duk kusi batu lagiiiiii la kremm bontot i... hahahah selfish betul aku....

dan lagi satu, aku ni pesen, kalau minum air, sekejapan je mula la rasa nak terkencing. jamban kat sini pulak takde air. eh, bukan takde air langsung, air ada disediakan dalam tong drum. kalau kau pulas kepala paip, memang takkan kuar air pon. jadi kalau nak terkencing ke terberak ke, sila la guna timba angkut air dari drum tu sebelum memulakan operasi kat dalam jamban ye. jadi macam sedikit leceh dan ermmm macam geli sikit la.

sepanjang tunggu mek tu, aku ada masuk sekali. massa tu tak tau pulak paip tak kuar air. mana nak sangka kan, lantai basahhhh je. selalu kalau takde air, lantai mesti kering dan bau hancing kan. ni takkk. lantai basah, dan takde bau busuk hancing ke hapa. sikit2 ada la.... tipu la takde langsung kan. dah beroparasi tu kan, pulas kepala paip takde air.aku macam.... apa ni?? nasib baik dalam baldi ada air tak sampai suku penuh. mungkin orang terdahulu punya balance kot. tak pon orang maintenance yang isikan. nak tak nak terpaksa la guna air tu... aku ni kan, jarangggg sangat guna air dari baldi kat tandas awam. sebab aku selalu bayangkan orang cuci tangan main celop je kat dalam baldi tu, ataupun percikan2 air kencing tu termasuk dalam baldi ke, takpon dorang basuh tangan main tadahhh je tangan kat air paip pastu 'air tangan' tu jatuh dalam baldi. kan ke kotor air tu kau nak buat cuci 'tut' kau kan. namun disebabkan darurat, terpaksa la jugak.

penantian berakhir jam 8.30pm lebih kurang. huishhh... naik kematu bontot i uols.. bayangkan mek naik bas jam 11pagi. sampai Shah Alam pukul 8.30malam! T________________T

sampai taska ambik Tajul ngan Ammar jam 9.00malam. tengok2 Amir pun ada situ. rupanya Ngah balik kerja terus ambik Amir balik rumah. tapi sebabkan bas mek lambat, dan Ngah dah nak kena pergi dinner, terpaksa Amir ditumpangkan kat taska adiks dia pulak. kira je la alang oii bape kena bayo hujung bulan nanti... *sambil jeling kat Ngah*

so, pagi ni mek ada kat rumah aku. anak2 pun sumer masih tido pagi tadi. mek request suh tinggalkan je sumer budak2 lasak ni kat dia. aku agak risau sebenarnya, sebab aku pun fenin layan dorang, ni kan pulak mek yang kederat dah tak bape kuat tu. tapi, sebab mek nampak beria sangat, dan aku pun macam kesian budak2 dok nyenyak tido, maka aku tinggalkan je.

dah ajar mek cemana nak bancuh susu, kat mana aku letak bekas susu, kat mana botol susu, yang mana satu botol Tajul, mana satu botol Ammar (sebab Tajul dia takkan minum susu kalau bukan botol dia) dan macam2 lagi la. eh, alamak! aku lupa la nak standby pampes yang macam suar tu kat mek! omg! mek tak reti pakaikan pempes wehh.... adoiyai.... harap2 la Amir tunjuk kat mana aku simpan.

eh, tak sabarnya la nak balik...