Wednesday 8 May 2019

Diary Cik Ila 3 Ramadhan 1440H [8/5/2019]

Hari ni hari kedua aku period.

Pagi ni sahur kami makan nasi dengan telur masak kicap je semata. Mula tu aku cadang lepas balik dari masjid lepas buka puasa nak singgah pasar mini Pak Grocer je (dulu nama kedai ni My Mydin) nak beli bahan untuk masak sup sayur tapi bila fikir-fikir balik, anak-anak memang payah makan sayur, hanya Ngah je la kalau hadap pun. Aku pulak tak kisah sebab tak puasa. Last-last tak jadi la masak sayur.

Alhamdulillah masak nasi takde yang terlebih, cukup-cukup untuk kami 5 beranak.
Kalau boleh taknak ada nasi yang tak habis makan lalu basi dan terpaksa buang.
Kalau boleh lauk pauk taknak banyak sangat nanti tak habis makan.
Kalau boleh taknak beli pat lima jenis kuih last-last tak habis makan lalu ke tong sampah.

Gambar gugel. Rice dispencer aku sebijik macam ni la. Aku tarik 2 kali beras untuk sekali masak. Alhamdulillah cukup.
Kalau tak silap aku, sekali tarik, 100gram beras akan keluar. Tarik 2 kali jadi 200gram lah.
Kalau bulan tak puasa, biasanya 200gram tak cukup, selalu aku masak 250gram atau 300gram.

Setakat ni semua anak-anak puasa penuh. Mujur la, umi korang dulu selalu jugak tinggal. hahaha..

Oh ya, malam tadi masa kitorang buka puasa kat masjid, ada kejadian handphone hamba Allah ni hilang.

Kisahnya gini.
Aku sekeluarga duduk kat satu meja ni. Belah kiri aku ada satu meja ada 2 pemuda. Belah tepi pemuda tu ada lagi satu meja, diduduki beberapa orang lelaki bangla. Kiranya meja bangla ni arah pukul 2 la dengan aku. Lepas makan, pemuda dua orang tu tinggalkan handphone dorang atas meja untuk pergi cuci tangan dan simpan pinggan.

Aku memang nampak ada 2 handphone kat situ. Lepas tu aku perasan ada seorang lelaki bangla (yang aku syak duduk kat meja geng bangla tadi) pergi berdiri kat meja ada handphone tu. Bila aku toleh arah dia, dia pusingkan badannya sambil lap tangan. Aku memang tak syak apa-apa sebab aku juga tak pasti adekah dia memang duduk kat meja pemuda tadi atau meja geng bangla. Kat masjid ni, kalau ada kerusi kosong, biasanya kita main duduk je kan, takde dah fikr nak duduk sesama geng je. Aku pulak masa makan memang takde la nak tengok keliling, mesti kita fokus makan je.

Lepas tu dorang semua nak solat maghrib berjemaah. Aku je tinggal sebab takleh solat. Masa aku sorang tu la salah seorang pemuda tadi datang tanya ada nampak tak handphone dia atas meja. Aku cakap ada nampak 2 biji, dan aku cerita la yang aku nampak ada seorang lelaki muka macam bangla (aku takleh konfiden kata bangla sebab takut terfitnah) berdiri kat meja tu, aku tak syak apa-apa sebab ingatkan tu memang tempat duduk dia. Pemuda tu minta aku call nombor handphhone dia. Aku pun tolong call dan loud speaker. Dah off pon handphone dia. Kemudian pemuda tu tanya adakah bangla tu duduk kat meja ni (sambil tunjuk meja yang arah pukul 2 tadi) Aku kata kemungkinan juga (aku takut nak jawab dengan pasti, tapi aku memang rasa bangla tu duduk makan dengan geng dia kat meja tu tadi)

Pemuda tu pun berlalu ke masjid untuk solat Maghrib berjemaah.

Kesian betul. Dalam hati aku duk harap minta-minta la pemuda tu dapat balik handphone dia.

Lepas solat Maghrib, baru makan nasi. Tadi tu masa berbuka hanya minum air dan makan kuih serta bubur lambuk je. Masa makan nasi tu, aku ternampak pemuda tadi dengan kawan dia. Aku tanya jumpa balik tak handphone. Dia kata dah jumpa balik. Alhamdulillah.. aku tumpang gembira. Biasanya agak susah nak jumpa balik handphone kalau dah jatuh ketangan orang lain. Mungkin masa pemuda tu berbuka, dia cam rupa salah seorang geng bangla tadi.

Meja geng bangla tu hanya ada seorang je tinggal. Tadi masa berbuka, ramai juga dalam 4 - 5 orang. Agaknya dorang balik awal kot tadi. hahaha

Ok la.
Stop dulu. Nanti free sambung lagi.



** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Tengok tu, baru habis 1 set trial, dah makin cerah, berseri dan bersih kulit adik manis ni. Tu kalau rajin pakai la. Kalau pakai time rajin je, memang tak jadi.

Siapa nak try DG, boleh order melalui aku.

012-931 1015 - kak ila 

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Tuesday 7 May 2019

Diary Cik Ila di 2 Ramadhan 1440H [7/5/2019]


Pagi ni Joe bangun paling awal. Terus dia masuk bilik aku dan kejut bangun sahur. hahaha. Kelakar pulak bila anak umur 10 tahun kejut umi dia sahur. Semua tu dek kerana tak sempat sahur hari pertama. Agaknya dia risau tak bangun sahur lagi sekali hari ni. 

Malam sebelum tidur, aku dah pesan siap-siap kat Amir dan Joe, suruh masing-masing set alarm pukul 4.30pagi untuk sahur. Umi risau tak sedar lagi. Maka dua beradik tu pakat kunci jam kat handphone. Rupanya Joe set alarm dia pukul 4.00pagi.

Aku set alarm pukul 4.25pagi sebab tu aku belum bangun masa Joe bangun.

Alhamdulillah, pagi ni selamat makan sahur berlaukkan tomyam kaki ayam yang sepatutnya kitorang makan sahur hari pertama. Ayam goreng dan telus masin. Sayur ulam salad je. Air pulak Ngah bancuh teh o panas dan sekotak soya.

Habis makan tengok jam belum masuk pukul 5pagi. Lambat lagi nak azan subuh. Budak-budak ni layan maharaja lawak. Aku? masuk bilik anak-anak baring golek-golek. Last-last tertidur. Tersedar nak berak. Tengok-tengok period dah pulak. So hari ni bersempana 2 Ramadhan, aku dah raya. huhu..

Malam ni Insya Allah berbuka puasa di masjid juga, seperti malam sebelumnya. Rasanya sepanjang bulan puasa ni kami anak beranak buka puasa kat masjid je. Kurang sikit penat aku. Kalau tak, balik kerja dah tung tang tung tang kat dapur. Ini balik rumah mandi, relak kejap sambil tunggu Ngah balik kerja, terus zasss ke masjid.

Lepas terawih je baru masuk dapur sediakan apa yang patut untuk makan sahur.

Rasanya sahur nanti nak masak telur masak kicap je. Sayur tak tau lagi. Mungkin tumis air petola (orang kelantan panggil woh teney), tak pun sup cendawan dan fishball. 

OK la nak sambung kerja.

**  Testimoni Diamond Gold Skincare  **


Cantik kan adik manis ni? Tak nampak beriya, tapi cantik. Sedap mata memandang gituu. Ramai orang idamkan kecantikan macam ni tau. Natural je.

Amboi kak ila ngko kemainnnn lagi ayat kan.. ni mesti nak jek suruh beli DG ni. hahaha.. ehh tapi betul tau, ramai orang sukakan kulit begini. Kalau tak caya, korang tanya sang lelaki. Tanya dorang suka perempuan cantik dengan mekap ke atau perempuan cantik tanpa atau les mekap. hahaha..

Takde la. Kalau nak kulit bersih, cerah dan naik seri macam ni, boleh pertimbangkan pakai DG. Aku tak kata konfirm jadi cantik, cuma ramaiiiiiiiiiiiiiiii testimoni pengguna DG ni semua kulit dorang jadi lebih sihat, lebih licin dan cerah berseri setelah konsisten pakai DG.

Kalau masih ragu, sokey. Kakak tak paksa hihi..

Nak beli? meh wasap nombor ni.

012-931 1015 - kak ila 

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Monday 6 May 2019

Diary Cik Ila di 1 Ramadhan 1440H [6/5/2019]

Salam 1 Ramadhan kepada semua yang tersesat kat blog aku ni. haha

Alkisahnya, aku dari semalam masak tomyam kaki ayam demi nak bangun sahur pagi tadi. Kononnya nak goreng ayam tambah-tambah. Telur masin dah siap-siap rebus sebelum tidur. Nasi jugak aku dah masak kot-kot terbangun lambat dan tak sempat masak nasi.

Sekali memang lambat betul bangun pagi ni.
Sedar-sedar orang masjid dah solat subuh. Adududu haru betul. Aku yang tua ni takde masalah sangat tapi aku risau budak 3 beradik tu je, hari pertama puasa tetiba tak sahur.

Padahal kitorang laki bini dah on alarm kat handphone masing-masing, boleh tu tak dengar langsung. Pukul 6 pagi, Amir jenguk bilik aku dan tanya "kita tak sahur ke umi?" hahaha.. "Umi tak sedar la Mirr, langsung tak sedar. Takpe la nak buat macamana Tuhan tak izin kita sahur.. " Saja aku jek dia dengan agama biar dia kebal sikit. Risau jugak kot-kot memasing taknak puasa sebab tak sahur.

Dan tomyam kaki ayam pun aku sumbat peti ais balik. Bakal dirai sahur pagi esok. hahaha

Buka puasa nanti cadangnya nak berbuka kat masjid. Macam kitorang buat tahun lepas. Setiap malam berbuka kat masjid. Balik rumah tiggal nak mandi dan bersiap je.

Nasib baik nya hari ni sekolah agama dan sekolah kebangsaan Joe dan Ammar cuti. Sekolah agama memang setiap tahun cuti 1st Ramadhan. Sekolah kebangsaan je buka. Tapi tahun ni sekolah kebangsaan diberi cuti peristiwa oleh pihak sekolah. Kalau la hari ni sekolah, memang kesian dua beradik tu.

Aku dah jek dorang pagi tadi. Aku kata takpe, hari ni cuti, jadi cuba puasa ye. Esok dah sekolah. Kalau baru nak start puasa esok, nanti terlalu penat. Nampak gaya macam dorang ok je. Aku dah pesan, kalau rasa lapar rasa letih, tidur. Nanti bangun dah nak buka puasa.

Harapnya dorang masih puasa la. Kejap lagi balik rumah nak tanya. Kalau puasa penuh, setiap orang dapat duit raya RM50. Hahaha.. RM50 je ngko. Budak kecik takleh pegang duit banyak. hahaha

OK la. Nak sambung kerja.

** Testimoni Diamond Gold Skincare  **


Taknak cakap banyak. Sape nak order set Diamond Gold Skincare, boleh wasap nombor kat bawah ni tau. Jom pakat naik seri raya ni hihi

012-931 1015 - kak ila

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku

Thursday 2 May 2019

Terlanggar Kucing Sendiri. Sedihnyaa

Pagi ni.

Aku nak gi kerja. Macam biasa, masuk je dalam kereta, aku akan duduk dalam 3 ke 5 minit untuk bagi enjin kereta panas sebelum memulakan perjalanan.

Aku baruuu je nak keluar parking, tetiba terdengar suara kucing menjerit. Aku panik. Lalu aku undur sikit untuk masuk kedalam petak parking. Aku keluar dan jenguk bawah kereta.

Allahuu.. sayunya bila nampak anak kucing aku sendiri menggelupur kesakitan. Aku terdiam panik. Sumpah panik sampai takleh buat apa. Aku hanya mampu tengok je anak kucing tu meronta-ronta. Piajen (si ibu kucing) yang sama-sama berada di situ hanya mampu tengok je anak dia menggelupur.

Aku nampak rahang anak kucing tu senget, sebelah mata terkeluar. Allah... Allahh.. aku hanya mampu sebut nama Allah je masa tu.

Sekejapan kemudian, anak kucing tu tidak lagi bergerak. Ya Allah.. maafkan umi wahai Black (aku panggil anak kucing hitam ni dengan nama black). Umi tak tau kau ada bawah kereta.

Lalu aku call Ngah. Aku tak nangis sebab pasih panik. Aku beritahu Ngah aku dah tergilis Black. Ngah kata takpe lah nak buat macamana, mungkin dia nak tenangkan aku kot. Ngah suruh masukkan bangkai kucing kedalam plastik dan masukkan dalam tong sampah. Aku turuti arahan Ngah.

Mulanya aku nak tanam bangkai kucing tu tapi cangkul takde. Nak-nak pulak aku dah lewat nak ke tempat kerja. Kemudian aku cari tukang sapu block tu, ingat nak minta dia tanam tapi tak nampak pulak kelibat tukang sapu tu. Akhirnya aku turuti idea asal Ngah. Aku masuk rumah dan ambil 2 keping plastik sampah. Aku angkat perlahan bangkai anak kucing tu dan masukkan kedalam plastik. Simpul rapi dan masukkan kedalam tong sampah besar.

Sambil-sambil tu tak habis-habis mulut aku duk mintak maaf dengan kucing tu. Piajen hanya mampu tengok je sambil berjalan ke hulu ke hilir. Sedihnyaaaa lahai. Pastu aku nampak Piajen hidu-hidu kawasan anak dia mati tadi. Situ ada kesan darah anaknya. Masa ni aku mula rasa sebak sangat. Aku perati je Piajen. Kemudian Piajen menuju ke arah tong sampah. Allahhhh... sedihnyaa..

Masuk je dalam kereta, aku nangis. Sedihnyaaa bila terkenangkan aku pernah marah anak kucing tu waktu dia garu sofa, waktu dia main gurau-gurau dengan seekor lagi adik dia atas katil aku. Waktu dia menyorok taknak keluar rumah saat aku dah lewat nak gi kerja. Sedihnyaaa..

Dulu pernah dua beradik ni ter-tak-sengaja terkurung dalam rumah. Balik kerja petang tu terkejut aku bila masuk rumah terhidu taik kucing. Cek punya cek, nampak ada taik kucing atas sebiji bantal dalam bilik tidur aku. Dah selamat pon bantal tu Ngah humban dalam tong sampah.

Rasanya aku tak pernah cerita perihal kucing dalam blog ni. Takde masa nak menulis huhu.

Ngah bawak balik Piajen semasa Piajen masih kecil. Ngah ambil di Shah Alam, tak pasti pulak kawan yang bagi atau kucing jalanan. So anak-anak aku suka la dapat haiwan peliharaan. Lebih-lebih lagi Ammar. Dia memang suka kucing.

18/1/2019. Piajen beranak 3 ekor. Semasa kitorang balik Kelantan seminggu pada cuti raya cina, Piajen dan 3 anaknya tinggal di rumah kami. Mula tu Ngah belikan sangkar kucing dan train Piajen supaya tinggal kat tepi mesin basuh rumah kami dengan anak-anak dia. Senang la kononnya , boleh keluar masuk untuk berak ke apa. Dan masih selamat kerana masih dalam kawasan rumah kami, takde sapa boleh usik anak dia. Tapi jenuh kami kutip and letak anak-anak dia dalam sangkar, Piajen akan dukung balik anak-anak dia masuk bilik anak-anak aku. Mereka menyorok bawah katil double decker. Memang tak tercapai dek tangan.

Last-last kitorang biarkan je Piajen duduk bawah katil tu. Masa kitorang nak balik kampung tu, Ngah buka sedikit tingkap bilik tidur kitorang, muat-muat badan Piajen je. Laluan untuk dia keluar masuk. Untuk elak dari pandangan orang, gril tu kami retang kain selimut, konon-konon jemur la tu. So orang yang lalu lalang takkan nampak tingkap sedikit terbuka.

Ni demi memastikan Piajen dapat keluar masuk rumah untuk cari makan, berak dan seumpamanya. Anak-anak dia masa tu 100% menyusu badan dan tak merayau kemana pun. Gitu je la kami tinggalkan 4 beranak tu dengan bertawakkal je kat Allah.

Balik dari kampung, Alhamdulillah Piajen dan 3 anaknya ada, dan masih hidup sihat.

Semakin anak-anak Piajen membesar, makin aku rasa rimas sebab aku bukanlah pencinta kucing. Aku juga takut nak usap-usap kucing sebab aku pernah kena cakar dengan kucing masa kecik.

Namun kerenah dorang tu buatkan aku perlahan-lahan belajar riba kucing dan usap-usap mereka.

Kemudian, salah seekor anak kucing hilang. Aku syak ada orang ambil untuk bela kot. Takpe la ambil nak bela, asalkan tak menganiaya, cuma aku sedih jugak, kerana anak-anak masih menyusu dari mak dia.

Tinggal la 2 beradik je bergurau senda. Hari-hari memang bergurauuu je kerjanya. Kadang geram jugak bila habis rumah kotor dengan kesan tapak kaki kucing merata-rata. Tapi melihat kecomelan mereka tu, sejuk balik hati huhu.

Waktu hujan, anak kucing takkan keluar rumah walaupun mereka nak berak. Jadi mereka akan berak merata-rata. Atas mesin basuh, atas rak kasut. Kat celah basikal. Ikut suka. Oh yaa, sejak kes berak atas bantal tu, Kitorang pastikan kucing anak-beranak tidur luar rumah.

Kemudian aku dan Ngah batuk silih berganti. Hinggakan kami syak kami alahan dengan kucing. Ditambah dengan anak kucing berak merata hingga Ngah hampir setiap petang balik kerja perlu basuh lantai depan rumah, Dia fedap agaknya, lalu ambik keputusan nak buang Piajen dan anak-anak ke mana-mana lokasi yang dekat dengan medan selera. Tapi aku bantah. Aku tak sampai hati bila terbayang mereka mengiau-ngiau mintak simpati secebis lauk kat medan selera.

Masa tu Ngah dah bukak bonet kereta, masukkan sangkar dan nak tangkap kucing masuk dalam sangkar. Akhirnya tak jadi. Kitorang decided untuk bela, bagi makan macam biasa tapi takkan lagi benarkan kucing keluar masuk rumah sesuka hati.

Lama-lama Piajen ni jadi faham agaknya. Dia ada je dalam pandangan kami, cuma dia jarang keluar masuk rumah. Hanya masuk bila nak minum, bila nak makan. Kalau nak baring, dia hanya baring atas mesin basuh je. Jarang la dia masuk tidur dalam rumah.

Dan pagi ni. Memang sedihhhhh sangat.
Tapi apakan daya.

Anak kucing kami, Black dalam Kenangan [18/1/2019 - 2/5/2019]

Hari dia lahir. 18/1/2019. Tiga beradik semuanya, tapi seekor hilang masa umur 2 bulan.




Black pada 23/2/2019. Umur sebulan lebih. Baru pandai ikut ibu dia keluar dari bawah katil. Belum pijak tanah lagi.
23/2/2019. Masa ni yang sekor tu belum hilang.
23/2/2019




2/4/2019. Balik rumah tengok bersepah giler bekas najis kucing. Ni takde lain bergurau hingga langgar habis segala benda. Galok sangat.


Tunggu Ngah balik, biar dia cuci. Aku malas. Aku nak masak.



3/4/2019

3/4/2019

4/4/2019. Masa ni aku MC; batuk. Nak baring tapi tengok la dua beradik ni bergomol atas katil aku. Tinggal 2 je sebab sekor dah hilang time ni.

Ya Allah.. maafkan hambaMu. Maafkan umi wahai kucing.. 😢

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.