Thursday, 6 December 2012

Amir di kampung

curik masa ofis skett... heheheh padahal memang selalu buat pom hahahah...

takde la...
aku baru habis mengecek report nih.. nak muntah rasa perati petak2 excel tu... naik juling bijik mata weiii.. dah la dari hari senin tu hari lagi. baru habis jappp je sakni. mana tak baru habisnya, dah aku syok2 buat keje, tetiba ada interupt dari site manager. mintak scaffolding summary pulak dah. satu hal aku kena tutup file nih bukak pulak file lain. haishhh... kang aku cabut kanggggg....haaaa  (hek elleh, ugut kununnn... sila la cabut, nanti 10 datang nak isi tempat kau tauuu.... huhuhuh...) ...ye la ye la
*tunduk muka insaf campur malu*

mek dah balik kelantan dah. Amir pun balik kampung ikut mek. pagi Ahad 2/12/2012 hari tu balik. duk umah aku sehari je pon. sebenarnya mek datang kl pon tujuan memang untuk jemput Amir bilik kampung. aku nak hantar sendiri payah la sikit. ada anak kecik ni pepaham la. pastu balik kelantan bukan boleh balik hari. mesti kena at least sehari tido kampung.  penat weiii walaupun bukan aku yang kena drive. dukkk je dalam bas pun penat. tak caya? tak caya sudahh...

aku macam tak caya je Amir nakkk dia balik kampung. sebab Amir ni jenis takleh tido kalau takde makpak disisi. dulu masa aku pantang rumah mek, masa tu Ngah hantar balik kampung, tido semalam sebelum bertolak ke kl semula. malam yang takde abah dia, meleleh2 air mata dia nangis masa nak tido. rindu kat abah katanya. tak pasal2 aku pun jadi sedih sama pastu nangis sama. tapi aku kaver laaa... takkan nak sama naik ngan anak kot. kahkahkah...

jadi tu passal la aku macam eh, biar betul Amir nak balik ikut mek. siasat punya siasat, rupanya Amir kata kawan dia kat daycare nak balik kampung. kawan dia cerita tak sabar nak balik kampung. tak tau la aku cerita kawan dia tu hebat campur teruja sangat kot sampai Amir pon macam tak boleh jadi nih, aku mesti balik kampung aku gak. aku pun ada kampung weii... haaa, lebih kurang camtu la kot. aku agak je la. dah tu balik rumah dari daycare hari tu tetiba je cakap, ummi, Amir nak balik kampung mek hari sabtu ni. kawan Amir pon balik kampung hari sabtu jugak. haaaaa ngkau.. tetiba jer

sebelum2 ni pun yakni hari2 terakhir sekolah, aku ada gak la gurau2 suh  Amir duk kampung sepanjang cuti sekolah. tapi masa tu dia tak nak. keras kejung taknak weh. dah dia taknak, aku pun diam je la. pastu tetiba nak pulak. maka aku on je la. dan2 tu call mek mintak datang ambik cucu dia. mek apalagi.. gumbira bukan kepalang...

masa petang ahad tu, kak yah jemput mek & Amir kat hentian bas Machang. pukul 6pm lebih baru sampai. malam pertama tido rumah kak yah. sebab dah gelap masa sampai rumah tu. kak yah pun dah masak sesiap, jadi mek tak payah la balik rumah tu terkocoh2 nak masak la apa untuk cucu. bukan aku tak tau mek tu, lewat cemana pun still nak masak2 bagai. kalau aku la, harus beli nasi bungkus je. orang tua uolss.. pepaham je la tebiat dia cemana...

so, sekarang ni dah masuk hari ke 4 Amir ada kat kelantan.

dari hari pertama yakni Isnin tu, sampai la sekarang masa aku duk taip entry ni, Amir sangat la bahagia kat kampung. mau tak bahagia. kak yah ngan Abe D layan dia macam anak bongsu! eh, bukan anak bongsu, tapi macam cucu kesayangan uolss! very tip top! mau tak tip top. kak yah mana ada anak kecik dah. yang bongsu si Murni pun dah umur 20 tahun. belajar kat T'ganu sekarang ni. ada pon hari minggu je. tu pun kadang2. jadi kak yah ngan Abe D je la kat rumah tu. bila ada Amir suka la dorang.

kata kak yah, Amir taknak tido rumah mek. mungkin sebab mek duk sensorang kot, jadi Amir boring sikit. mek pulak dia ada masalah peti suara. suara dia jadi perlahan. suara serak2 jenis yang teruk tu. ni bukan aku cakap, ni doktor yang  diagnosed kata mek mengalami masalah peti suara rosak. (eh, peti suara kat mana eh? hehehe..) lama dah mek suara perlahan nih. ada kot dalam 2 tahun. jadi mek kalau sembang ngan Amir memang selalu je la mengundang tanda soal. hahahahaha....

tapi takpe. rumah mek ngan rumah kak yah dekat je. rumah mek depan, rumah kak yah belakang. jadi mek ok ok je. tak kecik hati pun. aku pun takde hal, janji Amir sonok duk kampung.
ye la. aku kesian kat Amir. selalu je kena marah kalau kat rumah. aku la tu yang amarah tak tentu pasal. Amir buat adik memang kena sedas, adik buat Amir pastu adik nangis (ok sila heran napa adik yang nangis) ponnnnn Amir yang kena sedas. kadang2 berdas-das. mak tiri pun seram kalau tengok aku 'mengajar' anak. kahkahkah... ok tak klakar.

tapikan, marah-marah aku, geram-geram aku kat anak, dia tetap la permata hati aku. dah mananya ibu ngan anak kan? waktu tengah marah, harus la setan dok bakar2 suh aku amukan. dah amuk tu nyesal. pastu malam tu nangis sensorang marahkan diri sendiri. selalunya gitu la. pastu masa Amir tido, aku selak tengok betis dia ada birat2 tak. pastu sapu ubat. usap2 rambut dia. oh, baik aku stop sebelum air mata jatuh...

sian anak2 aku dapat ibu garang. hahahha... eh, tapi mek aku dulu garang apa. sumpah garang. aku ingat lagi masa aku kecik2. balik skolah tu makan2 dengan tak mandinya terus lari ke rumah kawan nak main. rumah kawan tu hanyalah sebelah rumah aku je. tengah ralit main, tetiba mek datang dengan setimba air jirus aku kat situ jugak. malu mokcik uolss... kena gelak ngan kekawan lain. padan dengan mukaku. panggil tak menyahut. suruh mandi buat tak dengar. hambikkkk... tu nak bagi contoh mek aku garang. tapi garang2 dia aku tak pernah pun rasa diri adelah kesian. malah aku bersyukur je sebab mek adelah mek. jadi aku yakin *sambil urut-urut dagu* yang anak2 aku pun rasa best je aku adelah ummi dorang. huhuhuh...padahall...

eh, lari tajuk dah ni.
sebenarnya aku nak citer pasal perkembangan Amir kat kampung. tapi dah bercampur aduk dah.

takpe la. lain kali la citer. tu pun kalau datang seru la. heheheh....

nak sambung keje.

bye

p/s : ummi rindu Amir!