Monday 27 March 2017

Tengok Power Ranger

Cuti skolah minggu lepas kami tak ke mana-mana.
aku kerja. tapi aku ok je kalau nak bercuti balik kampung.

cumanya ngah dah takde cuti.
cuti tahunan dia bermula bulan April setiap tahun.
cuti saki baki tahun lepas dia dah habis.
kena tunggu April baru cuti tahun 2017 boleh digunakan.

Amir pulak, Jumaat hari terakhir tu ada kelas tambahan sekolah kebangsaan.
Hari sabtu pon ada kelas tambahan sekolah agama.
Joe pon ada kelas tambahan jugak.
hanya sabtu dua hari sebelum bukak sekolah je takde kelas tambahan.

jadi anak-anak aku melepak je samada kat rumah, ataupun kat pusat daycare dorang.

aktiviti cuti sekolah hanya tengok tv, dan kayuh basikal petangnya.
aku balik kerja, ambik dorang kat daycare, baru dorang berpeluang main basikal.

Jumaat lepas, ngah bawak gi tengok wayang.
cerita Power Ranger.
masuk pukul 9.30 malam.

seronok la budak-budak ni.
mak dia je tak berapa teruja.
Power Ranger???
mak kau masuk, tengok separuh je, pastu tertidur.
sebenarnya best la jugak cerita dia.
aku pun suka cerita ni, cumanya mungkin sebab penat sangat, tertidur pulak dalam tu.
sedar-sedar je wayang habis.

kami. Jumaat 24/3/2017 9.00pm. menunggu wayang pukul 9.30pm. 






muka terbaru tuan tanah

nota kaki : WA 012-931 1015 untuk order Diamond Gold Skincare ye. muahhss!


ok.
sekian update ringkas.


Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Thursday 23 March 2017

Gigi Kekal Tajuddin Dah Mula Tumbuh

Jumaat lepas.
aku tengah mandi.
tengah syok menyabun, tiba-tiba joe panggil.

'umii... umiiii..!  joe ada berita gembira nak bagitau ni! bukak la pintu jap..!'

selagi aku tak bukak, selagi tu dia duk ketuk-ketuk pintu bilik mandi.
aku pun bukak.

rupanya dia nak tunjuk kat aku sebatang gigi susu belah bawah dah berjaya tercabut.
macam-macam budak itam ni.

aku sambung mandi.

pastu dalam bilik pulak.
aku baru nak update ig, tetiba dia datang lagi bawak gigi dia.
aku sangkakan dia dah buang.
rupanya belum. dia simpan dalam laci meja blajar dia.

aku tanya buat apa nak simpan, itu kan gigi. dah tercabut, buang aje lah.
dia kata sayang.
HAHAHA

aku kata meh umi ambik gambar. buat kenangan.
pastu buang, jangan simpan.

kekadang aku rasa joe ni perangai banyak jugak ikut perangai aku masa kecik.
aku dulu pon kemain sayang nak buang gigi sendiri.
pastu kalau potong rambut, masa kecik memang kak yah la tukang potong rambut.
sanggup kutip rambut aku, simpan dalam plastik.

mek aku tanya nak simpan buat apa.
yang aku pasti, aku rasa sayang nak buang sesuatu yang dari badan aku sendiri.
last-last mek aku suruh aku timbus rambut kat pokok pisang.
dia kata nanti rambut tumbuh lebat.
aku pun tak tau betul ke tak tanam rambut kat pokok pisang, boleh lebatkan rambut.
takde kaitan kot.
tapi aku ikut je la cakap mek.
dia kata kepala pun sejuk je.

lama-lama bila dah besar, aku faham.
kalau tak tanam rambut, kalau buang je kat longgokan sampah, mungkin rambut tu terbang merata-rata.
dan kalau rambut tu dibuang sekali dengan sampah, kebarangkalian untuk rambut tu dibakar adelah tinggi.
jadi, bila bakar, kan ke panas.
kalau tanam, masuk dalam tanah, seakan lebih sejuk gituu.

so, ini dia gigi pertama Tajuddin yang tercabut itu.








dah lama sebenarnya gigi bawah tu bergoyang.
gigi kekal pon dah nampak dah dua batang.
tapi gigi susu belum tercabut.
aku risau jugak.
karang gigi berlapis lapis.
kalau berlapis yang cantik tu takpe.
kang dibuatnya berlapis-lapis yang jenis buruk tu kang menyesal tak sudah.

hajatnya nak bawak ke klinik cuti sekolah ni.
dah tetiba tercabut sendiri tu kira okay la.

dulu masa kecik, aku rongak belah atas.
aku pun tak ingat gigi aku sendiri,
masa dah mampu ingat tu, memang dah rongak ngko!

menurut kak yah (masa aku kecik, aku boleh dikatakan dibesarkan dan rapat dengan kak yah), aku ni menyusu botol.
difahamkan, selepas habis pantang beranakkan aku, mek ikut arwah ayah aku ke satu kampung di Kuala Krai untuk menoreh getah.
ayah aku ada tanah kat situ. dan ayah aku pun masa tu kerja dengan tokey cina di situ.
so, aku pun diberikan susu botol.
masa tu juga, kalau tak silap aku, susu formula diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan, melalui hospital dan klinik-klinik kerajaan.
sekarang ni je kena beli. huhu.

okey. berbalik kepada cerita gigi tadi, mungkin sebab selalu sangat hisap susu botol, gigi aku rongak.
bukan aje rongak, semua tunggul-tunggul gigi belah atas, hitam kesemuanya.
hahaha.

pastu bila masuk sekolah rendah, aku jadi pemalu, semua tu dek kerana tiada gigi.

ketika gigi kekal nak tumbuh, tunggul-tunggul tu tadi reput, patah dan tercabut sendiri satu per satu.

gigi kekal yang dua batang kat belah atas tu, kita panggil gigi kapak kan?
gigi aku tumbuh sedikit senget.
puncanya, aku selalu usap-usap gigi yang sedang tumbuh tu dengan lidah.
lama-lama, gigi tu tumbuh serong.
sebab tu gigi aku jarang.
tak suka hokey.
kalau nak tahu gigi aku jarang macamana, kau peratikan gigi penyanyi Shila Amzah tu.
gitu la gigi aku!
jadi, aku agak risau jugak jika gigi joe pun jadi berlapis, atau jarang yang tak cantik tu.


gambar bawah ni pulak kejadian malam tadi.
gigi susu kedua yg tercabut.
tengah aku ralit layan tv, joe datang tunjuk gigi dia.






hahaha

entry takde modal ni nama dia.
pasal gigi anak pun nak masuk blog huhu
ehh, lantak situ.


sekian bebelan.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.









Thursday 16 March 2017

Adat Meniaga di FB : Cara Dapat banyak 'Like' Mahupun 'Komen' Di Status Facebook

Caranya : KITA DULU KENA LIKE DAN KOMEN STATUS ORANG LAIN. KENA MESRA, BARU ORANG PUN MESRA BALIK DENGAN KITA.

ni aku nak cerita, sementara nak tunggu time balik.


ada seorang fb friend aku ni.
dia lelaki.
dia jual gadget secara online.

dia ni selalu la jugak buat ayat-ayat nak kata sindir tu bukan sindir.
tapi lebih macam nak mintak orang like dan komen status dia.

contoh lebih kurang macam ni.
"ada kawan beribu-ribu, tapi berapa kerat je like dan tinggal komen kat status saya...
"kalau kawan tak tolong, siapa lagi?..."

lebih kurang gitu la bunyik dia.

ada satu status dia, lebih kurang tanya pasal cuaca di Lipis kalau tak silap aku.
kononnya dia nak tahu hujan lebat ke tak, mungkin dia nak balik Lipis kot la kan.
lepas beberapa lama, takde satu orang pun yang komen kat status dia.
lalu dia pon komen kat status dia sendiri cakap "takde orang Lipis ke kat sini?"
aku baca rasa kelakar pulak.
lalu aku pun tulis komen "mana orang Lipis ni? haha.."

jejak hari tu, aku pon rajin la komen status dia.
UP kan status dia supaya kawan-kawan fb aku boleh nampak iklan dia, like status dia semua tu.
hanya yang berbaur sindiran je aku tak like.
lama kelamaan, dia pulak asal nak up iklan biz online dia je, dia tag aku, dan kawan-kawan dia yang lain.
ohh, ini aku kurang suka, dan daripada hasil pergaulan aku dalam group-group bisnes online, kebanyakan dorang TAK SUKA kena tag.
sebab nanti mereka punya notification asik muncul je.
tapi aku biarkan aje.
biar je la dulu.

aku pun meniaga online kan.
so dah tentu-tentu aku pun selalu update status iklan aku.
budak ni, langsung tak pernah walau sekali pun, like status aku.
nak komen apetah lagi kan.

dari situ aku fikir, patutlah tak ramai orang like atau komen status dia.
yang ramai like, hanyalah status yang dia tag orang je.
lain tu krikk krikkk je la.
(status aku pun manjanggg krik krikk krikkk haha tapi aku tak kisah)

lama-kelamaan, aku pun dah tak like lagi status dia hahaha.
aku buat bodohh je.
takde la pulak aku nak UP status macam dia, konon merintih orang taknak support dia berniaga.

pada pandangan aku
kita kalau nak orang like status kita, kita dulu kena like status orang.
nak orang komen status kita, kita dulu komen status orang.
biar mesra.

gituuu.
aku ni fb friend berapa ketul je.
dan tak ramai mana pun orang like status aku.
tapi tak kisah la tu.
setakat ni boleh je jual.
kahkahkah

ok la dah waktu balik dah ni.
sat lagi nak singgah pasar malam jap.

babai
nanti free sambung ye

nah, aku belanja testimoni pengguna Diamond Gold Skincare.
kalau rasa-rasa tergugat, nak try kalu, WA aku ye. 
save nombor ni.
012-931 1015 -  kak ila ngko hehe





Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku


Wednesday 8 March 2017

Pengalaman Bersalin Dan Menyusukan Anak Pertama

Tadi tertengok youtube.
new born baby menyusu badan.

terus teringat kenangan masa aku beranakkan Amir.
dalam 3 beradik, Amir la yang aku rasa ralat bab-bab nyusu ni.

tempoh dia menyusu badan hanya kira-kira dua minggu je.
pastu terus dia rejek susu aku.

puncanya?
botol susu!

biasalahkan , anak sulung, mana la ada pengalaman kan.
aku beranak operate.
sebab baby songsang.
masa umur kandungan 6 bulan camtu dah tau baby songsang.
tapi doktor dan nurse pakat pesan jangan la pergi carik bidan nak pusingkan baby ke hape.
kang terbelit tali pusat kat leher baby kang bahaya.
boleh bawa maut.
terus aku takuit.
doktor kata tak apa songsang sekarang. biasanya nanti baby akan pusing sendiri.
kalau pergi urut untuk pusing pon, boleh jadi nanti baby tu pusing balik dan jadi songsang balik.

so sebagai memperakui pandangan profesional seorang doktor, aku dan Ngah pun tak buat apa-apa.
kira redho je lah.
kami sangka dah tiba masanya nanti baby akan ok la tak songsang lagi.
rupa-rupa nya nan hadoo.
sampai la ke waktu sarat nak beranak doktor check baby masih posisi songsang.
akhirnya doktor kata aku kena operate.
terperanjat aku.

sejak doktor sebut perkataan operate, aku jadi sedih dan takut.
sebab aku nak bersalin normal macam orang lain.
macam-macam aku pikir time tu.
sampai tekanan darah pun naik.

aku check perut kat klinik kesihatan batu 14, puchong.
tapi plan nak bersalin memang kat kelantan la.
of course nak kat kampung yang ada keluarga kita jagakan, ye tak?

aku bagitau doktor yang aku nak bersalin di hospital machang.
nanti doktor klinik batu 14 akan buat satu surat untuk rujukkan aku kepada doktor tempat aku nak bersalin nanti.

tapi memandangkan masa tu baby songsang, doktor tak benarkan aku book hospital machang.
sebaliknya, dia suruh pilih samaada hospotal kuala krai, hospital besar kota bharu (dikenali sebagai hospital Raja Perempuan Zainab II) atau hosputal USM kubang kerian.

itu disebabkan oleh, hanya 3 hospital itu je yang boleh buat pembedahan bersalin, ada pakar yang mencukupi serta mempunyai peralatan yang lengkap sekiranya berlaku apa-apa komplikasi keatas aku mahupun baby.
lepas mengambilkira yang aku perlu bergantung kepada bantuan keluarga mertua yang masa tu tinggal di kota bharu (abah belum pencen lagi time tu, dan jarak kuarters polis hanya 5 ke 10 minit je dari hospital RPZII, maka aku pun ambik keputusan bersalin di HRPZII.

aku dijangka bersalin pada 23/11/2005 kalau bersalin normal.
tapi memandangkan kena operate, aku diberi tarikh 8/11/2005.

masa tu lepas raya puasa.
tahun 2005, kita raya 3/11/2005.
jadi aku balik cuti raya tu terus lajak cuti hingga bersalin.

masuk wad 7/11/2005.
operate 8/11/2005.
lepas operate aku jadi murung.
murung sebab tak reti langsung nak sesuaikan diri dengan keadaan sakitnya, dengan bunyi baby nangisnya, dengan nak nyusukan baby nya lagi.
aku asik nangis je. dan asik pikir bila la nak berlalu semua ni.
terlalu layan perasaan takut nak bergerak akibat rasa sakit bahagian operate tu, hingga nak bangun dari katil pon takut.
sampai misi nasihat suruh belajar bergerak.

dah la kemurungan, hari kedua dalam wad, doktor datang bagitau anak aku ada G6PD.
belum pun doktor terangkan menatang apakah G6PD tu, berjujuran air mata aku.
panik kejap doktor hahaha.
lepas tu baru aku tenang.

oh ya, aku nak cerita pasal kisah menyusukan amir sebenarnya kan?
lepas keluar dari bilik pembedahan, masa tu dah petang.
jam berapa aku dah tak berapa ingat dah.
misi tolak katil aku masuk dalam satu bilik.
bilik kuarantin barangkali.
ada la kot sejam camtu.
aku rasa ini procedure biasa kot.

lepas dah habis tempoh kuarantin, aku ditolak balik ke wad.
masa ni baby diletakkan kat tepi aku.
tapi aku belum mampu nenyusukan.
kesian sangat amir.
asik nangis je. lapar kot.
tapi aku masih mamai dengan ubat bius.
lalu seorang misi bawak amir ke bilik lain.
mungkin dia bagi susu kot.
barulah amir berhenti nangis.

esoknya, aku ditolak ke bahagian tepi tingkap wad yang sama.
baby pun diletakkan di sebelah.
tapi aku takut nak pegang anak sendiri.
cemana nak pegang?
nak bangun pun takutttt!
takut kot-kot bekas operate tu terbukak balik!

misi datang tanya.
dah bagi susu ke belum kat baby?
aku cakap belum.
tak reti nak pegang pon.
lalu misi pun ambik dan letak amir yang comel tu kat tangan aku.
ajar aku menyusu.
kekok rasanya.
dah la nak pegang baby pun takut-takut, nak bagi susu pun, puting macam tak berapa nak timbul.
nangis anak aku kelaparan.
lagiiiiiii aku takut.
mak mertua aku pulak siap bawak botol susu.
misi nampak lalu larang aku bagi botol kat baby.
hari kedua aku belum pandai bagi susu.
hari ketiga, amir kena transfer masuk NICU sebab kuning.
aku pulak, doktor bagi pilihan samada nak ikut baby ke NICU dan diberi satu katil untuk ibu supaya penyusuan boleh dilakukan dengan sempurna. ATAU, nak balik rumah dan datang setiap hari untuk bagi susu kat anak.
aku laju je pilih nak balik!
itu la kesilapan aku.
aku balik rumah mertua.
setiap hari, aku pam susu dan hantar ke wad.
setiap kali datang jumpa baby, aku jarang nak susukan direct kat dia sebab tak reti dan aku terlalu pikir pada kesakitan kesan operate tu.
sudahnya, aku tak cekap menyusukan anak sendiri.
aku gagal tunaikan hasrat sendiri untuk menyusukan anak sulung aku hingga umur dia 2 tahun.
lepas seminggu dalam NICU, amir keluar wad.
balik rumah, sehari dua tu ok dia menyusu.
lepas tu puting tetek aku mula luka sebab teknik penyusuan yang tak betul.
ada satu hari tu, sebaik saja amir menyusu, puting aku luka hingga keluar darah.
sudahnya mak mertua aku suruh stop dulu dan dia suruh aku perah je susu, masuk dalam botol dan bagi amir.
lepas dua hari, lepas tetek dah macam makin ok, bila aku nak nyusukan semula amir, dia dah taknak.
menangis macam nak gila aku masa tu.
tapi menangis pun aku tak nangis depan mak mertua.
aku nangis sorang-sorang dalam bilik.
kesian kat anak sulung aku.
hanya dua minggu je sempat menyusu dengan aku.
sedih tak terkata.
hingga hari ni, kalau teringat balik, aku jadi sedih yang amat.
pastu ada lagi.
lepas amir asik rejek je susu badan, abah suruh aku pergi ambil lesen kereta.
bukan la belajar bawak kereta tu.
hanya nak hidupkan balik lesen L aku yang dah mati.
dulu masa kat UPM aku pernah ambik L untuk ambik lesen P motor.
jadi alang-alang cuti panjang, abah suruh aku attend kelas untuk hidupkan semula L supaya pastu boleh ambik P kereta pulak.
aku pun masa tu kan baru lagi jadi menantu.
mana la berani nak bantah.
so aku ikut ja lah.
seharian kat kelas memandu, aku lapik kain sapu tangan kat dalam bra takut air susu menitik.
nak beli pad, segan nak mintak tolong keluarga mertua. Ngah kat KL kerja.
balik dari kelas memandu, esoknya aku demam.
puncanya tetek aku mengalami bengkak susu dan bahagian merah tu bernanah.
lagi sekali aku nangis.
nangis sakit dan risau.
abah bawak pergi klinik swasta.

doktor tengok tetek aku dia pun terkejut.
dia tanya kenapa sampai bengkak teruk sangat,
aku cakap baby taknak nyusu.
doktor bagi aku ubat yang kuat.
tapi dia pesan jangan bagi baby nyusu.
aku dalam dilema lagi sekali.
sebab walaupun amir asik rejek susu badan, tapi ada waktu-waktu dia mamai, dia hisap jugak main-main.
ni doktor pulak pesan suruh stop susu badan.
aku pun stop sebab ambik ubat antibiotik kuat.
malam tu kat rumah, aku telan ubat yang doktor bagi.
tak lama kemudian aku muntah.
mungkin ubat tu kuat sangat kot.
tak ingat dah berapa hari lepas tu, nanah kat tetek aku pecah.
meleleh-leleh keluar.
lagi sekali abah bawak aku ke klinik.
kali ni klinik kerajaan pulak.

doktor yang cucikan nanah tu, mintak untuk toreh sikit tetek aku untuk keluarkan semua nanah.
dia kata kita tak tahu sebanyak mana nanah dalam tu, jadi dia nak toreh sikit.
aku dengar je terus seram dan tak nak kena toreh.
doktor kata takpe, pikir dulu,
esok kena datang lagi, dan terus ke dressing room. kat sana nanti akan ada nurse cucikan nanah tu.
so setiap pagi, abah akan bawak aku ke klinik.
hari ketiga, nurse kata aku dah boleh cuci sendiri dah, sebab nanah tu macam dah takde.
sikit je rupanya.
nurse bagi ubat dan pesan supaya aku selalu cuci setiap hari untuk pastikan cepat sembuh.
lepas dah sembuh, ku sangkakan pernderitaan dah berahkir.

takde makna!
nanah pulak kat tetek sebelah lagi!
tapi aku dah macam kurang sikit panik.
aku tekan sendiri keluarkan nanah tu dan sapu ubat yang nurse tu bagi.
lepas dah sembuh hat tu, baru la aku rasa lega sikit.
cuti bersalin selama 2 bulan tu memang tak rasa damai langsung.
dekat nak masuk kerja baru rasa legaaaa, semua dah setel.
badan pun dah sihat semua.
dan amir hanya sempat menyusu 2 minggu aje.
takpelah nak.
ini semua kerja Tuhan.
Dia yang susun rezeki kita semua.

itu la pengalaman pahit yang kalau boleh undur masa, aku nak undur balik ke waktu ini.
aku nak buat baik-baik.
aku nak susukan anak sulung aku sampai dia tak sempat nak nangis!
T___T


siapa pernah lalui kes macam aku?

harap-harap korang tak jadi macam aku.
dulu belum ada youtube.
sekarang ni melambak ilmu menyusuan dan cara-cara menyusukan baby dengan betul kat situ.

ehh, tahun 2005 dah ada ke youtube ye?
mungkin dah ada kot.
cuma aku je tak tau.
ye lah, masa tu telefon belum canggih lagi kot.
jadi capaian keatas youtube tu amat terhad.

ok nak stop dulu.
nanti free sambung lagi.









21/2/2017 - Majlis Pengisytiharan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Peringkat Sekolah.


bersama kawan-kawan sebaya

Esoknya 22/2/2017 Amir demam panas. Balik sekolah agama petangnya tu melepekkk je kat daycare.


Ni gambar hari isnin lepas. kain sampin pepel sebab jadi pengawas pusat sumber. 

budak darjah 5 dan 6 tahun lepas, lepas habis waktu persekolahan pukul 5.30petang, cikgu buat kelas tambahan 1 jam. Tahun ni, dibawah pengurusan penolong kanan baru, kelas tambahan tidak lagi disambung selepas waktu persekolahan. sebaliknya, cikgu adakan setiap sabtu 2.30petang hingga 5.30petang.  maka seronok la budak-budak ni main bola takraw sementara nak menunggu mak bapak masing-masing datang ambik.




hehehe... ni muka terbaru tuan tanah. isnin kelmarin dulu. muka tuan tanah makin cerah berseri sejak guna Diamond Gold Skincare ni. nak cuba Diamond Gold Skincare? PM tepi ye.. 012-931 1015




Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku

Tuesday 7 March 2017

Makan Bufet Celop-Celop Murah Di D'Tempayan Steamboat & Grill, Klang

Sabtu lepas Ngah balik kerja pukul 3petang.
dia ajak pergi makan kat tempat murah kata dia.
aku tanya kat mana.
dia kata kat klang.
aku ok je.

Amir ngan Joe ada kelas tambahan.
Amir, pagi tu takde kelas tambahan untuk sekolah kebangsaan.
petang je ada. itu untuk sekolah agama.
Joe pulak, pagi petang ada kelas tambahan.
pagi sekolah kebangsaan dari pukul 7.30pagi hingga 12.30tengahari.
petang pulak sekolah agama dari pukul 2.30 hingga 5.30petang.

lepas ambik anak-anak balik sekolah, hujan pulak renyai-renyai.
maka tertidur pulak Ngah.
sudahnya terlajak hingga pukul 8malam.
terpaksa kansel acara makan-makan.
sudahnya makan burger je kitorang malam tu.

esoknya, lepas anak-anak siap basuh kasut sekolah masing-masing, kami keluar.
masa tu dah pukul 11 lebih nak masuk tengahari dah.
nak breakfast roti canai pun macam tak kena je.
oleh kerana Amir nak tangkap gambar ukuran pasport dan ukuran IC untuk sekolah, kami pon lajak ke Seri Kembangan.
ada satu kedai foto yang kami selalu ambik gambar studio kat situ.
bagi aku murah berbanding kedai lain.
so cadangnya nak tangkap gambar amir kat kedai tu je lah.

gambar pasport 2 keping, gambar ukuran IC 2 keping. total RM13. 
siap dalam masa 5 minit.
lepas tu baru pergi makan.

dah lamaaaa tak datang makan nasi padang kat situ.
dulu masa belajar kat UPM, hampir setiap hari membonceng pergi bungkus makanan kat sana.
gerai aku biasa beli adelah gerai abang gemuk.
tapi semalam pergi, kedai dia tutup.
tak pasti aku samada dia masih meniaga kat situ lagi ke atau orang lain dah take over kedai tu.
aku pun dah bertahun tak datang sini.
tapi walaupun pergi setahun sekali, pakcik gemuk sentiasa je ada.
abang gemuk tu jarangggg cuti tau.
pendek kata setiap hari meniaga.
hari public holiday yang tak ramai orang bukak kedai, dia bukak!
tu pasal aku heran kedai dia tutup semalam.
masih sihatkah dia?

oleh kerana pakcik gemuk takde, kami makan kat kedai depan dia.

Ngah makan nasi ayam goreng dan sayur, pastu ikan keli bakar seekor, kerang semangkuk.
Amir ambik nasi ngan telur masin je. lauk kongsi ngan abah dia punya.
Joe pulak ambik nasi ayam goreng dan telur masin
aku ambik nasi, sayur pecal, sayur terung sambal, sambal sotong kembang dan semangkuk siput sedut. 
air, semua air suam.
total RM31.50. mahal ke idok?
bagi aku rezenebel dah.
gambar?
dah separuh makan, baru ingat nak tangkap gambar.
ahh, lupakan je lah. maka suapan nasi diteruskan tanpa ada sekeping gambar pun ketika makan.
punya banyak lauk, hingga tak habis siput sedut aku.
terpaksa bungkus bawak balik rumah.
jangan memandai tinggal lauk tak habis.
dah la sedap nak mampus.


lepas dah kenyang, balik rumah dulu.
sebab nak gosok baju semua tu dulu.
lepas Asar baru keluar balik untuk makan celop-celop murah.

Ngah kata dia nampak iklan kedai ni kat fb.
dah murah kan.
so lets try.

sebelum tu, kami pergi ke ole-ole shah alam dulu untuk beli sampin baru amir.
dia ditawarkan jadi pengawas pusat sumber.
jadi kena pakai sampin warna pepel.
pastu Joe pulak kasut dah koyak rabak.
sebabnya, masa start sekolah bulan january tu, aku ada belikan kasut murah kat DIY untuk dia.
harga RM9.90 je sepasang.
pastu dah masuk sekolah, nampak kat giant BK5 ada promosi kasut sekolah jugak.
RM5.50 je sepasang.
aku pun beli jugak.
jadi Joe sorang ada 2 pasang kasut.
kualiti kasut tu toksah cakap lah.
barang murah kan.
kualiti pun kureng.
cumanya,
aku tak sangka la kedua-dua pasang kasut rabak terus dalam masa 2 bulan aje.
tak taulah cemana budak hitam ni berjalan.
maka terpaksa la beli sepasang kasut baru untuk dia.
pastu?
kau ingat Ammar tu mampu tengok aje ke abang dia dapat kasut baru?
nan hadoo yer.
meroyan nak jugak kasut baru.
terpaksa beli satu untuk dia.
beli hat promosi je la.
asal namanya kasuk sekolah.
kasut sekolah Joe. gatal nak kasut tali. balik rumah terkial-kial praktis ikat tali kasut. 
kasut Ammar kasut tempek.
RM17.90 sepasang.
semua barang sekolah anak, aku beli kat pasaraya Hari-Hari

nah.
layan gambar kedai celop-celop tu.
nak try, pergi la. alamat ada kat banner tu.

harga murah cenggini, korang jangan bayangkan menu dalam kedai ni ibarat hotel punya menu ye. sila waras. 



set daging dan kambing tu, harga lain. kambing; hanga per gram aku tak tengok pulak berapa harga dia kat buku menu. belas belas ringgit la standard macam kedai lain. kambing dia lembut, daging je liat. 

saja je ni pecahkan telur kat tepi. terppengaruh ngan cerita makan-nakan kat tv la ni. tapi tak membazir ye. aku makan jugak telur ni walaupun melekat je susah nak tarik.

pengaruh citer korea. bakar kambing, pastu balut dengan daun salad. letak sos pastu ngapp














tempat ni unutk budak-budak. ada gula-gula, sumi, ais krim, buah, dan kek pisang


aku syak jejaka yang pakai topi ni owner kedai.
antara menu yang termasuk dalam pakej buffet :
mee goreng.mihun goreng
nasi goreng
fishbal dan sengakatan dengannya
sayur mayur yang seangkatan dengannya
ais krim, buah (semalam aku nampak ada oreng dan tembikai), kek pisang, gula-gula
pengat pisang, bubur kacang
soto
mungkin ada lagi yang aku tak perasan


yang kena top up RM jika nak :
kambing
daging
kerang
dan lain-lain yang seangkatan dengannya.


sekian,

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku


Wednesday 1 March 2017

Asal Usul Nama To'La

Masa aku kecik-kecik dulu, ahli keluarga panggil aku ZILA.
kawan-kawan sekampung pun panggil aku zila.
masuk darjah 1, ada seorang murid sekelas, nama dia sama dengan nama aku.
hanya binti tak sama.
dia pun kawan-kawan panggil zila juga.
jadi, untuk tak nak kasi konfius, kadang kala dorang panggil aku zila razab.

masa sekolah menengah, tingkatan 4, cikgu bahasa inggeris panggil aku rozy.
aku pun tak tau kenapa dia sorang panggil nama aku lain.
padahal takde pulak pelajar nama sama dengan aku time tu.

kemudian, aku sambung diploma kat PTPL, Ampang.
pelajar baru semua diberikan tempat tinggal di sebuah bangunan konduminium dipanggil Ayers Tower. terletak di Taman Kosas, Ampang.
unit yang aku diami itu, ada 5 buah katil double decker, bermaksud 10 orang tinggal di situ.
masa kami mula-mula mendaftar, tak silap aku bulan 5 tahun 1997, hanya 9 orang je masuk. maknanya satu katil kosong.
semuanya sama course. Diploma Sains Komputer.
dalam ramai-ramai tu, ada sorang housemate ni, nama dia Syalini. kami panggil dia Mc Syer.
dia ni la yang mula-mula panggil aku To'La.

alkisah nya begini.

masa selama 2 bulan kami 9 orang tinggal bersama, dorang semua panggil aku zila.
hinggalah bulan 7.
masa tu ada student baru.
July intake.
budak Batu Pahat kalau tak silap aku.
Nama dia Izan.
dia budak matrik.
masa parent dia hantar dia ke rumah kami, semua geng-geng hantu ni pakat menyorok dalam bilik.
semua pun taknak keluar great parent izan.
oh ya lupa nak bagitau.
rumah kami ada 2 bilik tidur.
bilik master ada 3 set katil double decker. maksudnya untuk 6 orang sebilik.
bilik yang satu lagi ada 2 set katil double decker. 
so bilik tu boleh muat 4 orang.
aku dapat bilik yang 6 orang.
bilik yang 6 orang dah penuh.
bileh yang 4 orang ketika tu hanya ada 3 orang je.
so dah tentu la izan akan masuk bilik tu.

masa izan sampai, aku tak perasan sebenarnya sebab aku duk dalam bilik.
tau-tau budak bilik sebelah pakat berpusu-pusu masuk bilik aku.
semua berkumpul dalam bilik master.
malu la konon. 

aku pun malu jugak.
tapi aku rasa seseorang perlu keluar untuk tolong guide apa-apa yang patut.
ye la mungkin ayah atau mak izan nak tanya apa-apa ke kan.

aku keluar sorang.
dah setel semua, izan pun jadi sebahagian dari kami.
lepas pada tu la Mc Syer gelarkan aku To'La.
dia lantik aku jadi menteri penerangan kata dia.
masa tu menteri penerangan ialah Tok Mat.
jadi aku dia tukar jadi To'La.

bukan kat rumah tu je nama aku jadi To'La.
kat dalam kelas pun dorang panggil To'La.
sampai budak kelas lain pun panggil To'La.

hingga hari ni, yang panggil aku To'La tu, maksudnya dia kawan aku sejak dari PTPL, Ampang lagi.

sambung degree kat UPM Serdang pon macam tu jugak.
dah sep-sep ni pun sambung kat tempat yang sama.
kawan-kawan yang satu course, hampir semua panggil aku To'La.
hanya segelintir je panggil zila atau LA.
tu pun budak course lain, tapi tinggal di kolej yang sama. (aku tinggal di Kolej Tun Perak)

gitu la alkisah.
aku nak stop dulu.

habis sini.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.