Thursday 24 December 2015

Salam Maulidur Rasul Dari Ofis

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tahun 2015 ni dua kali kita sambut Maulidur Rasul.
3/1/2015 Sabtu
dan hari ni 24/12/2015 Khamis.

yang bulan 1 tu company aku dah ambik cuti
jadi yang hari ni punya dorang dah taknak ambik
maka kerja la kami orang.
frust jugak la
sebab hampir semua orang yang kerja ofis kat Selangor hari ni cuti
kawasan rumah aku senyap sunyi je.
kat parking keter penuh je.
mungkin aku je kerja kot
Taska anak2 aku pun tutup jugak
nasib la Ngah pon cuti hari ni
so anak2 duk rumah dengan apak dorang

hari ni kerja pon takda apa sangat
telefon langsung tak bunyik
nampak nau suppliers pon cuti gamaknya.

kerja ofis hari ni takde apa sangat
bukak fb je hehe

bos, hari ni elok bos katup je ofis bos, sebab nak kerja pon takdak kerja. filing pon boleh katakan hari-hari buat filing. supplier's office pun katup hari ni. consultant office lagilah... buat perabis karen letrik je bosss...
*berkata-kata dalam hati*

pagi tadi aku masak nasi goreng kunyit untuk anak teruna yang hari ni masuk hari ke-13 pantang bersunat. memandangkan ayam masih beku dalam peti ais, lalu aku letak je udang pat ekor potong kecik2. dah nak masuk 2 minggu kan, jadi dah tak berapa nak pantang sangat dah. dan letak telur sebiji. dan sayur sawi.

semalam Amir tunjuk nampak dah kering kote dia tu. kulit mati yang dah kering tu nampak suku dah jatuh kupingnya. overall nampak ok dan dah boleh pakai seluar. tapi memandangkan Amir ni jenis penakut, jadi dia hanya pakai pelikat pants aje, seluar track langsung dia taknak pakai. seluar tu keras dan sempit nak dibandingkan dengan pelikat pants. dia takut asik tergesel dengan kote dia lalu luka. nasib baik pelikat pants ada dua lai. gilir-gilir pakai.

ok lah

nanti rajin aku bebel lagi

Layan gambar sikit..

Bersunat hari Jumaat 11/12/2015 bersempana cuti Birthday Sultan Selangor.


Ni pulak kejadian hari Sabtu 19/12/2015. Joe dan Ammar pergi playground. tak sampai 10 minit balik sambil nangis cakap abang Joe tolak dia. bila aku balik kerja dan tanya Joe, dia kata dia nak terjatuh lalu tertolak Ammar. Joe pun calar sikit kat kaki. Ammar pulak benjol kat dahi dan betis calar. sikit je sebenarnya. ni aku balut ni saja kasi budak ni feel better sikit. biasalah anak anak aku semua cenggini. calar sikit meraung lebih. bila kita tiup tempat calar tu, dan-dan tu dia stop nangis. dan-dan tu sihat
Ziyad, Hakim, Amir dan Joe. Dua beradik tu anak Pok Zahar. Pok Zahar adelah adik Mak mertua aku. kiranya sepupu Ngah la ni. Lokasi, pantai PCB Kelantan. ni masa cuti raya puasa tahun ni. masa Zemi. belah pompuan.
sekian bebelan

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku




Monday 14 December 2015

Patutnya Hari Ni Cuti Peristiwa

Ye
patutnya begitu la.

Selangor telah kalahkan Kedah dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2 - 0 hari Sabtu malam yang lalu.

Kerajaan Selangor telah mengistiharkan cuti pada Isnin (hari ni) sebagai tanda penghargaan kepada rakyatnya.

lalu aku pon Ahad nya tu wassap la GM tanya kepastian semada isnin kerja atau cuti.
selepas beliau tanya kepada HR person, GM reply kata isnin kita kerja.

gitu.

so hari ni kerja.
Ngah company dia tutup.
hari ni suasana kerja adalah agak senyap.
takde bunyi telefon sangat.
seolah olah hari ni hari raya ke 2 je.

pagi ni nak keluar rumah tadi pun nampak penuhhh je kereta kat tempat parking.
aku je agaknya yang kerja. huhu

Malam tadi layan Gegar Vaganza 2 (GV2).
Siti Nordiana menang. memang patut aku rasa dia menang.
memang best dia nyanyi.

so, bila dia dinobatkan sebagai juara GV2, aku memang suka sangat lah.

Gambar gugel. Tahniah Nana!

cuma aku tak sangka tempat kedua dapat kat Farahdhiya.
bukan sebab dia tak bagus. best jugak dia nyanyi.
cuma aku lebih suka Ezad Lazim lebih sikit berbanding Farahdhiya.

tengah layan FB tetiba terbaca pulak pasal sindir mindir.
pasal Azian Mazuan Safuan yang tulis status kononnya sindir Farahdhiya.
bila aku baca status tu, aku tak rasa pon macam Azian sindir Farahdhiya.
ni mesti wartawan or blogger taraf batu api punya kerja ni.
jilake betul.
tak habis-habis nak laga-lagakan orang.

sepanjang yang aku tengok dari penampilan Azian tu kan, aku nampak kesopanan dan kelembutan je kat dia. nampak sejuk dan keibuan je riak wajah dia.

aku tak pernah jumpa pon Azian ni. kira kenal pon melalui TV je.
tapi cara dia bawak diri tu nampak sejuk dimata aku.
gitu.
so, bila baca pasal Azian sindir Farahdhiya ni, aku macam, ehh tak caya lah...
ni mesti kerja batu api.

batu api.
kat mana-mana pon ada.
mintak dijauhkan la hendaknya.


ok,
kita sembang lagi bila free ye.

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.


Saturday 12 December 2015

Amir bersunat

semalam. Jumaat 11/12/2015 sempena dengan cuti birthday Sultan Selangor.

Anak sulung aku si Amir telahpun bersunat.
sunat kat Klinik Dr Nik Ishak kat Shah Alam. dekat je dengan Ole - Ole tu.

kos untuk bersunat teknik laser beserta 3 jenis ubat (antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat krim sapu) adalah RM200.00 semuanya.

ok la takde nangis ke apa. tak sakit kata Amir.

sebelum pilih untuk sunat kat klinik Dr Ishak tu, aku ada buat surney jugak.

konon nak pilih klinik Dr Azizah je, sebab dekat dengan rumah.
klinik Dr Azizah punya date adalah hari sabtu 12/12/15
kat klinik Azizah ni offer 2 teknik sunat.
satu teknik tradisional yang pakai gunting tu.
satu lagi teknik clamp.
mana-mana teknik pon yang kau pilih, kosnya tetap sama iaitu RM150.00 termasuk ubat dan goodie bag.
aku pun ingat nak buat je kat sini. konon nak pilih teknik clamp.
dah siap booking nama dah pon.

pastu tetiba pulak Ngah kata nak teknik laser.
pulak!!
orang suruh survey dia tangguh-tangguh.
dah orang booking pandai pulak dia jam-jam tu pi survey sekitar tempat kerja dia.

terjumpa klinik Dr Ishak.
memang klinik ni offer teknik laser pon
kos RM200.00

dan lepas bincang dengan Amir, dia setuju nak laser.
booking pulak dengan klinik Dr Ishak, dan cancel kat klinik Dr Azizah.



pagi sebelum nak ke klinik untuk bersunat. nampak rilekkk je masa nih

muka dah mula cuak dah ni. ambik gambar suruh senyum pun nampak nau terpaksanya


masa ni doktor dah spray ubat dan lumur krim kat anu dia nak bagi kebas. ni tengah menunggu turn. muka risau je


budak yang sebelum Amir tu kalau tak silap aku anak indon. sebab aku dengar mak dan kakak budak tu cakap indon.
budak tu punya la lama ambik masa nak sunatkan dia.
aku sampai klinik pukul 10.00 pagi. nak pukul 12.00 baru turn Amir.

Ngah citer kat aku, doktor bagitau dia budak indon tu ada jangkitan kuman kat anu dia. jadi masa bersunat, banyak darah keluar. dan banyak la pulak proses nak kena buat sebelum nak sunatkan budak tu. tu yang lambat.

turn Amir pulak, plik aku apasal cepat sangat. aku ingatkan bersunat memang ambik masa lama. rupanya tengok kes jugak.

dan hari ni aku kerja. Ngah yang jaga Amir kat rumah. takpe la halfday je pun.

petang ni kak yang sampai. nasib baik la kak yah samggup datang sini untu kjaga Amir. lega sikit aku

ok la.

aku stop dulu.

babai..

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku

Tuesday 22 September 2015

Lama sungguh

alahai
dah lama sangat ni tak jengok blog.
memanjang sibuk dia

esok aku halfday. pagi je kerja. lepas lunch terus nak balik Pekan dah.
tahun ni raya haji sambut kat kampung Ngah.
kebetulan memang turn kampung dia tahun ni.

kesempatan tu, mak mertua aku buat majlis sambut menantu baru dia raya haji ketiga ni. iaitu Sabtu 26/9/2015.

eh, tengok la ni. baru nak bersenang-senang taip entry, tetiba nak kena order diesel pulok. huhu

ok la,
kita sambung len kali ye.

babai

Friday 10 July 2015

Persiapan Raya 2015

Hari ni Jumaat. 
Jumaat depan dah raya Insya Allah.

indahnya la hai.. langsung tak bizi hari ni.
banyak meterials dah order awal-awal. 
ye lah kan, kang order lambat lambat kang takut sangkut kat delivery. 
maklum la transporter selalunya payah sikit dekat-dekat musim perayaan ni.
dengan road banned nya lagi.
tu pasal la aku mintak orang site plan nak order apa-apa menjak dari minggu kedua puasa lagi.
ni aku nak balik cuti raya ni
lama la jugak cutinya
Selasa last kerja. masuk kerja balik Isnin 27hb.
lama tuuu...

Persiapan raya macam biasa je. 
tema tahun ni hijau. 
baju melayu Ngah dan anak-anak dah beli. 
baju kurung aku baru je beli minggu lepas kat PKNS Shah Alam.
tu pun jenuh jugak memilih.
jumpa yang kaler mecing, mahal la pulak.
jumpa yang murah, eh eh saiz pulak takdak.
dari ground floor naik pulak ke 1st floor.
cari punya cari, berkenan dengan baju kurung ni.
baju bunga-bunga. nak kata warna hijau, tak hijau pon.
cuma baju ni sangat sesuai pakai dengan tudung plain hijau sedondon dengan baju melayu.
mula tu aku ingat nak pakai jubah je tahun ni.
ingat nak la cari jubah hijau. banyak yang hijau tapi dia punya hijau tu tak sedondon.
macam pelik je.
so takpe lah.

dpat baju kurung harga RM100 sepasang.
tu pun rasa mahal je.. hahahahha
habis tu kau nak rega berapa cik ila oiiii...
nak murah kalu, sendiri jahit ler...

eh tapi betul la.
tahun lepas ada lagi baju kurung bawah seratus. melambak hokey.
tahun ni pupus dah semua.
memandangkan promosi kedai tu cakap, beli sepasang RM100. beli 2 pasang RM150, aku pun sambar la 2 pasang.
sebab memang pakai pun buat kerja kan.
so tak rugi rasanya beli lebih.
bijak tak aku?

mari bercerita pasal biskut raya pulak.
oh, aku macam biasa, memang takde de tempah-tempah dengan orang ke kawan ke hapa.
kalau rajin, aku buat sendiri.
kalau malas, aku beli je on the spot.
nama nak tempah segala tu, setakat ni takde la beria benar.
bukan takde langsung, cuma takde la macam kawan aku ni, tempah kuih raya je sampai 7 8 ratus hengget.
rumah dia, rumah mak dia, rumah mertua dia. gitu.
aku tak sangat.
bukan takde tempah langsung.
ada jugak tempah sebalang dua dari officemate.
cuma tak beria sangat.
sebab aku lebih suka buat sendiri.
takde la pandai sangat, cuma rasa seronok layan anak-anak.

macam minggu lepas sabtu tak kerja.
siap jugak 3 balang biskut tart gulung.
tu pun ada lebih takde balang nak isi.
kalau semua isi dalam balang aku rasa dapat 4 balang lebih kot.
untuk sekilo gandum.
paling best bila anak-anak teruja dan terkagum-kagum umi dia pandai buat biskut raya.
semua pun mintak nak try buat.
nah ambik sorang seketul aduan buat main uli-uli aku cakap.
terus keseronokan semuanya.








layan gambar tart nenas gulung cik ila kidal ye.

ok la.

rajin nanti sambung lagi.

babai

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku


Friday 19 June 2015

Renovate Rumah Flat.

Lepas pada membayar RM3,400.00 diff sum kat lawyer office tempohari, minggu lepas 12/6/15 aku follow up tanya status terkini.

rupanya aku dah boleh duduk rumah tu kata Debbie, si lawyer yang handle kes aku tu.
dia kata 5/6/15 tu lagi bank dah released duit dan ini bermakna rumah tu dah boleh panggil rumah aku la.
gumbira tak terkata aku ni.

lama jugak menunggu kes ni selesai.

aku beli rumah flat minangkabau di kampung lindungan melalui lelongan oleh bank cimb.
lelongan dibuat pada 12/7/2014 (kot.. tapi bulan 7 tahun lepas la, haribulan tak ingat).

dan kes selesai pada 5/6/2015.
campur tolak 11 bulan ambik masa.
Fuhhh... agak lama jugak bagi aku.

rancangan seterusnya adalah untuk baikpulih dan ubahsuai serba sedikit mana yang perlu.

jadi, Jumaat lepas aku dan Ngah telah membawa seorang tukang rumah indon untuk tengok rumah dan berikan quotation. namanya kami panggil Ahmad saja.

oleh kerana lawatan kerumah dilakukan pada waktu malam, dan letrik pulak takde tak tau kenapa ntah, maka Ahmad hanya boleh suluh pakai handphone light sahaja.

sekarang masih menunggu quotation dari Ahmad.

namun, kami tidak hanya mengharap pada Ahmad saja, mana la tau kan, tiba-tiba harga dia mahal giler nanti canner?

maka kami cari lagi seorang tukang rumah yang tinggal di flat itu juga. Maksum nama dia.
Maksum ni diperkenalkan oleh bapa mertua Suzi yang tinggal di flat itu juga.

Seterlah Maksum memerhati, dia kata, harga dia RM13,000.00.
selepas diskaun kononnya atas dasar kenal bapa mertua suzi, dia bagi RM12,000.00

harga itu adalah untuk kerja :
1- pasang mozek untuk satu rumah keluasan 600sf. mozek pon dia yang beli. dia kata mozek dia bersaiz 2kaki X 2kaki. alah yang jenis besar tu. dan dia tak tanya warna apa aku nak. hahaha aku memang paham, kebiasaan tukang rumah, kalau mereka ada lebihan mozek dari projek lain, mereka akan pasang je kat rumah berikutnya. takkan nak buang kan? tapi masalahnya, mozek besar ni upah pasang memang mahal berbanding mozek saiz standard 1kaki X 1kaki tu.

2. bina table top berbentuk lurus anggaran 6kaki panjang. bahagian dapur ini ada mozek kecik-kecik pat segi di lantai dan dinding pun ada mozek pat segi warna putih yang biasa kita nampak di kantin-kantin sekolah tu. tapi memandangkan ada beberapa keping dah tertanggal, maka aku nak tukang ni bukak semua dan pasang baru. kira bahagian dapur, kerjanya adelah buang dulu mozek lama dan pasang baru. sinki asal akan digantikan dengan sinki baru 2 bowl.

3. baiki bilik mandi dan bilik tandas. rumah ini bilik air asing, bilik mandi pun asing. kat bilik mandi, ada beberapa keping mozek dah tanggal. aku nak tukar baru semua. pastu ada satu batang paip yang mungkin berfungsi untuk pengudaraan, telah berkarat teruk dan hanpir putus. ni aku tak tau under maintenance ke atau kena sendiri repair. takpe, kita andaikan sendiri tanggung. jadi indon tu kena potong bahagian yang rosak dan ganti dengan UPVC pipe yang plastik warna grey tu. selalu ada jual kat kedai hardware. pastu ada pintu dari dapur nak ke bilik mandi. bingkai pintu tu dari kayu. dah reput semua. jadi aku nak dorang buang terus dan takyah ada pintu langsung kat situ. oh ye, dari ruang tamu nak ke dapur pun ada pintu jugak. tu pun aku nak buang pintu tu. takyah ada pintu lagi cantik aku rasa. oh ya, papan plywood yang support tangki air pon dah macam buruk sangat dah. jadi mintak indon tu ganti sekali.
ni la batang pipe yang berkarat tu. buruk betul pemandangan. 


4. tingkap bilik tidur1 dan bilik tidur 2 dan tingkap dekat ruang tamu (jumlah tingkap adalah 3) tu aku nak tukar kepada sliding window. tingkap sekarang ni adalah tingkap naco. tujuan aku nak tukar adelah untuk memaksimakan ruang sidai kain. jadi bila tingkap sliding ni, nanti-nanti ada duit lebih boleh aku tempah grill dan owning pulak. taknak gantung kain, boleh buat storage tambahan kan?

5. pintu utama, pintu bilik 1, pintu bilik 2 dan pintu antara ruang tamu nak ke balkoni (sbenarnya bukan balkoni sangat pun, ianya lebih kepada ruang untuk sidai baju, tapi untuk memudahkan pemahaman, kita panggil balkoni) tu semua aku nak tukar pintu baru. sebab pintu utama tombolnya dah rosak teruk. pintu bilik 1 pun dah pecah kat bawah. jadi alang-alang baik tukar semua kan? seragam sikit.

6. wiring. wayar kipas tak berfungsi. pastu ada lampu tak menyala. dan nampak sangat rumah ni rumah lama kekdahnya. jadi kita mintak indon tu quote dulu. sebab Maksum tu kata, kalau bagi dia buat semua, lagi murah harga dia boleh quote. jadi baiklah. kamu quote sekali wiring.

7. ada beberapa keping papan siling tu kena tukar baru. jadi mintak Maksum buatkan sekali. padahal senang je kot kalau rajin buat sendiri. cuma beli je papan siling dan pakukan aje kat tulang kayu siling tu. tapi kita konon-konon suruh je Maksum tu quote dulu tengok canner.

8. Cat rumah. Maksum kata biar dia catkan sekali senang. aku pun pikir elok jugak tu. sebab pengalaman kami cat sendiri rumah dulu makan masa beberapa hari jugak memandangkan kami kerja. hari minggu je kot ada masa mengecat rumah. takpon time malam. tu pon beratus jugak habis sebab kami guna Nippon paint. Nippon kan mahal sikit kan. (eh, ye ke) dulu jarak rumah sewa dari rumah kami tinggal sekarang dekat je. dalam 200metr aje. jadi malam2 boleh je kalau rajin datang mengecat rumah. sekarang ni tinggal kat Kinrara, pastu nak ulang alik datang mengecat rumah di kampung lindungan? demi nak jimat? letih hoih, dah la rumah yang ini tingkat paling atas!

dan jumlah kos upah termasuk barang adelah RM12,000.00.

terpaksa tunda dulu kerja renovasion ni atas beberapa faktor. antaranya:

1. tak cukup duit! hahahhaahha ok tak kelakar. tapi hakikatnya memang itu la sebab utamanya pon.

2. bumbung rumah bocor teruk. ni mesti kena adukan kepada pihak maintenance dulu. aku ni kira bernasib baik jugak sebab pemilik rumah lama sewakan dekat indon. indon tu pulak setiap bulan tak pernah miss bayar maintenance. dan masa proses tukar milik, aku hanya bayar tunggakan apa yang indon tu belum bayar je. tak sampai seratus kot aku lupa. jadi bila kita buat aduan kat maintenance, mereka akan semak kita punya hutang. kalau banyak tunggakan yuran maintenance tak bayar, mereka buat endah tak endah je la. semalam aku ada pergi buat laporan leaking tu kat pejabat IMG yakni syarikat maintenance itu. jumpa encik zainal. dia semak dulu rekod bayaran maintenance. pastu dia cakap mungkin cepat boleh buat sebab unit aku ni takde tunggakan.dia kata nanti dia akan mintak kontraktor datang tengok condition rumah tu dulu. alang-alang tu aku ceritakan sekali pasal sebatang besi pipe kat bilik mandi yang berkarat teruk tu. dia kata kalau pipe tu milik kongsi dengan ramai-ramai penghuni blok tu, maka kemungkinan mereka yang akan tukar baru. jadi tak payah la aku keluarkan duit sendiri kan? pastu aku cakap jugak pasal rumah aku wiring pon jadi rosak semua sebab kesan daripada leaking yang dah lama berlaku. indon yang dulunya menyewa rumah tu telah pindah ke tingkat bawah. hari tu jumpa sekali, dia cakap bocornya dah berzaman, tapi dorang tak pernah laporkan kepada IMG sebab mereka hanya menyewa katanya. hanya tuan rumah boleh report. ye ke hanya tuan rumah boleh report? kalau ye, kesian la dorang sebab tuan rumah buat dekk je. tunggu duit sewa je tiap-tiap bulan. haishh.. eh kalau nasib baik dapat kontraktor yang sudi buatkan wiring sekali dangan FOC, yeeeehaaaaa!! mokcik sokaaaaa la..


3. kan aku cakap aku ada panggil 2 tukang rumah untuk bagi quotation kan? Maksum dah quote time tu jugak. tapi indon nama Ahmad tu belom bagi harga dia lagi. jadi tunggu harga Ahmad dulu. harap2 harga dia lebih murah, sebab aku memang puas hari kerja tangan dia. dulu dia pernah baiki bilik mandi rumah yang aku tinggal sekarang ni, siap pasang mozek baru. kemas je kerjanya. dan tak la mahal mana masa tu. ntah la sekarang ni boleh dapat harga murah tak, dengan GST pulak sekarang ni. hurmmm...


ok tu lah antara punca kenapa aku tundakan dulu proses renovation.
sambil-sambil tu berdoa banyak-banyak agar duit bonus raya ni lebih hebat dari tahun lepas... hihihihih...

eh, ok la nak sambung kerja.
sekarang ni hari kedua Ramadan. aku baru puasa  hari ni. semalam aku cuti. hehe
patutnya kena buat monthly report, tapi server kena serang ngan virus sejak dari selasa 16/6/15 sampai ke hari ni belom setel. semua PO system tak leh masuk. report apatah lagi. sekarang ni kalau nak issue PO kena la pakai excel dulu. dah setel sok baru taip balik ke PO system. gitu.

rajin pulak aku menaip hari ni. aku pun terkejut panjang benor entry kali ni.
dah la aku nak sambung kerja filing je pon..

babai

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.




Tuesday 26 May 2015

Update Ringkas Hari Selasa

Hari ni Selasa.

opis agak sunyi sikit hari ni.

salah seorang officemate aku dah start maternity leave hari ni.
semalam dah admitted hospital serdang.
hari ni kena operate dia cakap.
punca operate adelah sebab anak sulung pon operate.
kini anak kedua pon kena operate kerana baby besar.
gitu la serba sedikit yang dia citer kat aku.

takpe lah. bersalin normal ke bersalin operate ke, yang penting ibu dan anak sihat.

hari ni jugak ada officemate MC.
Thinie nama dia. a good and nice indian girl.
rajin budak ni kerja. comel pon comel.
bagi aku la

tapi mungkin rezeki thinie dengan company ni tak lama kot.
katanya tunggu offer letter dari PDRM.
mungkin jadi inspektor sahab la dia nanti.

hari ni pon dia MC sebab kena pergi buat medical check up kat hospital serdang.
sebagai supporting document PDRM.

so aku bajet, mungkin lepas raya thinie dah takde dengan company ni lagi.
sedih la pulak.
sebab budak ni rajin dan pandai kerja
dan jenis takde mulut.
diammmm je buat kerja dia.
mungkin jugak sebab dia baru grad so dia belum 'kenal' sangat dunia pekerjaan yang macam-macam pe'el.
ye mungkin..
aku dulu pun macam tu la jugak.
diambil kesempatan oleh kakak dan amoi senior.
sakit hati pon simpan dalam je lah.
mampu ke kau melawan?

disebabkan tempat duduk dia kat belakang aku je pon
jadi setiap kali dia sibuk atau free, aku lebih tau berbanding yang lain
even HOD aku pon tak tau tahap kebizian dia.
kalau aku pusingkan badan aku pandang ke belakang, akan nampak belakang dia.
aku akan nampak PC dia dengan jelas dan tau dia tengah buat apa.
dan dia pon kalau pusingkan ke belakang, akan nampak aku belakang aku.
dan apa aku tengah buat.

ada masa-masa free, kami sembang
ada masa aku free dan bila nampak dia sibuk tahap biasa-biasa je, aku biarkan
bila dia sibuk sangat dan masa tu aku free, aku tolong dia pulak.
gituu..

sebenarnya kerja sini takde la sibuk melampau.
takde la sibukkkkkk tiap-tiap hari.
dalam sebulan tu ada la seminggu yang betul-betul sibuk.
iaitu minggu pertama setiap bulan kot.
sebab banyak invoice datang
tu je la pon.
lain takde sangat.

eh, ok la

aku nak hantar PO kasi GM sign ni
tadi GM takde
pergi meeting kat authority office
now dah balik




gambar-gambar yang takde kena mengena dengan entry. Ni masa pergi Cameron Highland hari tu. date bila ntah lupa dah





bye

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku.

Friday 15 May 2015

Rumah Lelong : Bayar Differential Sum

Pagi ni aku masuk lambat sikit ke opis.
sebabnya, menyinggah ke opis lawyer jap untuk bayar differential sum.

tahukah korang differential sum tu apa?

kalau tak tau, haaa sama la aku pun.
pagi tadi baru paham.

Differential sum adalah duit baki yang tak cukup dari jumlah loan yang kita pinjam kat bank.
konfius tak?

gini.
macam kes aku, aku membeli sebuah rumah flat minangkabau secara lelongan dengan harga RM68,000.00
semasa lelongan, aku telah membayar 5% dari RM68,000.00. 
bermakna RM3,400.00.

pastu, aku telah berjaya meng-apply housing loan sebanyak 90% daripada harga rumah tu.
iaitu RM61,200.00.

sekarang, RM3,400.00 + RM61,200.00 = RM64,600.00 je baru.
sedangkan harga rumah adalah RM68,000.00
jadi, aku kena top up duit aku sendiri lagi RM3,400.00 untuk cukupkan RM68,000.00
yang aku top-up tu la orang panggil differential sum. tu bahasa lawyer ye.

semalam masa dapat call dari Miss Vanaja (lawyer office), kata aku kena bayar RM3,400.00.
terkejut la ai.

sebab setahu aku, semua kos lawyer aku dah bayar habis.
pastu semua kos-kos tunggakan keatas rumah tu punnn aku dah bayar habis.
duit maintenance rumah tu pun aku bayar setiap kali lawyer suruh.

tup tup mintak lagi 3 ribu.
hamboi hamboi hamboiiiii...
semput la khennnn.
ingat kita cetak duit? haha

sebabkan aku memang tak paham masa tu, aku pun pergi CIMB bank tempat aku apply loan tu.
mintak ngan HOD nak masuk lambat sikit after lunch break. 
konon nak bertanya lebih lanjut pasal napa kena bayar lebih. bukan ke aku dah apply loan tu cukup?

sampai-sampai bank, person yang handle kes aku tu dah resign.
T___________T 
#nanges

pastu kan, pegawai bank yang attend aku tu kata, staff department housing loan pergi kursus. jadi tak dapek nak tolong aku. kalau nak, aku kena call branch manager kata dia. branch manager pun takde sekarang.

tak tau dah kat mana nak rujuk ni.
ok, mari bertenang.

kemudian aku duduk kat bank tu kejap,  semata-mata nak bertenang dan berfikir secara logik akal je dulu.

alang-alang dah ada kat bank, aku keluarkan jugak duit dari ASB untuk bayaran dif sum tu. 

pastu aku balik ofis. 
baca balik surat-surat lawyer dan cuba pahamkan.
aku memang simpan semua surat lawyer untuk kes rumah lelong ni. 

daripada surat lawyer pihak bank yang dihantar kepada lawyer Amir Faezal (yang aku lantik) dan cc kat aku, mengatakan aku kena bayar RM64,600.00.

pastu aku refer pulak loan agreement. 
ye, aku meminjam RM61,200.00 aje
memang patut la aku kena bayar lagi RM3,400.00


so, hari ni telah berjaya settle kan bayaran.
lawyer yang ambik kes aku nama dia Debbie.
berkali -kali dia mintak maaf sebab terlepas pandang kata dia.
dia ingatkan dah takde kos dah.
rupanya ada lagi.

takpe la. benda dah jadi.
jangan disebabkan kes terlepas pandang ni aku kena bayar penalti sudehh.

letih hoi menunggu kes aku settle.
seingat aku, rumah ni aku bid bulan 7 tahun 2014.
sekarang dah bulan 5 tahun 2015.
nak dekat setahun jugak la tempoh menunggu dan bersabar.
tapi elok jugak.
sempat mak hencik kumpul duit sikit-sikit buat modal pasang mozek. #fikir positif
huhu.


**for info, duit RM3,400 ni aku bayar kat Amir Faezal. pastu Amir Faezal akan bukak cheque bayar kepada bank pelelong (dalam kes aku, bank pelelong adalah CIMB).
boleh je kalau korang nak bukak bank draft terus atas nama bank pelelong. lawyer aku kata boleh je. 
cuma aku pilih nak bayar kat lawyer. pepandai dia la pastu.

sekian,
yang baik dari ALLAH
yang buruk dari AKU

nota kaki : Ready stock
SQB BB Cream : RM55/no 
SQB Cleanser : RM45/no 
SQB Mask : RM110/no
SQB Set berdua (SQB BB Cream + SQB Cleanser) : RM100/set FREE POSTAGE
SQB Set Bertiga (SQB BB Cream + SQB Cleanser + SQB Mask) : RM190/set FREE POSTAGE

COD area IOI Mall
COD area Flat Minangkabau
COD area Giant BK4 Bandar Kinrara
dan kawasan sekitar.

Wasap ILA 012-931 1015
IG : cikilakidal


Thursday 30 April 2015

Restoran Pak Ali?

lamaaaa tak update blog.

kenapalah bizi sangat
padahal bukan takda benda nak citer.
banyak
tapi tu la, takde masa nak update je
lelama citer pun basi
dah tak excited nak tulis sini
selalu macam tu la

hari-hari kerja
balik rumah pun bukan boleh rilek sambil ngadap laptop
nan hadoo
sampai rumah bukak tudung terus bersilat pulak kat dapur
kat ruang tamu anak-anak layan tv.
sambil-sambil tu bergaduh berebut mainan
pastu salah sorang nangis
mak hencik kat dapur sambil masak sambil mulut terpekik marahkan anak nakal
sorang nak kena pujuk taknak nangis-nangis
pastu maghrib
pastu bagi anak makan
dah siap makan lap-lap sisa makanan tumpah
dah tu boleh layan tv sambil jadi cikgu tusyen pulak
ajar Amir ngan Joe buat kerja skolah.
sementara nasi penuh dalam perut mata pun mintak bantal
gitu la kitaran hidup setiap hari pon
kadang-kadang je lari sikit
macam kalau tak masak kan
beli tapau je.
tapi routine lebih kurang je

setiap hari kat ofis, konon nak update blog bila balik rumah nanti
nan adoo

kehidupan offline ku lebih padat berbanding online.
laptop yang aku sembunyikan dalam lemari tu pun tak tau la masih ok ke tak
orang kata barang eletronik ni kalau lama tak guna boleh rosak
harap-harap masih ok.






ni kejadian hari Ahad 19/4/2015.
bawak anak-anak jenjalan kat putrajaya.
pastu mandi kat apa ntah nama termpat ni.
alaa yang ada kolam mandi untuk kanak-kanak tu
ni kali kedua datang sini
bulan lepas masa mek ada kami pernah datang sini.
hari sabtu berapa haribulan ntah. lupa
ntah aku ada update kat blog pun tak ingat. lupaaa manjang

kebetulan ada event oleh salah satu badan kerajaan kat sini
pengacaranya Roslan Shah.
tapi masa tu tak ambik gambar pun sebab hpon aku tertinggal kat rumah
seronok mek dapat tengok orang nyanyi live.
ye la kan. kat kampung mana ada semua ni
tambahan pulak si Roslan Shah ni kemain lawak lagi
tak sangga aku
terus tetiba minat pulak kat dia.
sebelum ni tengok kat tv je. belum pernah tengok live.
sekali haaa ngko, betul-betul depan mata
dalam tv nampak tak berapa nak jantan sangat (ya ampunnnnn en Roslan Shah) hahahaha
tapi kat luar badan sedap mata memandang weyh.
serius tak tipu.
masa tu dia pakai baju merah.
nampak sangat ceria dan langsung tak nampak lembut.
cuma make up tu je la yang mengurangkan markah kejantanan bhahahahah...
eh tapi semua artis pengacara memang kena make up whatttt.
tengok je encik hensem Awal Ashaari kita tu.
kan?

lepas anak-anak dah penat mandi-manda, kami pun beredar pulang
lepas maghrib pergi makan kat Restoran Pak Ali kat Seri Kembangan.
first time singgah sini.
sebelum ni lalu je waktu nak ke restoran Chiangmai Ikan Bakar area situ jugak.
selalu nampak ramai orang
lalu aku cakap kat Ngah, satu hari kita try makan kat sini ye?
Ngah ok je.
dan sebab tu la malamnya tu singgah Pak Ali.

selain dapat makan, merasa la sakitnya tuh disini...

ko bayangkan la
aku anak lelaki 3 orang
which is agak penat nak melayan.
tambah-tambah lagi dorang masa ni masih penat main air di petang hari
jadi perangai agak kelaut sorang-sorang baik yang kecik sekali mahupun yang besar sekali.

mula-mula sampai, kami ambik meja kat dalam.
belum duduk budak pompuan pelayan yang pakai tudung badan tak gemuk tapi tembam sikit berbanding yang lain, dah datang nak ambik order.
belom duduk tu.
pastu acu nak duduk Joe kata taknak duduk meja ni, nak duduk meja bawah kipas.
dan Ngah pun ikut je la.
masa ni aku nampak muka pelayan ni takde nak senyum langsung.
macam tak suka perbuatan kami anak-beranak.
body language tu boleh paham.
lepas dah duduk kat meja baru yang Joe pilih, Ngah mintak baby chair untuk Ammar.
belum sampai baby chair pon lagi, dengar je pon Ammar dah protes taknak duduk dalam tu.
dia lebih suka duduk kat kerusi biasa.
budak pelayan tu diammmm takde la kata nak senyum ke sikit.
aku pun dah gitu kekdahnya takde la nak ambik hati dia nak senyum ke hapa kat dia khennn.
dah memang aku mula rasa sakit hati time ni.

sebab aku kira memang standard la kalau family bawak anak-anak kecik memang gitu la gelagatnya.
bukan kat kedai ngko je anak-anak aku buat hal gitu.
dan bukan kuarga aku je aku rasa anak-anak buat ragam begitu.
kebanyakan pon gitu la.
ngko kawin ada anak sok kau tau la.
sakit hati betul jumpa karektor pelayan camni.
kalau kerekk sangat takyah kerja pelayan la weyh.
buat rugi boss ngko je.

pulak tu masa ambik order kan.
bukan berapa laju kau ambik order yang mengukur tahap kebagusan servis tu.
dah kami baru duduk, bagi la masa sikit nak pikir  nak makan apa.
adehhh..
tau je la kan.
kadang perlu pikir nak makan apa.

dah order semua.
pastu tak lama budak pelayan tu datang balik kat kami dan ambik buku menu.
kurang ajar hokey cara dia ambik menu tu. kasar sangat bagi aku.
tak sangka gegel.
sakitnya tuh disini..

makanan dia?
takde la hebat sangat sampai teringat-ingat nak repeat balik.
bukan tak sedap
tapi biasa-biasa je
aku makan nasi goreng daging merah
Ngah makan nasi goreng paprik daging

hampir sama je rupa menu aku ngan menu Ngah
rasa dia lain sikit. tak banyak beza sangat pun
patut paprik tu biar la daun limau purut tu terserlah sikit baru ada perbezaan.
walaupun daun limau tu nampak ada, tapi kurang menyerlah rasa dia.
gambar aku tak snap langsung dek kerana hati terbakar hahahaha.
Joe order bihun goreng.
walaupun sedap tapi bihun dia keras sikit.
Amir pulak nasi goreng cina.
nasi goreng cina Amir tu kan, adelah sama je dengan nasi goreng aku and Ngah.
cumanya aku punya ada daging merah kat tepi pinggan.
Ngah pulak ada nasi goreng + paprik daging kat tepi.

dari segi rasa, semua pun sedap pada skala biasa-biasa aje.
takde la sedapnya tu sampai teringat-ingat nak pergi lagi.
aku prefer lagi restoran kat Kampung Lindungan tu. belakang Klinik 1Malaysia tu.
lupa pulak nama kedai dia.
satay dia pun maveles.




atas ni pulak gambar terkini Joe.
anakanda kedua beta dapat sakit mata.
Hari selasa nampak mata belah kanan merah lebam dan taik mata berkepuk-kepuk.
lalu tak dibenarkan hantar taska. takut jangkit budak lain.
sebab tu aku EL semalam.
hari ni Ngah pulak EL ambik turn jaga Joe.

eh.
ok la

lain kali sambung ye.
nak kuar makan.


bye.

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku.

Tuesday 7 April 2015

My Bonda Dah Balik Kelantan.




Gambar kejadian Sabtu lepas (4/4/2015)

aku, mek dan anak2 pergi rumah suzi.
mek kata nak tengok anak suzi Irfan. 
nama kemain cantik tapi panggil ipan je.
Ipan baru 2 tahun je. abang dia nama adam.
jarak umur ipan dengan adam setahun je kot kalau tak silap aku.
adam ni pelat sikit. orang kelantan panggil tello.
dia panggil ipan bunyik upan.
mama ngan papa dia rasa kelakar dan comel je sebut upan.
lalu turut panggil upan.
dan secara tak sengaja kami yang lain2 pon panggil upan jugak.
Irfan = upan.
gambar budak pakai pampers kat atas tu upan la. 
bersama mek yang tengah posing sebelah mesin jahit suzi baru beli.
tu baru sampai je tu. nampak kotak singer kat sebelah tu.

sampai rumah suzi dalam pukul 11 lebih camtu.
elok pulak dia tengah masak tengahari.
elok sangatttt la tu.

masa ni adam takde.
dia ikut nenek dia (kak yah) lepak rumah ema.
oyye, minggu lepas ema balik kelantan seminggu.
pastu bila datang sini, kak yah dan abe D ikut sekali.
disebabkan baby ema masih kecik dan suka nangis, tu yang kak yah banyak habiskan masa and tidur rumah ema. 
dan diangkut adam sekali.

elok kami habis makan nasi, mesin jahit pun sampai.

ntah kat kedai singar mana suzi beli mesin jahit ni.
geram je aku dengar citer.
suzi cakap dia gi survey mesin tu hari jumaat.
sebab dia dan syam cuti khenn.
masa tu 3/4/15.
dah tengok bincang semua.
pastu kira jadik.
harga RM800.00
singar model 1516.
manual punya.

dah bayar deposit RM300.
katanya sabtu hantar.
pastu balik rumah petangnya orang kedai tu call.
kata harga bukan RM800.
tapi RM950.00.
gila!
dah bayar deposit dah balik rumah baru cakap harga tukar.
reason? GST!
padahal masa gi survey tu dah maasuk bulan april pon.
last-last lepas diskas, suzi setuju harga baru RM850.00.
kenaikan RM50 semata alasan GST.
vavi vetul.
nak rejek kang jenuh pulak nak men-survey lagi.
dah la kawan tu tengah excited menjahit.
almaklum sedang belajar menjahit kan.
last2 setuju je la walaupon...




ni pulak aktiviti ziarah pada malamnya.
Yadi dapat anak kedua.
pompuan.
akhirnya dapat jugak mak mertua aku merasa ada cucu perempuan.
cucu kelima.
berat masa lahir 2.3kg je.
patutnya belum due date.
tapi kak cik kata dia tak dapat rasa gerakan baby.
lalu ajak la yadi gi check kat klinik.
tup-tup kena admited.
dari pagi sampai ke malam tak gerak.
pastu jantung baby pulak slow.
lalu kena operate. kecemasan katanya.


tidur je la kerja baby ni.
tetiba rasa rindu nak ngandung and beranak and menyusukan anak.
T.T





ni pulak Ahad keesokannya.

mek dah balik kelantan.
balik ngan kak yah and abe D.
sunyi je rasa tetiba.

walaupun mek aku ni kuat membebel.
dan aku kuat sentap haha
tapi aku rasa takde anak pumpuan yang tak pernah bertekak ngan ibu dia kan.
eh, ke aku je camni.

mek komplen nasi aku lembik pun aku boleh sentap.
dah mek pun diam-diam dah la.
ni takk, sikit tegur, sikit tegur.
stresss haku.

tapi bila dia dah balik ni, rasa kosong sekejap.

ok la
kita sambung lain kali.

babai

yg baik dari Allah,
yg buruk dari Aku.

Tuesday 24 March 2015

Muara Ikan Bakar, Klang

Hari Sabtu lepas aku cuti.
21/3/2015 kan sabtu minggu ketiga.

tapi Ngah setiap sabtu pun kerja.

petang balik je kerja Ngah ajak pergi makan ikan bakar kat Klang.
terkejut jugak, tapi happy la. takyah masak makan malam.

pelik jugak. tetibaa je balik ajak makan tempat jauh.
jauh la bagi aku. tak pernah pernah makan sampai ke klang.
paling paling pon shah alam je.
tetiba pulak tu. takde ribut takde angin.

tanya jugak, apasal tetiba ajak gi klang ni.
Ngah kata kawan dia nama Zul nak gi klang.
makan ikan bakar.
so ajak kitorang joint sekali.
dah lama tak jumpa kan.

oh ya,
bulan lepas kot kalau tak silap aku.
Ngah bawak kami ke klang.
konon nak makan ikan bakar la.
tapi sesat sampai 2 jam.
dah la pergi lepas maghrib.
jalan tak biasa lalu
pernah la lalu zaman baru nikah dulu.
naik motor.
tapi jalan dulu ngan sekarang sangat jauh beza
sekarang ni jalan sangat banyak perubahan dah.
contoh kan.
GPS kata turn right.
tapi tak boleh turn right sebab jalan dah tutup
kena buat u-turn la bagai.
dengan jalannya takde lampu jalan.
aku rasa jalan masih under construction belom siap sepenuhnya.
masa tu ntah berapa kali u-turn ntah.
sampai aku daripada happy jadi sakit hati.
haha teruk sungguh perangai.
last-last makan kat kedai biasa.
restoran Andaman kat Shah Alam.

so, sabtu baru ni percubaan untuk pergi kali kedua.
ntah sampai ntah tidak la.
bila Zul kawan dia kata nak makan kat Klang, tu yang ajak Ngah sekali tu.
konon tak sesat dah la
tapi masa dorang duk wasap tu, Ngah belom janji nak pergi.
kena sampai rumah tanya aku dulu.
kot-kot aku taknak kan

pastu dalam pukul 6.00petang kami gerak.
sesat jugak tapi sekejap je.
siang senang sikit, ni kalau malam memang susah lampu jalan takde.
tu pun dengan pertolongan waze.
elok sampai, tengah parking tu azan maghrib.

sampai tu Zul kawan Ngah belum sampai.
kami dah nak balik baru nampak kelibat dorang sekeluarga.
jumpa kejap je la.

kedai tu nama apa ntah.
Muara Ikan Bakar kot.
femes katanya.
ntah. ni la first time makan kat sini.

seingat aku dulu.
masa mula-mula kawin.
pernah sampai sini
tapi tak masuk kedai ni
dulukan tak berduit. (eh sekarang pu sama jugak hahaha)
jadi makan kat kedai taraf warung je la
kat tepi-tepi pelabuhan ni.

ni mek ada ni, elok la makan sini
gumbirakan hati bondaku.
walaupun mek sebenarnya tak makan sangat ikan besau besau ni
ye, mek is quite memilih jugak.
ikan besar-besar pelik-pelik dia tak makan
nasib baik ada ikan cencaru

so, kami order ikan cencaru 2 ekor, bakar tawar aje.
ni je ikan yang mek makan.
ikan kembung ada, tapi sayangnya masa tu semua pun pecah perut.
ikan siakap seekor, masak steam asam boi
pastu udang, goreng celup tepung
sotong pun sama, celup tepung jugak
tu je la pun
tak reti ehh nak makan ikan jenahak ikan kerapu merapu nih
dasar orang kampung miskin cenggini lah
hahaha

aku ni bukan la memilih makan
ikan apa pun aku boleh makan
walaupun ikan tu first time aku jumpa
asalkan masih rupa ikan
kalau rupa ikan tu macam cacatt je, tu baru aku rejek. haha

ikan jenahak ni dulu aku pernah makan kat Chiangmai Ikan Bakar.
masak steam kalau tak silap aku
mak datukkk...
tolong la kenapa hanyir niiii.
lalu aku tak lalu makan
lalu sampai sekarang tak terliur ikan jenahak.
asal pilih ikan je, mesti nak siakap.
padahal ikan ni selalu ada dimana-mana.
dasar kampung sangat.

lama menunggu lauk. nasi sampai kemain awal. order aiskkrim supaya anak-anak leka and tak meragam. tapiiii aiskrim pun lambat sampai. tanya punya tanya rupanya aiskrim dorang serve lepas makan. so kami mintak dorang hantar dulu. tak larat haku melayan peel memasing.

berlatar belakangkan pelabuhan kapal... kot.


tuan tanah with bonda

lauk sampai satu, satu. penat kami tunggu, last-last aku ratah udang dulu. lapar hoi

mek aku dah bad mood tu. hahaha kelakar je masa ni. nampak pelayan hantar lauk, kami memasing dok 'haaa sampai dah.' rupanya dia hantar kat meja cina sebelah. pastu ada hantar lagi. ingatkan kami punya gak. rupanya cina tu punya jugak. last-last membebel mek aku.  hoi kalau lama macam ni tak payah datang la kata dia. hahaha

Kesimpulannya,
aku rasa best lagi makan ikan bakar kat Chiangmai Ikan Bakar kot.
dekat pon dekat dengan rumah.

ok dah tu je.

kita sambung lain kali.
bye.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Saturday 14 March 2015

Kemalangan Kat Site

Semalam. orang kelantan kata 'mmarin'.
sebutan kena kasi dengun sikit. sebab tu eja dia kena ada 2 m.
kelmarin. tapi orang kl pulak kalau kelmarin tu maknanya 2 hari yang lalu.
ye dop?

semalam punya.
aku order steelbar.
order nya hari selasa. delivery date aku letak hari sabtu (hari ni)
hari rabu, site engineer call, mintak hantar steelbar tu secepat yang boleh.
jadi aku pon try mintak tolong supplier arrangekan cepat sikit.
dan berjaya hantar separuh dari total qty ordered pada jumaat (semalam la).

tetapi masa unloading tu, berlaku sedikit kemalangan.
ntah cemana driver lori to gostan ntah, terlanggar tepi mobile crane yang standby kat situ nak turunkan steelbar.
takde la teruk sangat.
tapi cermin tingkap belah driver crane tu pecah. pastu side mirror pun patah terkulai.

konon nak setel jalan pendek.
diskas punya diskas, tokey crane mintak gantirugi RM1000. tapi driver lori tu nak bagi RM150 aje.





tak tau la pulak kos repair ni nanti lebih hampir dengan RM1000 ke atau RM150.
rasanya RM1000 tu lebih logik kot.

harga barang mahal weyh sekarang ni.
setakat RM150 tu tukar cermin je pon aku rasa tak lepas.

pastu aku tanya supplier cemana cara terbaik nak selesaikan.
dia kata kena buat report polis.
pastu bawak crane tu repair.
bil repair tu nanti hantar kat dorang. nanti dorang claim kat kilang steelbar.
kilang tu pulak nanti akan claim dengan transporter tu.
gituu.

yang tu susahhhhh.
kalau hantar crane pergi workshop, orang site yang rugi.
takde crane nak gantung barang cemana, kata site manager.
tokey crane takkan nak cari crane untuk replace kan.
extra kos di situ.
kalau site takde crane, lagiiiiii rugi.
tak leh gantung barang naik atas bangunan.
barang takde, kerja tak jalan.
kerja tak jalan, takde progress.
takde progress, sub-con takde payment.
kang susah banyak pihak tuu.
lagi, concreting pon kena stop.
dah stop, budak batching plant takde kerja.
sana sini rugi hanya semata-mata nak hantar crane ke workshop.
jadi, tu pasal la dorang lebih suka setel dorang-dorang je, tanpa perlu paperwork segala.
elok nak claim RM1000, berpuluh-puluh ribu kerugian lain yang tek nampak secara langsungnya.

tapi driver lori ni degil.
mati idup balik taknak bayar lebih dari RM150.
sudahnya site manager aku draft satu surat mintak dia sign.
konon surat tu nanti dorang boleh guna untuk claim duit dari tokey lori (boss driver tu la).

oi taknak sign dia.

padahal manager aku cakap (kat aku) dia dah call and cakap ngan boss lori tu, dan dia kata boleh bayar. maksudnya boleh benarkan kilang buat deduction dari invoice syarikat lori tu.

pon takmo sign.
last-last driver tu tinggalkan lori kat site, jalan kaki keluar, pastu tak lama kendian datang balik site bersama dekat 10 orang geng-geng dorang.
apa lagi, takut la budak-budak site.
semua pon menyusup,
lori berjaya dikeluarkan oleh driver tu.
orang site hanya mampu tengok je
ko mampu pi tahan?
nak mati try le..

macam-macam hal.

eh, dah nak pukul 1pm la.
ok la
nanti sambung bebel lagi.
nak balik dah.


bye.

Thursday 12 March 2015

Mari Beli BB Cream SQB Dari Saya. Saya Baru Je Restock. Lai Lai Lai ;p

Haiiiiiiii...
semua sihat?
aku sihat aje. malah makin montel Ngah cakap.
Eric ofismate aku pun cakap muka aku bulat sikit sekarang.
wah wah wah...

aku rasa biasa je.
sebab semua seluar jeans aku longgar macam biasa je. takde la nk terketat sikit ke apa.
seluar aku pakai sekarang size 32. patutnya aku pakai saiz 30, tapi memandangkan bontot aku jenis bontot Ziana Zain (kah kah kah) jadi aku beli saiz 32.

aku rasa sebab muka aku membulat adelah kerana kuat tidur kot.
ye, sejak citer korea tajuk Pinochio tu habis, aku dah tak layan tv dah.
sebab citer yang ganti Pinochio tu macam tak best je.
jadi lepas makan, dah Isyak semua aku tidur.
awal giler tido. sampaikan anak2 pun komplen kenapa dorang kena tidur awal.
sedangkan selalu aku tidur pukul 12malam.
kadang tu lagi lewat. nak-nak lagi jumaat malam.
layan running man dulu.
sampai 2pagi baru tidur.
bila mak tidur lewat, anak pun secara tak langsung tak mau tidur jugak.
sama naik dengan mak dia.

tapi 2 minggu dah kot, langsung tak tengok tv ngko.
jam 10 je tidur.
tu yang pipi tembun semacamm je tu.
padahal badan tak naik mana.
ececeh..

tuan tanah bersama kak ira.
ni kisah awal bulan hari tu.
aku nak restock.
tapi pada hari yang sama aku buat makan-makan sikit.
buat potluck kat rumah ema di flat minangkabau, kg lindungan.
tujuan nya nak suka-suka je.
sambil nak tengok baby baru ema.
masaknya rumah aku.
pastu angkut pi makan rumah ema.

pastu pulak hari yang sama nak restock.
dah janji dengan kak ira konon kak ira datang kg lindungan lepas lunch.
takde la cakap pukul berapa, cumanya dah nak gerak nanti kak ira cakap dia akan wasap.

aku pulak, jam 1tengahari tu masih kat rumah.
baru siap-siap nak bertolak rumah ema.
ye la, siap masak pon dah pukul 12.30 camtu.

dah la lambat.
bawak keter slow.
mau tak slow. masak kari ayam seperiuk.
dengan periukperiuk aku angkut masuk keter.
untuk tak bagi kuah terloncat-loncat, kena la bawak slow.
kang tak pasal sampai kg lindungan tinggal ayam je kekeringan dalam periuk, kuah semua terkeluar.
nangis laa.

dah sampai blok 3. lupa pulak tangga mana satu.
aku dah pernah sekali pergi rumah ema.
tapi sumpah tak ingat dah tangga mana satu.
main tibai je la. naik tangga paling hujung.
dah la tengahari buta.
naik tangga sampai atas sekali.
dengan periuk kari ayam aku angkut sekali.
dengan askar tiga badik tu lagi nak kena pantau.
berjingkit-jingkit si kenit aku tu panjat tangga.
sorang aku bagi bawak satu barang.
Amir bawak raga yang berisi daging goreng, dan bekas-bekas tuperware untuk hidangan.
ye la rumah ema takde bekas besor. kena la aku angkut dari rumah.
Joe pulak aku mintak bawakkan hamper untuk baby ema.
nasib la ringan je.
si kenit aku suruh bawak paper bag berisi pamper dan bekal susu dia.

naik la kami sampai tingkat 5.
tup-tup pempuan indon yang sapa.
panik sekejapan aku
rupanya salah daaaa...
T__________T

ok.
turun balik.
kaki pun dah menggigil
dah la berat periuk aku ni dengan tak makan lagi dari pagi.
pastu melilau kat situ.
call ema. tak angkat.
call suzi. pun tak angkat.
call megat suami ema, punnnnnn tak angkat.
sudahhhh...
mula la rasa nak maki orang.
hahahaha
tetiba nampak suzi turun tangga tengah.
#urut dada

rupanya suzi baru turun dari rumah ema, hantar kuah laksa penang.

dan akhirnya sampai jugak rumah ema tepat jam 1.30tengahari camtu.
dah ada tetamu rupanya.
kalut keluarkan lauk and hidang laju-laju.

potong tembikai.
bancuh air batu.
bla bla bla
sampai tak teringat nak check wasap.
sedar-sedar je dah lebih 2.30pm.
huaaaaaaa!

tengok-tengok kak ira dari tadi wasap
katanya dah sampai flat minangkabau kg lindungan.

huaaaaa.... i is takuittttt sangat.

lalu laju-laju call kak ira.
rupanya dia dah blah.
dah heading to sg buloh untuk hantar stok ke agen lain dulu.
pastu dia akan patah balik tempat aku,.

sooo sory kak ira.
saya tak sengaja.
sumpah tak teringat kat henfon masa tu.

nasib la kak ira tak marah.
tapi mungkin dia kutuk aku sikit...
hahaahahahah
takpe la kak oi.
memang salah saya hikhik




so, sapa-sapa nak COD dengan aku silakan wasap ye.
ILA 012-931 1015.

banyak aku restock ni.

sebenarnyakan, aku lebih suka korang postage berbanding COD.
sebab kalaupun COD, korang tetap nak kena drive ke suatu tempat jugak kan.
contoh kalau nak COD kat IOI mall.
pon korang kena datang ke IOI mall.
dan aku pun kena datang ke IOI mall jugak.
baru kita boleh ketemu dan COD.

korang ada kos, aku jugak ada kos.

apa kata kalau postage dengan aku.
kos postage tu memang korang kena tambah RM5.
tapiiiiiiii
akan aku gantikan RM5 korang tu dengan sesuatu freegift.
jadi korang takde la rugi mana pon.

takpe la kan. jangan takde langsung sudahhh.. hihi

eh tapiiii...
nak COD tetap boleh je.

again, sila wasap ye.
wasap laju-laju.

Monday 23 February 2015

Sesudah CNY

Cuti 5 hari dah habis.
hari ni dah start kerja.
tapi mood kerja tak berapa nak ada.
kebetulan kerja pun tak banyak.
salah, memang takde kerja hari ni buleh kata.

HOD cuti lagi. GM pun cuti. site manager pun tulat baru masuk.
takde sape nak order materials. ahh, lagipun dorang dah order siap-siap seminggu sebelum CNY tu lagi.
tu yang pakat rilekk tu.

aku ni rasanya ada la dalam 2 tahun kot bersama blog ni. takde la post entry tetiap hari.
takde la menjenguk blog ni selalu.
ye la bukak blog pun kat ofis je kalau sempat. kat rumah tak sempat aku nak bukak.
berebut dengan panglima 3 badik tu. masing-masing nak main game angry bird.
tup-tup aku yang angry. last-last laptop tu hayat dia banyak terperuk dalam lemari dari berjasa.

ada blog ni best sebenarnya. tapi tu la. tak dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
time ada citer best, masa nak blogging takde.
time ada masa (macam hari ni contohnya), takde story nak citer.
dah tu acaner?

tengah kelebet-kelebet blog ni, konon nak buh design cantik sikit. nak letak gambar diri sendiri, nak tepek profile bagi cun sikit, nak letak signature, nak letak ayat standard sebagai footer untuk setiap entry kononnya...
godek punya godek, haremmmm...
pastu gugel cari tutorial. dapat.
tapi bila dah ikut semua, time nak run tu haremmmmm jugak.
kesimpulannya tetaplah rupa blog aku ni macam baru 2 bulan ada blog.
tak payah la. kang tak pasal-pasal semua hilang kang nangis haku..


aku sampai rumah (dari Pekan) semalam, pukul 5pm camtu.
bertolak dari Pekan dalam pukul 9.30am. tu pun lewat dah tu.
sehari sebelum tu Ngah cakap "kito ggerok ppagiiiiiiii lagi deh?"
pagi la sangat. orang, dah bangun tu mandi la.
dia takkk, lepas bangun tido (kami tido kat ruang tamu sebab dalam bilik panas berkuap takde pengudaraan) kat depan, dia pi sambung tido kat dalam bilik pulak.

aku pulak, dah bangun mandi, tolong mak buat sarapan. malu la mak ketung ketang ketung ketang kat dapur siapkan nasi goreng aku tak join. walaupun sekadar menyibukk je sebenarnya. huhu..

jalan jem memang standard la kot musim raya ni kan.
dah la tengahari terik masa tu.

nak-nak lagi macam kami yang keter pun dah layak simpan kat muzium dah.
pakej pulak dengan ekon yang problem kalau bawak keter perlahan.
kipas dalam engine tu jadi terhenti lalu suhu ekon tak sejuk. Ngah la kata, aku mana reti bab-bab ni.

lalu, sampai Bentong, kami lencong ke jalan dalam. aku tak paham sangat jalan dalam ni.
kalau tak silap aku dia tembus ke gombak RnR yang dekat terowong tu, yang ada restoran Mc D tu.
pastu dari RnR tu, Ngah ambik jalan dalam lagi. sebab nampak highway macam ngeri sangat.
tak sesuai ngan keter antik kami kahkah..
jalan dalam ni, Ngah panggil jalan gombak lama.
jalan dia simpang siur, kalau tak tahan boleh muntah tiga pat kali. aku pun hampirrr je nak termuntah.
Amir pon sama. nasib baik Joe ngan Ammar tido, kalau tak, tak tau la.

jalan ni best, ada air terjun. kalau nak singgah mandi pon boleh.
cuma jangan lalu waktu senja. jalan sini takde lampu jalan. nescaya gelap gulita. and bahaya.

family tuan tanah. taken on 18/2/2015. ni masa otw balik Pekan.
ok la.

entry dihabiskan secara tiba-tiba.

babai..

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Tuesday 17 February 2015

Sambut CNY di Pekan, Pahang Kami Tahun Ni.

Hari ni last day aku kerja. esok aku cuti. cuti sempena CNY, tahun kambing.

sempena cuti panjang sikit ni, Ngah ajak balik Pekan.

plan asalnya nak balik kelantan.
pastu dari kelantan nak balik semula ke KL, kita lalu Grik, singgah Kuala Kangsar. situ ada majlis cukur jambul @ berendoi cucu baru kak yah aku.

tapi tetiba plan bertukar. Ngah kata nak balik Pekan. mak suruh balik. konon nak bincang sikit2 pasal majlis kawin De lepas raya puasa nanti. ok la kita balik Pekan je. aku tak kisah sangat pun, cuma rasa ralat sikit la, sebab asalnya Ngah kata dia nak balik kelantan nak jumpa kawan2 skolah dia. kita seronok la dengar sebab nak balik kampung kita kan.. dah tak jadi pulak.

takpe la. balik kampung mana-mana pon aku suka je. asalkan tak terperukkk je kat rumah.
gitu.

ok.
sekian la dulu...

kita sambung lagi lepas CNY.

oh, ya.

kepada yang nak COD BB Cream SQB area Pekan, Pahang, sila wasap aku 012-931 1015.
rumah mak mertua aku dekattt je dengan IPD Pekan, Pahang.


babai..

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Monday 16 February 2015

COD BB Cream SQB area Puchong : Pasaraya OTK

Yang tinggal atau kerja kawasan ni, boleh wasap aku untuk COD produk SQB ye.

 Pasaraya OTK, Puchong.
ok, ni kawasan baru untuk aku. sebab ramai pembeli BB Cream yang beli dengan aku tinggal area situ. atau kerja area situ, atau bila nak balik kerja, lalu area situ.
ada beberapa orang wasap mintak nak COD dekat masjid terapung tu. masalahnya aku ni sejujurnya tak reti mana pon kawasan situ. tapi nak meniaga, bhahahahaha...
Alhamdulillah.. buat masa ni, semua permintaan untuk COD kawasan situ aku penuhi. walaupun sedikit susah, tapi takpe. kita meniaga ni, tak boleh pikir nak senang kita je, ye tak? Tuhan gerakkan hati dia nak beli dari kita pun dah besar rahmat dah. ramai oii agen SQB ni. semua pon jual produk sama. tinggal lagi service je beza-beza. tu je la pon kalau boleh pikat repeated customer.

ok, balik pada kisah COD tadi.
maka aku tanya kak ita. dia ni merangkap ofismate aku, merangkap pengguna BB cream SQB, dan merangkap agen dropship jugak. kak ita ni tinggal kat Taman Mas, Puchong. dia kata kalau nak jumpa, better set satu tempat yang semua orang kenal dan tau cemana nak pergi situ. lalu dia kata kalau pasaraya OTK tu ramai orang tau. area masjid terapung tu orang tau jugak, cuma kak ita cakap buat masa ni keadaan traffic tu lain macam dia punya jem tu. aku tak tau tahap jem yang lagumana sebab aku tak lalu situ pergi balik kerja. dia tau la sebab hari-hari lalu situ.

Jadi, sesiapa yang berminat nak COD kat pasaraya OTK, Puchong, sila wasap aku ye. nanti aku akan arrangekan kak ita untuk hantar produk SQB to kat korang.

untuk makluman semua, bermula 9/2/2015 hari tu, kami semua agen SQB diberitahu bahawa promosi BB Cream SQB RM55 TERMASUK POSTAGE TELAHPUN TAMAT.


 Tapiiiiiiiiiii....

korang tak perlu bayar duit postage kalau beli combo set BB Cream + Cleanser.
hanya RM100.00 sahaja include postage.

kalau beli asing-asing,
RM55 + RM5 = BB Cream X 1
RM45 + RM5 =Cleanser X 1
kan dah jadi RM110?

jadi, kalau beli combo set, jimat RM10.

again, wasap aku  ILA 012-931 1015 ye..

Sekian,

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Friday 13 February 2015

Berita Kematian Tuan Guru Nik Aziz Sangat Menyedihkan Rakyat Kelantan

 Innalillahi Wainna Ilaihi Roji'un...

Bismillah..

Berita yang cukup menyedihkan aku bila mengetahui tentang kematian TGNA.
dan aku yakin ramai rakyat selain orang kelantan turut bersedih dengan kehilangan ini.

malam tadi, dalam pukul 10pm, aku dapat wasap dari group ahli kuarga, mengatakan yang TGNA telah meninggal dunia pukul 9.45pm. aku tak percaya sebab bulan lepas pun ada berita tentang kematian TGNA, tapi ianya tidak benar.

anak sedara aku (Hafiz) cakap, kawan dia police officer kat kota bharu yang inform dia.

lalu cepat-cepat aku bukak TV1 yang kebetulan masa tu tengah berita Dunia Jam 10. malangnya takde langsung update tentang kematian TGNA. aku tenang lagi masa ni sebab sangka berita tu pun palsu juga.

then dapat wasap lagi dari anak sedara suruh aku bukak astro 501. bukak je terus aku terdiam. terkaku seketika. macam tak percaya. dan taknak percaya bahawa berita kematian TGNA tu memang benar!

TGNA telah meninggalkan kita pada Khamis (malam Jumaat) 13/2/2015 9.45malam di rumah beliau di Kampung Pulau Melaka, Kelantan, setelah lebih kurang sejam keluar dari wad hospital HUSM Kubang Kerian akibat daripada kanser prostat tahap 4 yang dihidapinya.

Takziah untuk keluarga besar arwah TGNA.

Kelantan sedang bersedih. begitu juga aku.

kebetulan sungguh. Jumaat adalah hari minggu bagi kelantan.maka tidak hairanlan beribu-ribu rakyat kelantan datang bagi lawatan terakhir mereka dan seterusnya beramai-ramai solat jenazah bagi TGNA.

Allahu Akbar!!

sayu hati pagi ni. bukak internet je terus nampak gambar beribu-ribu manusia mengerumuni kawsan rumah TGNA yang bersebelahan aje dengan masjid arwah.

ni antara beberapa gambar yang aku save dari sumber FB dan internet. untuk kenangan diri sendiri.











[tuan punya gambar, sila izinkan saya guna gambar2 ni ye.. sila inform saya ILA 012-931 1015 jika anda mahukan saya remove gambar anda]



Sekian..

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.