Wednesday 25 October 2023

Kenapa Dah Makin Tak Ramai Agen Diamond Gold Skincare

OK ni pandangan aku je la ye.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri yang ada beberapa orang agen DG bawah aku, tapi sekarang tinggal 2 orang je. Lain dah meruyup tak tau sekarang kat mana, dan jual skincare apa.

Aku dulu ada sorang agen duduk Kampung Jawa.

Baru-baru ni dia PM aku, kitorang sembang-sembang pasal anak. Lepas tu aku tanya dah tak jual DG ke? Dia kata susah la nak jual sekarang, HQ selalu tukar packaging, bila sale slow, stok tak berapa nak jalan, eh tau-tau HQ tukar packaging pulak. Customer biasa la, bila ada latest packaging, opkoz nakkan latest packaging. Menyebabkan duit modal agen lebur gitu je. Mati modal.

Hat ni aku faham, tapi aku takleh buat apa, sebab bukan aku yang founder huhu. Macam aku ni ok lagi, sale ada je walau tak selaju dulu. Restock tak peram lama. Habis, restock. Habis, restock. Jadinya stock aku memang selalunya hat latest la. 

Dan aku akui, blog ni banyak bantu aku dapatkan genuine customer yang memang put their trust on me. Maybe dorang dengar pasal DG, then buat sikit research sebelum beli tetiba jumpa blog aku. Dorang kenal aku as penjual dan percaya aku jual DG ORI, bukan yang FAKE. Maka dorang beli tanpa was-was. 

Berbalik pada isu packaging, jauh dari lubuk hati, aku juga kurang setuju kalau tiap-tiap tahun nak tukar packaging, boleh tukar tapi biarlah selang 2 tahun sekali ke, kan. Kerana ada agen yang baruuuu je sign up jadi agen, baru keluar modal minimum RM450, lepas tu duduk tak lama tukar packaging. 
Dorang belum pandai buat sale lagi time tu. 

Lepas tu isu day cream DG, ni pun aku dapat info dari agen Kampung Jawa, dia kata ada customer beli dari dia, lepas tu persoalkan kenapa day cream DG masa beli dulu lebih keras, kali ni beli lembut giler, lalu dia mengesyaki belian kali kedua tu adalah FAKE. Kesian member aku ni. Tak pasal-pasal kena pangkah.

Padahalnya gini.

Masa mula-mulaaaaa DG Skincare keluar di pasaran (tahun 2016), day cream memang jenis keras, tona kecerahannya sangat nipis hampir menyerupai warna kulit si pemakai, Jadinya bila kita pakai day cream DG, memang nampak kulit muka kita cerah asli. Tak nampak macam pakai bedak pon. Cerah dan licinnnnn je. Tapiiii, memandangkan teksturnya lebih keras, ia lambat habis dan ada kalangan customer request day cream bagi lembut sikit.

Faunder DG KakNur pulak jenis baikk dan cuba untuk memenuhi permintaan customer. Dia pun request kilang lembutkan sikit day cream tu. Normal lah kan, bila kilang buat krim baru, mesti kilang akan tukar nisbah bahan-bahan dia supaya memenuhi kehendak client. Nak krim lembut, kena tambah bahan A lebih sikit dan bahan B kena kurang sikit. Agithuuu. Dan HQ keluarkan new packaging dalam kotak warna pink dengan day crean yang lebih lembut.

Lepas aku try kat muka sendiri, jujur, aku lebih suka day cream keras. Sebabnya bila aku pakai day cream keras, darjah kejelitaan lebih sempurna dan lebih semulajadi. Welll... pada kulit muka aku la. Kalau pakai day cream lembut, dia ok bukan tak ok tapi mungkin sebab aku jenis banyak berpeluh kat muka, krim tu sekejapan je hilang. Tak jelita to the max orang kata. 

Aku syak, Kaknur pun sedar akan hal ni, lepas tu dia tukar krim jadi lebih keras sikit, tapi masih lembut dari yang paling asal. OK aku suka. Tapi masa ni dah ramai agen tarik diri taknak jual DG kerana selain kisah krim bertukar, bercampur pulak dengan isu produk FAKE masuk pasaran sampai pembeli keliru nak beli dari siapa supaya dapat beli yang ORI. tu belum lagi dengan isu pemborong jual harga murah tak masuk akal. Padahal founder kata dia tak pernah tolak kat pemborong. Andai kata lah memang ada pemborong yang dari kalangan stokis,  bukan susah mana pun nak tangkap. Kebiasaan yang ambik stok dalam volume terpaling luar biasa banyak, itu yang yang terpaling disyaki sebagai pemborong a.k.a gunting dalam lipatan. Dorang ni modal besar, kaup untung dari susah payah agen. Agen susah payah buat konten iklan dalam fesbuk dalam IG, buat live, bayar FB ads segala macam demi naikkan DG, tup-tup bila produk dah viral dan permintaan sangat tinggi, pemborong mula masuk, ambik stok terpaling banyak, lepas tu jual harga terpaling murah hingga agen tak mampu fight. Sebab tu makin ramai agen stop jual. Sekarang ni nak tengok agen promot DG pun dah payah. Sebab apa? sebab dorang dah tawar hati. 

Kemudian, Kaknur buat bancian dalam group, sapa suka krim lembut sapa suka krim keras. Aku voted for krim keras la opkoz. Lalu sekarang ni day cream KERAS macam mula-mula dulu, kini kembali! Suka giler aku. Packaging pun kembali ke packaging asal iaitu PACKAGING UNCANG. 

Pandangan aku? Aku memang SUKA dengan day cream keras ni, tapi kalau boleh, biar dalam packaging kotak la supaya nampak lebih eksklusif hikhik.

Tapi aku pun faham, disaat harga barang naik mencanak-canak, telur naik harga, ayam naik harga, terkini beras pun naik harga. DG skincare masih cuba kekalkan harga RM130/set (tak tau sampai bila mampu kekalkan harga ni). Jadinya selain mengembalikan nostalgia kegemilangan DG skincare dalam packaging uncang, Kaknur juga nampaknya cuba untuk menyerap kenaikan kos demi mengekalkan harga lama, walaupun dia sebenarnya agak struggle dan sakitnya tuh disini, at least set uncang ni, kos packagingnya lebih murah berbanding kotak yang nak kena tempah segala.








Nombor KKM takde pada packaging, sebaliknya dicetak pada bekas krim DG. Sape yang dah beli, boleh rujuk pada nombor tertera di bekas tau.

Nampak tak sabun DG tu? Berbalut plastik je, very transparent, dulu ada jugak kertas kotak membaluti sabun. Tu semata-mata demi mengurangkan kos packaging tau, demi nak memastikan masih mampu jual harga sama iaitu RM130/set. Kualiti masih kekal tiptop pada kulit muka aku, suami dan anak bujang sulung aku yang sampai ke hari ni guna sabun DG sebagai pencuci muka.

Yang nak try pakai set DG, boleh wasap aku tau
012-931 1015

Nak beli di kedai tiktok pon boleh. Search je @rozilawatirazab nanti jumpa la hehe. Lepas tu cari mana-mana konten yang ada beg kuning. Beli kat situ.
Oh ya, gambar kat kedai tiktok masih packaging kotak putih tulisan hitam tau, aku begitu takde masa nak tukar kepada gambar latest packaging. tapi once korang beli, aku akan poskan latest packaging ye, so dont worry.


Orang ada akaun tiktok, kau pon nakk jugak. Walaupun kewujudannya ibarat idup segan mati tak mau.
Konten pun setahun baru ada sekali, tu pun mujurr ada kahkahkah... 

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Wednesday 9 August 2023

Kos X-Ray Dan Medical Check-up Klinik Swasta Untuk Sambung Belajar IPT

Kot ada sesiapa yang meng-gugel kos xray dan tersesat masuk kedalam blog aku ni, ini adalah kisah anak sulung aku Amir yang dapat tawaran belajar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). Antara syarat MARA adalah pelajar kena buat xray dan medical checkup. 

Masa dapat tahu nak kena buat x-ray dada segala, aku pon mula gugel nak tengok anggaran kos kalau buat kat hospital swasta. Tertelan ailio beberapa kali bila tengok ada yang RM300 lebih, ada yang sampai RM500 lebih. 

Balik rumah, bincang dengan Ngah. Kitorang pertimbangkan nak buat medical checkup kat hospital kerajaan kalau rega swasta mahal sangat. Takpe la menunggu pon, kalau boleh jimat tiga pat ratus. Sebab gaji per day aku pon tak sampai 300 so aku kira kalau aku apply unpaid leave pon masih berbaloi hahaha.

Aku mintak Ngah tanyakan kat hospital kerajaan, kalau nak buat xray kena buat appointment dulu ke, atau boleh terus walk in ke. Dalam hati aku dok agak, kalau hospital kerajaan tak boleh walk in, mesti kena buat appointment dulu, almaklum la patients ramaiiii. Ngah masuk web hospital Shah Alam (kalau tak silap) dan buat appointment. sekali system tu bagi tarikh 26/7/2023, tarikh hari pendaftaran ngko! Memang tak sempat la sebabnya hari pendaftaran pon 26/7/2023. 

Malam, kitorang bincang lagi, mana nak buat xray ni. Lepas tu esok nya Ngah survey klinik pulak. Aku ingatkan xray hanya kat spital, rupanya kat klinik pon ada weyh. Ngah kata bukan semua klinik ada mesin xray, so kena cari jugak la. Dia call klinik Mediviron, Ada satu klinik kat Puchong seksyen 3 area kem askar kinrara tu. Nama klinik tu klinik Vijay. Lokasi dia sederet CIMB bank, Ngah call tanya dulu kalau nak buat xray dan medical checkup untuk student sambung belajar IPT kena cas berapa, admin tu kata kena tengok borang dulu, tapi roughly dia kata RM130 je kebiasaannya.

Selasa 18/7/2023 aku cuti. Ngah pon cuti. Kitorang bawak Amir ke klinik Vijay buat xray. Amir dikehendaki berpuasa sebab kena ambil ujian air kencing jugak. Mungkin ada IPT tak memerlukan ujian air kencing, namun untuk kemasukan ke KKTM, perlu. Aku syak untuk IPT bawah MARA semua perlu buat ujian air kencing kot.  

Kan aku cakap Ngah call tanya harga dulu sebelum datang kan? Lepas dah survey sana-sini, kitorang baru decided pergi klinik Vijay. Rupanya kos sebenar RM190, doktor kata tambahan RM60 untuk ujian air kencing dibawa ke lab. So korang, kalau nak tau harga yang tepat, sila la bawa borang medical checkup pergi klinik, minta doktor tengok dulu borang tu baru dia boleh bagi harga tepat. Walaupon sedikit ralat, tapi takpe la, kos ni masih dalam bajet aku. Ralat tu sebab dah tanya dulu, dan beberapa hari sebelum tu pon kitorang memang pergi klinik, dah tunjuk borang kat doktor dan doktor memang bagi harga RM130. Cumanya ketika tu tak boleh buat medical checkup sebab Amir tak puasa. Terpaksa la datang lagi 18hb nya tu. Daripada RM130 jadi RM190 huhu..

OK, berbalik pada kisah 18/7/2023 semula. Lepas dah setel urusan xray, ukur tinggi, timbang berat, air kencing segala, kitorang pergi breakfast. Lepas tu terus ke pejabat lembaga hasil di Shah Alam untuk urusan matikan setem pula. Sebanyak 3 salinan perjanjian pengajian nak kena matikan setem. Kat sini ramai orang, tapi service takde lama mana kerana kaunter banyak yang buka. Dalam sejam, setel urusan.

Antara dokumen nak kena sediakan untuk urusan anak masuk belajar ni, termasuklan surat beranak ibu dan bapa. Ye, bukan surat beranak anak je tau. Mak bapak punya surat beranak pun nak kena attach sekali. Ngah tak tau letak mana surat beranak dia. Jenuh cari dalam file takde. Call kampung tanya mak, mak cari pun tak jumpa. Sudahnya terpaksa la di ke kaunter JPN, mintak salinan baru. Nasib baik semua tu setel dalam satu hari. Tak rugi ambik cuti.

Eh, tapikan, lepas beberapa hari, admin KKTM masukkan nombor Amir kedalam group wasap. ada parent share info. katanya dia pergi buat xray kat klinik kesihatan UPM. Situ murah je RM89 (ke, RM98 aku lupa) katanya dalam 3 jam siap semua. Aku lambat dapat info. Kalau aku tau kat kkUPM tu boleh walk in dan murah gitu, aku dah angkut anak aku pi xray sana. UPM bukan jauh mana pun dengan Puchong.

So, itu la sedikit sebanyak pasal journey Amir bersama KKTM.

Diamond Gold skincare RM130/set. Kakak stokis sah DG. Mahu try kalu, roger je tau. 012-931 1015


Sekian dulu update.


Yang baik dari Allah,

Yang buruk dari aku.