Monday 22 December 2014

Thailand sebagai Juara Bolasepak Piala AFF Suzuki Cup 2014

Ye.
begitulah kehendak Nya.

walaupun pada minit ke 80, macam kita Malaysia sangat berpeluang untuk jadi juara.
masa tu dah 3 - 0 dah. kita hanya perlu bertahan aje.
tapi tu lah..
tu lah dia...
dah takde rezeki kita kan...
tu lah pasal...
tu lah..

17/12/2014 Rabu.
Malaysia ke Bangkok untuk perlawanan menentang Thailand.
dan kalah 0 - 2.
ye la kan, Thailand tu hebat wohhhh..
walaupun kita pon apa kurangnya kan
tapi tak dapat disangkal, Thailand memang lincah.

20/12/2014 Sabtu
Thailand pulak datang KL untuk menentang Malaysia.

perlawanan kali ni, aku tak letak harapan tinggi pun.
sebab gerak hati aku mengatakan Thailand akan jadi juara.
walaumacamanapon, impian untuk tengok Malaysia menang tu ada. cuma tak terlalu mengharap.
hinggalah Malaysia dapat penalti dan berjaya mendapat gol pertama yang dijaringkan oleh Safiq Rahim.  masa tu dada berdebar-debar. sampai semangkuk mee celup yang Ngah beli kat Puchong Perdana masa on the way balik dari kenduri Gemas pun, aku makan tak habis. tak lalu wehh..

pastu dapat pulak gol kedua oleh Indra. terus aku eksaited tahap melampau.
masa ni agregate dah seri, sapa dapat gol pasni dan berjaya kekalkan, dialah juara.
sekali kau Malaysia dapat tambah gol hasil sepakan percuma yang dilakukan oleh Safiq Rahim.

masuk je gol ketiga, terus aku macam tak senang duduk. nak kencing pun catu dulu. ko mampu catu kencing? haha

tapi tu la, nasib tetappp tak menyebelahi kita bila Thailand tiba-tiba sumbat gol. lepas tu satu kali lagi kasi gol. dan tamat.

sedih, sakit ati kitew tau.

apapon, Indra memang the best. muahh kamu banyak-banyak.

Kenduri Kawin Sedara di Gemas 20/12/2014

Sabtu lepas kami bertiga beranak pergi ke Gemas, Negeri Sembilan.
tujuannya adelah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu aku. 
baru tau nama pengantin Azhan. selama ni duk panggil Abe Ha aje.

maunya tak tau nama betul. aku ni bukan peramah sangat masa kecik. dah tua-tua ni pun sama jugak pendiamnya, cuma dah kurang sikit la. main senyum-senyum je la kalau jumpa. nama nak bersembang kerja kat mana, tingal mana kat kl ni... haa, dalam hati je laa.

pengantin ni kembar. kembar dia aku panggil Adik Ka. Adik Ka ni bongsu. tapi dah kawin dah. ada anak dah sorang.

umur aku ngan kembar ni beza tak banyak mana, dalam 3, 4 tahun kot muda dari aku.
masa zaman skolah rendah dulu, mak dia (sepupu aku) selalu la bercerita kata anak dia kalau si adik dapat nombor 1, si abang mesti nombor 2. tak pun kalau si abang nombor 3, si adik mesti samada nombor 2 atau nombor 4. takde la adik nombor 2, abang nombor 7. tak pernah terjadi.

yg tudung pink ni la mak pengantin a.k.a sepupu aku. yang baju petak-petak pakai kopiah ni anak sulung dia.

Perjalanan ke Gemas

Sedara mara. yang tudung pink tu kakak pengantin. yang lain-lain tu semua dua pupu kepada pengantin.


Kelantan lawan Negeri Sembilan

Kak Jah. sibuk dia duk panggil ahli sedara mara suruh menepung tawar pengantin. dapat dua bunga telur. satu telur ayam, satu lagi telur masin.

tuan tanah. masa ni tengah berkumpul di surau lebih kurang 50meter dari rumah pengantin pompuan. tunggu kompang ready dulu baru boleh gerak. jadi mari selfie dulu.




ada booth aiskrim. sonok la budak ni

pengantin dengan kembarnya. sian anak Adik Ka. kebetulan demam pulak.
ok. sekian 

yg baik dari Allah.
yg buruk dari Aku.

Friday 5 December 2014

Agen BB Cream by SQ Beauty Kawasan Puchong

Bismillah...

Seperti tajuk diatas, begitu la maksud enrty ini.

Aku adalah agen Seqy Beauty BB Cream yang berdaftar terus dengan pengasasnya; Sepet.

korang boleh lawati blog Sepet . Nama aku ada dalam page tu, memberitahu yang korang boleh je kalau nak COD dari aku. yang sepet tulis Rozilawati 012-931 1015 tu aku ler. :P

yang blog Sepet tak bagitau adelah, no handphone aku memang susahhhhh nau nak dapat line kat dalam office ni. huhuhu.. takkan tu pun aku nak kena mintak sepet inform readers dia kan. melampau sangat la tu.

jadi, kalau korang terasa-rasa nak tau pasal BB Cream ni, atau apa-apa yang berkaitan dengan cream ni, sila la wasap aku ye. nak sms pon boleh. nanti aku boleh reply korang secepat mungkin.

waktu office hour memang susah nak call aku. betul ni tak tipu. tak caya try.
lepas tu bila aku dah keluar office nak balik kan, mula la maxis sms bagitau "..you have 3 missed calls bla bla bla...". hampeh betul kan? orang nak blajar meniaga pon susah. T__________T



Untuk membeli daripada aku, korang boleh samada COD atau postage.
postage untuk sabah sarawak perlu tambahan RM5 ye.

untuk COD pulak, kawasan aku cover seperti dibawah :

(1) : Giant Bandar Kinrara
***lepas office hour pecut, pukul 6.00pm aku dah boleh sampai sini dah

(2) : IOI Mall Puchong
***aku prefer kat banks area opposite IOI Mall tu, tapi apa-apa pun kita boleh bincang ye. oyye, time aku free samada at lunch hour atau after 5.30pm

(3) : Apartment Koi Kinrara, Puchong
***ni tempat kerja aku, boleh datang at office hour ye

(4) : Taman Mas, Puchong
***melalui egen dropship aku, kak ita. boleh contact dia 017-2494810

(5) : Bandar Machang, Kelantan
*** kawasan ni bukan selalu boleh buat COD. hanya bila aku balik kampung je ye. cuti tahun baru 2015 ni aku balik Machang. dijangka dari 1/1/2015 hingga 3/1/2015. 3 hari ada sini.  boleh la kalau nak COD time ni. semalam aku bukak blog sepet si pengasas produk BB Cream SQ saja la intai-intai agen untuk negeri Kelantan. satu pun takde hoi. walaupun orang yang tinggal di kelantan masih boleh beli melalui postage, namun ada jugak orang kelantan yang lebih suka beli COD. jadi, kak cik kak wea tu, buleh la telepo ko wassap ko ataupon mesej ambo kalu nak tau bilo ambo ado kapong. nombor telepon ambo 012-931 1015. sipe nombor ni deh. hehe

(6) Peramu, Pekan, Pahang
*** hahaha... yang ni pulak kampung Ngah. ni belom tau bila nak balik lagi. tapi kalau aku ada sini, tempat paling sesuai jumpa adalah di bandar Pekan, ataupun betul-betul depan IPD baru Pekan. haaa, tu dekat je dengan rumah apak mertua den. ehh, kalau nak datang ambik kat rumah pun lagiiiii aku suka. untung-untung dapat merasa nasi dagang mak mertua kita masak tau. very dap dapp. kalau dah kenal rumah, nak repeat order pun bertambah senang. boleh aku kirim kat mak mertua kalau adik-badik Ngah balik Pekan. ye dok?

ok. tu je la pon nak bagitau.

again, sorry sangat-sangat kalau ada yang call beberapa kali tapi tak dapat. sila wasap ye.

Sekian.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.











Wednesday 3 December 2014

Makan Malam di Restoran Lenggong, Seksyen 20 Shah Alam

Tu cerita dinner malam tadi.

aku sebenarnya plan nak masak nasi goreng je. malas nak berperang kat dapur lama-lama. lagipon masa Amir ngan Joe masih kat kampung ni, ni je la masanya kalau nak cuti dari memasak pon.

alih-alih, Ngah call petangnya tu ajak makan luar. dia kata nak ke shah alam nak hantar basikal untuk ntah la repair ke pasang accessories ke hapa. preparation untuk kayuhan hari ahad ni katanya. ntah hapa hapa je. tiap-tiap minggu lagu nih. tak suka tau. tapi tu la, cakap kias-kias tak paham gak.

keluar ngam-ngam lepas magrib. hantar basikal dia dulu. lepas tu baru gi makan.

Ngah bawak aku makan kat restoran Lenggong, seksyen 20 shah alam.

ni first time aku makan sini. Ngah dah beberapa kali dah. sebab dia kerja area sini so tiap kali teringin nak hirup sup, dia singgah sini. katanya sup sini sedap. dia kata kuey tiow kerang sini pon sedap. 
dan memandangkan aku memang taknak makan nasi malam tu, jadi aku order je la kuey tiow kerang. pastu nampak kat gerai belah luar tu ada jual sotong kangkung. sebab nampak macam sedap dan kangkung dia mengingatkan aku pada pecal, lalu order satu. 

Ngah pula order mee sup. untuk si kenit Ammar, kami orderkan nasi goreng cina takmo pedas langsung. ini kami mintak dibungkus. padahal memang nak makan kat kedai tu jugak, cuma aku pikir, kalau tak habis makan, takyah dah susah-susah mintak orang kedai bungkus belen nasi tu, kira tutup je polisterin tu dah boleh blah.

kuey teow kerang dia, Masya Allah. memang sedap pada anak tekak aku, dah terpaling penting, tak pedas langsung. kerang dia banyak. dan segar yang amat. isi kerang lembutttt je.  
aku memang seronok la kalau makanan sedap lepas tu tak pedas langsung sebab aku boleh share dengan anak. tengok Ammar makan banyak seronok pulak. aku rasa dia yang makan banyak dari aku.

nasib baik aku order sotong kangkung. kalau tak, mau aku order lagi kuey tiow dia. 
sotong kangkung pun sedap, cuma portion dia cinonet sangat. 

Ngah punya mee sup tu, mula-mula aku tengok, nampak macam sedap. lepas try, walahweyyy... memang sedap la. patut la ramai je pelanggan order sup. boleh dikatakan kat tiap-tiap meja ada mangkuk sup.

mee sup dia kan, daging dia potongan agak besar juga, dan banyak ketul jugak. dan ada seketul bahagian tulang. rasa rempah dia just nice, tak keterlaluan. aku memang kureng sikit kalau rasa rempah dia kuat sangat. 

jadi mee sup kat sini, memang recommended.





ni sotong kangkung @ RM5.00/plate. bayar secara berasingan kat gerai tu

kuey tiow kerang dan mee sup. harga aku tak tau sebab Ngah yang bayor. bila aku tanya harga, dia kata semua sekali RM18 (untuk mee sup, kuey tiow kerang, nasi goreng cina teh ais dan tek o limau panas) 

tuan tanah sedang makan dengan gelojoh



nasi goreng cina je takde dalam gambar. ok jugak rasa dia, cuma nasi je keras sikit. mungkin dia goreng lama sikit kot. tu yang jadi garing semacamm je.

ok. stop sini dulu.
rajin kang aku mengarut lagi kat sini.

sekian

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Tuesday 2 December 2014

Taska JC Dengan Pengurusan Baru Bermula Disember 2014.

Petang semalam, masa ambik Ammar dari taska, aku dikejutkan dengan satu buku nota dalam bakul pakaian anak tentang pemberitahuan mengenai pertukaran pengurusan taska. rupanya taska yang sekarang ni dah dijual kepada pemilik baru.

pemilik lama kak jah.
taska dia diberi nama JC (ni singkatan namanya aje). dah lamaaa taska di wujud. sejak anak aku Amir belum lahir lagi aku dah nampak taska ni ada. dan kak jah mempunyai beberapa cawangan taska JC.
dulu, masa aku baru-baru kawin, aku menyewa kat TBK, masa amir umur 1tahun (lebih kurang) aku hantar Amir kat taska JC ni la. masa umur Amir 2 bulan hingga 1 tahun tu, aku hantar jiran jaga. jiran cas RM220 sebulan.

dulu yuran kat taska JC tak mahal. RM220 je. standard rate di tahun 2006 - 2007 adelah RM250.
lepas nego, dapat RM200. tu pun yang menyebabkan aku dapat RM200 tu ada cerita dia jugak. dulu kak jah ada sorang staff. zura nama dia (bukan nama sebenar). masa aku mula-mula daftar Amir ke taska JC tu, aku mana kenal rupa tokey dia. Zura ni la orangnya yang cakap pasal yuran semua tu. orang Malaysia.
bila Zura setuju dengan yuran yang aku mintak yakni RM200, suka sangat la kita kan. penjimatan tuu.

rupanya duit yuran tiap-tiap bulan yang aku bagi tu dia yang ambik. maksudnya dia tak register pun nama Amir sebagai ahli dalam taska tu. kan sepatutnya bila kita hantar anak kat taska, dia bagi borang suruh parent isikan. lepas isi, pengusaha taska akan update dalam buku rekod dorang berapa ramai kanak-kanak kat situ.

setiap kanak-kanak ada pengasuh masing-masing. Amir dibawah jagaan Zura. yang si Zura ni pulak ambik kesempatan. bila dia tak daftarkan Amir, setiap bulan punya yuran, dia masuk poket dia. tokey taska of cos takleh detect kekurangan kutipan yuran sebab nama Amir takde dalam rekod dia.
eh, patutnya boleh je bilang berapa orang kanak-kanak kat situ tapi kak jah ni agaknya jenis percaya sangat staff dia dan dia jarang ada kat situ. sudahnya diambik kesempatan.

wahh, panjang berjela aku eksplen padahal nak bagitau punca dapat rate 200 tu je pon. ok, gitu la kisah kenapa aku dapat RM200 sebulan untuk yuran Amir.

dah citer pung pang pasal budak zura ni, mesti ada yang terdetik, macamana aku tau hal ni sedangkan aku orang luar.

gini, beberapa bulan lepas tu, zura berenti kerja. masa hari-hari akhir dia kerja situ, dia ada bagitau aku yang dia nak berenti dan dia offer aku hantar Amir kat dia untuk jaga, rumah dia sebelah je ngan taska tu. (aku tak tau la rumah dia ke rumah kakak dia ke atau rumah sedara dia ke). dia kata dia ada rancangan nak bukak taska sendiri. dan harap aku hantar Amir kat dia untuk jaga. aku cakap aku pikir dulu la. lepas pikir punya pikir, aku buat keputusan untuk kekalkan Amir kat taska JC tu aje. sebab aku pikir dah nama taska kan, mesti berdaftar. dan anak-anak kat taska berdaftar lebih secured kalau pikir logik.

bulan berikutnya, masa zura dah takde kat taska tu, aku nak bayar yuran ni. budak yang gantikan zura nama dia nora. budak ni orang indon. aku hulur duit yuran kat dia, dia pun konon nak cari nama Amir dalam buku rekod dia la. cari punya carik, takde! pastu dia pun bagitau kat sorang lagi pengasuh kat situ. daripada perbualan dorang, aku pun tau la yang selama ni duit yuran Amir tak pernah masuk dalam senarai. gitu.
ok, stop pasal tu.

kat mana aku tadi? jap aku baca balik dari atas...

ok.

bulan 10 tahun 2008, aku pindah dari rumah flat Taman Bukit Kinrara. pindah sebab rumah sewa kami nak kena sita oleh MPSJ, sebab tuan rumah tak bayar cukai pintu.

kami sewa rumah teres setingkat di BK4. belakang flat tu je pun sebenarnya.
Amir tetap aku hantar kat taska JC. masa ni aku gi kerja bawak motor. jadi takde hal takat nak angkut Amir sorang tu.

awal tahun 2009 aku mengandungkan Joe dan aku benti kerja. dan aku stop hantar Amir kat taska. bila Joe dah lahir dan umur lebih kurang 5 bulan, aku kerja balik kat tempat kerja lama. Amir dan Joe aku hantar kat rumah jiran depan rumah aku.

bila aku mengandungkan Ammar awal tahun 2011, jiran yang jaga anak aku pun mengandung jugak. aku beranak bulan 10, jiran aku beranak bulan 12. jiran aku ni memandangkan dia mengandung di usia agak lewat (umur lebih 40 tahun), jadi dia agak concern. dia mintak untuk jaga anak-anak aku sampai hujung bulan 9 aje, sebab kesihatan dia tak berapa bagus. aku pun okey je, dan aku mintak jiran aku Liza (juga jiran depan rumah) tolong jagakan hingga aku bersalin.

Aku bersalinkan Ammar 21/10/2011.
2 bulan lepas tu (hujung bulan 12) bila aku dah kena masuk kerja balik, ketiga-tiga anak aku hantar ke taska JC milik kak jah di cawangan BK4. Amir tu temporaty je hantar JC sebab bulan 1 (2012) dah naik darjah 1. bermakna dari bulan 1 tahun 2012 hanya Joe dan Ammar aje yang kekal kat JC BK4.

bulan 10 tahun 2013 kami pindah semula ke rumah flat di Taman Bukit Kinrara. sebabnya kami dah beli sebuah rumah flat kat sini. masih di kawasan flat yang sama, cuma blok berlainan. Alhamdulillah, dapat pulak tingkat bawah sekali, tak perlu turun naik tangga.

mula-mula pindah, aku masih hantar ke JC cawangan BK4, cuma masalah sikit sebab ia lebih jauh dari rumah dalam tambahan 500meter kena undur ke belakang. selalu jugak la sampai ofis lambat. punch card pun merah yang banyak dari hitam. T_____T

oleh itu, lepas bincang dengan kak jah, dua beradik tu aku pindahkan dorang ke JC cawangan Taman Bukit Kinrara (tempat yang aku hantar Amir dulu). tak silap aku bulan 12 tahun 2013 pindah taska.

dan semalam dapat tau tokey sudah tukar.

tokey baru nama kak ibah.
pagi tadi dapat jumpa beliau. rupanya taska selang satu lorong dari taksa JC ni adelah taska beliau.

kalau aku kekal kat sini dengan tokey baru, setiap bulan aku kena bayar adelah :
RM250.00 (Ammar) + RM330.00 (Joe) = RM580.00

selama ni aku bayar RM450.00 je. nanti kena bayar RM580 dah sebulan.

tu baru citer hat dua beradik. kos Amir belum masuk. *nangesssss....*

pagi tadi jugak, aku cakap terus terang kat kak ibah yang aku hantar Ammar untuk bulan 12 ni je dulu. bulan january nanti dan bulan-bulan seterusnya aku kena pikir dan perhalusi dulu. huhu perhalusi tak tahann..

buat masa ni aku lebih cenderung untuk hantar anak-anak aku balik ke taska JC cawangan BK4. sebab ianya lebih penjimatan. servis pun bagus jugak kat cawangan BK4 tu. rasanya aku pernah buat entry pasal ni, ketika aku dalam dilema untuk tukar cawangan taska tahun lepas.

ok la. aku stop dulu.

lain kali sambung lagi.

Ammar & Joe. gambar ni diambil pada 21/10/2014. Ammar genap 3 tahun, Joe pulak 5 tahun 1 hari.


sekian

yg baik dari Allah,
yg buruk dari Aku.



Friday 28 November 2014

Kat Kampung

Malam tadi wasap ngan Muni.
Muni ni anak bongsu kak yah. ada pulak kat kampung, ingatkan kat kolej dia di tganu.

wasap audio. boleh la dengar suara anak-anak buat lepas rindu.

pastu muni wasap aku gambar budak2 tengah buat apa.

Amir 



Joe, Amir dan Isha (cucu kak yah)
  

aku sangka penutup tuperware ka hapa, rupanya pinggan plastik. dah tu bentuk pat segi.

kekenyangan bebudak ni. dalam gambar ni Adam takde.


Isha, Joe, Amir dan Irfan. 

 


lega aku tengok dorang happy kat kampung.
aku memang kalau boleh nak biarlah setiap kali cuti skolah hujung tahun dorang balik kampung. biar dorang ada kenangan indah zaman kanak-kanak.
kalau duduk kl, takde apa yang nak di enjoykan nya pon.
mak bapak kuar gi kerja, anak-anak pon terpaksa bangun bersiap duduk daycare. petang kutip balik rumah. pastu layan tv kartun. tak pun main tab. makan tido. esok nya ulang balik rutin sama.
lagikan aku ni pon naik boring ulang benda sama, inikan pulak budak.

Amir ngan Joe ni memang suka giler la dapat balik kampung.
terpaling teruja si Amir tu. dia kan, kalau dah ujung-ujung cuti, bila nak naik kl balik, mula la dia bad mood. nampak sangat dia berat hati nak balik kl.
pernah request kat aku nak skolah kampung tuu..

kak yah cakap Amir dah cerdik, boleh urus diri sendiri dah. Joe tu aje yang kena perhatian lebih. degilll kata kak yah. dia suka buat hal dia, dan lagi satu, dia ni tak dengar kata sangat. hahaha.
macam kalau kak yah panggil dia kan, dia buat dekkk je. padahal dia dengar. pastu kalau kak yah kata Joe ni takde telinga ke bayah panggil tak dengar, dia jawab la dengan takde perasaan bersalah. apaaa la bayahh. Joe tengah tengok tv ni, bayah nak cakap apaa... cakap la cepat... sambil mata pandang tv. hai la anak, nasib la bayah tu penyayang orangnya. kalau dengan ummi kau ni, mau dah kena sedas.

hari tu masa balik kampung aku bagi duit poket kat Amir RM20. kat Joe RM10. kot-kot la dorang ikut kawan-kawan pergi kedai beli jajan at least dorang pun boleh beli. kat kampung aku kedai runcit yang jual jajan ni jauh jugak. tapi bagi budak-budak, jalan kaki larat je lagi. nak-nak lagi kalau ramai-ramai. mek pun meniaga jugak jajan sikit sikit tapi tu la, cucu cicit dia ada kampung ni bankrap la, semua dok datang punggah tak bayar pun. lelama habis tak daya dah nak top up. elok jugak, jangan di top up dulu. kang hari-hari menjamu jajan taknak makan nasi nanti.

kak yah citer, masa awal-awal kat kampung, dorang main kat lama rumah aje, kawan-kawan tiap pagi ngan petang adee je datang main kat laman rumah kak yah. lega aku dengar.

pastu 2 hari kebelakangan ni langkah dah jauh sikit. dah sampai ke kedai beli jajan.
Amir balik rumah keluarkan duit dia RM20. kak yah nampak. lalu tanya nak buat apa sampai bawak RM20? amir kata nak pergi kedai kak noli nak ikut kawan beli jajan. kak yah pun mintak RM20 tu dan bagi amir RM6. tu pun aku dah banyak dah tu RM6. aku pesan jangan bagi banyak sangat duit. bagi singgit udah la. kak yah kata dorang nak beli air 7up. untung anak aku duduk ngan mak sedara yang memang suka kat budak-budak. nak apa je kemungkinan besar dapat. cer mintak ngan ummi sendiri. tak dapat lempang pun dah cukup bagus.

duit Joe RM10 tu kak yah kata ntah kemana hilang. dia ada nampak Joe pegang duit tu, tapi tak sampai sejam lesap entah kemana. orang mintak nak simpankan dia tak bagi. last-last hilang. T_____T.

ok la dulu bebelan kali ni.

nanti ada masa sembang lagi.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.


Thursday 27 November 2014

Resepi Pisang Goreng Coklat Cheese mudah dan sedap

Hari Selasa lepas, aku singgah Pasar malam BK4.

plan asal nak beli pisang tanduk. kat pasar malam tu tak silap aku ada 2 kedai jual pisang.
antara dua kedai tu, kedai bawah lebih murah harga dia. kedai bawah tu maksud aku, lorong pasar malam tu dia macam membukit sikit, jadi kedai pisang yang murah tu yang belah bawah. eh, paham ke idok ni...
yang membuatkan aku rasa kedai bawah tu murah adelah, tiap kali aku nak beli pisang, aku tanya harga dulu berapa sekilo. kebiasaan aku tanya kedai atas dulu, sebab aku lalu depan kedai tu dulu, baru aku menyusur ke bawah.

kedai atas, hari tu (dulu-dulu la) aku tanya pisang berangan berapa sekilo, budak tu cakap RM4.20.
aku pun jalan lagi kebawah. nampak kedai pisang kat bawah ni aku tanya pisang berangan dia berapa sekilo. pekerja tu cakap RM4.00. terus aku beli kat situ.

lepas pada tu, aku lebih suka beli kat kedai yang bawah berbanding kedai atas.

jadi selasa lepas, aku singgah nak beli pisang tanduk. tapi kedai bawah takde pisang tanduk. kata budak tu, pisang tanduk payah sikit nak dapat. tapi aku tengok kedai atas ada je jual pisang tanduk. cuma aku je malas nak patah balik. takde hati pun ya jugak.

lalu aku beli je pisang abu.
sekilo RM3.00. mahal ke?
tak kott.

sesikat yang aku beli tu RM3.30. tapi dia mintak RM3 je. Alhamdulillah... semoga berkembang maju bisnesmu..

balik rumah aku biarkan aje pisang tu kat dapur. sebab plan nya pon bukan nak masak terus. rajin aku belum datang. tu pasal la sengaja aku beli yang belum kuning.

semalam (rabu) baru aku masak.

perkenalkan... jeng jeng jeng...

PISANG GORENG COKLAT CHEESE


bahan - bahanya :

pisang abu sesikat
gandum secawan atau lebih
telur,
serbuk penaik bikarbonat (yang ni takde pun takpe, cuma hari tu aku pertama kali buat pisang cheese aku letak benda ni nampak pisang goreng aku cantikkkk je, macam yang orang jual tu aje. mungkin ini rahsia dorang kott)
coklat masakan
cheese (apa tajuk cheese ni aku tak ingat. sebenarnya ni cheese yang terlebih masa aku buat piza beberapa bulan yang lalu)

cara masak dia mudah je. 

mula-mula goreng pisang tu.

cara aku goreng pisang :
kebiasaan aku guna tepung beras campur sedikit gandum. tapi memandangkan tepung beras habis, aku bantai je guna gandum aje.

jadi,

Gandum dalam 1 cawan setengah (pandai-pandai korang la ye)
satu sudu teh (atau kurang) serbuk penaik bikarbonat (ni kalau banyak rasa dia macam payau-pijar sikit - tak sedap)
garam, air dan sebiji telur.

gaulkan sebati. kepekatan tu kena pandai-pandai agak, supaya pisang tu bersalut tepung dengan elok. kalau cair, nanti tepung tu taknak lekat kat pisang, tak best jugak.

pisang abu dibelah 2. celupkan pisang kedalam bancuhan tepung tadi.

kendian, goreng secara deep fry. deep fry maksud dia; pisang tu digoreng tenggelam dalam minyak. kalau minyak sikit, pisang tak tenggelam dalam minyak tu bukan deep fry nama dia.

dah siap goreng, masa pisang masih panas, kau nak taburkan cheese dulu pun boleh, nak taburkan coklat masakan dulu pun boleh.
macam aku, aku telah taburkan cheese dulu. sebab cheese aku dari dalam peti sejuk. sedangkan coklat masakan aku dari suhu bilik. cheese yang sejuk terkena pisang panas, dia akan melted lebih cepat. terpulang masing-masing ye.

aku punya, aku parut cheese atas pisang. kemudian, aku parut pulak coklat masakan.

coklat masakan tu, kalau takde, korang boleh gantikan dengan gula perang. pon maveles jugak rasa dia. 
aku pernah makan kat restoran di shah alam, apa ntah nama kedai tu, dia punya menu untuk pisang cheese punya la banyak. 
yang aku sempat jeling adelah, pisang goreng + cheese aje, pisang goreng + gula perang + cheese, pisang goreng + coklat + cheese. ada tu siap letak coklat rice lagik.

korang nak tuang susu pekat manis tu pun boleh je kottt.
paling kuat pun cirit birit je.  hahaha

sekian, selamat mencuba!

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Wednesday 26 November 2014

Majlis Konvokesyen Tadika Joe 15/11/2014

belek-belek handphone baru teringat pasal malam konvo tadika Joe malam 15/11/2014 (sabtu).
majlis konvo ni diadakan di Kinrara Golf Club.

Joe dah 2 tahun belajar tadika kat JC ni. dari umur 4 tahun last year. tahun depan pun tadika ni jugak la nampak gayanya. kalau ikutkan tadika ni takde la cemerlang sangat kalau nak banding CEC atau Aulad Genius tu. sabit kerana tadika ni combine sekali dengan taska anak aku je. senang. pagi jam 8.15am aku hantar Joe and Ammar gi taska JC. Joe dah siap mandi and pakai uniform dari rumah. jam 8.30am van pemilik taska datang ambik budak-budak tadika hantar pergi kelas tadika di BK4. pengangkutan percuma. pastu jam12tengahari van sama datang ambik budak-budak tadika and hantar balik ke taska JC. mudah kan?
kalau aku ambik tadika lain, aku kena bayar kos tadika, kos taska, dan kos pengangkutan secara berasingan. ye, korang yang membaca ni mungkin pikir aku berkira tentang pelajaran anak-anak. sukati korang la nak pikir apa pon. yang menamggungnya aku dan suami. idok la aku ni kaya macam korang. kalau aku banyak duit tu lain laa. kita berbelanja ikut kemampuan sendiri. gituu..

tahun lepas, seingat aku kitorang tak attend apa-apa majlis konvo pun. tahun ni ada pulak. siap anak aku kena joget pop yeh yeh lagi.

Pak Tam saya kacak hari ni. pakaian bertemakan pop yeh yeh la kononnn











my bonda seronok habiss terngok cucu berdansa.
ok la.

itu je nak update nya pon.


sekian.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Resepi Laksam Mudah

Orang kelantan panggil LAKSE.


Bahan - bahan yang tersangat mudah :

untuk tepung laksam :

1. tepung beras - 1 paket. (gambar takde, lupa nak tangkap tapi kalau tak silap aku, satu paket 500gram).
2. air
3. bekas macam kat bawah ni.


tuang semua tepung beras tadi dalam bekas seperti kat atas ni.
isi air dan bancuh sehingga paras bawah muncung bekas tu.
kemudian, panaskan kukusan.

bila kukusan sudah mula keluarkan wap, boleh lah mulakan proses mengukus.
cara kukusnya,
ambik sekeping penutup periuk, oleskan sedikit minyak. jangan terlalu berminyak ye. seeloknya gunakan sehelai tisu, celupkan sedikit kedalam minyak, dan oles-oleskan di permukaan penutup periuk tadi.
letakkan penutup periuk kedalam kukusan dulu, kemudian baru tuang adunan tadi. pandai-pandai sendiri la tengok banyak mana nak tuang ye.

kukus selama agak-agak dalam 7 - 10 minit gitu, ataupun kalau nampak tepung tu dah menggelembong tu maknanya dah masak la tu.
dah masak, angkat dan biarkan seketika.




untuk kuah :
1. ikan sardin boleh (bukan sardin yg dalam tin tu ye), ikan kembung boleh, ikan selar boleh, ikut suka la ye. sebanyak 5 ekor. aku guna ikan sardin. sebab murah kahkahkah.
2. santan dari sebiji kelapa. aku blend je kelapa parut tu dan hasilkan santan sebanyak bawah muncung bekas yang kat atas tu tadi.
3. bawang merah yang besar tu 2 biji, halia sebesar satu ruas ibu jari tangan korang aku, dan lada hitam aku letak dalam 15 biji gitu. korang boleh letak sesudu kecik. tumbuk halus. aku takleh letak banyak lada hitam walaupun aku suka sebab anak-anak aku takleh makan kalau pedas sangat. jadi aku bubuh takat nak bangkitkan bau hangat tu aje.

cara masak kuah laksam:

ikan yang telah siap dibersihkan, aku susun dalam periuk dan letak 2 keping asam keping. asam keping tu aku potong 3. jadi aku dapan 6 bahagian.
aku selitkan kat badan-badan ikan. bawah, atas, celah belahan perut..
pastu lumurkan garam. air aku letak 2 sudu aje ye, sabit nak kasi stim tu aje yang memasakkna isi ikan.
kendian, aku tenggekkan atas api perlahan. tutup periuk supaya wap yg terperangkap tu boleh memasakkan ikan tu lebih cepat dan sekata.

dah masak ikan, ambik isinya sahaja.
then, isi ikan tu aku blend dengan bawang dan halis tadi.
dah tu tuang dalam periuk. masukkan santan dan lada hitam yang ditumbuk halus tu tadi.

panaskan atas api. sentiasa kacau supaya santan tak pecah lemak. masukkan 1 keping atau 2 keping asam keping.
masukkan garam dan kalau suka ajinomoto boleh masukkan juga, kalau suka gula pun boleh masukkan juga ikut selera masing-masing.

dah mendidih, boleh la tutup api gas. siap pon!


tadaa..! my home made laksam.
sekian.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Amir dan Joe Dah Balik Kampung

Sepertimana tajuk, itu je la pon nak citer nya.

balik kelantan, kampung aku.
naik bas sabtu 22/11/2014 malam.

kali ni naik bas Darul Naim Express. tak seperti selalu.
selalu naik bas Transnasional. ni pon sepatutnya nak naik bas Tran jugak.
yang menjadikan termembeli tiket Darul Naim Express sebab cenggini.

nak beli tiket untuk 6 orang.
untuk suzi dan anak-anak dia - 2 tiket.
untuk mek, amir dan Joe - 3 tiket.
untuk kak yah (mak suzi @ kakak aku) yang datang naik bas dari kelantan khamisnya semata-mata datang sini nak teman suzi dan 3 anaknya dan 2 anak aku naik bas kira eskot balik kampung - 1 tiket.

suruh Ngah beli tiket.
pergi la dia ke shah alam. tiket bas Tran tu ada.
bas 2 tingkat. yang tak bestnya kena duduk atas, kaunter tiket tu kata seat bawah dah habis.
wasap aku tanya nak ke tidak, aku kata takyah la kalau seat atas. tak best.
teringat aku masa naik bas Tran dari kelantan hantar anak balik kampung. pastu balik ke KL naik bas Tran. OMG! air ekon menitik-nitik. dah la aku duduk seat bawah. kira ok lagi, yang kesiannya orang yang duduk seat atas pun ada beberapa orang yang tak tahan dorang turun sanggup bersimpuh kat tangga sebab kat atas lagi kuat air menitik!

aku bayangkan kalau bas macam itu jugak dapat kat anak2 aku, kesian la dorang terpaksa bertahan 8 jam kesejukan.

jadi kami decide, beli tiket bas 1 tingkat. takyah Tran pon takpe la.
padahal kalau naik bas Tran, tiket harga kanak-kanak lain, tiket dewasa lain, tiket wargamas pon kira lain. penjimatan kat situ.

lalu pilihan secara rawak adelah Darul Naim Express. RM47.00/person.
tak kira kanak-kanak ke, orang dewasa ke, wargamas ke, semua satu harga kata orang kaunter.
ntah aku pun tak paham sebenarnya. sebabnya cenggini.

mula-mula Ngah pi beli, dia terbeli 5 tiket aje, padahal patutnya 6 tiket.
balik rumah dia tunjuk kat aku. aku pon tengok la.

"... apesal semua harga sama? bukan saya mintak beli 2 dewasa, 3 kanak-kanak, 1 wargamas ke?...."

Ngah pon check, pastu frust sendiri sebab tak check masa kat kaunter.

"... laaa... orang ni bengong la, abang dah cakap 2 dewasa, 3 kanak-kanak, 1 dewasa..."

...............................

Ngah kata, masa dia cakap nak tiket untuk budak, dewasa dan warga emas tu, orang tu tak pulak cakap eh, bang, harga standard la bang, dewasa ngan harga kanak-kanak satu harga je. patut cakap la gitu baru orang tak silap paham.
ni tak, bila Ngah kata nak 3 tiket kanak-kanak, dia pun ok bang, 3 kanak-kanak ye,
buatkan orang sangka yang harga kanak-kanak memang ada, berlainan dengan harga dewasa.

aku bilang tiket. jumlah 5 keping je. T_____T

"....ehh, kenapa 5 keping je tiket, bukan 6?..."

"..ehh, abang dah cakap 6 tadi, dia bagi 5 je ke?....@#%$@@..."
"...... abih tu awak bagi duit berapa?..."
"... abang bagi RM250.00, ada baki la.."

aku pun congak.
kira bukan kes terlelih bayar la sebenarnya. memang budak kaunter tu mintak duit untuk 5 keping tiket tu aje.

esoknya Ngah gi kaunter untuk beli lagi satu tiket kanak-kanak, dan untuk tukar tiket sebab semua yang dia dah beli tu dewasa punya harga, konon nak tukar ke kanak-kanak dan wargamas la, penjimatan tuu..

tapi dah lain pulak orang kaunter tu cakap. ni orang lain pulak, bukan orang kaunter yang sama macam semalamnya tu.
baru tau rupanya harga tiket semua sama, satu harga je. tapi mengikut kata orang kaunter tu, kalau naik pagi, baru wujud tiket kanak-kanak, wargamas, dan dewasa tu.

pulak!

apa la. double standard betul.

naik bas pukul 9 malam. 8.30malam kami dah sampai kat stesen bas shah alam.
bas dah ada rupanya. bagus!

nampak bas dari luar cantik dan baru.
bila masuk dalam bas, wohOoooo.. memang puas hati.
bas dia kebetulan bas baru kot. bersih dan tempat duduk pun luas aje. dan seat pun tak comot.
sangat selesa.
6 keping tiket yang Ngah beli tu, kebetulan dapat seat depan sekali. setiap baris ada 3 seat. belakang drebar ada 2 seat, dan sebelahnya hanya ada 1 seat. kami dapat 2 baris paling depan.
seronok betul Amir, sebab boleh tengok pemandangan yang luas di depan mata.
Alhamdulillah. berbaloi jugak dengan harga.
harap harga tiket tak naik lagi. ;p



hari yang aku update blog ni, dah 4 hari anak aku Amir dan Joe kat kampung.
semalan aku call kak yah, tanya kabar dorang. kata kak yah, dorang ni macam tak ingat langsung kat orang kl. memang enjoy dorang main kat laman rumah.

mana tak enjoy, kawan ramai tuu.




muka masing-masing berselebet, tapi nampak comel dan suci..

masa ni aku nak bakar sampah daun-daun kering, sebab hujan turun renyai-renyai waktu malam menyebabkan banyak nyamuk. budak-budak memang suka ambik bahagian pakat hulur daun-daun kering kat api. ini dibawah pengawasan orang dewasa tau. huhu





semua gambar kat atas ni adelah ketika cuti raya haji hari tu.


selain anak-anak aku, yang dalam gambar ni semuaa adelah cucu sedara mek, yakni cucu arwah abang mek. arwah Pakde Mud.
semua pun rumah dekat-dekat aje.

seperti mana anak-anak aku sangat teruja tunggu nak balik kampung cuti skolah, begitu la juga kawan-kawan dorang teruja menunggu kepulangan anak-anak aku.

hari-hari datang rumah kak yah tanya Joe ngan Amir bila nak balik kampung. huhu

Ya Allah, mudah-mudahan mereka ni kekal rapat dan erat sampai bila-bila.
Amin..



Sekian.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.