Thursday 2 January 2014

Suami sakit

Fuhhhh...

penat betul la minggu ni.

setart hari Khamis. tapi sebelum tu lagi dah penat sebenarnya. tak cukup masa nak uruskan diri dan keluarga. macam ngko je la ada kuarga huhuhu...

hari Khamis. malamnya tu kena hantar Ngah masuk wad. dia kena operet hari Jumaat keesokkannya tu. jangkaan operet pagi. pukul berapa misi takleh nak konfimkan sebab kata dorang depends pada doktor. sementelah pulak bilik bedah tak banyak.

spital dia tajuk Shah Alam Specialist Hospital. panel company Ngah. masuk sebab kena operet. Sebab hernia. tau hernia tu apa? usus dah terjatuh ke dalam kantung batu. itu la secara mudahnya yang berlaku pada Ngah.

Jumaat hari yg Ngah operet aku terpaksa ambil EL. terkejar2 hantar anak ke taska. pastu zass ke spital. janji ngan Ngah nak sampai jam 9pagi. tapi jam 9.15pagi masih kat rumah hegeh2 goreng naget permintaan Amir.

sampai spital jam 10pagi. hoi melayu-tak-maju sungguh peel macam ni. janji pukul 9 pukul 10 baru sampai. huhuhu...

masuk bilik Ngah (bilik no. 401, kena rekord ni sejarah kahkahkah) tengok dia lekkk je depan tv. tapi muka macam takde mood. iye la puasa kennn muka pun kelattt je la. dari pukul 12malam tadi bawak ke paginya tak makan harus la muka seposennn je.

sembang2 blablabla, dalam jam 11.00camtu 2 orang nurse datang nak cukur sumer bulu2 roma yang kat bahagian yg nak kena toreh nanti. bukan kat bahagian tut  tu eh, dia kat bahagian perut tapi ke bawah sikit. nurse tu nampak ngah macam malu lalu cakap kalau aku nak tolong pun boleh. aku pun paham situasi jadi ok la aku tolong cukurkan. pastu nurse to keluar.

dalam 11.30camtu datang lagi sorang nurse bawah wheelchair nak bawah Ngah ke bilik pembedahan. tinggal la aku sensorang lam bilik tu sambil tengok tv.
pukul 2.30petang eh, ke 3.30petang eh? aku lupa. Ngah pun dibawa kebilik tu balik.
teringat aku dulu masa keluar dari bilik bedah lepas beranak. lagu ni la.

pastu Ngah mintak aku bermalam teman dia tapi anak2 cemana? maka terpaksa suruh adik dia yang no.4 tu jagakan. Zemi nama dia.so, jam 6petang  Zemi datang. aku balik kutip anak2.

mak mertua aku langsung Ngah tak bagitau hokey! nasib Zemi tu call mak dan mak apalagi, terus suh abah cari tiket. tiket pon banyak yg dah sold out. sumer takde dah untuk malam nya tu. yang ada cuma esokkannya (Sabtu). tu pun tiket 4.30petang.

sabtu.
aku EL lagi. sebabkan Zemi kena kerja paginya, harusla Ngah tinggal sensorang. takde orang tengok2kan dia. walaupun nurse ada je sepanjang masa, tapi at least kalau ada seseorang kat tepi dia kan lebih selesa?
aku angkut sumer anak2 ke spital. sebab kalau hantar taska pun hanya sampai pukul 2.00pm je. baik aku bawak sekali. lagipun Ngah tak share bilik ngan sesiapa. jadi selesa kalau  anak2 nak main2 pun. siap mandi manda lagi anak2 haku huhuhu... macam dok hotel dah kekdahnya.
lepak dari pukul 10.00pagi sampai 3.00pm pastu Ngah suruh balik. sebab anak2 aku dah mula boring kot asik la gaduh2 pastu nangis pastu jerit2 dan Ngah pun takleh tido bising2 dan takut mengganggu pesakit lain.
malamnya tu adik bongsu Ngah jagakan.

ahad.
dokter kata Ngah dah boleh balik pukul 2.00pm. jadi aku drive pi amik.

Isnin.
aku kerja dah... walaupun hati rasa berat. tapi nak buat cemana dah banyak sangat cuti pon tak sedap jugak. tapi tak pa mak and abah masih ada. dorang boleh masakkan untuk Ngah.

Selasa.
Mak and abah dah nak balik. naik bas tiket pukul 10pagi. naik di Shah Alam. jadi, terpaksa la adik bongsu Ngah bawak keter hantar aku pegi kerja.

Rabu.
Public holiday sempena tahun baru 2014.

ok tu je entry ringkas buat masa ni...

nanti senang update lagi


bye

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.