Tuesday 26 September 2017

Baru Nak Try Diamond Gold Skincare? Baca Ni Dulu

Yang baru nak try Diamond Gold Skincare, aku suggest ambik full set.

bukan apa, jika ambik full set, perawatan adalah secara maksima.
jika ambik set yang tak lengkap, nanti hujung bulan tengok-tengok tak cantik macam kebanyakan testimoni lain.
akhirnya sendiri tak puas hati. 
pastu salahkan produk tak bagus.
bulan depan usha skincare jenama lain pulak. 

tu takpe lagi.
dibuatnya, hasut kawan-kawan.

"takyah laa beli DG, aku pakai tak jadi apa-apa pun."

adududu..
habis tu? yang testimoni beratus-ratus kat fb tu apa?
edit kaa?

ada seorang new customer ni.
dia beli kesemua item yang ada dalam set trial serum Vit E, kecuali Serum Vit E.
aku terpaksa cas harga loose sebab dia memang taknak beli serum Vit E.
dia takut nak pakai serum. takut jerawat naik banyak.
takpe, aku faham. dan takkan desak jika dia was-was.

Facial soap RM25
DG Day Cream 5g RM30
DG Night Cream 5g RM30
DG Treatment Cream 5g RM30 - ni pon mulanya dia taknak, tapi aku beritahu lepas pakai night cream memang kena pakai treatment cream pula, akhirnya dia setuju beli.

total cost RM115 + postage. 

aku bungkus 5 biji serum vit E dalam satu plastik kecil, dan poskan sekali dalam barang dia order, sebagai sampel untuk dia try.
aku whats up dia ajar cara pakai serum tu.
aku cakap serum 5 biji tu untuk 5 hari guna.

aku cakap aku nak dia rasai perbezaan guna set dengan serum, dan tanpa serum.

menariknya, lepas 5 hari, dia wasap aku tanya harga serum.
jadi aku syak dia memang guna serum yang aku bagi tu.

dan akhirnya dia beli serum Vit E 30biji/botol tu sebab dia dapati serum tu sangat membantu merawat lapisan kulit hingga jerawat semakin pulih!

Alhamdulillah, syukur dan happy sangat.











tak sempat tunggu 25 haribulan dia dah beli serum.
kelakar.
dan sangat romantik.
dia kata dia nak surprisekan suaminya yang sekarang ni ada kat Lubnan.
Insya Allah, asalkan konsisten pakai, mesti sempat hihi.

sekian update.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Thursday 21 September 2017

Site Visit Padahal MengULAR Je Sebenarnya HAHA

Beberapa hari sebelum tu, aku saja melawak dengan site manager.

"Mr Yap, bila nak bawak saya tengok site? saya nak jugak jalan-jalan sana sekali sekala, pastu bawak saya pergi makan-makan.."

Sengaja pulak tu cakap kuat-kuat bagi HOD aku dengar.

Mr Yap pon reply

"BOLEHHH... bila you senang la.. nanti whats up sama saya. saya datang ambik you sini.."

Green light!

Maka, selasa lepas merasa la aku melawat tapak projek. Kak ita pun nak ikut. So jom..

9.30pagi, mr yap datang ambik kitorang.
site pertama; kami ke Jalan Tijani, Bukit Tunku, KL.
sini tapak projek banglo salah seorang bos kami.
aku takde kena mengena dengan projek ni.
hanya kak ita yang terlibat. tugas dia beli construction material untuk banglo ni.
tak rumit mana pon sebab site ni total sub.
kebanyakan materials sub-con beli sendiri.
hanya kes-kes terpencil je kak ita handle.

site ni masih di piling stage.
so belum nampak patern banglonya macamana.


tuan tanah dan Mr Yap
Tuan tanah dan Mr Mano. Dalam kereta nak ke Putrajaya, baru Mr Yap bagitahu bahawa Mr Mano ni berasal dari Kelantan. dah 7 tahun aku kerja sini, baru tahu Mr Mano orang kampung aku. huhuhu

pukul 11.30pagi, kami ke tapak projek kedua.
Precint 10, Putrajaya.
bergambar depan guard house dulu.


projek ini ialah menyiapkan kediaman rasmi Menteri.

besar jugak banglo ni.
ada 2 biji banglo dimana terdapat laluan pejalan kaki yang menyambungkan kedua-dua blok ini.
kami panggil blok A dan blok B.
senang kalau beli construction materials, boleh put remark for block A or block B.
oh ye, aku ada kena mengena jugak dalam proses penyiapan banglo ini.
tugas aku ialah beli construction materials.
Mr Kong, apesal tangan tu nampak besar sgt?

bumbung banglo ini kami guna Monier Perspective Roof Tile. Warna ialah Terracota Orange. ada banyak range of roof tile quality. boleh masuk laman web monier kalau nak survey.


Tiles, kami guna Kimgress



ini pon bukan aku beli. tiling materials semua sub-con beli sendiri


** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **


makin ramai kakak misi jadi pengguna Diamond Gold sekarang.

tengok testimoni ni. baru 11 hari pakai DG, parut jerawat dah makin pudar.
ni aku rasa lepas 2 bulan, jika beliau konsisten, memang hilang terus parut jerawat dia.

meh wasap aku jika nak try.
012-931 1015 - kak ila ngko

nak risik-risik dulu ke, nak soal-soal dulu ke, boleh je tau.
takde cas pon. HAHAHA

korang jangan beli selagi tak yakin.
jangan beli selagi ada rasa was-was.
kerana jika pakai juga DG sambil dalam hati masih ada rasa was-was, adelah tidak syok hokey.
konsepnya samalah dengan kau makan daging lembu tapi dalam hati tu duk pikir ni daging lembu ke khinzir, lembu ke khinzir.
amboiiii...
contoh pon tak hagak-hagak HAHAHA.

sekianlah dulu untuk hari ni.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Monday 18 September 2017

DG Barbiedoll Foundation Jadikan Awak Macam Pandai Mekap.

Semalam pergi kenduri.
adik kepada officemate aku kawin.
so dia jemput.
elok sangat lah. kita pon free.
cuaca pun elok. jarak pon dekat je. subang.

pukul 11pagi, lepas siap-siapkan anak-anak, aku pun bersiap.

tetiba rasa macam nak nampak 'jangok' sikit dari biasa.
aku pun pakai DG Serum Vit E.
dah meresap serum tu, aku tak pakai DG Day Cream, sebaliknya aku terus pakai DG Barbiedoll Foundation.
cara aku pakai, aku titik-titikkan foundation tu ke seluruh muka.
kemudian aku ratakan dengan jari je.
nak guna sponge pon boleh je, tapi aku malas.
aku rasa lebih cepat jika guna jari.

lepas pakai foundation, aku dah tak pakai bedak lagi.
aku sapukan pemerah pipi secara nipis.
kemudian celak kening.
last sekali lipgloss dan lipmatte.

ni hasilnya

tuan tanah pada 17/9/2017


ni namanya mekap asal boleh
aku memang tak reti mekap.
tengok je la kening aku tu. dah macam watak kartun sincan je kan?
tebal, berserabut dan pendek.

orang yang reti mekap takkan macam ni punya kening.
kening dorang cantik terbentuk, macam bulan sabit dan sama bentuk kiri kanan.

beberapa minit jugak aku pikir nak upload kat fb ke tak gambar ni, nak upload ke tak.
segan wehh.

tapi akhirnya aku upload jugak.
sebabnya aku nak tunjukkan bahawa foundation ni memang smooth kat kulit.
nampak macam pandai mekap.
nampak muka licin dan gebu.
kulit nampak macam takde cela langsung.

Selepas 5 minit gambar tu masuk fb, (aku upload pukul 12.13pm) aku dapat wasap dari salah fb friend. nampak tu dia wasap aku pukul 12.18pm.

beliau berkenan lipmatte yang aku pakai.


aku belum habis makan kat kenduri, dia dah tanya pasal lipmatte
hahaha
Walaupun hingga post ini ditulis beliau belum pon beli lipmatte tu dari aku, namun respond ini cukup membuatkan aku happy.

petang, dapat lagi wasap dari customer.
kali ni dari regular customer tersayang.
dia pun berkenan kat lipmatte dan DG barbiedoll foundation.



 HAHAHA... happy nya rasa



ni pulak malam tadi.
dia wasap aku pukul 10lebih.
aku ralit layan tv. handphone pulak tengah cas.
tak dengar bunyi wasap.
pagi ni baru aku balas.
aku sangka dia nak tanya pasai DG set skincare.
bila aku terangkan, rupa-rupanya dia nak tahu tentang produk mekap yang DG ada selain dari set skincare.
baru aku paham.
ni semua penangan gambar yang aku upload la ni.




kenyataan bahawa foundation ni lagi lama pakai, lagi nampak glowing, adelah benar sekali.

lepas makan kenduri, aku ke GM Klang.
masuk tandas tengok cermin, eh eh.. cantiknya diaaa kahkahkah..
perasan di mana-mana.

Foundation ni bukan cecair ye.
ianya bentuk krim.
jika pakai setiap hari, aku rasa boleh tahan hingga 4 bulan kot.
macam aku, hanya pakai untuk acara-acara tertentu je.
contohnya macam semalam pergi kenduri, aku pakai la.
kadang aku tak pakai pon.
jadi jika pakai macam aku ni, aku rasa setahun pun belum habis lagi.

Harga?
RM60 je seketul.

siapa nak beli, boleh wasap aku ye.

** Testimoni pengguna DG Barbiedoll Foundation **


Salah seorang team Diamond Gold stokist share gambar ni. lama dahh.
nampak lebih berseri hasil sentuhan Barbiedoll Foundation.
bukan orang muda je boleh pakai ye.
mak kita pon boleh pakai.
boleh belikan untuk dorang.


012-931 1015
wasap nombor ni jika nak beli.

Thursday 14 September 2017

UPSR 2017 - Day 4

UPSR last day dah hari ni.
subjek Sains menurut kata amir.

pagi ni aku bangun nak masak benjo lagi.
pecahkan telur atas ceper.
baru perasan roti habis kahkahkah.
sudahnya amir sarapan ala-ala mat saleh pagi ni.
telur mata kerbau cicah sos BBQ.
sedap dia kata.

ok lah.
buat alas perut nak jawab periksa nanti.
duit belanja pon dipastikan tak terlupa lagi. 

sepanjang periksa upsr, pihak sekolah agama beri kelonggaran kepada murid darjah 6 untuk tak payah datang sekolah.
supaya murid-murid dapat rehat dan dapat ulangkaji di saat-saat akhir.

oleh kerana hari ni lastday upsr, esok takde dah, makanya amir cakap dia nak ke sekolah agama hari ni.

dua minggu lagi, periksa PSRA pulak.
esok ada majlis solat hajat anjuran pihak sekolah agama.
guru, murid-murid dan ibu bapa perlu hadir.
ini sebagai salah satu usaha untuk kejayaan murid.
again, aku tak dapat join sebab period.



** Testimoni Diamond Gold Skincare **

"Sejak pakai DG, kawan-kawan asik usik saya, kata makin cerah la makin lawa la.. haha.. zaman sekolah dulu kulit gelap gelemat. nahh kak, tengok sendiri gambar saya sebelum jumpa DG.."





Haaaaa...
untuk adik-adik boboy yang masih bersekolah tu, lain kali jangan pandang sebelah mata je sep-sep yang kononnya tak cantik ni. jangan la asik nak try si cantik manis aje. 

nahh.. kau tengok ni. budak ni kemain gelap masa zaman sekolah. sekarang sejak dah pandai melawa ni, kemain cun kan?
gigit jari la korang.

macam reflek kisah aku pun ye. (macam geli hati je nak tulis ayat ni)
HAHAHA

dulu zaman sekolah menengah gi sekolah kayuh basikal.
rentung habis wehh. panas lit-lit. jauh pulak tu jarak rumah ngan sekolah.
dah la memang keturunan kelabu abadi.
nak beli fair and lovely pon duit tak berapa nak ada.
nasib baik dulu takde facebook.
dan takde iphone.
kalau tak, tak tahu nak cakap.

dulu zaman kodak. 
kamera pun takde. 
kat sekolah dulu ada la kawan yang kaya, asal ada jamuan sekolah ke apa ke, dia memang bawak kamera.
ambik gambar geng-geng lawa dia je la.
nama nak ajak aku masuk sekali tu takkan berlaku.
nescaya rosak gambar dorang nanti.
karang sawan tangis pakcik kedai cuci gambar tu nanti.
ni orang ke hantu ni dia kata.

itu dulu.
sekarang dah jelita dahhh..
rugi sape tak ngorat aku dulu.
kahkahkah.
sila muntah.

ok dah.
aku betul-betul nak balik dah ni.

Nak beli Diamond Gold Skincare, wasap daku hokeh?

012-931 1015 - kak ila ngko


sekian.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Wednesday 13 September 2017

UPSR 2017 - Day 3

Hari ni subjek matematik kata amir.

pagi tadi aku bangun awal.
lalu menyiapkan sebiji benjo setiap seorang.
amir dan joe. ammar takyah.
nanti dia mintak roti canai jugak.

mudah-mudahan tak kelaparan macam pagi semalam.

amir ni kat rumah dia malas.
sama la macam aku dulu kahkahkah.

yang bezanya amir kena sekolah pagi dan petang.
aku pulak sekolah kebangsaan waktu pagi tu je.
petang, aku mainnnnn hingga maghrib.

esok nak periksa upsr pon aku rilekk lagi.
macamkan ambik periksa penggal je.
takde rasa cuak ke gabra ke.
kira macam tahap konpiden mak hencik ni melambung tinggi gitu.
kahkahkah
takde lah.
padahal aku sebenarnya tak reti nak panik pon.
almaklum la masih kanak-kanak.

sama la jugak dengan amir.
dia mana reti nak stress-stress ni.
balik rumah bukak tv.
abah dia dah letak password baru taknak bagi layan kartun.
ehh, dia layan korea yang aku rakam pulak.
dah tu? takkan aku nak marah-marah paksa-paksa suruh baca buku time2 maghrib ni?
kuasa aku.
baik aku masak cepat-cepat.

bila aku kenang-kenang balik, aku rasa aku ni macam ibu yang tak tegas perihal pelajaran anak-anak.
aku cuba nak tegas. tapi tak tau macamana.

aku nak daftarkan tuisyen kat amir masa awal tahun ritu, dia taknak.
dia kata penat.
lalu aku cuba selami aktiviti seharian dia.
ehh, memang betul memenatkan.
pagi sekolah.
petang sekolah.
malam takkan nak sekolah lagi.
kalau tuisyen, balik tuisyen nak siapkan kerja sekolah pulak.
macam takde life je.
pastu aku bandingkan dengan perjalanan hidup aku zaman umur macam dia.
aku ada banyakkkkk masa main.
amir? macam takde je.

ruang dia main hanyalah kat daycare.
main dengan kawan-kawan yang sama-sama tunggu mak bapak datang jemput balik rumah.
kemudian hari minggu.
tapi hari minggu pun jarang main kat luar.
ada tu ada, cuma bukan setiap minggu.

aku harap, Tuhan kesiankan anak-anak aku.
walaupun kat kertas tak nampak pandai, aku harap dia masih bijak pilih jalan hidup.
wah wah wah..
gituuu.

ok lah.
tak perasan dah pukul 5.30petang.
banyak lagi nak taip sebenarnya.
tapi nak balik cepat.
nak COD Diamond Gold product kat Giant BK4 jap nanti.
challowwww dulu.

sekian.

Yg baik dari Allah.
Yg buruk dari Aku.

Tuesday 12 September 2017

UPSR 2017 - Day 2

Hari ni subjek BI.

hati aku agak sayu pagi ni.
puncanya, terlewat bangun.

punca terlewat bangun?

Alkisahnya.
Ammar menangis pukul 3 pagi masuk bilik kitorang cakap sakit kat bawah perut.
tangan dia asyik pegang k*te aje.
dia masuk bilik, kejut abah dia.
aku masa tu tak sedar kerana baru terlelap.

entah kenapa tak boleh tidur sangat malam tadi. pukul 2 lebih baru terlelap.
so masa ammar masuk bilik tu aku memang tak sedar langsung.
sedar tu masa ammar naik katil aku menyelit kat tengah-tengah menyebabkan ruang jadi sempit.
aku tanya kenapa adik tidur sini pulak?
pastu aku perasan seluar dia dah bertukar. dah tak geng dengan pasangan baju tidurnya.
dia kata sakit, sambil nangis.

rupanya ammar terkencing dalam seluar.
ini amat jarang-jarang sekali berlaku.
ammar sejak dah tak pakai pampers waktu malam, hampir tak pernah kencing kat tilam.
seingat aku, termasuk kali ni, baru dua kali dia kencing ketika tidur, sejak tak pakai pampers start umur nak masuk 4 tahun.
dia mesti tersedar dan pergi bilik air.
dua tiga hari ni sebenarnya perut ammar macam kurang sihat.
berak cair pon ya. demam tak pulak.

hari kamis minggu lepas tercirit dalam kereta.
patut lah petang tu aku singgah pasar malam, dia taknak ikut, sebaliknya hanya tunggu dalam kereta bersama amir.
diammm je. selalu dialah yang paling bingit.
sampai rumah, mintak nak tukar seluar. dia nak ikut joe main kat taman.
aku iyakan aje lah, kerana sangkaan aku seluarnya longgar.
mungkin tak selesa berlari-lari sambil pegang getah seluar.
atau mungkin jugak seluar dia basah tertimpa air kencing ke hapa ke kan.

esok pagi, masuk je kereta terasa-rasa macam ada bau kurang enak.
oleh kerana masih pagi, bau tu tak kuat mana.
ahh, mungkin aku terhidu bau taik kucing kot, bisik aku dalam hati.
sampai office, aku park kereta bawah pokok.

lunch hour, aku keluar.
masa bukak pintu kereta tu, tiba-tiba keluar bau busuk dari dalam kereta.
eeee... bau apa ni? macam bau sampah je.
cari punya cari kot-kot ada sisa makanan basi bawah seat ke, takde pulak.
lantas aku terlintas mungkin ammar terkincit dalam kereta ni.
sebab dia memang cirit birit time tu.

petang masa ambik dorang kat daycare, ammar masuk je kerete cakap "umi, ammar mintak maaf sebab terberak dalam kerete umi semalam.."
ohoiiii... baru nak cakap ye?
jenuh umi ngko menahan pitam dalam ni tau.
sekarang ni dah bau wangi dah sebab ngah dah cuci seat tu, malahan rasa macam duduk dalam taman bunga pun ya jugak. kemain wangi dengan wangian softlan.

ok.
berbalik pada cerita bangun lewat tadi.
disebabkan tidur terganggu, aku bangun lewat.
ngah pon lewat. amir pun lagilah.
dah la periksa besar time ni.
pukul 7.15pagi baru amir keluar dengan abahnya ke sekolah.
aku hanya sempat hulurkan segelas 'air tawar' untuk amir minum sebagai bekalan jiwa ketika menjawab soalan peperiksaan nanti.
salam-salam, terus ke sekolah.

ngah pun terpaksa ambik halfday hari ni, kerana kekalutan yang berlaku pagi ni.
salah satu puncanya juga; alarm kat handphone ngah tak bunyik.
tak tau lah kat mana silapnya, atau mungkin budak-budak ni tertukar setting ketika main game malam tadi. atau mungkin handphone tu mintak duit lagi. huhu..
kalut punya pasal, duit belanja sekolah pun ngah lupa bagi kat amir.
mesti abahnya rasa ralat tu.

kemudian aku terpandang roti gardenia yang amir mintak belikan malam tadi.
terbaring je atas meja. tak berusik.
tiba-tiba rasa sayu.
semalam amir cakap dia nak buat sandwich.
dia siap beli thousand island, mustard, sos BBQ dan daun salad kat giant malam tadi ketika mengikut aku cari ikan kat giant.
memandangkan malam tadi aku masak mee bandung untuk dinner, sandwich takde lah.

tadi, ngah ke sekolah untuk bagi duit belanja kat amir.
aku siapkan sebiji benjo untuk kirim kat dia.
setidak-tidak nya kurang sikit rasa bersalah kerana kekalutan pagi ni.

mesti amir sedih bila nak beli makanan kantin, seluk poket takde duit.
kemudian, mesti dia gembira bila waktu rehat nampak abah dan adik dia datang ke sekolah untuk hantar duit belanja.
dan mesti dia super gembira bila dapat makan benjo kasih sayang kiriman umi dia.

sekian update pagi ni.
gambar takdo.




**Testimoni Diamond Gold Skincare**

"Sejak pakai DG Skincare, kulit muka saya makin bersih, gebu dan cerah kakk. dulu kulit kusam dan ada jerawat pasir. parut jerawat pun sekarang dah makin hilang. hihi..."


siapa nak try pakai Diamond Gold Skincare, boleh beli dari aku ye.

wasap 012-931 1015 - kak ila ngko

sekian.
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.


Monday 11 September 2017

UPSR 2017 - Day 1

Ye. UPSR Day 1 bermula pagi ini.
dan ini salah seorang calonnya.

11/9/2017 - UPSR day 1.

Amir.
anak sulung tuan tanah.
sesaja la tangkap gambar dia tengah nak pakai kasut pagi tadi.
buat kenang-kenangan untuk aku tepek dalam blog.

hari ni subjek BM1 dan BM2 katanya.

macam mak-mak yang lain, aku pun rasa cuak jugak bila terpikir pasal periksa UPSR ni.
hati tu berdebar je.
cuma malas nak terlalu pikir sangat.
lagipun, aku sedar anak aku bukan kategori cemerlang lang lang sangat.
kat sekolah dia, ada 8 kelas murid darjah 6.
Amir berada dalam kelas ke 4.
walaupun tak cemerlang, aku tetap harap subjek BI di tak gagal.
huhu..

beberapa minggu yang lalu, amir ada cakap dia nak masuk sekolah menengah agama.
dalam hati aku rasa syukur jugak bila dia lahirkan hasrat nak bersekolah aliran agama.
cumanya, aku khuatir dia pilih jalan tu kerana terikut kawan-kawan.
dah la sekolah agama jauh dari rumah.
dah sah-sah kena duduk asrama.
aku risau belajar 2 bulan tiba-tiba bagitau nak sekolah kat menengah biasa semula.

pernah terjadi kat kakak aku.
satu-satunya anak lelaki yang dia ada.
tamat je darjah 6, dia cakap nak masuk sekolah pondok.
masa tu kawan sekampung dia pun nak bersekolah kat sekolah pondok.
hari-hari dipujuknya kakak aku suruh hantar dia sekolah pondok.
akhirnya kakak aku tewas.
pergilah mendaftar.
kawan dia pun emak dia daftarkan jugak ke sekolah pondok.
sekolah yang sama.
masa tu belum ada lagi sekolah rendah agama macam sekarang ni.

belajarlah dua sahabat tu kat salah sebuah sekolah pondok di kuala krai.

mula-mula belajar kat situ, semuanya ok.
lama-lama nampak kelaut. bukan sekolah pondok tu kelaut, sebaliknya anak kakak aku yang kelaut!

sekolah pondok mengikut cerita anak kakak aku tu, amat tegas.
seawal 4pagi dah kena bangun. yang lewat bangun akan kena denda.

pepagi buta dah ada aktiviti.
contohnya mengaji semua tu lah.
menghafal surah, kena betul-betul hafal.
lupa, kena denda!

murid dalam 3, 4 orang tinggal dalam satu rumah pondok.
aku tak ingat sangat dah cerita dia.
cuma kalau tak silap, murid perlu cuci pakaian sendiri, kemas rumah sendiri dan masak sendiri. standard la tu kan. berdikari.

mereka bahagi-bahagikan tugas harian sesama sendiri.
anak saudara aku kebanyakan tugasnya adelah memasak.
sebab tu la dia pandai memasak hingga sekarang.

mungkin sebab terlalu muda untuk terima semua ni, ada yang berpatah ke sekolah biasa semula.

kawan sekampung tu akhirnya keluar dari pondok, lalu masuk sekolah biasa, selepas 1 tahun kat sekolah pondok.

anak kakak aku?
masa kawan dia keluar pondok, dia masih teruskan belajar situ.
dia ada kawan baik lain yang berasal dari daerah lain.
malangnya tak kekal lama.
umur 15 tahun (kalau tak silap), anak saudara aku akhirnya keluar jugak dari pondok, dan belajar di sekolah menengah biasa.

kalau ikutkan umur, dia dah tingkatan 3.
tapi oleh kerana dah jadi pelajat tercicir, dia kena masuk tingkatan 2 untuk belajar semula sempena duduki PMR.
dan akhirnya result PMR pun kelaut jugak.

itu yang aku risaukan si Amir ni.
takut hangat-hangat taik ayam je.

ok, sekian dulu update ringkas.
aku ada banyak nak cerita sebenarnya ni.
cerita raya haji.
cerita hari minggu.
tapi macam takde kerajinan je nak transfer gambar hahaha.

ok la stop dulu.

**Testimoni Diamond Gold Skincare**

"Baru habis 1 set DG, kawan mula perasan kulit saya bersih, licin dan cerah kakk.."


DG ni, kau pakai dengan berdisiplin, dengan rajin, Insya Allah memang berhasil!

Siapa nak try Diamond Gold Skincare, boleh WA nombor di bawah ye.

012-931 1015 - kak ila ngko


sekian,
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.