Wednesday 2 December 2020

Melanggan Maxis PTP-Link Pulak

 Pagi ni agak huru hara sikit jadual aku.

Sepatutnya aku plan nak cuti hari ni, sebab Ngah cuti. Bersemut sangat kan, mentang dia cuti dia hasut aku suruh apply cuti jugak. Kah kah kah..

Ngah cuti ada sebab. Dia nak install plan Maxis fibre kat rumah kitorang, yang link dengan Astro. Janji dengan installer hari ni 2/12/2020.

Tapi pagi ni aku decided masuk kerja jugak. Sebab aku majuk dengan dia. Nak tau punca aku majuk?

Gini.

Hari Ahad tu Ngah ajak aku gi Ikea Damansara. Nak survey katil untuk bilik anaks bujang 3 beradik ni. Lepas tu beli la sebuah katil double decker. Padahal tak plan sangat nak beli double decker, ye la kan. Dulu dah pernah pakai katil double decker. 3 ruang lagik. Ke, orang panggil triple decker?

Tapi bila anak dah besar, katil yang asal tu aku berikan kat anak buah. Plan yang terpaling asal, adelah membeli sebuah katil queen. Tak tau cemana terbeli jugak katil double decker lagi mengkome weiii.. gara-gara harga offer RM529 saja. dan ianya menjimatkan ruang. Dan lagi pulak Amir pernah kata dia taknak kongsi katil dengan adik-adik lalu terbantut niat nak katil queen.

Dah beli katil double decker, balik pasang pat lima jam jugak. Pasang pastu salah. Bukak and pasang lagi sekali. Gitu la dia. Bajet hebat tapi dot dot dot...

Lepas tu mula la dia bad mood. Bila dia badmood nanti ada la dia buat kerja kasar-kasar, tak pun marah-marah. Nak suruh kita buang sisa kotak pembungkus katil tu pon dia main campak-campak je. Terluka la hati kita. tu yang aku majuk lalu tak jadi ambik cuti hari ni. muahahahah..

Hari ni dia sorang cuti. Kebetulan sungguh. Hari ni jugak dia demam. Katanya sakit perut. Anak aku Tajuddin pun teruk jugak sakit perut sampai rasa loya semua. Aku pulak, aku memang terasa perut memulas tapi aku ingatkan punca memulas tu sebab telan GC Plus kelmarinnya tu.

Pukul 11pagi tadi Tajuddin wasap beritahu abah demam takleh bangun, kaki semua rasa sejuk. Panik weii bila anak wasap lagutu. Terus jumpa boss mintak izin nak balik jap.

Sampai rumah tengok-tengok ada 2 orang installer sorang melayu sorang cina sedang buat kerja pemasangan Maxis Ptp-link. Ngah terpaksa menahan demam demi menunggu installer buat kerja. Aku ajak gi klinik, Ngah kata dia dah ok sikit sebab dah telan ubat juma dalam kotak ubat. Tajudin nasib baik tak demam. Hanya berak-berak je. 

Lepas dah setel, aku terpaksa masuk kerja balik. Padahal boss dah cakap takyah masuk pon takpe, anggap aku work from home. Tak tolak annual leave pon. Sumpah weiii.. aku banyak giler kerja sejak PKPB fasa pertama lagi. Boss buang staff. dia simpan aku je buat purchasing untuk building materials. Invoice pon aku jugak kena match, pastu key-in masuk dalam system sebelum pass ke account department. Lagikan hari-hari gi kerja pon kerja tak pernah habis, inikan pulak kalau cuti sehari. Boleh stress weiii..

Memandangkan terlampau sibuk kat ofis, dah lama tak update apa-apa kat blog. Jangankan blog, fb pon aku jarang up status. 

Kontrak 2 tahun bermula hari ini. Bulanan kalau tak silap RM145/month tapi aku tak pasti sebab ni semua kerja Ngah. Aku tukang guna je hehe.


Update blog ni pon sekadar nak mengetes line Maxis fibre ni je. Sesambil melayan k drama. 

Ok la.

Babai dulu.

Yang baik dari Allah,

Yang buruk dari Aku.


Monday 31 August 2020

Pertama Kali Jumpa Founder DG Kak Nur

Masa Akma leader aku tanya kat group.. "sape nak join dinner dengan founder DG 25/8/2020 ni, sila tulis nama ye. 

Akulah stokis pertama yang tulis nama. takde pikir apa dah. hahaha.. Macamana nak pergi ke Hotel Seri Pasific kat Jalan Duta tu kemudian je lah pikir. Kerja menimbun kat ofis tapi tetap kena cuti demi nak jumpa kaknur, pon nanti-nanti lah aku pikir. Tema black and white glam tapi dalam lemari takde baju memandangkan saiz badan dah makin mengembang, juga kendian lah pikir. Yang penting bagi je nama dulu. hahaha.. begitu sekali tekadnya nak join the even.

Dah masuk 5 tahun aku jual DG Skincare, sekali pon belum pernah jumpa kaknur. Hanya melalui wasap je. Tu pun kalau ada issue yang memerlukan pengesahan dari kaknur je, baru aku wasap dia. Kalau setakat stok lambat dari HQ tu aku takkan kacau kaknur, memadai cari leader je.

OK tak mahu bebel panjang, aku sebenarnya nak tepek gambar kenangan ni je.

Founder DG dan Stokis DG

Leader Akma bersama barisan stokisnya.


Stokis Puchong, Leader Akma dan Stokis Johor Lina
Yang baju putih tu adik Kaknur. Masya Allah putih dan gebu giler la dia. Selama ni aku tengok kat fb je. Ingatkan dalam gambar je nampakcerah gebu, rupanya adik beradik dorang memang jenis putih gebu oii.
Lina datang berdua dengan kakak dia. 
Kitorang dibawah leader Akma duduk semeja. Lina duduk sebelah aku. Kakak dia duduk sebelah dia.Aku perati tengok kulit muka dorang dua bradik. 

Ya Allah bersihhhh je. 
Aku tanya Lina pakai set DG yang mana. 
Kan DG ada set serum vit E.
Ada DG set triple serum.
Sekarang ada DG Night Exclusive yang khusus untuk pakai malam bagi yang bermasalah teruk.
Atau ada campur produk apa-apa ke selain DG. 
Dia kata memang pakai DG set trial serum vit e tu je sejak dulu tak pernah tukar. 
Kakak dia pun sama, pakai set serum vit e je. 
Sumpah Lillahi Taala aku tak pandai-pandai buat cerita ye.
Aku banyak bersembang dengan dia. Siap  mintak tips macamana dia ada ramai agen. 
Bagus betul dia, langsung tak kedekut ilmu.

Stokis Puchong bersama stokis Batu Caves.

Stokis Puchong bersama leadernya. Gediks kan aku? hahaha

Gambar aksi gunting dan kak ila berpisah tiada haha

Ni masa baru sampai hotel. Terkial-kial aku menunggu Akma sampai. Segan jugak la sebab aku hanya kenal Akma je, dia pulak lambat, sibuk mekap gamaknya haha. Aku memang tak mekap pon. Ambik wuduk siap-siap kat rumah dengan harapan tak batal wuduk hingga sampai hotel. Sampai hotel elokk maghrib. Cepat-cepat aku solat. 

Memandangkan ini even pertama aku dengan DG, aku berusaha punctual.
Tapi punctuality aku berakhir dengan kejanggalan bila aku terkontang kanting sorang-sorang. Akhirnya aku redah masuk je kedalam dewan ballroom tu tanpa Akma. Duduk la sorang-sorang kat meja nombor lapan buat-buat bizi update instagram hahaha.

Dekat pukul 9malam baru Akma dan stokis lain sampai. Aseyleheyy betul huhu..




Selfie sedas sambil tunggu Akma and team
Buah tangan dari pihak HQ sebaik daftar kehadiran.










Dapat luckydraw youuuu.. RM100 cash. Jadik la kann.

Oh ya, luckydraw yang hujung-hujung tu memang best sangat. Dapat handbag, emas putih, dan barangan-barangan yang nilai dia ribuan jugak. Team Akma daripada 5 orang, 4 orang dapat luckydraw, sorang je tak dapat. Takpe la.. nasib kann.. hihi

OK la.. stop dulu.

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Nak beli Diamond Gold Skincare ORIGINAL, meh wasap kak ila meh.
012-931 1015

Nak beli terus dari kedai shopee pon boleh.



Singaporean juga boleh dapatkan Diamond Gold Skincare di kedai shopee kak ila tau, dah masuk shopee singapore pon hihi.

Wednesday 27 May 2020

Kak Ila, Boleh Ke DG Skincare hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata?

Aku jarang-jarang dapat juga soalan ni. 
Tak selalu, tapi sepanjang aku jual DG dah masuk 4 tahun lebih ni ada la tiga pat orang customer tanya. 
Biasanya aku jawab TAK BOLEH.  
Basically memang tak boleh pon. 
Kebiasaannya lingkaran bawah mata ni bukan masalah kulit. 
Ianya sangat berkait rapat dengan cara hidup kita. 
Biasa terjadi disebabkan kurang tidur, selalu guna komputer / laptop / handphone secara kerap. 
Dah la kerap, lama pulak tu mengadapnya. 
Lagi satu sebab pengambilan ubat-ubatan. 
Kalau kau sejenis burung hantu selalu berjaga lewat malam dan kurang tidur, cuba ubah cara tidur. 

Pastikan tidur awal dan tidur secukupnya. 
Insya Allah lingkaran bawah mata tu nanti hilang. 
Jangan pulak pergi tidur dari pukul 10 malam sampai esoknya orang dah azan Asar kau tak bangun-bangun pulak. Nanti mata jadi bengkak dan lebam semula. 

Suatu ketika dulu aku pernah dapat wasap pertanyaan dari salah seorang customer. 
Dia nak pakai set DG sebab nak hilangkan lingkaran bawah mata ni la. 
Bila aku explain, baru dia cakap yang dia ada makan ubat. 
Aku tak ingat ubat sakit apa. 
Darah tinggi ke kencing manis lupa dah. 
Oleh kerana dia memang tak boleh tinggal ubat, lama-kelamaan bawah mata dia jadi gelap lebam. 
Tu yang dia nak try DG. 

Aku memang cakap terus terang je. 
Kalau puncanya dari ubat, DG takkan dapat bantu.
Supaya customer faham sejelas-jelasnya. 
Kalau dia nak beli juga nak cuba juga, setidak-tidaknya dia aware bahawa kulit dia boleh cerah, kusam boleh hilang. Tapi lebam bawah mata akan kekal di situ. 
Kalau dia taknak beli, pon tak mengapa pada aku. Daripada berbohong semata nakkan sale tapi end up produk tu tak dapat memenuhi janji (menghilangkan lingkaran bawah mata tadi), tak ke lagi naya. Naya kat pembeli. Naya juga kat kita sebagai penjual. Keberkatan takde.

Nak tahu kenapa aku jual DG dan masih jual walaupon dah 4 tahun. dah la dengan macam-macam rintangan? 

Sebab DG ni menunaikan janji. 

DG kata kalau pakai konsisten, kulit kusam boleh cerah dan naik seri. Memang betul.
Kulit jerawat boleh dirawat dan kembali licin bersih. Memang betul.
Yang kulit jeragat DG tak pernah kata jeragat mampu hilang selepas sekian sekian hari. 
Walaupon memang ada jenis jeragat yang bila pakai mampu hilang, namun DG hanya claim mampu pudarkan jeragat je. 
Konsep dia jangan janji bintang dan bulan kalau tak mampu ditepati. 
Jangan overclaim. 

Rezeki ni kurniaan Tuhan. 
Kalau kita jujur beri maklumat tentang produk, kalaupun customer nan satu tu hilang, pasti Tuhan kirim berpuluh-puluh lagi customer yang baik dan tak cerewat datang cari kita nak beli DG.                            

Agithuuuu


Terpegun tak? macam budak sekolah pulak sejak naik kulit bersih ni kan? haha

Nak try Diamond Gold Skincare?
Meh roger nombor ni
012-931 1015 - kak ila awak hikhik

Sekian
Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku





Wednesday 6 May 2020

Hari Pertama Berkerja Setelah 49 Hari #Dudukrumah

Alhamdulillah.. sejak PKP dikuatkuasakan pada 18/3/2020 tempohari, akhirnya hari ni bos aku dah bukak semula ofis. 
Semua dah kena masuk kerja. Hari pertama takde apa sangat nak buat. 
Bersembang je dari pagi sampai balik kerja. Macam-macam kisah oii. 

Pasal kerja sekolah anak-anak yang bertimbun hingga mak-mak stress. Ni aku pun stress ye. 
Nak-nak pulak anak-anak jenis degil taknak belajar macam anak aku tu. Dan paling sadis subjek bahasa Arab. Nanges oiii.

Pasal kena bayar yuran taska FULL walaupon tak hantar anak. Kesian jugak kalau kena bayar full.
Nasib baik la anak-anak aku dah tak duduk taska / transit sejak awal tahun ni. 
Dorang duduk transit sekolah agama. Jimat kat situ.
Yuran van sekolah anak-anak pun bulan ni kena bayar separuh je. Nasib baik sangat-sangat. 
Officemate aku sorang ni taska kena bayar full, yuran van pun kena bayar full. 
Merungut jugak la dia. Nak-nak pulak bila aku cerita aku hanya bayar yuran van separuh je. 
Aku rasa patutnya pengusaha van mahupon taska/transit ni cas separuh pon dah ok, dengan andaian takde kos diesel untuk khidmat van sekolah. 
Dan takde kos bahan makanan untuk kos taska / transit. 
Apa salahnya kalau mintak bayaran separuh je kan. 
Bukan awak sorang derita. Orang lain pon ada kisah derita masing-masing, cuma tak beritahu sesiapa je. 
Macam aku ni. Bulan March punya gaji semua staff bos potong 20%. Yang manager level bos potong 50%. 
Suka ke tak suka ke, tetap kena redho. 

Pasal apa lagi tajuk bersembang.
Oh ye, pasal masak memasak.
Sejak PKP ni ramai dah yang pandai masak makanan yang sebelum ni tak pernah buat. hahaha

Aku yakin di luar sana, ada segelintir keluarga yang terselamat dari cerai berai dek kerana tak dapat keluat semasa PKP.
Ehh tahu tahu tahun depan bakal timab anak baru hahaha.

Sekian bebelan.

**  Testimoni Diamond Gold Skincare ** 





Oh ya.
Kakak awak ni masih aktif jual Diamond Gold Skincare tau. 
Dulu kakak mini stokis je hikhik. 
Sekarang kakak maju selangkah jadi stokis pulak. Boleh wasap kalau nak try. Nak jadi agen pon boleh.

Wasap je 012-931 1015 - kak ila 


Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Monday 17 February 2020

TQ Datin Rekemen Kawannya Beli DG Dengan Kak Ila

Petang semalam, semasa aku ralit layan cerita tamil tv2, tiba-tiba dapat mesej wasap.

Check tengok rupanya customer baru. Baru nak risik-risik je la dulu. Takpe. Aku memang suka sangat dapat wasap dari customer baru kerana bagi aku, yang wasap tanya tu dah 50peratus memang dah ada keputusan nak beli. 50peratus lagi tu terserah pada cara aku komunikasi dan atas izin Yang Maha Pemberi lah.

Cuma semalam, yang paling tertariknya bila dia kata kawan dia seorang datin pakai DG Skincare, beli dari aku. Terkesima aku kejap sebab selama ni semua customer aku duk panggil sis sis je hahaha.

Walaupun panggil sis je, namun aku perasan jugak la, ada beberapa customer yang aku COD, tinggal di lokasi elite. Lokasi orang kaya raya. Memang aku dah agak ni mesti rumah dato datin yang bisnes juta-juta ni. Banglo besar namatey hokeh. Jakun kejap dapat masuk area rumah dorang.

Yang aku pos pon boleh perasan area rumah orang have have huhu.

Logik akal, datin yang duit berkepuk-kepuk lebih dari mampu beli produk obersi, tetap memberi peluang kat dirinya untuk cuba pakai DG Skincare. Serasi pulak tu! Sampai kawan dia tanya kulit bersih dan cerah pakai apa. Tak segan silu datin tu bagitahu pakai DG je. Malahan siap rekemen beli dengan aku. Syukurr sangat.





Tak tahu la datin Noriza tu customer aku yang mana satu.

Ramai benornya orang kaya beli DG Skincare dari aku.
Bukan nak riak tapi dah alang-alang tu baik riakkan je lah hahaha.

Personaliti tv pon ada. Ini sumpah ye tak tipu. Cuma takleh nak gebang sebab menjaga hak dan karahsiaan pelanggan pun ye, lagi satu personaliti tv ni dorang sendiri pun dah berdiri sebagai satu brand.
Lagi popular mereka, lagi tinggi nilai mereka. Lagi mudah dilamar jadi duta produk. Sebab tu tak boleh nak gebang sangat kalau betul pun dorang pakai DG hikhik. Tak pasal-pasal kakak kau ni kena saman.

OK dah, itu je coretan hari ini.

Siapa nak cuba pakai Diamond Gold Skincare, boleh wasap nombor ni tau.

012-931 1015 - kak ila awak hikhik.

Aku memang jual DG yang original, ambil stok dari HQ (melalui leader Akma).
Jual juga follow harga HQ tetapkan.

Mohon janganlah wasap tanya aku

"kenapa kak ila jual harga RM120/set sedangkan si polan si polan jual harga sekian-sekian je."

Pergi lah tanya si polan tu kenapa dia jual harga tak mematuhi arahan yang HQ tetapkan.
Agituuuu...

Semoga rezeki kita dapat ni berkat hendaknya. Aminnn

** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

Nampak tak gambar adik manis ni? Mengancam kan? Pakai DG je ni wakkk.

Boleh beli di kedai shopee kak ila tau 



Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Tuesday 4 February 2020

Lama Betul Tak Update

Lama betul tak update blog.
Selalu je bukak blog, tapi lepas tu termenung.
Bukan takde cerita nak riak kat sini, tapi kehidupan dan kerjaya dunia offline begitu padat sampai nak menulis pon tak senang. ecewahhh sangat hahaha.

Tepek muka sendiri je la mampu.
Cerita jenjalan masa cuti sekolah pon langsung takde.
Dari bulan december lagi.
Sampai akhirnya handphone aku beronar, terpaksa aku delete 6ribu lebih gambar wasap.
Kebanyakan gambar Ngah ambik pakai handphone dia. Lepoas tu dia send kat aku.
Dah hangphone bengong, terpaksa delete semua.
Kosong terus wasap image haha.

Yang ada beberapa ketul ni pun mujur je.
So tepek sini la buat kenang-kenangan.

 Ammar setiap kali cuti sekolah abah dia tak bagi potong rambut. Abah dia kata kiut. Kiut kot celah mana aku pon konpius.

 Tuan tanah masa ni baru lepas mentedarah chay kuey tiow. Lekcu pon habis tanggal. Pasal tu bibir gelap gelemat. Nasib baik time ni malam. Fuhhhh lega

Gambar-gambar ni semua masa kami bercuti 3hari2malam kat Bayou Lagoon Resort Melaka.

Nak review pon takde selera sebab semua gambar hilang.

OK dah, itu je untuk hari ni.


**  Testimoni Diamond Gold Skincare **

Nak cuba, meh wasap nombor ni
012-931 1015 - kak ila awak hikhik

Sekian ,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.