Friday 31 August 2018

Promosi Diamond Gold Skincare Dari 13/8/2018 hingga 31/8/2018. Woww Sangat Ni Awak!

[Sticky post. Entry baru (jika ada) boleh scroll bawah hihi]

Khabar gembira untuk pengguna Diamond Gold Skincare.
Bermula 13/8/2018 - 31/8/2018 5/9/2018, Founder DG mengumumkan HARGA ISTIMEWA untuk semua set DG. Uollss, inilah masanya untuk beli lebih sikit buat stok. Yang baru nak cuba pon boleh ambil kesempatan beli time ada offer ni.

Set Trial Serum Vit E : RM115sm / RM120ss
Set Trial TRIPLE Serum : RM11sm / RM120ss

Set Exclusive Serum Vit E : RM190sm / RM195ss
Set Exclusive TRIPLE Serum : RM200sm / RM205ss

FREEPOS + FREEGIFT omaigoddd !!!

Wasap 012-931 1015 untuk order.

Thursday 30 August 2018

Cuti Raya Haji 2018 : Pertama Kali Ke Takbai, Thailand

Sambungan episod balik cuti raya haji hari tu.

Sehari sebelum hari raya haji, aku, Ngah dan adik aku Jani pergi Takbai, Thailand. Ini adalah kali pertama aku dan Ngah ke Thailand, walaupun jarak dari pusat beli-belah Pengkalan Kubor ke Takbai hanyalah dipisahkan oleh sebarang sungai aje.

Dah lama sebenarnya nak pergi seberang sungai nun, tapi memandangkan Ngah pun tak pernah sampai sana so kami dua orang macam takut nak nyeberang, perlu ada orang biasa pergi sebagai teman baru selamat dan best. Kebetulan pula adik aku pun free, aku ajak dia buat teman. Jani masa tu baru sampai malam tadi dari KL, tidur rumah mek. Rumah dia kat Kota Bharu tapi memandangkan badan penat campur selsema sikit, aku suruh dia tidur rumah mek je senang. Pagi esoknya dalam pukul 7.30am kitorang greak ke rumah Jani dulu untuk dia park kereta dia. Kitorang sampai di Imegresen Pengkalan Kubor pukul 10.30pagi lebih kurang.
Depan rumah Jani, Tunggu dia simpan kereta dia jap
Kat imegresen ni kitorang buat pass sempadan. Cas untuk 1 passbook RM10. Pastu kena bayar RM10 seorang untuk ambil gambar ukuran passport segera. Ada kaunter disediakan. Kalau nak jimat, boleh bawak gambar siap-siap. Asalkan gambar tu ukuran passport.

Pukul 12.15tengahari baru siap urusan kat kaunter imegresen. total cost untuk 3 orang adalah RM60. Oh ya. Kalau tak silap aku, hanya rakyat kelantan yang I/C 03 atau I/C bukan 03 tetapi alamat tempat tinggal dalam I/C adalah dalam negeri Kelantan je yang dibenarkan untuk memiliki buku pass sempadan (border pass). Selain dua syarat tu, kalau nak menyeberang ke Thailand perlu ada buku passport (macam yang korang guna untuk gi oversee tu). Apapun, boleh double check di kaunter imegresen terlebih dahulu untuk kepastian.




Kemudian, kitorang menuju ke laluan untuk naik bot.
Tuan tanah, adik bongsu tuan tanah dan suami tuan tanah

beratur nak ke jeti



Tambang bot murah je. RM1.20 dewasa, RM0.50 kanak-kanak
Kalau naik bot haram, maksudnya guna laluan yang tidak sah, tambang adalah RM3 dan risiko kena denda kalau tertangkap huhu.
Kitorang tak sempat naik bot ni sebab dah penuh. Tapi takpe sebab tempoh menunggu bot kedua adalah tak sampai 5 minit.

Dah bayar tambang, kitorang tunggu ketibaan bot pula. So selfie dulu sedas dua

Bot kitorang dah sampai
Kitorang duduk kat paling belakang, berdekatan enjin


Yang pergi bersama kereta, perlu naik bot besar. Seperti gambar ni.



Nampak tak khemah kat belakang aku tu?
Tu adalah kaunter yang disediakan oleh pihak imegresen Thailand untuk isi borang untuk daftar masuk.
Ada kisah terjadi kat kitorang kat sini. Sadis sangat hahaha.

Macam ni tau.
Sebaik bot tiba di tebing Takbai, Thailand, kitorang perlu menuju ke pejabat imegresen terlebih dahulu untuk melaporkan diri lah lebih kurang. Oleh kerana kita orang Malaysia dan nak kena isi borang dalam bahasa Thai, maka sebab itu la disediakan dua orang kat bawah khemah ni bagi membantu rakyat yang bukan warga Thailand isi borang. Pegawai tu tolong isikan. Kemudian pegawai tu serahkan semula borang yang telah siap diisi (cas RM2 seorang) untuk kitorang ke kaunter di dalam bangunan pula. Dengan cara itu, pegawai kat kaunter tak perlu lagi isikan borang untuk kitorang sebab ada orang dah tolong isi tadi.
Yang si Jani ni pulak, dia ingat-ingat lupa walaupun baru je datang tahun lepas. Dia ingatkan dah siap isi borang tu dah boleh pi shoping. Borang tu pakat simpan katanya, nanti nak balik Malaysia nanti tunjuk je borang tu. Aku dengan Ngah pon ikut je lah sebab kami mana reti tak pernah sampai sini.

Dah setel berjalan, beli belah bagai, tengok jam dah pukul 3.15petang. So jom balik.
Masa balik tu kitorang pergi ke kaunter yang anak panah ada tulis 'go to Malaysia'. Sampai kaunter, kitorang serahkan borang yang diisi kat bawah khemah tadi. Tiba-tiba pegawai tu suruh kitorang ke kaunter 'Arrival To Thailand'. Aku pelik la. Aku nak balik tapi dihalaunya pergi ke kaunter seolah-olah kitorang baru sampai. Tapi sebab pegawai tu suruh, kitorang pergi lah jugak beratur kat kaunter satu lagi. Kat situ pegawai tu minta borang dan pass sempadan. Pastu dia chop. Aku dah rasa pelik time ni sebab aku nak balik tapi apesal disuruh chop kat kaunter ketibaan? ahh biarlah. Asalkan setel sudahh. Aku check chop tu dan dapati aku masuk pada 21/8/2018. Aku perlu keluar dari Thailand sebelum 19/8/2018. Nampak tak chop belah kanan pat segi tu?


Untuk balik ke Malaysia, kitorang sepakat untuk naik bot kecil je. Bot kecil tambang RM2/person jika nak mendarat kat jeti sah. Kalau nak mendarat kat jeti haram, tambangnya RM3. HAHAHA macam-macam. Kitorang pilih nak mendarat di jeti sah.
Naik ke daratm kitorang ke kaunter imegresen untuk chop sebagai melaporkan kepulangan. Masa nak chop ni la baru kitorang sedar kesalahan.
Rupanya mengikut data imegresen, kitorang belum check out di Thailand! AKu minta penjelasan kat pegawai tu sebab konfius.
Kemudian baru aku faham.
Ketika isi borang bawah khemah kat Thailand tadi, itu belum boleh diaanggap kau dah check in. tu baru proses isi borang. Memandangkan orang Malaysia tak reti baca dan tulis bahasa Thai sedangkan borang adalah dalam bahasa Thai, disediakan dua prang pegawai untuk tolong kau isi borang je. Dah isi borang, baru la kau pergi beratur untuk chop check in. Step ni yang kitorang tak buat. Sebab tu masa nak chop check out, pegawai tu halau ke kaunter arrival sebab macamana kau nak check out sedangkan kau belum check in? Itu lah puncanya.

"Dah tu nak buat cemana?" aku tanya pegawai imegresen Pengkalan Kubor.
Dia kata dia tak boleh chop kepulangan aku ni kerana dalam sistem komputer mengatakan aku masih berada di Thailand. Dia nasihatkan aku sama ada pergi semula ke Thailand dan check out kemudian baru balik semula, atau balik je rumah dulu tapi sebelum 19/8/2018 kena pergi semula ke Takbai dan masa tu baru check out properly. Adududu... tak mungkin la nak kesana lagi dalam masa sebulan ni sebab nak balik KL dan lepas raya nanti.

Memikirkan kemungkinan akan ada masalah di kemudian hari kalau tak setel betul-betul, kitorang pun patah balik ke Takbai. Kitorang naik bot kecil dan minta dia hantar terus kat jeti bangunan imegresen Thailand. Dah tak larat dah aku nak berjalan kaki. Sampai kaunter, chop check out terus kitorang naik bot besar (sebab jeti bot besar lebih dekat dengan pejabat imegresen Thai). Sampai tebing Pengkalan Kubor dalam pukul 4.30petang. Letih tu takleh nak citer.





Ngah nak beli helmet kat sini, tapi pergi kedai barang motor, tutup pulak. 
  



Bagi aku lah, takde apa yang menarik pun kat Takbai ni. Dari tebing sungai Pengkalan Kubor memang nampak banyak kedai tepi-tepi sungai tu, tapi hanya kat situ je la banyak. Tempat lain lengang je. Setakat nak datang sebagai kenangan boleh la, tapi kalau datang nak shoping, kat Pengkalan Kubor tu 100 kali lebih baik kot aku rasa. Harga pun tak murah mana. Lebih kurang harga kat Pengkalan Kubor jugak, Adik aku beli sehelai baju T shirt harga RM20, minta kurang harga singgit pun dia tak kasi. Mungkin juga harga kat sini murah ketika nilai duit kita lebih tinggi dari nilai duit dia, tapi kalau nak shoping sekarang ni, baik perabiskan je la kat Pengkalan Kubor. Kedai kat tebing kita jauh lebih banyak, lebih selesa dan tersusun, dan kedai pun pelbagai. Kat Takbai aku tak jumpa satu pun kedai periuk kuali semua tu. Ya, mungkin ada tapi tutup sebab esoknya raya haji, tapi aku rasa Pengkalan Kubor lagi best.

OK la aku nak sambung kerja.
Ada masa boleh sambung lagi.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Wednesday 29 August 2018

Cerita Cuti Raya Haji 2018

Hari raya haji tahun ni jatuh pada hari Rabu 22/8/2018. Tahun ni turn beraya haji di kampung aku di Machang. Kebetulan pulak minggu raya tu adalah minggu cuti sekolah jadi kitorang ambik cuti pon seminggu jugak. Memang dah plan sejak raya puasa lagi nak cuti seminggu untuk raya haji. Ngah pon dah simpan cuti demi memenuhi impian bini dia ni hihi.

Kitorang gerak balik ke Machang pada petang Sabtu lebih kurang pukul 6pm macam tu. Aku memang tak kerja dah sabtu tu, hanya Ngah je kerja halfday. Nama je halfday, sampai rumah pukul 3pm lebih jugak. Nasib baik kain baju anak-anak aku dah pack siap-siap. Tinggal tunggu dia balik je siap-siap dah boleh gerak.

Perjalanan takde jem melampau, hanya stuck kejap kat Karak tol tu je. Dah lepas tol, traffic pun elok lancar. Kereta banyak tapi jalan smooth. Lepas dah masuk Raub, aku pon lena. Tau-tau je dah sampai. Kitorang sampai rumah mek pukul 2pagi Ahad.

Kebetulan balik kampung kali ni musim buah. Rambutan kemain lebat, semua pokok rambutan yang pernah berbuah, semua pon lebat buahnya. Sedang masak ranum pulak tu. Pokok manggis yang belum pernah berbuah sebelum ni, pon turut berbuah buat kali pertama tahun ni. Aku syak ianya disebabkan baja buah yang aku letak kat pokok tu ketika balik cuti raya tahun lepas. Ada aku blog pasal ni dulu. Klik entry tajuk Cerita Hari Raya Cik Ila Kidal

Cuma bukan rezeki aku gamaknya, manggis belum masak ketika aku kat kampung.

Tahun ni jugak pokok binjai kebun aku di Kampung Pangkal Chuit berbuah lebat. Alhamdulillah rezeki sangat kerana buah ni memang sangat laris dan permintaan penduduk sekitar adalah sangat tinggi. Cuma jarak rumah mek dengan kebun ni jauh sikit untuk berjalan kaki, menyebabkan agak susah untuk mek berulang alik ke kebun binjai. Setiap kali ke kebun, mesti dihantar oleh Abe D. Nak balik pun, mesti tunggu Abe D datang jemput. Dulu waktu masih kuat, setakat 1km jalan kaki tu biasa je bagi mek. Sejak umur nak cecah 80 tahun ni memang dah tak berdaya dahh.

Jadi sementara aku ada seminggu kat kampung ni, setiap pagi sebelum subuh aku dan kakyah pergi kebun kutip binjai. Kemain kunci alarm handphone pukul 4.30pagi semata-mata taknak terbabas tidur. Kang kalau lambat memang tak dapat merasa buah binjai. Kat kebun tu ramai budak-budak jenis tak reti bahasa main kutip je tak kira buah kebun sape pon. Nak-nak pulak musim cuti sekolah, lagii budak ramai. Kalau lambat, dapat penat je lah.

Azan subuh berkumandang, kitorang balik. Lepas balik solat subuh, sarapan semua, rasa nak pergi lagi kitorang pergi. Tapi belah pagi jarang la aku pergi sebab nama pon raya, harus utamakan raya dulu. Biasanya kitorang singgah kejap-kejap je kalau lalu area situ. Kadang dapat buah sebiji dua. Kadang langsung tak dapat.

Dalam seminggu kat kampung, merasa jugak aku duit hasil jual binjai dekat RM500. Buah kat pokok belum pun separuh yang gugur. Memang berduit sape yang ada pokok binjai ni. Serius tak tipu. Tu aku rasa kalau betul-betul tunggu buahnya dan tak bagi chance kat budak-budak nakal kutip, memang boleh dapat RM2k malahan lebih aku rasa.

Ini Sopia Jeng. Terpaksa tinggal dia kat Puchong sebab kesian kalau bawak balik 8jam dalam kereta. Nasib baik Juer tak balik. Boleh minta dia bagi makan Sopia.

Buah duku ke buah langsat aku tak cam. Belum masak lagi ni, rasanya masih masam.  

Ammar sekarang kalau ajak gi memana dia taknak ikut. Suka lepak kat rumah je. Ramai kawan.

Joe pun sama. Ajak gi memana menang payah. 
Sejak ada handphone sendiri ni lagi payah nak ajak berjalan. 
Aku baru tahu isi cempedak pokok paling depan rumah adalah isi yang terbaik. Serius selama ni tak perasan sebab setiap kali petik cempedak, aku petik setiap pokok dan campur sekali selonggok. Jadi memang tak tahu buah yang ini dari pokok yang mana satu.
Cempedak pokok paling depan. Isi terbaik nombor 1

Pon dari pokok pertama
Tu pon kebetulan lepak kat kerusi batu depan rumah sambil tengok anak-anak main bola beracun. Datang mek bawak sebiji cempedak yang gugur. Kecik je buahnya. Gugur pun sebab dah masak dan ada kesan gigitan tupai. Mungkin tupai tu pijak buah cempedak sambil makan. Lalu gugur. Mek kutip lalu kopek depan aku. Kemainnnn tebal dan besar isinya. Warna sedikit oren. Memang harum dan manisss sangat. Aku makan 2 ulas. Mek pun makan jugak tak tahu berapa ulas. Aku tanya pokok mana, mek tunjuk pokok paling depan. Wahhh pasni menag aku aim pokok ni. 

Tetiba aku jadi teruja. Lalu aku bangun pergi ke pokok kedua. Pokok ni berdekatan dengan meja batu tempat aku duduk. Ponn jumpa sebiji cempedak masak. Lalu petik dan kupas terus. Lagiii teruja bila isinya pon besar dan manisss sangat. Cuma warnanya pucat sedikit berbanding isi buah pertama tadi. 
Isi cempedak pokok kedua. Isi tebal cuma warna pucat sedikit berbanding cempedak pokok pertama.

pokok paling depan. Isi nombor 1

Cempedak isi nombor 2 terbaik. Pokoknya kat tepi karusi batu mek

Ini pokok tengah-tengah antara rumah mek dan rumah kakyah. Aku mark ia sebagai pokok cempedak ke3.
 Pokok cempedak ketiga ni isinya terpaling banyak antara banyak-banyak cempedak. Takde gambar nak tepek sini. Arwah ayah aku cakap ni cempedak nangka. Sebab isinya lonjong sikit macam isi nangka.
Oleh kerana isinya banyak dan padat, ulasnya kecil dan isinya nipis. Penjual cempedak goreng mungkin akan untung berganda-ganda sebab ulas banyak. Tapi perlu jual mungkin 3 ulas seringgit la, tak boleh jual harga biasa lima posen seulas, naya pembeli.

Pokok ke empat paling dekat dengan perigi.
Pokok cempedak ke4 aku tak sempat check isinya kerana masa kat kampung tu takde buah yang masak untuk dikupas tengok. Lain kali lah.
Ini bukan cempedak. Ini nangka. 2 biji nangka dipetik serentak kerana nangka ni share tangkai yang sama. 
2 biji nangka dipetik serentak kerana nangka ni share tangkai yang sama. Dah la kedua-duanya masak serentak, sama besar pulak tu. Cuma nangka yang satu lagi tu buruk sikit. Kitorang belah dan makan nangka yang buruk tu dulu sebab masa tu nangka yang Abe D pegang ni (yang elok) masih keras time tu. Konon nak makan lagi satu dua hari. Nak tahu apa jadi? Sampai ke sudah nangka ni langsung tak berusik sebab kat kampung hampir takde waktu lapar. Nangka pun dipandang sepi hingga akhirnya buruk macam tu je. Sebenarnya tak perasan pon nangka tu buruk. Mungkin terlalu lama letak kat lantai simen kot. Jadi lebam lama-lama buruk sendiri. Sedeyhh.. 

Takde kena mengena hehe

Ni pulak kerusi atau pangkin buloh yang aku sendiri bina berdekatan pokok binjai. Kalau tak silap aku, petang isnin kot aku start susun buloh yang aku gergaji, susun rapat-rapat untuk duduk.
Nak harapkan Ngah, dia kurang minat masuk kebun. Tak macam aku, aku memang suka la aktiviti tebang pokok, betulkan pagar roboh, buat bangsal, tu semua aku minat. Ngah budak bandar, dia ikut mood. Ni mood dia malas, ajak ke kebun pun taknak. Nasib baik mek dan kakyah ada, kalau tak, takut jugak aku nak gi sorang-sorang almaklum hujung tanah kebun ni adalah tanah kubur. gagagaga...

test duduk. Nasib baik tak roboh hehe

test duduk berdua dengan Joe, ponnn tak roboh, hahaha terer kan aku?

Ni eksyen je lebih ni. 

4 biji je. Jadikkk la daripada balik tangan kosong huhu



Salah seorang kesayangan
 Sekian dulu.
Banyak gambar naik bot pergi Takbai Thailand aku belum transfer ke PC.
Nantilah free baru update lain.


** Testimoni Diamond Gold Skincare**

Setakat sunburn tu Insya Allah mudah je hilang jika pakai DG Skincare tanpa ponteng. Serius tak tipu. Yang nak try pakai DG, meh wasap nombor ni.

012-931 1015 - kak ila ngko

Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Tuesday 14 August 2018

Tengok Cerita Hantu Kak Limah, Berapa Bintang Nak Bagi?

Sabtu malam yang lepas, kitorang sekeluarga gi tengok wayang cerita Hantu Kak Limah. Kalau tak silap aku, ni cerita Hantu Kak Limah yang ke 3. Ketiga-tiga cerita kitorang tengok. Kalau nak banding, paling kurang best adelah Hantu Kak Limah 2. Hantu Kak Limah 1 dan yang terkini yang masih ditayangkan sekarang ni  adalah sangat best pada selera aku. 

Korang, aku tak tau lah sebab selera masing-masing. Cuma kalau ada yang nak belanja aku tengok wayang, aku nak tengok lagi sekali Hantu Kak Limah 3 ni. Begitu sekali tak puas tengok.

Sedih pulak rasa bila Kak Limah dah betul-betul meninggal dalam cerita ni, kerana kalau nak sambung Hantu Kak Limah 4 macam susah nak cari kesinambungan. Iye lah kan, watak Kak Limah dah mati. Kalau ada Kak Limah 4 pun Kak Limah terpaksa jadi hantu la jugak. Takkan tetiba Kak Limah ada kembar pulak kan? Ehh tapi mana tauuu, abam Khalid kan terror. Pepandai la dia HAHA. Yang pasti, kalau ada lagi cerita Hantu Kak Limah 4, aku tetap nak tengok.

Petang Sabtu balik kerja, Ngah singgah GSC IOI Mall Puchong untuk beli tiket Hantu Kak Limah, sebab risau kalau pergi gamble macam tu takut la tiket habis. Maklum la cerita baru start tayang pada 9/8/2018 katakan. Harus demand tinggi. Nasib baik jugak pergi usya tiket dulu, baru tahu rupa-rupanya kat GSC IOI Mall takde tayang cerita ni. 

Lalu Ngah wasap tanya aku cemana, nak tengok ke nak tangguh ke atau macamana. Dia kata kat Setia Walk ada, kalau nak, dia gi beli tiket. Aku pulak tak pernah pergi Setia Walk jadi aku tak tau Setia Walk tu sejenis bangunan shopping mall ke hape. HAHA begitu katak-dibawah-tempurung sekali. Padahal dekat je pun Setia Walk tu dengan rumah aku. Aku cakap kalau Setia Walk aku taknak. Kalau Sunway Piramid aku nak la. Kau nampak tak permainan dia tu? Asal shopping mall je terus setuju walaupun jauh. Haaaa tepokkkkk!

Balik-balik, Ngah cakap dia cari tiket nun hingga ke Subang Parade. HAHA sabor je la.
So malam tu, kitorang pergi Subang Parade. Waktu tayangan pukul 9.00malam. Pukul 8malam kitorang gerak dari rumah. Oh ya, 3 orang kawan Amir pun ikut kitorang tengok wayang. Dorang tu awal-awal dah pesan kat Amir, kalau nak tengok wayang ajak dorang. Ok la, asalkan mak pak korang izinkan, dan selagi muat kereta Alza aku tu, jomlah.

Kesimpulannya, berapa bintang nak bagi kat cerita Hantu Kak Limah ni kak ila oi?

Haaaa... daripada 1 hingga 10 bintang, aku bagi 9 bintang. Sumpah best cerita ni. Semalam kat radio aku dengar kutipan dah cecah RM9 juta dalam tempoh baru 4 hari tayangan. Wowww.. dasyat sangat ni. 

Korang baik gi tengok cepat.









era.je, mohon halal ye gambar ni kakak copy masuk sini. Sebab terpikat tengok Kak Limah hihi


** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

Haaa.. siapa yang ada masalah kulit sunburn akibat bersukan ke, akibat selalu bawak motor ke, atau akibat perkerjaan dia yang memerlukan dia sentisa berada dalam cuaca panas ke, haaa boleh cuba pakai Diamond Gold Skincare. 
Sunburn hilang, kulit pulak tampil licin dan cerah berseri. 

Wasap 012-931 1015 - kak ila 

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.