Thursday 8 June 2017

Lawak Dinihari. Sahur Nak Makan Nasi, Tiba-Tiba Nasi Hilangg!

bukak puasa semalam aku masak ikan siakap stim, solok lada dan sambal sotong kembang yang selalu orang makan dengan nasi lemak tu.
gambar lauk takde, aku tak larat dah nak ambik gambar lauk.
penat giler weh. balik kerja campak handbag, terus bersilat kat dapur.
siap masak baru boleh duduk. kadang tu tak sempat mandi pun.
macam semalam, pon tak sempat mandi.

ngah pulak, bawak balik seekor ayam golek.
pastu ada sikit acar nenas timun lebihan sahur hari sebelumnya.

kuih takde, hanya murtabak je 2 keping ngah beli.

biasanya aku masak nasi 400gram.
huyoooo... kak ila kau timbang ke beras tiap-tiap kali nak masak nasi?
hahaha jangan gila ye.

bekas beras tuperware tu kan setiap kali tarik, beras yang keluar adelah 100gram.
jadi aku tarik 4 kali, maksudnya 400gram la.

bukan nak cakap pasal beras mahupun tuperware sebenarnya.

yang aku nak cerita pasal nasi.
aku tanak nasi biasanya memang untuk bawak ke sahur terus.
kiranya sahur tu aku panaskan je nasi balance waktu berbuka.
memang sentiasa cukup, malah ada lebih biasanya.

tapiiiii..
nasi tak cukup sahur tadi.
puncanya gini.
sebelum aku tidur, aku memang check kuantiti nasi, kalau rasa tak cukup, aku akan masak nasi sebelum masuk tidur.
malam tadi pun aku check juga, memang aku yakin nasi lebih dari cukup untuk kami anak beranak, memandangkan mek tak sahur dengan kami kerana dia tidur di rumah jani.

aku pun masuk tidur.
anak-anak pun aku hambat tidur.
masuklah dorang ke bilik.
tapi rupa-rupanya budak-budak tu tak tidur.
sebaliknya keluar balik, masuk dapur makan nasi tengah-tengah malam weyh.

pagi ni ngah bangun nak panaskan lauk.
bukak periuk tengok-tengok ikan siakap stim tinggal seketul bahagian kepala.
nasi pulak tinggal seketul sebesar penumbuk.

pastu masuk bilik kejut aku.
kita nak makan apa ni? tanya dia.
heran aku.
makan nasi lah, makan apa lagi?
nasi takde katanya.
aku pun jenguk dalam periuk.
eh ehh, malam tadi nasi banyak.
"saya dah check sebelum tidur. memang cukup."

lalu aku pun syak, ni mesti kerja budak 3 beradik tu.
takpe lah aku cakap.
saya makan megi je la kot.
lalu aku pun ambik periuk, isi air dan tenggek atas dapur.
bukak api.

megi pun dah habis, kata ngah.
aik? kan baru beli minggu lepas.
paket besar lagi.
hari tu ada 2 paket lagi kan?
budak-budak ni dah bedalll, kata ngah.
*nangesss*

aku masuk bilik budak2 tu, kejutkan dorang sahur.
amir ngan joe pun bangun, cuci muka dan lepak depan tv sementara tunggu ngah hidang makanan.

aku pon menyoal.
semalam siapa makan nasi tengah-tengah malam?
"Joe" jawab amir.
"takkan Joe makan sampai banyak macam tu?"
"Amir pun makan jugak, habiskan nasi dan lauk yang Joe makan.."
"Adudu.. sekarang ni kita sahur nak makan apa?

"umi tak marah korang nak makan, tapi korang makan waktu umi dah tidur. kalau umi tahu nasi tinggal sikit, mesti umi masak nasi baru sebelum tidur. sekarang ni kita sahur nak makan apa?"

semua pun diammm je.

akhirnya nasi sebesar penumbuk tu terpaksa dikongsi 3 orang. ngah, aku dan amir.
joe taknak makan nasi. dia memang begitu.
tak lalu katanya. dia hanya makan sebiji kurma dan segelas susu je.
pastu masuk tidur balik.

 nasib baik ada roti. boleh cicah-cicah dengan sambal sotong.


Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare


"Saya nok repeat sokmo pahni, nok setio ngan DG je"





mestilah setia dikk, sebab dah nampak hasilnya, memang kebaboom!

siapa yang baru nak try DG, ataupun nak repeat order DG, meh WA  aku ye

012-931 1015 - kak ila ngko
cod area : 
Puchong (area mana tu, kita bincang k?)
Bandar Kinrara
Western Digital PJ, Kampung Lindungan PJ (my agent)

Pengguna setia Diamond Gold Skincare, yang dah pakai dan berpuas hati dengan hasilnya, yang selalu ditanya-tanya pakai apa muka lawa, pakai apa muka cantik. yang rasa nak promot DG kat adik badik, sedara mara mahupun kawan-kawan. nak jadi agen DG, boleh WA aku ye. 

Modal jadi agen DG RM500 je.

huhu


sekian,
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku



Tuesday 6 June 2017

Segar Angin Mek

Tahun ni mek aku sambut Ramadhan dengan kitorang.
selalunya kitorang yang balik kampung sambut Ramadhan. takde la setiap tahun, tapi biasanya kami la yg balik, bukan makpak datang kl.

mungkin sebab kebetulan start puasa di musim cuti sekolah kot, adik ipar aku tak mengajar, lalu diajaknya mek aku datang kl.

sepatutnya mek datang sebelum ramadhan lagi. 
katanya rindu nak makan lauk kedai hahaha. sabor je la. 
mek aku ni kat rumah duduk sorang. 
kalau terasa-rasa nak makan lauk kedai hidang-hidang ni, biasa aku je la tukang layan angin dia.

kak yah aku sejak bukak gerai depan sekolah ni, dah takde masa nak makan-makan kedai dah. 
dulu ada jugak kadang-kadang pergi tanah merah makan situ.
adik aku si jani tu pulak sekarang ni berniaga kepok kat kl.
dulu boleh la bermalam 2 3 hari kat rumah jani di kota bharu, malam-malam pergi restoran layan masakan thai. 
dah bini jani tu pun jenis tak berapa rajin masak memang makan kedai je la.
dorang takpe la, gaji cikgu pon boleh tahan, pulak tu belum ada anak. 
buat apa nak susahkan diri masak bagai, makan je kat kedai. 
lagipun jani kata bini dia masak tak sedap kahkahkah.
mampus haku kalau bini dia baca ni. bisa mengundang rajuk selama pat belas hari ni.


banyak pulak kejadian yang membantutkan hasrat mek nak datang kl sebelum ramadhan.
nak tunggu duit BRIM la.
dah dapat voucher BRIM, hilang pulak tak ingat simpan kat mana.
cari punya cari tak jumpa. terus tak jadi datang kl.
dekat sebulan baru jumpa.
pastu nak datang ni... tetiba anak sedara (sepupu aku) meninggal pulak.
sakit dalam perut katanya.
pastu ding-dong ding dong, akhirnya bertolak hari jumaat malam, sehari sebelum ramadhan yang jatuh pada sabtu.
sampai rumah aku pun dah pagi.
takleh buat apa dah. 
sebab tu aku ngan ngah cuba jugak bawak mek makan-makan kat kedai. semoga happy la dia.





ni gambar makan colek kat Ilham Nasi Kukus, Seksyen 7 Shah Alam. kitorang pergi lepas bukak puasa. sambil bawak balik Biru buat pertama kalinya









masa ni mek cakap "ambik gambar mek tengah hirup tomyam ni.." aku rasa mek aku  ni kalau pandai guna smartphone, gerenti kaki selfie ni hahaha




ni pulak kejadian berbuka puasa hari sabtu lepas.
ngah bawak berbuka buffet kat restoran Pak Maun Seksyen 13, Shah Alam.
belum mampu nak bawak kat tempat mahal-mahal. pak maun pon pak maun lah.

harga buffet ni RM38 dewasa dan RM19 kanak-kanak.
tapi tu pun mek dah seronok dah. aku lagi la seronok khenn.
mek aku ni ada satu pesen tau.
kalau makan kat rumah, tak kira la rumah aku atau rumah dia, dia suka simpan lauk supaya dapat makan pulak pada kali berikutnya.
semacam jenis jimat jugak la. tapi bagi aku agak over tau.
mungkin sebab dah terbiasa dari dulu kot.
dulu memang susah. dapat makan ayam kampung ayah aku bela pun dah cukup mewah dah time tu.
seekor ayam tahan la 3 hari.

aku peratikan aje. contohnya kuih bukak puasa.
kitorang makan sama-sama.
dia pun makan, tapi dia makan sengaja tinggal walaupun sekerat tau.
dia bimbang cucu mintak, kuih dah habis.
padahal akhirnya kuih tu basi takleh makan.
hari tu aku masak udang.
memang mek suka udang.
last sekali ada lagi 3 ekor udang.
takde sapa makan.
ok kita simpan bawak sahur. boleh je kalau dia nak ratah sebab 3 ekor je pon.
aku lagi suka kalau dia makan banyak.
tapi dah pesen dia gitu.
sahur aku tak makan. dia pun tak makan.
esoknya aku nak buang, dia tak bagi.
aku kata takde sapa makan, basi dah. kita buang je lah.
hoi marah hoi, dia kata biar situ elok lagi tu.
nanti mek makan katanya.
aku ugut kata nak buang baru dia makan. marah benar dia kalau aku buang-buang makanan.
dah tak elok, takkan nak perangat kot. terpaksa la buang kan.

aku ni anak, memang la aku suka kalau dia nak makan banyak2 pon.
tapi dia pulak dah terbiasa makan sikit simpan, makan sikit simpan.
nak kata segan dengan menantu, aku rasa malahan aku yakin, ngah tu baik je.
malahan mek sendiri cakap ngah tu menantu baik.
sebab tu dia tak rasa kekok kalau duduk rumah aku sampai sebulan.
orang tua-tua dulu menilai menantu macam tu lah.
kalau dorang mampu tinggal rumah anak menantu lama-lama, maksudnya menantu rumah tu baik. kalau datang 2 3 malam je sibuk nak balik, kalau dia takde hal penting kat kampung, maknanya dia tak selesa dengan menantu la tu.
gituuuu.

so berbalik pada kisah makan tadi, kitorang cakap kat mek, restoran ni bayar sekian harga untuk satu kepala. masuk nanti makan lah apa-apa pun, banyak mana pun, tak kisah. nak tambah-tambah pun tambah je la. kalau makan sikit, rugiiiii aku cakap.
hahaha.
lalu mek pun makan banyak.
hahaha

ok ke warung pak maun tu kak ila?
bagi aku boleh laaa.
cumanya masakan yang berkuah dia tu banyak yang kari dan bersantan.
sayur petola masak lemah. pon bersantan.
hanya tomyan je la yang takde santan.
tapi tomyam dia kurang rasa, ntah nak kata tawar pun ye jugak.
dan satu lagi yang aku kurang puas hati adelah nasi dia tu. rasa keras sikit,
mungkin kurang air kot masa masak nasi tu.
lain semua ok la. sesuai dengan harga tu.
nak yang ada kambing goleh, modal kena tebal la sikit kan.
ok dah tu dengan harga RM38 sekepala tu dengan menu yang ada.
semuanya ditaja oleh ngah. tengQ dalim



ni pulak kejadian malam tadi.
kitorang ke restoran Paksu Corner, Seksyen 16 Shah Alam.
ngah jugak yang taja.
katanya tahun lepas restoran ni buat buffet.
tahun ni tak buat buffet, hanya restoran macam biasa tu.
ambik apa kau nak, nanti dia kira.
eh tapi lebih murah tau ambik-ambik gini.
tak sampai seratus pun.
kami nampak ada customer tu ambik ketam masak lemak.
aku cari-cari tak jumpa.
tanya pekerja restoran tu, rupa-rupanya dah habis.


ikan keli goreng 2 ekor, ayam goreng berempah seketul, kentang sambal sku letak tepi ayam goreng tu sikit, acar nenas timun, sosej goreng kacang panjang, ayam masak kicap seketul, tomyam, sup ayam, kerabu taugeh kacang botol, dan kuih muih. air milo ais 2 gelas, laici segelas, milo panas segelas, teh o panas segelas, dan air suam aku punya. jumlah keseluruhan RM83.50. aku rasa dah ok sangat tu.



itu je la nak gebang kali ni.
macam tu je tamatkan entry ye hihi.

ada masa nanti kita sambung ye.

Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare

"Saya baru lagi pakai DG ni kakk, kawan dah perasan dan tegur muka saya makin jernih.. hahaha .."



makin jernih, makin manis uolss!

nak try diamond Gold Skincare kalu, WA aku ye

012-931 1015 - kak ila ngko
cod area : 
Puchong (area mana tu, kita bincang k?)
Bandar Kinrara
Western Digital PJ, Kampung Lindungan PJ (my agent)

huhu


sekian,
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku