Sunday 30 May 2021

Terjebak Dengan Vitamilk Pulak Dah

 Aku kan, asalnya memang tak tahu langsung akan kewujudan vitamilk ni.

Satu hari tu aku keluar dengan Muni. Kitorang gi Sunway Pyramid. Masa tu belum PKP 3.0 lagi. Sebelum bulan puasa.

Muni ni memang suka berniaga online. Jual lip scrub la jual jamu la.. macam macam. Muni jugak la yang sampaikan niat dia nak jual vitamilk. aku tanya dia apebenda vitamilk tu? Dia kata susu. Susu kambing yang ada vitamin C. Boleh cerahkan kulit.

Muni mintak aku jagi agen, dia nak duduk bawah aku hahaha.. pelik jugak anak buah sorang ni. Dia kata kalau duduk bawah aku, dia nak tanya apa pon dia tak segan tak teragak-agak. 

Aku dalam hati macam... alaaa.. susu ke.. aku ni dah la tak minum susu. Tak tau la tekak aku ni, sejak kecik, aku memang takleh telan susu. Bau je pon bikin loya hahaha gila kan? Padahal masa baby hidup dengan susu jugak. Sometime aku terfikir jugak, jangan-jangan kecik-kecik kakyah bancuh air teh je kot bubuh dalam botol bagi aku minum hahaha...

Logik jugak kan, zaman dulu mana ada proper sangat. Aku dengar cerita orang dulu-dulu, baby dalam pantang pon dorang masak pastu lenyek pisang bagi makan. Walaupon kedengaran macam gila dan bahaya, tapi itu lah hakikat. Mek aku cakap masa kecik arwah ayah aku suka bagi minum teh kaw. pastu aku nangis masa berak sebab taik takleh keluar hahaha. mek la citer. Dulu-dulu baby makan pisang lenyek tu biasa. Baby diberi minum air teh instead of susu pon biasa. Mujur ramai yang hidup hahahaha.. Tuhan pelihara.

ehh.. lari tajuk pulak.

OK berbalik pada kisah vitamilk tu tadi. Malamnya tu lepas keluar dengan Muni, aku pon mula search pasal susu vitamilk. Search pasal founder vitamilk. Omaigoddd terkejut tengok founder masih muda belum pon 20 tahun umur dia tapi mampu capai sales RM1 juta hanya dalam masa 15 hari. Siap masuk rancangan MELETOP lagi ngko.

Start dari situ, hari-hari aku makin tertarik dengan founder vitamilk. Rasa nak jadi agen tu setiap hari membuak-buak. Makin hari makin geram nak join. Dia punya story ig tu memang sangat inspring. Walaupon ada status dia yang kadang-kadang rasa macam over sikit (hahaha) tapi bagi aku itu normal la, dia pon muda lagi. masih kategori budak la umur 19 tahun tu.  Aku yang dah kertu ni pon entah-entah orang nampak story aku akan kata eeee ntah pape la makcik ni poyo sensorang kahkahkah..

Dah rasa NAKKK sangat join agen ni, masalahnya aku kan tak minum susu? Takkan nak kata wahhh sedapnya susu ni sedangkan aku sendiri tak minum. Macamana nak tau sedap ke tak?

Nak jadi cerita, aku search testimoni dan terjumpa sorang ni kata dia tak minum susu tapi amazingly dia boleh minum vitamilk sebab langsung takde bau susu.

Tak pikir panjang, aku wasap muni tanya, dia betul nak jual vitamilk tak? Sebab niat asal aku nak bantu dia Lillahi Ta'ala.

Dia kata nakk. Tak goyah hokehh.. hahaha good.

Lalu aku pun cari pulak stokis mana terdekat dengan aku. Ni kerana aku plan kalau aku konfirm sign up agen, aku nakkan stokis yang aku boleh pergi rumah dia ambik stok. Kalau boleh taknak pos. Nak yang dalam negeri Selangor je. haha

Cari punya cari, akhirnya aku ternampak founder vitamilk up pasal leader baru dia si manis Ninanino. Tengok-tengok Nina ni duduk Kajang je. So aku pun apalagi.. terus start join agen bawah Nina dengan permulaan stok 15 botol vitamilk (10 strawberry + 5 vanila) pada 7/5/2021 (bulan puasa). 

Sampai je stok, aku bancuh perisa strawberry dan try minum.

Masya Allah, sumpah sedap dan terpaling kagum, langsung takde bau susu! Biasa susu kambing walaupon ramai tahu akan khasiatnya, tak ramai sanggup minum sebab bau hamis. Tapi vitamilk ni langsung tak bau susu. Sekelumit pun takde bau hamis. 

Sambutan memang luar biasa sampai aku sendiri terkejut. 10 hari kemudian aku restock pulak 50 botol up level terus.

Begitu la kisah permulaan jodoh rezeki aku dengan vitamilk.

Aku open agen kepada yang berminat. Modal seratus je (promosi)

Boleh wasap nombor ni kalau berminat.

012-931 1015 - kak ila ngko. 

#vitamilk

** Testimoni Vitamilk **


Tengok tangan remaja lelaki ni. Kulit sunburn tu biasa la kan nama pon lelaki. Actually sunburn boleh je hilang secara alami tapi ambik masa lama. Remaja ni minum vitamilk setiap hari. Ni rasanya tak sampai 2 minggu tangan dia dah nampak katara cerah.

Again, siapa nak order atau nak join agen, meh cari kak ila meh.

Sekian,

Yang baik dari Allah,

Yang buruk dari aku.