Wednesday 19 February 2014

Entry copy paste dari Harakahdaily... tentang zakat emas...

#entry copy-paste dari Harakahdaily#

sememangnya aku sangat cetek ilmu pasal zakat, especially zakat emas. so, bila aku jumpa panduan2 untuk kiraan zakat ni, terus aku copy paste. dan semata2 taknak bagi hilang atau lupa aku save mana, jadi aku tepek kat sini. harap penulis sebenar entry ni tak marah.. ni ilmu ni...

sebenarnya aku ada seutas rantai tangan... orang kelantan panggil gelang tangan. kecik je pun. aku beli masa kerja part time ngan sepupu aku meniaga pasar malam. tetiap hari sepupu aku Kak Wok kasi upah RM10/day. kadang dia kasi RM15. masa tu aku masih blajar U. cuti sem aku tolong la kak wok. upah tu aku kumpul... dan sebagai kenangan aku beli gelang tangan RM280.00 ketika tu tahun 1999 (kalau tak silap aku). berat dia aku tak tau. tapi aku tak pakai dah gelang tu sekarang (dah bertahun-tahun kot aku simpan) sebab aku ada gelang lagi satu yg besar sikit... aku beli masa lepas kawin. mula tu aku pakai dua-dua, tapi gelang kecik tu asik la tersangkut kat kain buaian anak masa aku nak angkat anak dari buaian. dan lagipun pakai dua2 tu rasa macam mengada sangat.  buat malu jer... lalu tersimpan la gelang kecik tu dalam laci. 

lagi satu subang... atau anting2. pun aku simpan gak. sebab ada yang baru. ingat nak jual je daripada simpan. tapi kak yah aku cakap skrg ni tak berapa sesuai jual emas sebab harga dia rendah. jadi tu la di.

akhir2 ni aku rasa macam tak sedap hati. macam dah kena wajib zakat. tapi mana nak mula? emas ni bukan macam duit RM tu.

dan bila aku jumpa panduan2 zakat ni, harus la save elok2...



Soalan:
Apakah hukumnya membeli emas dalam bentuk bar (jongkong atau wafer) di bank, adakah ia dikira simpanan atau pelaburan? Adakah emas itu masih wajib dizakatkan? Jika ya, bilakah bermulanya haul ke atas emas berkenaan? Adakah jika saya mengeluarkan sebahagian daripadanya, misalnya saya cairkan dalam bentuk tunai (dijual kepada bank kembali), maka akan mempengaruhi haul zakat emas berkenaan? Jika emas yang saya beli, kemudiannya jatuh harganya, maka apakah nilai zakat saya juga akan ikut jatuh? Jika saya wajib membayarnya, bolehkah saya membayar zakat berkenaan secara ansuran? Harap penjelasan pihak ustaz.

Jawapan:
Alhamdulillah, rasanya keadaan sekarang adalah masa yang terbaik bagi kita untuk membeli emas, ini kerana harganya sedang rendah berbanding tahun-tahun dahulu. Bahkan menyimpan atau melabur dalam bentuk emas, sama ada emas jongkong, wafer ataupun perhiasan memang dianjurkan, kerana nilainya lebih kukuh (tidak fluctuate) berbanding simpanan atau pelaburan dalam bentuk wang kertas. Maka, soalan mengenai zakat ke atasnya memang amat tepat diajukan.

Saya juga berdoa, semoga Allah SWT memberikan kekuatan ilmu dan kefahaman buat saya untuk menuntasi persoalan-persoalan yang telah saudara bangkitkan di atas. Saya yakin, masih ramai umat Islam di luar sana yang mempunyai kemusykilan yang sama mengenainya. Moga jawapan ini mampu merungkai pelbagai persoalan berkenaan demi manfaat bersama, amin.

Pertama, mengenai emas yang dibeli di bank, tidak kiralah apa pun bentuknya (emas jongkong atau perhiasan atau syiling), hukumnya samalah dengan kita membeli emas di kedai emas. Selagi mana ia mematuhi syarat sah jual beli, misalnya ada emas yang boleh kita ambil manfaatnya, maka sah dilakukan jual beli berkenaan.

Kedua, adakah ia simpanan atau pelaburan? Maka, jika kita membelinya untuk tujuan simpanan, ia menjadi emas disimpan. Jika dipakai, misalnya emas wafer seberat 10 gram dijadikan buah rantai, maka ia jadi emas perhiasan. Jika emas itu dilaburkan oleh pihak pengurus terbabit, maka ia jadi emas pelaburan.

Emas yang disimpan, maka kaedah menaksirnya dikira apabila beratnya mencapai 85 gram dan ke atas. Emas perhiasan, jika ia mencapai atau melebihi uruf (di Selangor uruf emas perhiasan 800 gram dan negeri lain mengikut ketetapan masing-masing). Emas yang dilaburkan, pastilah dihitung sebagai emas pelaburan dengan dilihat pada pokok dan pengembangannya pelaburan pada hujung haulnya.

Suka dinyatakan, sila campurkan emas berkenaan, jika emas disimpan sila campurkan dengan semua emas simpanan sedia ada dan jika emas perhiasan, dicampurkan dengan emas perhiasan sedia pada puan sewaktu menaksirkan zakatnya.

Ketiga, bilakah bermulanya haul ke atas semua emas itu? Bagi emas yang disimpan atau dipakai, haulnya sudah bermula saat ia mula-mula mencecah berat 85 gram (nisab zakat). Katakan puan sudah mempunyai emas simpanan di rumah seberat 70 gram, kemudian pada 1 Mac 2013 puan membeli emas dari sebuah bank seberat 20 gram, maka jumlah beratnya sudah menjadi 90 gram, maka kala itu bermulalah haulnya. Apabila sampai 1 Mac 2014, maka wajib dizakatkan 2.5 peratus.

Mungkin timbul persoalan, jika 1 Mac 2014 sampai haul, maka jumlah yang benar-benar cukup haulnya adalah 90 gram sahaja, sedangkan pada 1 Mac 2014, mungkin keseluruhan berat emas yang berada di tangan puan sudah mencecah 950 gram. Pastinya lebihan berat berkenaan (950 gram – 90 gram = 860 gram) itu belum cukup haulnya? Bukankah hal ini memeningkan?

Baiklah, memang benar sedemikian. Namun, seperti kenyataan di atas, sukar bagi seseorang untuk mengingatkan haul bagi setiap emas yang dimilikinya, malah menyulitkan baginya untuk menunaikan zakat emas berkenaan pada tarikh-tarikh bagi emas yang mencapai haulnya yang berbeza.

Maka, disarankan puan memanfaatkan apa yang telah diizinkan syarak untuk membayarkan zakat emas pada satu tarikh, misalnya pada setiap Ramadan, dengan cara menyekalikan haul emas yang masih belum sampai. Kaedah ini diizinkan oleh Nabi Muhammad SAW apabila pamannya, Abbas bin Abdul Mutallib RA meminta izin untuk menunaikan zakatnya lebih awal daripada haulnya (rujuk hadis Abu Daud).

Manakala, bagi emas pelaburan pula, pastilah ia disandarkan kepada zakat perniagaan kerana emas yang dibeli itu, dijadikan modal dalam pelaburan yang diuruskan oleh pihak yang berkenaan. Maka, apabila sampai haulnya hendaklah dizakatkan semuanya, yakni jumlah emas yang sudah dibeli oleh puan dan juga jumlah pengembangannya (modal + untung) sebanyak 2.5 peratus.

Bagi emas pelaburan, haulnya telah bermula saat puan mulai membeli emas untuk pelaburan dan ia terus berjalan sehingga setahun. Ini kerana dalam perniagaan, haulnya dikira mulai hari pertama seseorang itu memulakan perniagaannya. Walaupun awalnya ia masih di bawah paras nisab, namun ia perlu dilihat pada penghujung haul, yakni jika masa itu ia sudah mencapai atau melebihi nisab, maka wajiblah zakatnya.

Keempat, haul zakat emas simpanan puan memang boleh terputus di tengah-tengahnya jika ditakdirkan puan mencairkannya dalam bentuk tunai sehingga terkurang nisabnya, dan kembali membentuk haul baharu setelah itu jika ia mencapai paras nisab 85 gram semula.

Cuma, harus diingat, haram hukumnya jika seseorang itu sengaja memutuskan nisabnya pada penghujung haul (misalnya lagi sebulan mencapai haul), kecuali atas keperluan yang diizinkan syarak. Dalam kes ini, pemerintah Islam masih berhak mengambil zakatnya jika dia sengaja memutuskan haulnya tanpa alasan yang munasabah.

Kecuali bagi emas yang dilaburkan, haulnya masih berjalan terus kerana modal boleh sahaja bertambah atau berkurang, dan jumlah keseluruhannya akan dilihat pada penghujung haul pelaburannya.

Kelima, jika nilai atau harga emas jatuh di pasaran, maka sudah pastilah ia akan turut mempengaruhi kepada jumlah zakat puan. Semakin jatuh harga, semakin kurang zakat dan semakin naik harga emas, semakin besar zakat di sisi nilai ringgit semasa yang bakal ditunaikan.

Keenam, bolehkah ia djelaskan secara beransur-ansur? Maka, hukum menetapkan bahawa zakat hendaklah dijelaskan secara tunai (sekali gus), tidak boleh ditunaikan secara beransur-ansur atau berhutang, melainkan bagi kes tertentu. Misalnya, seseorang yang baharu tersedar dia ada qada zakat, dan setelah dikira jumlah qadanya cukup besar, katakanlah RM15,000. Maka, dia hanya mampu menjelaskan RM3,000 dan selebihnya, dia menunaikannya berdikit-dikit sehingga habis.

Dalam kes di atas, dia diberikan keringanan kerana dia tidak mampu menjelaskannya secara sekaligus, namun dia masih tetap perlu (wajib) membuat surat wasiat kepada warisnya agar menjelaskan hutang zakatnya dari harta peninggalannya, jika ditakdirkan dia meninggal dunia. Dia juga wajib bertaubat atas segala kelalaiannya dahulu dalam mengabaikan kewajipan zakatnya. Ia tidak sama dengan puan yang ada emas dalam simpanan, kerana emas itu boleh dicairkan kepada RM dan dijelaskan zakatnya tanpa perlu bertangguh lagi.

Demikianlah, serba sedikit penjelasan mengenai zakat emas dan saya berharap puan mendapat pencerahan mengenainya demi memastikan kita dapat menunaikan kewajipan yang sudah dibebankan ke bahu kita sebagai seorang mukmin, dengan penuh kefahaman dan ketelitian.

Allah SWT berfirman: “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab daripada) apa yang kamu simpan itu.” (Surah at-Taubah: 34-35).

Ustaz Hamizul Abdul Hamid ialah Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Thursday 6 February 2014

saya kidal.

Salam Khamis!

Hai! Nama saya ila. Dan saya kidal.

Saya kidal sebab kebanyakan sepupu saya kidal.masa saya kecik2 dulu, dalam umur 5 - 6 tahun sepupu2 saya ajar menulis. Disebabkan dorang kidal maka dorang lebih senang pegang tangan saya ajar tulis guna tangan kiri. Bila saya dah terbiasa pegang pensel guna tangan kiri, masuk darjah 1 saya dah kekok bila cikgu suruh saya tulis guna tangan kanan.
Begitukah alkisah mengapa saya kidal.

Ini adalah entry pertama saya menggunakan henpon. Kalau masuk, kira suksess. Kalau tak, kena gugel lagi...

Sekian..

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku

Kawan

Sorang lagi kawan sekampung aku kawin sempena cuti CNY hari tu. Kawan sekampung. Kawan sama2 saing kayuh basikal pegi skolah masa skolah menengah. Gida nama dia. Kakak atas dia Bedah. Siti Zubaidah. Gadis cantik kampong aku. Tapi dah kawin. Cantik campur baik. Mana tak baik, mak ayah dia layan anak2 lemah lembut, tak pernah sumpah seranah anak2 walaupun anak2 ramai. 12 orang kalau tak silap aku. Ke lebih? Aku pun tak pasti.
Tahniah untuk Gida yang menamatkan zaman gadisnya pada tanggal 31/1/2014. Semoga bahagia hingga akhir usia. Ini baru permulaan ye Gida. hidup sorang ngan hidup berdua ni tak sama. Lain sangat.
Bedah ni la kawan aku sebenarnya. Jadi secara otometik adik dia pun kawan jugak ngan aku.
Bedah ada 4 abang atas dia. Dia anak pompuan sulung. Dan abang2 dia sangat protective. Sangat menjaga adik2 pompuan dia. Tak suka adik2 pompuan dia kena tekel ngan budak2 lelaki nakal. Dan jugak sangat control dengan sapa adik2 dia berkawan. Kalau pompuan tu Nampak gelenya, abang dia tak kasi kawan. Gituuu. Dengan aku abang dia benarkan kawan. Ececeh… padahal nak kata konon aku bukan pompuan gatal le tu… padahal…
Sebenarnya aku pun gatal jugak. Tapi aku lebih pemalu sikit. Jadi kegatalan aku tu tak Nampak sangat. #tangan didada mata keatas sangat#
Aku bukan pemalu. Ini kenyataan. Cuma aku agak pendiam. Pendiam aku pun tengok orang gak. Kalau ahli kuarga dan rakan2 rapat, dorang tau la aku gila cemana. Aku rock cemana. Aku lazer cemana.
Tapi kalau orang tu baru2 kenal, selalunya aku mati akal nak sembang apa.  Walaupun sama jantina.
Ada jugak kata aku sombong. Whatever la.. asal aku tak kacau orang sudeh..
Sebabkan kependiaman aku la, maka aku tak ramai kawan. Kalau ada kawan pun mesti stok kawan baik punya. Yang jenis boleh cerita benda2 rahsia besar. Macam contohnya abang dia putus tunang dengan tunang pilihan kuarga sebab terlanjur dengan girlfriend baru. Rahsia yang kalau la pecah, boleh bawa keaiban diri dan kuarga gitu… tu contoh je ye.
Pada aku, orang gini bukan kawan lagi, tapi sahabat.  Sahabat takkan sesekali memperdaya sahabatnya.
Tak tau la apa yang aku bebelkan hari ni. Sebenarnya ada masa sikit nak update belog. Tapi takde citer. Maka membebel je la.  Bak kata sorang blogger, kena rajin update blog. Nanti lama2 mutu tulisan pun ikut improved jugak.
Bahek la.

Dah la nak pi pantry jap. Nak bancuh air jap.
Babai.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.




























Tuesday 4 February 2014

Salam Selasa :p

Hai..

Salam Selasa!

hari ni aku tak keluar lunch. dok ofis je. sebab kononnya nak godek2 blog. nak setting supaya boleh update blog guna henpon. tapi asik la tak menjadi. padahal dah follow step2 dia dah. step tu pun dapat hasil gugel. maka jumpa la beberapa blogger share cara2 dia. tapi macam tak menjadiiiii je kat aku.

kang ofismate balik nanti kang terus tertunda misi aku. haishhhh...

takpe. cuba lagi esok-esok. fedap le pulak... asik tak menjadikk je.





tuan tanah dah pakai spek, antara tanda2 penuaan..
 muka nampak lebih bersih setelah guna Tabita. aku start guna since Jun 2013.
mula2 beli set regular. habis regular, aku beli exclusive pulak demi penjimatan in terms of quantity. now dah pakai 2nd set of exclusive tabita. baru je 2 - 3 hari ni.

ok dah nak sambung kerja.

babai












































Monday 3 February 2014

Kembali bertugas selepas CNY 2014

Hari ni adelah hari Isnin.
semalam hari Ahad.

sebelum tu Sabtu
Sebelum Sabtu adelah Jumaat. Ye.. Jumaat adelah Chinese New Year. Tahun kuda kata mereka.

jadi hari ni isnin. adelah hari pertama kerja setelah cuti 3 hari bermula Jumaat sampai la ahad.
Khamis sehari sebelum CNY tu aku MC. MC sebab ada masalah sakit puan. tak berapa bersedia untuk share tentang itu.

hari ni sangat sangat sangat rilek. panggilan telefon dari luar langsung takde. sangat indah alam perkerjaan ku tika ini. kan best kalau hari2 macam ni? oh jangan mimpi hokey!

HOD aku KW masih cuti. dia bangsa cina. maka agak tak patut kalau dia dah kerja hari ni kan? jadi silakan cuti lelama sikit. boleh la aku hapdate belog. kahkahkah

takde la...
aku boring jugak sebenarnya kalau hari2 cam gini. langsung tekde kerja buatkan aku ngantuk tahap gaban. ececeh...
eh tapi betul la...
ececeh lagi...

perut tengah kenyang ni.
pastu kerja tadak.
internet lajuuuu.

kang kalau tak main internet habis tu nak buat hapa? takkan nak naik surau tidur kot? tu lagi la tak patut.

so, mari hapdate belog.



cuti CNY aku balik Pekan. kampung Ngah. balik hari Jumaat pagi, dalam jam 10am jugak kot. sampai jam 3pm. patutny boleh sampai awal lagi. tapi ntanh cemana pulak boleh tersalah jalan lalu sesat. hoi sesat hoi. punca sesat? Ngah nak beli buah2an nak jadikan buah tangan. dia kata ada satu tempat tu kira satu hala dah nak ke gombak. ni sesat dalam area gombak la... terlepas satu trafic light. lalu kedai buah ntah kemana, jalan nak balik pun tak nampak2. tembus2 kat depan Flamingo Hotel Ampang.
patutnya kalau terrer bab2 jalan KL boleh je dari Ampang cilok di mana2 untuk sampai ke gombak. tapi sebab kami jaranggggg atau dah lama benor tak jenjalan kawsan Ampang, maka tak sanggup nak tanggung risiko kesesatan dami kesesatan lagi.

jalan dah mula padat tika kami sesat ni. lalu Ngah telah mensajeskan untuk kembali ke jalan yang dia terrer, yakni KLCC. maka kami menukar arah menuju ke pusat bandaraya. dan jumpa traffic light yang dekat City Square tu. dari situ baru la belok ke kanan lalu jumpa IJN. dan kesesatan pun berakhir.

kat kampung aktiviti macam selalu buat. makan, pergi pekan sehari, balik tengok tv, makan dan makan...

eh tapi kali ni aku sempat pergi memancing ngan Ngah. tu semata2 nak menerai pancing baru.

gambo pancing takde.
beli pancing rega RM65/set. boleh la...

dapat la sekor anak sepat. hepi giler aku. lebih hepi si Amir ngan Tajul. nampak benor eksaited nampak ikan terlompat2 masa aku tarik tali pancing.
gambo ikan pertama hasil pancingan pon takde. sebab aku memang lupa terus kat henpon masa kat kampung.

hmmm...

aku nak stop dulu.

babai.

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku