Wednesday 30 August 2017

Tengok Wayang Cerita Abang Long Fadil 2

Petang sabtu tu, Ngah balik kerja, terus suruh anak-anak dia mandi bersiap.
tapi dia tak cakap nak gi mana.

anak-anak aku kalau gesa-gesa suruh mandi je dorang boleh tangkap dah.
ni mesti nak gi mana-mana ni.

"kita nak gi mana abah?" tanya Joe.

abah dia tak jawab, sebaliknya ugut "siapa tak mandi, kena tinggal"

aku yang berlunjur kat sofa pura-pura tak dengar.
malas aku nak tanya nak gi mana. malas nak ambik tahu.
almaklum la masa tu perang dingin.
kahkahkah..
eleh, laki bini biasa lah kan. 

aku layan running man yang aku rakam.
episod 341 kot kalau tak silap.
episod tentang 8 ahli running man yang 6 daripadanya adalah hantu.
2 ahli lagi adalah manusia. 
pada awal permainan, semua ahli menyangka hanya ada 2 hantu dan 6 manusia.
pastu yang jadi hantu ni masing-masing sangka mereka dapat watak utama la sebab mereka hantu. masa tu mereka sangka hanya ada 2 hantu.
namun semakin banyak petunjuk dijumpai, makin keliru siapakah hantu sebenarnya.
memang aku suka la episod ni.
memang ralit layan episod ni.

sorang demi sorang anak aku mandi dan bersiap.
aku? buat dekkk je.
keras pedal betul mak hencik. hahaha.
hinggalah semua dah mandi.
aku bangun dari sofa.
nak ke dapur.
Ngah pun buka mulut.

"taknak ikut ke" dia tanya.

yesss. nak jugak dia ajak aku rupanya.
ingatkan dah tak sudi. kahkahkah.

"nak gi mana" aku tanya dia balik.

"tengok wayang."

aku tak jawab.
aku ambik tuala, lalu masuk bilik mandi.

lepas maghrib kami keluar.

Best ke Abang Long Fadil 2 kak ila oii?

hmmm... bagi aku best jugak la.
sesuai dengan genre komedi nya tu.
kisahnya, abang long fadil bekas gengster dah taknak jadi gengster dah.
dia nak jadi pelakon.
so dia pergi uji bakat. rupa-rupanya kena jadi stuntman.
kelakar part ni.
pastu dia serik. taknak jadi stuntman lagi.

so dia dihantar oleh agen (agen cari kerja agaknya) untuk pergi ke satu hotel ni.
dia pun pergi. sampai bilik hotel tu, dia disambut oleh seorang perempuan berpangkat datin.
rupanya abang long fadil perlu jadi gigolo dan perlu layan kemahuan datin tersebut.
kat scene ni pun kelakar jugak. memang riuh dalam panggung dengan gelak ketawa.

oleh kerana tak biasa jadi gigolo, abang long fadil cabut lari ke tandas di lobby floor lalu muntah.
sementara dia lari tu, datin tersebut didatangi oleh seorang pembunuh upahan. 
dan datin itu akhirnya dibunuh.
yang kena tuduh adalah abang long fadil.
korang gi tengok la sendiri ye.
hihi..









ok la.
itu je nak citer.

petang ni kami nak balik Pekan.
Ngah kerja halfday je.
aku pulak kerja penuh sampai petang.

anak-anak ada je kat rumah.
Amir dan Joe takde kelas tambahan dah hari ni.
pagi tadi masa aku nak keluar gi kerja, dorang tiga beradik masih tidur lena.
aku tinggalkan kuih 8 biji (RM4) dan seteko air kopi tongkat ali.
tengahari nanti abah dorang dah ada.


Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare


Adik manis ni masih remaja lagi.
Masalah beliau adalah kulit sunburn, kusam dan jerawat. biasalah kan. budak masih belajar. aktiviti sukan la, bonceng motor misalnya, memang selayaknya remaja aktif kulitnya macam adik manis ni.
Alhamdulillah, sejak guna Diamond Gold Skincare, kulit makin cerah, jerawat makin hilang dan sekarang ramai pulak yang risik tanya pakai apa muka cerah.

Siapa nak try rawat kulit dengan Diamond Gold Skincare, boleh wasap aku ye.

012-931 1015 - kak ila ngko

babai

Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku

Tuesday 22 August 2017

Seorang Berjaya, Seorang Lagi Tewas Dalam Misi Puasa Di Bulan Bukan Ramadhan

Lanjutan dari kisah semalam, petang tu aku tanya amir dan joe sama ada dorang puasa atau tak.
Amir tak puasa. katanya pukul 12 tengahari dah lembik. terpaksa makan.
Joe pulak puasa penuh!
tak caya? tak caya budak darjah 2 mampu puasa penuh seharian dihari bukan ramadhan?
haaaa... aku lagiiii tak percaya.

jenuh aku test tanya.
betul ke joe puasa penuh ni? betullllll jawab dia.
joe tak minum air ke kat sekolah? takkkkkk, joe puasaaaa.

beberapa minit kemudian...
Joe nampka cergasss je. betul ke joe puasa? joe jangan tipu tau. berdosaaa. betul la umiii, joe puasaaaa!

ok lah. aku ambik keputusan untuk percaya kata dia.
amir muka tak puas hati bila adi k dia puasa seharian, sedangkan dia yang darjah 6, dan dia yang beriya-iya nak puasa asalnya, tapi tak berjaya habiskan puasa.

siap cakap nak siasat kat sekolah lagi. nak tanya kawan-kawan joe sama ada dorang nampak joe makan tak. adehh.

aku ok je.
dia puasa, aku bersyukur sangat.
kalau dia tak puasa pun, aku tak kisah mana.
biarlah, malas aku nak siasat beriya-iya.
karang masalah lain pulak timbul.
aku bagi je RM10 kat dia sebagai tanda kejayaan.

ehh, jap. 
ada mesej masuk ni, tanya pasal DG.
roger and out.


Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare

"Sukaaaa sangat kakk, kulit muka shining macam pakai mekap.."



Haaaa...
Siapa yang masih nak tunggu-tunggu lagi tu, uollss memang rugi tau.
Dah ramai yang tampil lebih jelita sejak pakai DG Skincare.. 
hamboi hamboi... haha

Trial Set Serum Vit E RM130/set

WA 012-931 1015 - kak ila ngko
jika nak try satu set.


Sekian
Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku

Monday 21 August 2017

Ulang Tahun Perkahwinan Kami Yang Ke 13 Hari Ni.

Ye..
dah 13 tahun jadi seorang isteri
12 tahun jadi ibu.
macam-macam cabaran.

taknak lah cerita pasal pengalaman.
boring. lebih kurang sama je dengan orang lain di luar sana.


Ni kisah hujung minggu kami.
Sabtu petang tu Ngah ajak makan shellout kat Restoran Dapur Warisan Rasa Seksyen 13 Shah Alam.
so lepas ambik anak-anak balik kelas tambahan sekolah agama, kami terus ke Shah Alam.
menu dalam gambar ni set untuk 2 orang makan. harga RM35/set

 Ngah ambik 1 set je. sebab tak tau rasa dia pedas ke apa kan. takut tak habis kang naya je.
pastu kami nak order set single kambing. harga tulis kat buku menu RM14.
tapi sayangnya kambing dah habis. so tak dapat merasa.
shellout ni bagi aku biasa-biasa je.
ehh, sebenarnya shellout kat sini sedap, cuma bukan juadah kegemaran aku.
anak-anak aku mula-mula shelout ni dituang atas meja, semua pun pakat pelik.
tetiba selonggok di tuang kan.
warna merah pulak tu. masing-masing sangka pedas. so minit pertama tu 3 beradik tu pakat tengok je.
set tu ada 2 nasi putih.
aku suruh anak-anak makan nasi putih, gaul dengan kuah yang kononnya pedas tu.
dorang taknak.
tapi lepas beberapa kali try test kat lidah, masing-masing suka.
tak pedas sangat.
dorang pun makan sampai habis.
aku tanya nak tambah lagi tak?
sekejap jawab nak, pastu taknak pulak.
sudahnya aku ajak ngah layan tekak aku pulak.
mee celop kat medan selera delima, Seksyen 24 Shah Alam.

tunggu me celop sejuk sikit baru boleh makan. anak-anak pulak ralit main kat playground kat belakang tu.




***************************************************************************

malam tadi.
Amir cakap dia nak puasa.
dia ajak aku puasa sekali dengan dia esok (hari ni).
tapi aku uzur pulak.
heran jugak tiba-tiba cakap nak puasa.
aku tanya kenapa nak puasa, cikgu suruh puasa ke?
takkk, dia kata saja nak puasa sunat.
wahhhhh... aku kagum sekejap.
serius aku kagum bila dengar anak bujang umur 12 tahun cakap nak puasa.
siap pesan kat aku kejutkan dia bangun sahur.
Joe pun tiba-tiba menyampuk cakap nak puasa jugak.
teruja gamaknya bila dengar si abang nak puasa.
aku tanya nak puasa sebab apa, joe cakap nak puasa ganti yang 2 hari dia tinggal ramadhan yg lalu.
hahaha..

bukan takat itu saja, dia siap mintak RM10 jika dia berjaya puasa.
sebabnya, bulan ramadhan baru ni, aku pesan kat amir dan joe, siapa yang berjaya puasa penuh, umi bagi duit raya RM50. tapi jika satu hari tinggal, RM10 akan ditolak. Amir berjaya dapat RM50 manakala joe hanya dapat RM30 je kerana telah tinggal puasa dua hari.

so tadi dia tuntut RM10 jika berjaya lengkapkan puasa ganti hari ni.
aku iyakan aje lah. moga-moga dia tak tergoda ngan bau-bauan makanan kat kantin sekolah hari ni.
hahaha.

pagi ni, pukul 5 pagi dua beradik ni dah bangun, kononnya nak makan sahur.
agaknya tunggu aku tak bangun-bangun (aku lupa kena bangun siapkan sahur dorang), joe pun masuk bilik kejutkan aku cakap nak makan sahur.

sabor je lah.
pukul 5.15pagi dorang sahur makan nasi dengan kurma ayam.
memandangkan susu takde, dorang request air tongkat ali.
lepas dah sahur, aku terlelap. dua beradik tu layan tv sekejap sebelum mandi untuk ke sekolah.

ni tak sabar pulak aku nak jumpa dorang petang ni.
nak tanya samada dorang berjaya puasa atau hanya sekerat jalan.
hati aku berat mengatakan dorang fail. hahaha
sebab banyak godaan beb!
musim orang makan, tiba-tiba dua orang kanak-kanak terpaksa puasa di tengah-tengah situasi orang sekeliling sedang rakus menikmati makanan!

kalau dua beradik ni berjaya habiskan puasa hingga maghrib ni, bermakna aku telah membuat kesilapan memandang rendah pada mereka.

esok, kalau rajin, aku update apa jadi dengan puasa dorang ye.
so doakan aku rajin update blog huhu.

Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare

"Kak pakai DG Skincare ni bukan niat nak cantik pon dikk.. asalkan muka nampak bersih dan lebih rapi dah memadai lah.. akak ni pakai spek. Ada jeragat kat belah kiri kanan dekat bingkai spek. Jeragat ni makin lama makin tebal pulak. Tu yg akak try DG tu. Alhamdulillah, ramai pulak yg tegur muka makin cerah pakai apa hahaha.."



Yang pakai spek mata memang jeragat lebih cepat menebal berbanding yang tak pakai spek kerana jika kita duduk tengah panas, cermin spek pun ikut panas. kulit yang berdekatan cermin spek akan dapat double heating; dari panas matahari dan dari panas spek. bahagian bawah mata juga berisiko menjadi lebam.

so, sesiapa yang nak try Diamond Gold Skincare, boleh WA ye.

012-931 1015 - kak ila ngko

sekian.

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.

Friday 18 August 2017

Projek Tadika PRA Sekolah : Mini Zoo

Patutnya sekarang ni aku dah balik.
tapi petang ni hujan lebat pulak.
langit hitammm je.
takut pulak rasa nak drive.
so tunggu ;a kejap lagi, buar reda sikit.

marilah update blog barang sebaris.

pagi tadi aku masuk office lambat.
kerana hadir ke sekolah tadika ammar.
cikgu adakan pameran mini zoo nukilan murid-murid tadika.
cikgu bagi tugasan ni 2 minggu lepas.
murid diberi pilihan, nak buat mini zoo atau mini akuarium.
kira kerja rumah la.
buat bersama ahli keluarga.

Ammar pilih mini zoo.
dia kata nak harimau.
so 3 hari sebelum hari ni, baru aku ke DIY beli bahan-bahan.

 balik rumah malam lepas beli barang tu, Joe yang excited buat zoo.
Ammar?
tukang tengokkk je.

esoknya, ngah edit-edit sikit apa yang joe buat.
itu je la.

so tadi aku ambik gambar setiap satu hasil kerja murid-murid tadika.

Bergambar kenangan dulu dengan mini zoo dia depan pagar sekolah


pameran diadakan dalam library sekolah


Ni hasil kerja Ammar. tapi yang banyak habiskan masa buat benda ni sebenarnya joe dan abah dia je.





yang kat bawah ni semua dari kawan-kawan tadika Ammar.




 



















































ok lah.
nampaknya hujan dah berhenti.
nak balik lah.

bye!