Wednesday, 1 February 2017

Sempena Dengan Cuti CNY 2017; Murni bertunang 28/1/2017

CNY tahun ni jatuh hari Sabtu 28/1/2017 dan Ahad 29/1/2017.

plan asal kami nak balik ke kelantan, tapi singgah Pekan dulu.
kat Pekan, Cik dan keluarganya, dan mak abah dan Sat pun nak ke kelantan jugak.
dorang 2 buah kereta.
campur kereta kami sebuah, so cadangnya nak gerak sama-sama.
itu la cadangan asalnya pon.

sebelum plan tu, De ada cakap, kalau semua nak ke kelantan, dia nak buat majlis cukur jambul anak sulung dia. Di ulangi, KALAU SEMUA NAK DATANG KE KELANTAN.
dia bukan kata "ehh, datang tau ke kelantan, aku nak buat majlis cukur jambul anak aku ni".

ada beza kat situ.
kalau semua semua ada, baru dia buat.
bukannya dia buat, pastu semua wajib datang. bukan.
itu la yang Ngah bagitau kat aku.
ok. habis bab tu.

aku pun, ambiklah cuti hari sehari sebelum dan sehari selepas CNY.
jumaat dan selasa.

dua tiga hari sebelum CNY, hujan lebat di kawasan pantai timur.
kota bharu naik air.
Pekan pun tak terkecuali.

air naik.
rumah mak tua (mak kepada mak mertua, rumah dia sebelah je dengan rumah mak mertua aku. kami tak panggil nenek, kami panggil Mak Tua) kat dapur naik air hingga paras betis.

oleh kerana risau, mak pon cakap dia mungkin tak dapat pergi ke kelantan.
tu semua Ngah yang cerita la, sebab mak selalu call and update kat dia pasal banjir.

aku pulak.
sebenarnya, hari CNY sabtu tu, ialah hari pertunangan anak sedara aku, Murni.
kak yah, mek, dan adik aku pun pakat datang kl sebabkan majlis ni.
aku je takde sebab nak balik kelantan. kononnya la.

jadi aku ni semua ok je.
kalau tak jadi balik kampung, aku boleh attend majlis tunang murni.
tak balik kelantan pon takpe.
sebab semua ahli keluarga aku datang kl.
mek ada kl, kakyah pon ada kl.
adik aku pon datang kl.

sampai lah hari jumaat.
Ngah cakap mak memang tak jadi pergi kelantan.
tapi dia ajak balik jugak Pekan walau sehari.
lepas majlis tunang murni tu cadang nak balik, atau esoknya pagi-pagi.

tapi aku dah apply leave dari jumaat.
kalau nak jimat cuti, boleh je aku masuk kerja.
memandangkan mek ada rumah aku, dan musim hujan pulak dari malam bawak ke pagi, jadi kemalasan tu berganda.

sudahnya aku wasap murni bagitau aku nak tengok dia bertunang dulu.
pastu baru balik Pekan.

memandangkan jumaat takde plan, marilah kita berlatih buat pulut kuning.
lama dah tak masak pulut kuning.

murni beberapa minggu sebelum tu mintak mek masak pulut kuning untuk majlis dia.
cumanya memandangkan aku takde kat rumah kan katanya nak balik kelantan,
susah sikit mek nak kukus pulut sensorang.

mek tak reti sangat guna dapur gas aku kalau aku takde.
padahal bukan susah pun.
dia nak buat kat rumah suzi karang, sesak pulak.
dengan kak yah nak masak untuk majlis tu lagi, masa ada space nak kukus pulut.
dah la rumah suzi sempit je.

jadi takde la pulut.

ehh, dah aku tak jadi balik ni, aku pun ajak mek pergi beli bahan nak buat pulut kuning.
sambil wasap murni. tunjuk gambar sekampit beras pulut 2kg.
aku cakap boleh je kalau nak letak atas par.
dia kata ok. sebab satu barang lagi tak tau nak letak apa.

kat Giant aku nampak labu.
nampak ranum sangat.
ok mari beli 2 ketul.
kalau rajin kita buat kuih koci labu.
kalau malas kita sumbat je peti ais.

petang tu rendam beras pulut.
pastu kukus labu seketul. seketul lagi tu aku bagi mek bawak balik kampung

2kg beras pulut dibersihkan lebih kurang 3 kali air. kemudian direndam bersama pewarna oren selama 3 jam.

setelah 3 jam, beras pulut ditoskan dan dikukus. setelah masak, pulut dituang kedalam mangkuk besar, dan dicampurkan pula dengan santan pekat (dari 2 biji kelapa) yang ditambah garam dan gula. 








nampak tak kat bawah reben tu ada layer. tu sebenarnya adalah chicken floss yang aku lapiskan diantara pulut tu tadi. saiz loyang yang aku gunakan 8 inci diameter X 3 inci dalam. cukup ngam-ngam dengan beras pulut 2kg. adalah lebih sikit sebesar penumbuk.


beberapa gambar majlis tunang.
tak sempat aku nak ambik gambar kat pelamin, handphone dah habis bateri.

tunang murni

hantaran 1 : kek

hantaran 2 : buah-buahan

hantaran 3 : pulut kuning
hantaran 4 : kemeja
hantaran 5 : tuala
hantaran 6 : puding
hantaran 7 : coklat
semua 7 hantaran belah perempuan.
tak sempat ambik gambar belah laki punya, bateri pon habis.




kuih koci labu ni first time aku buat. ada inti kelapa mek bawak dari kampung. tapi tak cukup. aku beli pulak inti kacang merah yang dah siap masak kat kedai Bagus. konon nak buat pencuci mulut kat majlis tu. sampai je, terus sedara mara pakat rasa dan masing-masing cakap sedap.  tak sempat jamu kat tetamu pihak lelaki, koci habis dulu. kak yah aku pon sempat rasa sebiji je. bangga rasa hahaha

pelamin ni Murni cakap  dalam RM300 kot termasuk caj penghantaran.  taukeh pelamin ni takde kedai, hanya buat kat rumah je dan bisnes online saja. dia kat selayang. memandangkan harga dia murah, munrin ambik dan bayar kos minyak dia. pada aku murah dah ni. 

ni la gambar terakhir aku snap sebelum hpon mati. masa ni sedang dengar ketua pihak lelaki sedang bercakap.





sekian lah dulu.

babai

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku