Friday, 10 February 2017

Entry Ni Terlahir Akibat Bengang Dengan Boss

haaaaaa....
tu diaaaa tajuk
panas panas lagi ni

boss kat sini merujuk kepada HOD aku, bukan the paymaster.

alkisahnya.
aku kan kerja purchasing.
so setiap hari akan buat PO.

sekarang aku jaga satu small project.
buat sebiji banglo.
banglo ni kira projek kecik je.
sebab biasa aku handle serviced apartment atau kondo.

yang aku nak cerita ni pasal order-order barang sebenarnya.

biasa kalau projek kondo, kalau nak order OPC cement mahupun walcrete, minimum kuantity yang selalu aku order adalah 400 bags.
tapi jarang la order 400.
selalu order 800bags.
oleh kerana nak order 800bags, aku terus order daripada trading house.
lagi untung, lagi besar rebate (potongan harga).
dan trading house tu pulak order dengan kilang cement terus.
kilang then akan hantar pakai trailer.
projek besar boleh la order 800bags.

projek banglo pulak, considered projek kecik.
lokasi tapak projek pulak di putrajaya.
memandangkan sekeliling tapak projek tu adalah rumah banglo yang dah siap, terpaksa guna lori kecik je untuk apa2 materials delivery.

kalau nak order steelbars, steelbars tu must be folded bars.
supaya boleh diangkut guna lorry atau trailer yang lebih kecik dan pendek.
kalau tak nanti kena saman dengan authority.
putrajaya authority agak straight.

oleh kerana faktor tersebut, site manager yang in charged banglo ni bila nak order cement, dorang mintak tak banyak.
80bags. 100bags. 150bags.
faktor space juga main peranan. order banyak kang kena hujan keras pulak cement.

kena la beli kat hardware shop aje.
mahal la sikit nak banding dengan beli direct kilang.
tapi takde pilihan.
kilang memang takkan ambik order sebarang cement kurang dari 400bags.

biasanya site manager ni, selain dari nak cement, dorang nak jugak hardware materials lain like bituminious felt, exmet, dan plaster lime contohnya.
dorang isi requesition form sekali harung.

jadi lepas compare harga semua, aku pun buat la price comparison.
satu supplier jugak yang paling murah.
jadi dah tentu la aku order sekali.
cement 100bags, exmet 50rolls, plaster lime 50bags.
semua dalam satu PO.
sebab order dari supplier yang sama.

oh, for info, cement dianggap sebagai major materials.
oleh itu ada budget ditetapkan untuk cement.
contoh untuk siapkan banglo tu memerlukan 1500bags cement.
jadi aku punya price comparison dalam excel tu, aku buat la satu column untuk isi budget.
untuk barang-barang yang masuk kategori hardware, ianya tak ada budget.
jadi ruangan badget tu aku kosongkan la.

format yang aku buat tu memang memudahkan aku untuk pantau.
kalau budget burst, aku boleh tahu.
sebenarnya format tu sama je dengan format projek kondo yg sudah-sudah tu.
hanya yg berbezanya, projek besar, PO cementnya, barangnya hanya cement je la.
kat satu PO tu tak mungkin ada cement dan ada plaster lime.
sebab kilang cement tak de jual plaster lime.

beberapa kali sebelumnya, masa aku submit PO bersama price comparison tu, boss cakap ok.

tapi tadi tak ok.
aku pulak terpinga-pinga.

aku nak terangkan kat dia bahawa;
aku beli cement dan barang hardware tu dari kedai yang sama.
bila beli dari kedai yang sama, dah tentu aku issue satu PO je.
takkan nak issue dua keping PO jugak kot.
dalam PO tu ada cement dan barang hardware.
pastu price comparison pun sehelai je la jugak.
takkan nak buat dua helai.

tapi dia macam tak faham
dia nak jugak pormat tu macam projek-projek lain yg sebelumnya.
sebenarnya format tu sama je pon.
cuma boss aku ni tak nak teliti dulu sebelum kata NO.
selalu lah kena macam tu.

projek besar boleh la asingkan.
sebab projek besar beli cement direct kilang.
tak mungkin bercampur dengan barang hardware.
so budget pun selamanya appeared.

ini projek kecikkkk cenonet.
susah la kalau pakai format lagu tu jugak
takkan la satu PO kena ada 2 comparison.
satu untuk cement, satu untuk barang hardware.
padahal beli kat kedai hardware yang sama.
kata PRICE COMPARISON kan.
haruslah fungsinya untuk bandingkan harga.

bila aku try nak exppain kat dia, dia pulak potong cakap aku.
siap kata NO NOO
gila!

aku nak bagitau dia tujuan aku buat begitu.
ehh langsung dia tak nak dengar pun.
aku pulak nampak macam bodoh.
padahal dia yang bodoh hahaha

ehh. tak faham ke?
hahahah lantok sana

tapi serius wehh.
boss aku ni sometime aku rasa dia kurang betul
bukan aku je rasa camtu.
semua lah dalam department ni rasa macam tu.

dia tak buat, dia tak tahu kesulitan-kesulitan tertentu yang sometime kalau nak explain pon payah.
kau buat sendiri baru kau tahu macamana nak ejas masalah tu supaya tak jadi masalah lagi.
atau paling tidak, masalah tu tak berulang lagi.

amboi kemain panjang.
ntah la yg menbaca nya tu paham ke tak.
ok nak balik dah ni.

lega pulak lepas dapat luah kat sini.

bye.