malas aku nak letak gambar banyak2 dlm fb.
letak 2, 3 keping ok lagi.
nak simpan dalam handphone karang, penuh pulak nanti.
memandangkan ada blog ni marilah tepek sini.
ni kejadian Ahad 12/2/2017.
pagi tu Ngah ajak pergi pasar karat Puncak Jalil.
first time aku sampai sini.
aku sangkakan macam pasar karat @ pasar tani stadium shah alam tu.
rupanya yang kat puncak jalil ni Car Boot Sale.
hampir semua peniaga hanya bentang tikar dan lambakkan barang perniagaan mereka.
kebanyakannya barang bundle.
ada kain baju bundle.
ada barang permainan bundle.
tudung bundle.
ada jugak bukan barang bundle.
tapi barang reject.
yang aku paling terliur sekali adalah mixer brand Global.
harga pasaran paling koman 500 kalau tak silap aku.
yang pakcik tu jual RM250. dia boleh bagi sakat RM240 je.
dia kata barang baru, bukan barang seken.
pakcik tu jual semua barang eletrik.
ada rice cooker. ada periuk kukus eletrik.
ada steam iron. macam-macam barang elertik pakcik tu jual.
penuh van dia.
nakkkk je aku rembat.
tapi Ngah tak kasi.
dia kata susah nanti takde warranty.
kalau ikutkan aku memang nak ambik dah.
aku tak kisah takde warranty pun.
sebab condisi mixer tu memang cantikkkk sangat.
memang aku percaya barang belum pernah guna.
sebab plastik bungkus tu pun cantik lagi.
kotak pon ada lagi.
dan takda haus kat mana2 sudut pun.
memang murah sangat dah 250 tu bagi aku.
dah lamaaa aku usya mixer ni kat Lazada.
teringin nak beli supaya ada bila nak pakai.
especially time bulan puasa.
tapi aku tak beli.
kenapa??
sebab aku tiba2 tersedar diri.
tahun lepas aku beli hand mixer.
konon nak rajin buat biskut raya.
nan hadoo.
baru pakai 2 kali hand mixer tu.
pastu aku simpan.
tapiiii... tetaplah aku bercita-cita nak ada satu mixer mahal kat dapur aku suatu hari nanti.
tunggu lah.
lepas pusing-pusing, lapar.
kami pun singah kat restoran tepi pasar karat tu.
order roti canai.
datang sorang perempuan hantar air kopi yang aku order.
dia tanya 'kopi dengan teh tarik kat sini ke'?
aku pandang sekilas sambil jawap 'ha ah'.
ehh, macam kenal bisik hati aku.
aku pon pandang kali kedua.
rupanya anak kak jah bekas pemilik taska JC.
tapi taska tu kak jah dah jual.
dan aku pun dah tak letak anak aku kat taska tu lagi.
aku beritahu Ngah.
Ngah cakap takkan dia kerja sini kot.
so kami syak restoran ni kak jah yang punya.
pastu lepas makan, kami nak keluar dari kedai.
nampak pulak anak perempuan kak jah yang lagi satu.
sah! mesti kak jah bukak bisnes restoran pulak ni.
lepas round lebih kurang, kami balik.
tak beli apa pon. semata-mata berjalan.
lebih kepada nak tengoh kawasan sebenarnya.
balik rumah.
tengok anak-anak baru bangun tidur.
Poksu jani dorang pon baruu je keluar meniaga.
alahh, lupa nak singgah bungkuskan roti canai untuk anak2.
so aku ajak pergi kedai mamak.
sementara Ngah duduk rumah mesin baju.
aku jalan kaki je,
Ammar dan Joe kayuh basikal baru dorang.
basikal baru beli minggu lepas.
kemain suka budak-budak tu dapat kayuh basikal.
selama ni duk lenjan basikal kecik anak jiran punya.
aku peratiiiiiiii je.
nasib baik jiran tu tak kisah.
ehh, nama tau dia tak kisah kan?
hahahaha...
sementara aku teman anak makan.
Ngah iron baju skolah anak-anak.
pastu aku balik.
aku sapu rumah.
Ngah jemur baju kat ampaian.
aku mop lantai sambil re-arrange tv dan kerusi kat kedudukan baru.
rasa best sekali sekala susun kat sudut baru.
walaupun tak banyak posisi mampu tukar.
almaklum ler rumah flat sekangkang kera tu mana ada banyak ruang.
susah nak plug in tv semua nanti.
Lepas Zohor, Ngah ajak makan nasi kukus.
maka kami pun ke Rz Nasi Kukus Shah Alam.
dah beberapa kali kami datang sini.
sedap, nasi dia lembutt je.
cuma satu je aku kurang berkenan.
tempat cuci tangan dia tu tinggi sangat untuk budak sekolah rendah macam anak aku.
kedai ni ada 2 tempat cuci tangan.
kedua-duanya tinggi.
ada satu kepala paip tu dah patah.
tapi tak berbaiki.
ni kalau datang waktu puncak ni ada yang kena beratur juga nak basuh tangan.
selesai makan, Ngah bawak kami ke Aon Mall Shah Alam.
rupanya dia nak bawak anak-anak karaoke.
so jom kita nyanyi.
ohh, kat sini aku tak suka sangat.
suka lagi kat ioi mall.
kat sini nak pilih lagu macam tak reti sikit.
skrin dia macam tak user friendly sangat.
aku nak cari lagu Ella pun tak jumpa.
aku search by alphabet. tekan huruf E.
tapi Ella tak muncul-muncul.
pastu language dia dalam mandarin.
aku try nak tukar language ke melayu.
ponn tak jumpa.
ke aku yang tak reti sebenarnya?
tak jumpa Ella.
fine.
cari pulak lagu kumpulan lelaki.
konon nak nyanyi lagu rock.
ponnnn tak jumpa jugak.
terus aku takde mood nak nyanyi.
kalau kat ioi mall tu senang yg amat.
kita cari lagu ikut kategori.
nak penyanyi lelaki? klik je LELAKI.
pastu semua penyanyi LELAKI keluar.
semua LELAKI tak kira penyanyi mat saleh, penyanyi cina mahupun melayu, asalkan lelaki semua dipaparkan di skrin.
tinggal pilih je.
sangat user friendly.
yang kat Aon Mall ni Ngah cari lagu Ella dapat, cuma muka tu bukan Ella ye.
ntah muka lelaki mana ntah.
hahahah patut la aku cari payah nau nak jumpa.
lepas menyanyi (lebih kepada melalak sebenarnya haha) selama sejam, kami pon bergerak beli barang dapur kat Checkers Seksyen 15.
oh ye, korang kalau nak menang hadiah cabutan bertuah, sila pergi karaoke kat sini ye.
syaratnya kena ambik pakej 2 jam baru layak.
mana tau boleh menang motorsikal kan?
dah siap membeli barang dapur, kami balik ke sarang.
saja tayang kasut Ngah belanja. lalalala |
aku up gambar ni kat ig. terus dapat pat belas juta like. hahahah... tipu jerrr |
kemain susah nak suruh tiga beradik ni beratur ambik gambar. paling over si kecik la. |
Joe konon-konon nak ambik gambar sedang berjalan, tapi Amir masuk kacau. |
Over betul ngko dikk. |
sengaja beliakkan mata. |
Karaoke. Joe pembuka tirai. layan lagu popular Aiman Tino. Tajuk apa ntah |
tukang karut. |
lepas dia, dia. lepas dia, dia lagi. time kita nyanyi, dia merajuk.. adehh |
susah kemain nak kumpulkan tiga beradik ni bergambar ngan abah dorang. |
tengok? cepat je dah hilang sorang. |
lain kali taknak pakai baju ni dah. nampak perut aku buncit macam ngandung je. tapi nak jugak tepek gambar perut buncit ni kat sini. kenangan wehh. kasut sama tuuuu |
ok dah.
itu je nak citer.
cau dulu.
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku