Friday, 17 February 2017

Dendam Seekor Tikus

Wahh tajuk macam cerpen budak skolah rendah je.

hari tu aku ada blog pasal kereta bau minyak masa malam nak pergi COD tu kan?
yang Ngah terpaksa baiki malam tu.
tu kerja tikus tu.
digigitnya wayar minyak.

cerita tikus tak habis situ je.
pagi tadi berulang lagi.
elok aku siap-siap nak gi kerja, start kereta semerbak bau minyak petrol.
lalu aku terpaksa matikan enjin.
aku intai bawah enjin.
tengok-tengok kemain banyak minyak bawah tu.
tak pasal-pasal aku kena ambik EL halfday pagi ni.

sementara menunggu Ngah balik repair kereta, aku jalan kaki gi sarapan kat kedai mamak dekat rumah


wasap Ngah bagitau pasal kereta.
pukul 10.30 camtu dia sampai.
dia tukar wayar minyak yang baru.
baru boleh datang office.

kira dalam bulan ni saja dah 2 kali tikus pedajal kitorang.

masa Ngah repair malam tu, aku kan tolong pegang lampu handphone.
aku tanya la dia kenapa boleh bocor tiba-tiba.
sebab aku risau. aku kan setiap hari bawak kereta tu pergi kerja.
bila dah keluar minyak bagai ni, of course la aku takut kan.
mana tau tengah-tengah drive tu kereta meletop ke hapa.
ecewahhhh... kemain dia punya imaginasi tu kan.
tapi serious risau wehh.

Ngah cakap ni kerja tikus ni.
kerja tikus? hairan aku.
takkan tikus suka minum minyak kot aku tanya balik.

Ngah pun bukak cerita.

"tikus ni mungkin balas dendam kat abang."

"balas dendam? apesal pulak?"

"sebab ada satu hari tu abang balik kerja, abang nampak seekor tikus. pastu abang press minyak motor kuat-kuat, konon nak pijak dia la. tikus tu terkejut lalu lari. sekerat jalan lari, tikus tu toleh dan pandang abang. abang pun pandang dia jugak. beberapa saat lepas tu tikus tu pon lari masuk longkang. esoknya, masa abang nak pergi kerja, abang ternampak tayar depan motor ada kesan kena gigit tikus. konghajar punya tikus"

OMG!!
biar betikk?!

aku speechless kejap.

pagi ni kes yang sama jugak.
tikus tu belum puas balas dendam gamaknya.

dah tu acaner??
takkan esok kejadian sama berulang lagi kot?
matilamakkkkkkkkkkkk..

hari ni patutnya, pergi kerja macam biasa. lepas tu mintak dengan bos nak keluar lunch awal sebab nak ambik Amir kelas tambahan. tapi dah aku EL halfday, aku tunggu dia lebih awal. masa ni Amir belum keluar. oh ya, setiap Jumaat patut balik awal kan? tapi memandangkan nak UPSR, budak darjah 6 kena ambik kelas tambahan setengah jam setiap jumaat tu. so van sekolah semua dah balik. terpaksa ibu bapa datang ambik anak masing-masing


eh eh dah 5.30petang la.
nak balik dulu.
babai!