Monday, 13 February 2017

Sekali Sekala Dating Macam Zaman U Dulu

Ni gambar masa balik dari Uptown Seri Kembangan.




Jumaat malam 11/2/2017.
sebelum tu kami anak beranak keluar dengan kereta.
konon lepas COD barang kat Hotel UITM Shah Alam, nak gi makan.
lepas makan nak gi jenjalan uptown.
keluar kemain awal. lepas maghrib dah gerak.

tapi kereta tiba-tiba buat hal.
tiba-tiba keluar bau minyak petrol.
kemain dasyat bau dia.
padahal pagi tu aku bawak gi kerja ok je.
dah la masa balik kerja petang nya tu aku parking jauh dari pintu rumah.
ohya, rumah aku rumah flat je.
tapi rumah ground floor.
masa renovate, aku buat satu pintu belakang. 
pintu belakang tu dah jadi pintu utama dah.
jarangggg sangat aku bukak pintu depan.
keluar masuk memang guna pintu dapur je la.
dan biasanya aku parking kereta tu sebelah pintu belakang je.
lebih kurang 5 meter dari pintu rumah aku, ada sebatang lampu jalan.
jadi terang.
malangnya masa balik kerja petang nya tu depan (belakang sebenarnya) rumah aku ada kereta dah parking.
jadi aku parking jauh sikit.
dah tiba-tiba kereta keluar bau pertol ni terpaksa la Ngah belek tengok apa yang tak kena.
hanya berlampukan handphone.
kat situ gelap.
cek punya cek, rupanya wayar minyak kat dalam enjin kena gigit tikus.
konghajor betul tikus ni.
takde menda lain nak makan agaknya.
digigitnya wayar kereta.
dah satu kerja pulak Ngah nak ganti wayar tu dengan wayar baru.
wayar tu lebih kurang macam wayar tong gas je aku tengok.
ada la dalam 20 minit nak selesaikan.
lepas tu baru gerak ke hotel.

kemudian kami ke restoran Andaman kat Seksyen 23.
elok sampai, semua anak aku dah tertidur.
gerak-gerak taknak bangun.
hanya Amir je bangun.
Ammar dan Joe tidur tak sedar apa dah.
nasib baik parking betul-betul depan kedai. 

dua beradik tu tidur sementara kami makan.

lepas makan, nak pergi ke uptown pulak.
tapi memandangkan anak2 dah tidur, aku cakap kat Ngah suruh hantar anak balik rumah dulu.
pastu kita gi naik motor je dah.
nasib baik Jani dan isteri dia ada.
boleh tinggalkan anak jap.
ehh, tapi dorang tu boleh je kalau desperate sangat boleh je tinggalkan.
Amir dah boleh harap sangat dah.
cuma hati tu tak sampai nak berlama-lama tiinggal dorang.

so kami berdua pun merempit ke uptown.
seronok dapat keluar berdua.
rasa takde tekanan.
ni kalau bawak anak, memang payah nau nak beli barang sendiri secara bertenang-tenang.
selalu la balik badmood kalau bawak dorang hahahaa

Ngah belanja jeans 2 helai.
lalalalala...

alamak tetiba aku sakit perut pulak.

tengah syok menaip tetiba mintak nyawa apa kesss

ok la 

nanti free aku sambung lagi.