Thursday, 19 January 2017

Zaman Kanak-Kanak : Kisah Buah Jambu Batu

satu hari seorang kanak-kanak memanjat pokok jambu.
hari tu dia agak bertuah, banyak buah jambu masak ranum berjaya dipetiknya.
ada kecik, ada yang besar.
yang kecik dia makan dulu.
yang besar, dia masukkan dalam baju sebab sayang untuk dimakan.

dia fikir, dah sampai rumah nanti baru dia nak makan jambu-jambu yang besar tu.
dia fikir dia mahu tunjukkan jambu kepada ibunya terlebih dahulu.

semasa dalam perjalanan balik kerumah, dia terserempak dengan seorang wanita.
wanita itu bertanyakan apa yang dibawanya di dalam baju.
lalu dia menjawab buah jambu.
wanita itu kelihatan teruja dan minta untuk melihat.
setelah melihat buah jambu yang begitu masak dan kelihatan sedap, wanita itu meminta kanak-kanak itu memberikannya sebiji untuk dimakan.

kanak-kanak itu pun membenarkan wanita itu mengambil sebiji.
wanita itu pun memilih buah jambu mana yang dia ingini.

pilih-punya pilih, wanita itu telah mengambil tiga biji jambu yang terbaik dari kanak-kanak itu.
kanak-kanak itu merasa begitu sedih dan kecewa kerana jambu yang paling disayanginya telah diambil oleh wanita itu, malahan telah mengambil 3 biji yang terbaik.

oleh kerana dia seorang kanak-kanak, dia hanya mampu diam.
walaupun hatinya menberontak kerana jambu terbaik telah diambil wanita itu.

kanak-kanak itu menyambung perjalanan dengan hati yang sayu.

sesampai dirumah, dia menceritakan kepada ibunya apa yang terjadi.
ibunya hanya mampu mendengar rintihan anaknya.
tidak mampu berbuat apa-apa
hanya mampu memujuk sahaja

seorang kanak-kanak kerdil, manakan mampu berkata tidak.
manakan mampu menolak permintaan seorang wanita yang jauh lebih tua darinya.

kini, kanak-kanak itu telah dewasa.
namun, kenangan jambu batu itu masih segar dalam ingatannya.
raut wajah wanita itu juga masih belum mampu dilupakannya.

begitu juga perasaan terkilan dek kerana kehilangan buah jambu kesayangan.
masih belum mampu dipadam dalam ingatannya.

kanak-kanak itu
walaupun adakalanya dilayan sedih
namun dia tetap merindui zaman itu.
zaman kanak-kanak yang begitu membahagiakan


Sabtu malam 14/1/2017


sekian coretan
zaman kanak-kanak ku

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku