Tuesday, 31 October 2017

Pengalaman Aku Mula-Mula Meniaga Online

Ramai berminat nak berniaga. tapiiiii... MALU.

Aku faham sangat. sebab aku dulu pun malu.
HAHAHA.

meh aku share sikit pengalaman aku start meniaga online.
Aku bermula meniaga online jual produk Seqy Beauty.
Produk ni foundernya adalah seorang blogger. 
Terkenal okey.
Sepet Noh nama blogger tersebut. 
Dua orang kakaknya pon blogger yang terkenal jugak lah.

Masa Sepet Noh keluarkan produk sulungnya, iaitu BB Cream, aku adalah antara orang terawal jadi agen. Sepet offer dalam blognya, katanya siapa yang terawal jadi agen, nama agen tersebut akan ditepek kat blog. aku yang takde pengalaman langsung ni pun, tanpa berfikir panjang, terus transfer duit dan jadi agen.

masa tu aku belum tahu produk apa yang bakal keluar. maksud aku, dalam fikiran aku terbayangkan produk itu adelah skincare. aku tak sangka produk sulung Sepet adalah BB Cream, bukannya skincare. 

Tulisan-tulisan Sepet dalam blog nya sangat memberi motivasi, membuatkan aku teruja nak meniaga. dan pula, bila sepet cakap dia akan tepek nama agen kat blog, aku yang cetek ilmu perniagaan online ni fikir, oh bagus lah nama aku ada dalam blog, orang nak beli produk Seqy boleh terus rujuk situ, tengok agen kawasan mana mereka cari, lalu hubungi terus agen berkenaan. contohnya customer dari puchong nak cod produk Seqy, mereka akan cari agen puchong. dan akan dapat nombor aku. terus aku pun berjaya jual. senang kan? kolotnya pemikiran aku time tu. HAHAHA. mari gelakkan pompuan ni.

Realitinya bukan begitu ye.
Agen kena sentiasa iklan, iklan dan iklan.
Jangan harapkan orang lain marketkan kau.

Masa belum dapat produk Seqy, excited habis. tak sabar nak iklan. tak sabar tak sabar tak sabar.

Firstime dapat produk kat tangan, lain pulak ceritanya.
Tiba-tiba jadi cuak. MALU pulak nak iklan. KAHKAHKAH..
gelak la gelakk.

Malu. serius tak tipu. Firstime aku iklan produk Seqy, ada respond yang baik dari kalangan kawan-kawan. mereka tanya.. "ila niaga online pulak ke?" aku pon reply "ye kakk.. cuba-cuba hihi". tapi setakat tanya-tanya je la. takde yang beli. kawan-kawan excited nak tahu kerana mereka firstime nampak aku iklan jual produk. tapi yang beli takde sorang pun. ini sangat NORMAL untuk mana-mana perniagaan yang baru diperkenalkan.

minggu berikutnya pulak. (seminggu hokeyyy jarak iklan pertama dengan iklan kedua). Iklan kali kedua, responnya krik krik. like pon kalangan anak sedara je.

iklan lagi. yang like hanya seketul dua je. aku pun murung jap. kenapa takde orang like pon? kenapa takde yang beli pon? mula la rasa segan, sebab macam gagal je. sebabkan segan, aku pun takde lah iklan lagi. tapi aku share post stokist aku punya iklan. Aku komen kat fb page Seqy.

setiap agen duduk bawah satu stokist. aku duduk bawah kak ira, iaitu kakak Sepet.

Dalam group tu banyak rakan agen share ilmu berniaga online.
oh ye, agen jual produk Seqy ramai oi. Almaklumlah foundernya orang dikenali dalam kalangan dunia maya.

berbalik kepada sharing ilmu, memang banyakkkkk sangat dorang share. Contohnya penulisan dalam fb mahupun ig. Perlu ada garis panduan.

Jangan kutuk pemimpin negara.
Jangan post sesuatu yang berbaur hinaan kepada orang, bangsa mahupun agama orang lain.
Jangan post tentang politik.
Jangan tulis menyindir-nyindir. contohnya.. 'Aku pun pakai kereta obersi jugak, tapi takde pun menunjuk macam dia tuu.." ayat begini, walaupun kau hanya tujukan kat sepupu kau je misalnya, ianya mungkin mengguris hati rakan fb kau yang ada kereta obersi jugak, yang mungkin dia niat nak beli dari kau, tiba2 jangankan nak beli, terus dia unfriend kau jam-jam tu jugak. Padan muka.

Stok kali pertama aku, mengambil masa yang agak lama jugak untuk habis jual. boleh jual sebab waktu mula-mula BB Cream ni ada di pasaran, ramai kalangan blog reader Sepet pakat beli. Aku yakin sangat, pembeli ni dapat nombor contact aku pun dari blog, dan juga dari fg page Seqy sendiri. Rakan-rakan fb aku langsung takde beli.  ohya, masa aku mula-mula jual online, rakan bf hanya 78 orang je. sendu kan? tu pun dari kalangan sanak saudara dan rakan-rakan tempat kerja je. So kau rasa kau nak jual kat 78 orang ni je ke? 

Dalam group agen seqy, stokist suruh agen add new friend. Nak add friend pun, perlu pilih yang lebih cenderung untuk cantik. Macamana nak pilih orang yang suka melawa? kita mana kenal dorang kan? Well... ada caranya. Sumpah saiko sangat dorang ni. Mampu baca kecenderungan orang.

Jodoh aku dengan Seqy ni, aku kira Tuhan bukan nak bagi aku duit sebenarnya. Sebaliknya Tuhan nak bagi aku ilmu dulu. Sebab tu aku tak cemerlang jual Seqy. Aku dalam fasa bayi yang baru merangkak time tu. sedangkan agen lain dah pakar. Aku instagram pon takde hokey. Makkis cakap nak meniaga kena ada ig. handphone aku pulak time tu jenis yang memory kecik. demi nak maju, aku beli handphone baru. Dapatlah install ig. dulu aku sangka iklan kat fb lebih berkesan, tapi sejak aku ada ig, aku dapati ig lagi berkesan sebab bila kita post iklan kat ig, kita boleh share otometik kat fb, sedangkan jika post kat fb, tak boleh otometik masuk ke ig.

Sekarang ni,daripada agen Seqy Beauty, aku turun kepada dropship aje.
sebab apa?
Sebab aku sekarang aktif jual produk Diamond Gold Skincare. hehehe
Sejujurnya susah untuk aku bawa dua skincare dari dua jenama berbeza. well, susah bagi aku yang masih belum pandai je. orang lain jual macam-macam jenama. semua laris macam goreng pisang cheese. aku je belum pandai.

takpe. pelan-pelan kayuh.

ok la stop dulu.

** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

"Dulu kusam, sekarang tak lagi"




For order, wasap 012-931 1015

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku