Tuesday, 17 October 2017

Mak Tua Meninggal

Jumaat 13/10/2017 jam 1.15 pagi Mak Tua telah pergi menghadap Ilahi.

Pagi tu, dalam pukul 2, Ngah dapat panggilan telefon.
Adik bongsunya telefon mengatakan Mak Tua dah meninggal.

Aku yang sedang tidur masa tu, tersedar sebab bunyi telefon Ngah kuat sangat.
Dalam hati aku dah syak, mesti ada berita penting ni.
kalau tak, takkan telefon bunyi waktu camni.

Lepas habis cakap, Ngah kejutkan aku.
Katanya Mak Tua dah meninggal.
Jomlah kita balik katanya.

Aku pun bangun, gosok gigi, cuci muka lebih kurang.
siapkan baju aku dan baju anak-anak, mana yang nak bawak balik.
dah setel, baru kejutkan anak-anak.
Terpinga-pinga dorang kena paksa bangun dikala pukul 3pagi.

Ngah kemas pakaian dia sendiri.
Kemudian dia mandi.
Aku? Malas nak mandi lah.
Lagipun bukan busuk.
Anak-anak aku pun tak mandi, mood tidur katakan.

Masuk kereta, masing-masing pakat cakap lapar lapar.
eh, memang betul lapar. kalau bangun time macam ni memang perut mintak makan.
So, kami berhenti kat restoran mamak kat Gombak.
Makan roti canai. Anak-anak mintak roti telur.
Tajuddin lagi best, siap order lamb chop ngko!
kahkahkah.. sabor je lah haku.
mana ada lamb chop pagi-pagi camni nak oii.
dah, dahh.. kita makan roti canai je sudah.
merajuk jap dia. urut dada betul melayannya.

Lepas makan, kami sambung perjalanan.

ohya, adik bongsu Ngah (anak-anak aku panggil Ayah Su) tak ikut balik sekali dengan kitorang.
dia balik dengan kawan dia. pon bertolak pagi yang sama.

Sampai kampung dalam pukul 8.15pagi.
masuk dapur tengok-tengok ada tetamu.
rupanya mak Zura.
Zura dan mak dia datang naik bas dari Kelantan semata-mata nak melawat Mak Tua dalam wad.
Mereka datang pagi  Khamis.
Turun je bas petang tu, terus dorang pergi hospital melawat Mak Tua.
Nasib baik sempat. Kalau lah mereka datang Jumaat, memang tak dapat la nak jumpa semasa hayat arwah masih ada.

Masa aku sampai tu, Mak Zura baru siap goreng bihun.
Terus pelawa aku makan.
Elok la, lapar pulak setelah 4 jam dalam kereta.

Lepas makan, mandi, aku ke rumah arwah.
Tengok dorang mandikan jenazah.

Lepas solat jumaat, jenazah dikebumikan di tanah perkuburan kampung peramu.
Aku? Memandangkan aku uzur, maka tugas aku hanya jadi tukang masak je kat dapur rumah mak.
Tak dapat nak ikut Ngah pergi kubur.

Esoknya Sabtu, anak-anak ajak pergi tengok laut.
So Ngah pon bawak kami ke Teluk Cempedak.

Kat Teluk Cempedak, kitorang terserempak abam Spiderman. Aku pun panggil, ajak bergambar. Tapi kena bayar sikit lah. kira sedekah seikhlas hati gituu. ok la tu. dia pun cari makan kan. kasikje la berapa korang nak kasi. singgit pun dia terima. Kat Tesco Kota Bharu kalau tak silap aku, pon ada sorang abam Spiderman, jual nasi lemak. HAHAHA.. kelakar kan? kreatip dorang ni tau



Yang paling tua dalam gambar tu adalah peminat paling tegar abam Spiderman tau. Dia yang paling excited nak bergambar.

Amboiiii... cerahnya kulit tuan tanah. tq Diamond Gold Skincare.. hehe

Ini pulut. nak kata ketupat tak. ketupat kita letak santan kan so rasa la lemak-lemak dia tu. yang ini tak, memang pulut semata-mata, yang dibungkus menggunakan daun buluh.  lalu direbus. Rasa? tawar. ianya semata-mata pulut tanak je. aku jumpa kat pasar tani bandar Pekan pagi Sabtu. Orang asli yang jual kalau tak silap aku la. Kesimpulannya, tak sedap HAHAHA

Anak sedara paling bongsu setakat ini. gerammm je kat budak ni. takleh pegang langsung, mesti nangis.

Oleh kerana semasa kami balik kampung tu adalah musim cuti sekolah selama seminggu sempena Deepavali, kami pun extend cuti hingga Isnin 16/10/2017.
Dah alang-alang ada kat kampung kann.

Bertolak balik Puchong lepas zohor.