Monday, 30 October 2017

Orang Yang Menjaga Ibu Dalam Pantang Boleh Menjadi Sebab Kegagalan Penyusuan.

Kat office aku ni, ada 2 orang staff cuti bersalin hampir serentak.
selang 2 hari je. dah la sama department pulak tu.
dua-dua bersalin hujung bulan ogos yang lalu.
nasib baik bukan department aku.
kalau tak, huru hara dibuatnya.

bukan nak citer pasal keadaan office huru hara.

yang aku nak cerita adalah kisah kegagalan menyusu badan.

minggu lepas hari apa ntah, aku terserempak dengan salah seorang adik manis yang baru masuk office setelah 60 hari tamat cuti bersalin.
(yang seorang lagi aku ada nampak dia dah masuk office 2 hari kemudiannya, tapi belum sempat bersembang. masa tu jumpa dah waktu balik. so masing-masing tergesa-gesa)

Alhamdulillah, anak sihat katanya.
aku tanya anak siapa jaga. dia kata jiran jaga.
ok ke menyusu? saja la aku tanya sebab adik manis ni baru dapat anak sulung.
dia kata fail kakk.
terus aku rasa sedih.
aku rasa balik apa yang aku rasa masa gagal susukan Amir dulu. aku sempat susukan 2 minggu je.
dia kata baby taknak menyusu. baby nak hisap botol je.
dan lagi, dia kata keturunan dia takde susu.
adussss...

lalu aku pun tak tanya lebih dah.
sebab aku taknak dia rasa sedih.
merana hokey bila ibu tak berjaya susukan anak sendiri.
tapi kebanyakannya tak tunjuk kesedihan tu depan orang.

aku yakin, orang yang menjaga ibu yang dalam pantang ni sangat memberi pengaruh kepada berjaya atau tidak penyusuan tu.

kau sedang sakit akibat baru lepas beranak.
anak sulung pulak tu.
dah sah-sah takde pengalaman urus baby.
nak pangku baby pun kekok.
nak urus diri sendiri pun sengsara.

paling biasa kegagalan penyusuan adalah akibat biasakan baby dengan botol susu.
itu tersangatlah bahaya.
baby baru lahir, dia belum kenal puting ibu dia. dia belum biasa.
dan ibu pulak, dia masih kekok susukan baby.
dan ada yang belum timbul puting (puting tenggelam).
hari pertama, mungkin susu belum ada.
sedangkan baby dah menangis kelaparan.
nak bagi susu, susu belum keluar.
tak bagi karang, baby berterusan menangis.
sudahnya, tukang jaga ibu baru lepas bersalin tu tadi kedapur, bancuh susu formula dan susukan baby menggunakan botol susu.
baby pun hisap dengan gelojoh sebab lapar.
ibu pun tenang sebab baby dah diam, dah tidur kekenyangan.
elok 3 kali berturut-turut baby disusukan dengan botol susu, dia takkan nak lagi hisap tetek mak dia. sebab dia dah biasa dengan botol susu. dia dah selesa dengan puting botol.
puting botol panjang, puting mak dia lembik dan pendek.
dah sah-sah tak best.

oleh itu, kepada ibu muda yang betul-betul nak menyusukan baby nya secara exclusive, nasihat aku, sila jangan beli pun botol susu! konon-konon nak standby je, takde makna hokey!
walaupun sakit kesan bersalin, walaupun kekok, cubalah pangku baby korang selama yang mungkin.
sebaik saja korang bangun pagi, pangku baby korang tu.
walaupun baby sedang nyenyak tidur, pangku.
walaupun mak atau mak mertua korang mungkin tegur baby bila dah biasa didukung nanti dia akan nangis bila letak kat tilam, JANGAN PEDULI! Pangku je!
Bukan nak pangku setiap hari selama tempoh berpantang pun.
pangku je lah selama seminggu pertama dia lahir kedunia.
baringkan ke dada, supaya ada hubungan intim dengan baby.
kekok tu hanya sementara je. lama-lama ok la.
cer bukak youtube dan gugel video tentang newborn freastfeeding.
melambak ilmu tentang cara nak suruh baby buka mulut dengan besar untuk memudahkan penyusuan.

** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **




Nampak tak pengakuan adik manis tu?
dia kata sejak pakai Diamond Gold Skincare, ramai orang pakat tegur dia makin comel.
dan dia kata serum DG best.

Aku setuju dengan adik manis ni.
Serum DG memang best.
Sebenarnya aku pernah pakai serum brand lain sebelum ni.
sejak aku pakai DG, aku dah tak cunsume serum yang biasa aku pakai tu.
aku pakai je serum DG sebab ia dah ada sekali dalam set.

aku perasan, serum DG ni memang betul-betul menjadikan kulit aku sihat.
bulu roma kat muka aku jadi subur.
bukan jadi panjang tau, sebaliknya ia tumbuh sepertimana ia patut tumbuh.
korang kena tahu, kulit yang betul-betul sihat, yang pori-porinya tidak tersumbat, memang sepatutnya ada bulu roma.

so,kalau berminat nak try Diamond Gold Skincare,boleh wasap aku ye.

012-931 1015 - kak ila ngko

ok lah.
sekian dulu untuk hari ni.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku