Thursday, 2 November 2017

Tak Pandai Tulis Iklan, Hanya Kerana Belum Biasa Je.

Perasan tak?
Ada peniaga online, bila mereka menulis walaupun simple, tetappp sedap dibaca. Santai je, tapi penyampaian tu sampai.

Ada peniaga online, mereka punya tulisan apabila kita baca, kita konfius. Kenapa berulang-ulang ni? Kenapa macam serabut je ni?

Bila aku fikir-fikirkan, aku syak 2 perkara je.

Pertama, orang tu belum ada pengalaman. so tulisan dia nampak macam tak berapa kreatif.

Kedua, faktor akademik. aku perati, orang yang blajar tinggi, kebanyakannya tulisan dia simple tetapi sampai. Ada jugak yang belajar takat SPM je, namun tulisan dia sedap dibaca. simple namun sampai. orang begini aku syak, dia masa sekolah menengah dulu memang pandai, cuma dia malas sambung ke peringkat lebih tinggi je. pokok pangkalnya dia tu asalnya bijak. tak pun dia dah lama meniaga online. hari-hari dia tulis iklan. lama-lama tulisan dia jadi santai.

Habis tu yang skolah tak pandai, tak boleh jadi peniaga online ke?

Bukan macam tuu.
Boleh je meniaga online. Dulu masa aku jual Seqy, dalam group agen, ada banyakk testimoni, ayat-ayat iklan yang dorang kongsikan. kau tak pandai mengeja pun boleh je beriklan. caranya, kau copy and paste je ayat iklan agen atau stokist lain dan post kat fb. Dorang amalkan berkongsi.

aku dulu pun, walaupun ayat iklan tak de la teruk mana, tapi oleh kerana tak biasa buat, hasilnya jadi tak seronok dibaca.
ayat iklan yang bagus perlu santai. ayat iklan aku masa mula-mula dulu agak straight dan keras. jadi ianya kelihatan kurang friendly. Jadi aku copy and paste je ayat iklan kawan-kawan lain. lama-lama aku perasan, aku dah tak rasa malu lagi. bila dah takde rasa malu, aku makin kreatif.

betul lah orang kata, alah bisa, tegal biasa. maksudnya, mula-mula memang rasa kekok, lama-lama dah jadi biasa, semakin hari jadi semakin spontan.

Kesimpulannya, kita tak pandai bukan kerana kita memang bodoh.
sebaliknya kita hanya belum biasa buat. tu pasal rasa tak yakin.
nasihat aku, kalau memang nak cuba-cuba berniaga online, buat je dulu.
Permulaan, jangan aim nak duit semata, sebaliknya aim untuk pengalaman je dulu.

Aku sangat bersyukur sebab aku mulakan jugak langkah pertama untuk berniaga online. Walaupun produk pertama yang aku bawa tu tak memberikan hasil yang lumayan (kepada aku), namun aku sangat berterima kasih kat rakan-rakan Seqy yang mana disebabkan doranglah, aku jadi makin santai.

Nak beli Diamond Gold Skincare?
Wasap daku ye.

012-931 1015

** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

"Semakin muda sejak pakai DG Skincare"



Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.