manjang sibuknya.
Sabtu Ahad lepas kami balik Pekan, Pahang.
nenek Ngah (moyang Amir, Joe dan Ammar) masuk wad.
aku dan ngah panggil Mak Tua. anak-anak aku panggil Nyang.
sebenarnya MakTua masuk wad pada 30/9/2017.
masa tu aku ajak jugak ngah balik sebab aku ni jenis suka je balik kampung, tak kisah la balik kampung ngah atau balik kampung aku.
tapi ngah kata, mak kata tengok keadaan dulu. lagipun musim budak periksa.
jadi minggu lepas, kami pun balik Pekan.
bertolak sabtu pagi.
balik KL semula petang ahad.
Ahad, balik KL.
On the way balik KL, ngah ajak singgah rumah kawan dia kat Temerloh.
kawan dia ni eksiden, tangan patah dan dimasukkan besi. sekarang kat kampung.
sedap oi mee rebus mak dia masak. aku nak tambah tapiiii segan pulak. masa kami sampai, hanya dia je kat rumah. mak ayah dia kerja, belum balik lagi. |
Masa nak masuk kereta nak balik kl, mak suruh petik buah mempelam.
suruh ambik bawak ke kl.
aku cakap takyah la makk.
tunggu dia masak baru sedap.
mak cakap karang masak tak balik macamana nak makan?
hahahah
baiklah mak.
jom kita petik pat lima belas biji.
mak pun masuk dapur ambik plastik.
sementara aku ke arah pokok mempelam.
tiba-tiba terjumpa sebiji buah mempelam masak tergolek atas tanah.
terus kutip.
mak datang dengan plastik dan galah.
kait 4 biji aku cakap dah la mak. cukup dah ni nak buat sambal mempelam.
aku ni kurang gemar makan mempelam muda atau mempelam yang belum masak kalau nak cicah-cicah garam tu.
aku suka yang dah masak.
jadi 4 biji campur sebiji yang masak ni dah lebih dari cukup.
hasilnya, malam tadi aku buat sambal belacan campur sebiji mampelam.
Sambal belacan mangga-mak-mertua-kasi-masa-balik-kampung-minggu-lepas |
ok.
habis cerita balik kampung.
ni pulak kisah sekolah anak-anak.
Kat sekolah tadika Ammar, ada cikgu praktikal dari serawak.
cikgu Ardie nama dia.
minggu lepas last dia kat sini.
sekarang dia dah balik serawak rasanya.
dia upload gambar budak-budak tadika Pra Melur 2017 kat youtube.
boleh layan kalau rindu.
10 tahun lagi aku nak tunjuk kat Ammar.
ni lah aktiviti amir setiap petang lepas balik sekolah agama.
main bola takraw.
bola takraw, tapi pesen main bola sepak.
tahun ni je la dorang nak bermain sama-sama pon.
tahun depan amir dah tak tinggal kat daycare dah.
kawan-kawan ni pun rasanya mungkin tak sama sekolah menengah dah tahun depan.
aku pulak sayu bila memikirkan nanti dah sekolah lain-lain.
ajak bergambar senonoh sikit taknak.
masing-masing malu.
ek elehh..
10 tahun nanti korang pasti rindu moment ni.
dan Tajuddin pun sampai.
moh la kita balik.
umi kau nak masak pulak.
ni gambar bila ntah.
boring tak tau nak buat apa.
yang aku ingat, hari ahad.
kami tak keluar pi mana-mana pun.
standard la bila terperap kat rumah, mula la kerja nak mengunyah je.
tapi letih jugak asik kunyah biskut kering je.
meh la kita try buat kek.
aku pun start motor.
pergi BAGUS.
dekat je dengan rumah.
maka terhasil lah kek red velvet cheese leleh.
ok dah itu je nak cerita.
kita stop secara tiba-tiba. hahaha
free karang sambung balik.
ntah la bila nak free lagi.
babai.
yg baik dari Allah
yg buruk dari Aku