hari ni agak bizi sikit.
kena belajar tentang monier roofing tile pulak.
nak kata bizi benar tu takde la sebenarnya.
lebih kepada sengsara.
aku kan purchasing.
patut kalau kau dah confirm nak order apa, kuantiti berapa then baru tugas aku bermula.
ini tak.
QS kata nak pakai monier roof tile aje.
pastu bagi kat aku secebis kertas.
secebis hokey bukan sehelai.
aku tanya nak berapa?
dia kata seribu lebih meter square.
aku macam...
apakahhh??
patut kalau nak suruh aku order, mesti bagi description yg betul, kuantiti in pc sebab ini roof tile, color apa kau nak, and nak bila.
lebih kurang gitu la.
ini takde apa.
cakap nak monier je.
maksudnya nak jenama je monier.
aku ok lagi.
malas nak soal banyak2.
aku call 3 trading house.
tanya samada dorang ada supply monier roofing tak.
mana yang ada supply, aku email apa maklumat yang QS bagi kat aku.
supplier A, supplier B dan supplier C.
esoknya,
Mr Thong dari monier call.
dia kata ada salesperson dari supplier A, B dan C call dia suruh quote monier to them.
hahaha
rupanya ketiga-tiga supplier tu cari orang monier yang sama untuk quote mereka.
Mr Thong kata dia tak boleh quote, memandangkan details yang diberikan tak cukup.
oleh itu one of supplier tu tadi mintak dia call direct aku.
monier ada banyak range of quality.
ada beginer, intermidiate, dan high end.
dia tanya aku nak yang mana, aku lagiii tak tau.
aku tanya QS,
QS kata Nordica.
lalu aku pun suruh dia quote Nordica.
sambil-sambil tu aku tanya dia Nordica tu range macamana.
Mr Thong kata Nordica is beginer.
yang kedua murah.
paling murah ada lagi.
apa ntah namanya aku lupa pulak.
tapi dia ada cakap kat aku, kalau banglo better ambik yang intermediate.
tapi kau tahu la orang purchasing.
mana boleh sendiri pilih.
akhirnya dapat juga quotation Nordica.
pastu buat price comparison.
semua ketiga-tiga supplier ni quoted Nordica.
hanya price berbeza sikit.
ye la company lain-lain kan.
meeting pulak.
untuk tengok the Nordica dan bincang details.
patut aku tak masuk,
tapi pada hari meeting tu QS aku cuti.
terpaksa aku ganti.
dalam meeting tu baru celik mata memasing.
tengok Nordica tak sesuai untuk banglo.
banglo menteri pulak tu.
gila kau nak pilih hat paling murah.
bincang punya bincang,
eh eh, nak tukar pulak kepada yang mahal lagi.
tak jadi Nordica.
kali ni nak Perspective pulak.
ok fine.
tapiiii
sengsara hokey.
ni baru dapat quotation dari 2 suppliers.
satu lagi tu ntah. macam frust dah kot.
mungkin dia tahu harga dia yang masa quotation Nordica lagi, dia paling mahal.
tu pasal bila tukar ke Perspective, dia langsung tak quote dah.
penat aku.
ni sekarang tengah nak compare harga dari 2 supplier.
masalah lain pulak.
dua-dua supplier ni quoted in m² basis.
adehh..
terpaksa tunggu Mr Thong break down by pieces.
tunggu punya tunggu, bos pun dah dua kali tanya.
kesian kan aku?
aku kerja purchasing dah lebih 10 tahun kot.
biasanya, semasa peringkat nak order jenis apa, spec mana, tu semua masih dalam skop QS.
benda-benda macam tu kena bincang dengan cunsultant dulu.
bukan main pilih je.
sudahnya kena buat kerja dua kali.
ok.
sekian dulu bebelan.
nanti free aku gebang lagi.
entry diakhiri dengan gambar terbaru anak bongsu.
bergaya dengan topeng yang dia buat dalam kelas hari ni.
driver dia En Fauzi baru je wasap gambar ni kejap tadi.
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku