patutnya semalam kerja. tapi aku EL.
aku memang plan nak cuti.
cuma was-was.
bukan apa, Ngah memang ambik cuti untuk 3/1/2017 dan hari ni 4/1/2017.
semata-mata nak tengok-tengok anak bongsu kesayangan dia skolah PRA.
dan nak tengok anak bongsu kesayangan dia tu naik van.
takut jugak kan.
driver van pun belum kenal anak aku.
anak aku lagi la mana pernah naik van orang tak kenal.
sorang-sorang pulak tu.
so patutnya aku ambik time off je semalam. 2 jam cukup la.
tapi memandangkan agak kelam kabut jugak nak lari ke skolah agama bayar yuran.
anak yang dua orang tu sesi lain-lain.
pastu campur pulak terlebih teruja tengok mak bapak pakat tunggu anak masing-masing.
dan macam ehh syok pulak laki bini takyah gi kerja hahaha
so akhirnya aku EL je lah.
nasib baik hari ni masuk kerja tak bizi.
hanya nak follow up kenapa OPC cement yang patut supplier hantar semalam yg masa aku EL tu, tak dihantar.
so kerja mem follow up itu aje.
pastu ada satu invoice repair company's forklift.
ini kacang je. hanya nak issue a back dated PO.
pastu takde dah. free je hari ni.
oleh kerana hari ni agak free, mari kita update sepintas lalu.
macam orang lain jugak, aku pun teruja la anak-anak dah masuk skolah.
nak-nak pulak anak bongsu pon skolah dah tahun ni.
walaupun sepatutnya aku teruja tahun depan.
ye la kan. tahun depan la darjah 1. sekarang ni baru PRA.
tapi PRA pun tetap la nak kena ajar naik van skolah.
muka tuan tanah yang paling latest. lokasi sekolah agama Bandar Kinrara. ni tengah tunggu turn bayar yuran anak yang darjah 2. sesi pagi |
susah sebenarnya nak mencari perkhidmatan van skolah untuk budak PRA.
sebabnya budak PRA balik skolah sejam awal.
dan budak PRA tak ramai mana pon.
jadi kebanyakan pengusaha van skolah tak ambik budak PRA.
cikgu PRA pon sentiasa pesan supaya jangan pilih van yang sekali harung ambik budak darjah satu ke atas.
sebab nanti kesian anak PRA kena tunggu lama nak balik rumah / transit / taska.
Ngah start cari dah lama.
tapi biasa la masa lambat lagi nak bukak skolah ti tak banyak contact.
ni dapat van untuk ammar ni pon malam sebelum skolah esoknya.
tu pun dengan bantuan abang joe van skolah.
dia pass nombor kak zie.
kak zie la yang sanggup ambik ammar.
tapi bukan kak zie yang sendiri bawak van tu.
orang lain pulak.
nama dia encik fauzi.
en fauzi ni la yang ambik ammar dari skolah bawak ke transit.
mahal sikit berbanding harga biasa.
harga abang joe cas dua beradik tu RM70 sorang. dua beradik RM140.
yang ammar punya ni kak zie cas RM120.
tu pun sehala je.
hanya jemput ammar dari skolah hantar ke transit.
pergi skolah Ngah hantar naik motor.
lepas nego, dapat la RM100 sebulan.
kira ok la sebab kena consider jugak. en fauzi hanya ambik ammar je sorang.
kereta kosong.
lepas hantar ammar ke transit, baru dia patah balik ambik budak skolah lain pulak.
kira selamat anak aku tak perlu pusing sana pusing sini.
sekolah PRA start pukul 8.00pagi hingga 12.00tengahari setiap isnin hingga khamis.
Jumaat sekolah start pukul 7.40pagi hingga 11.40pagi.
gambar ni cikgu share dalam group. nampak muka ammar macam blur lagi. |
kawan-kawan sekelas Ammar |
Joe pulak hari pertama dah ponteng skolah.
semua salah aku.
aku baca dalam group wasap darjah 1(yang tahun lepas punya group) kata 2/1/2017 skolah agama buka.
tapi buka hanya untuk tujuan bayaran yuran sahaja.
anak murid tak perlu datang sebab belum start skolah.
yang aku ni pulak salah paham.
aku tau yang hari isnin tu public holiday.
cuma aku tak perasan yang isnin tu 2hb!
dan kebiasaannya bila PH, skolah pun cuti kan.
rupanya hanya tahun ni saja pihak skolah bukak pada PH semata-mata untuk bayar yuran sekali harung dengan orientasi budak darjah 1.
yang aku pulak sangka owh hari pertama skolah, hanya untuk bayar yuran saja.
budak belum skolah lagi,
padahal start skolah tu 3hb! bukan 2hb!
aku yang tertukar tarikh.
ni masa sedang tunggu ammar balik skolah. tunggu kat kantin je. ammar keluar pukul 12tghari. |
kat kantin skolah |
oleh kerana boring menunggu lama sangat, Joe pon dihantar ke daycare oleh abah dia.
tak lama lepas tu ngah datang semula, sebab nak kenal dengan pemandu van ammar.
pukul 12tengahari, ammar pun keluar.
kitorang tunggu en fauzi dekat pagar skolah.
rupanya en fauzi bawa toyota avanza, bukan van skolah.
ok la mana-mana je la.
suruh ammar masuk dalam van, dia taknak lalu nangis.
terpaksa la aku pun naik sekali van tu menuju ke daycare.
sampai sana, baru nampak happy muka ammar.
sementara tu ngah balik rumah untuk ambik pakaian skolah agama joe pulak.
lepas dah setel semua, aku teman ammar kat daycare tu.
hinggalah dia tertidur.
kemudian aku dan ngah tinggalkan dia kat situ.
kami menuju ke skolah agama lagi sekali, untuk bayar pulak yuran Amir.
sesi pagi tu tadi bayar yuran Joe.
setiap yuran hendaklah dibayar melalui guru kelas masing-masing.
lepas bayar yuran, kami balik rumah, mandi segala, dan pergi Shah Alam kejap untuk COD barang.
hujan lebat giler kat shah alam.
redah jugaklah memandangkan nak kejar masa nak ambik anak-anak kat daycare.
sampai rumah dah 6lebih.
mandi sekilas terus zas ke daycare ambik anak2.
terus bawak pergi makan.
tak larat aku nak masak dah.
tanya dorang nak makan apa.
laju je jawab nak lamb chop.
kemain demand.
joe la paling over.
takpe. mari layan sementera duit masih tebal ni hahaha
belum mahir pakai stokin |
muka serious |
kemain dilapahnya kambing tu. nak kata liat tak jugak. cuma ia liat sikittt je dari kebiasaan yang kami makan. |
nasi goreng paprik daging. besar portion dia. letih nak perabih pon. sedap giler |
selalu jugak makan kat sini.
sebab sentiasa sedap kat anak tekak aku.
macam paprik malam tadi. masih teringat-ingat ni.
sedap kena dengan selera.
Ngah pon kata sedap.
dah berterabur pulak entry ni aku rasa.
gambar pulak tak tersusun.
lantak la aku malas dah nak tukar.
senarai murid kelas Joe. darjah 1 tahun lepas dia kat kelas Syukur. tahun ni kelas Sabar. |
ni pulak senarai murid kelas Amir. |
budak perempuan ada 22 orang.
aku sembang dengan ustazah.
aku cakap ramai budak perempuan ye dalam kelas ni. elok la sebab biasanya kalau budak perempuan yang lebih ramai, kelas tu jadi senyap, tak bising.
ustazah cakap ha ah, kelas pandai biasanya budak perempuan lebih ramai dari budak lelaki.
aku dengar terus macam OMG!!
anak aku pandai ke?
terus aku seram.
walaupun rasa teruja tu ada, tapi seram tetap seram.
sebab selama ni aku tak push dia betul-betul.
aku hanya pastikan dia attend kelas tambahan yang pihak skolah agama adakan.
tu aje.
lepas tu bila dah tau kedudukan dia, aku mula rasa macam kena letakkan satu target pulak kat dia.
ni yang aku sendiri risau ni.
macam tamak pun ada.
tapiiiii
sekolah agama je la macam boleh skor.
skolah kebangsaan tak boleh. hahaha
pandangan dari tingkat 3 bangunan skolah agama. dari sini nampak daycare tempat anak2 aku tinggal. dekat je kan? jimats duit van hehe |
belajarlah elok-elok ye anakanda. doa umi sentiasa bersamamu. |
amir ni dulu tak pandai mana.
dah la tak pandai, kuat main pulak tu.
semalam dia cerita kat aku.
kat daycare tu ada seorang budak sebaya dia.
tapi tak sekelas.
berkawan la memandangkan tinggal di daycare yang sama.
budak ni nama apa ntah amir ada cakap tapi aku lupa.
Adam Haris kot. ok andaikan betul nama tu.
Adam ni budak pandai.
dia rajin pergi kelas tambahan yang cikgu skolah agama anjurkan.
kat daycare tu ramai jugak yang malas pergi kelas tambahan.
jadi kalau jiwa tu 50-50, memang akan ponteng kelas la jawabnya.
Adam ni pulak jenis rajin dan yang terpaling aku terharunya, dia sentiasa ajak amir pergi kelas tambahan bersama-sama.
dia sentiasa psiko amir supaya tak ponteng kelas,
dan dia sentiasa ajak amir study group kat daycare tu.
memandangkan dia pandai, dia jadi guru pulak ajar kawan-kawan dia.
amir kata dorang study bertiga. sorang lagi tu nama apa ntah.
andaikan je nama Ali.
sekarang, amir naik kelas, dan sekelas dengan Adam.
kemain seronok amir.
kawan sorang lagi yang nama Ali ni pun naik kelas jugak, tapi tak sekelas dengan amir dan adam.
dia kelas lain, tapi naik kelas la.
suka aku dengar bila amir cerita pasal ni.
mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati mu duhai Adam.
terima kasih kerana menjadi kawan yang positif untuk anak makcik.
huhu
sekian dulu
babaiYg baik dari Allah,
Yg buruk dari AKu