sejak skolah bukak ni mata senang ngantuk.
mungkin bangun extra awal kot.
atau mungkin juga dua tiga hari ni perut tu kenyang sentiasa.
nasi lemak hijau. Rabu 4/1/2017 |
ni sarapan semalam.
nasi lemak hijau.
lokasi medan selera Jalan Merbok, Puchong Jaya.
Harga RM4.50 je.
bagi aku murah dah.
sebab aku ambik sotong tu 2 keping.
satu bahagian badan, satu lagi bahagian janggut.
kedai dia baru bukak. nama kedai pun tak ada.
kebetulan je masuk kedai ni.
aku sebenarnya peminat tegar roti canai.
oleh kerana kedai ni memang laluan aku pergi kerja, aku ternampak orang tebar roti canai dalam kedai.
lalu keesokkan harinya aku singgah nak beli roti canai.
rupanya abang roti canai tu cuti pulak.
malas nak pergi tempat lain, aku pun bungkus je la nasi lemak dia makan kat office.
sampai-sampai office, bukak nasi tengok eh eh warna dia hijau la.
bau pun wangi daun pandan.
pastu acara repeat pun berlaku.
nasi lemak hijau khamis 5/1/2017 |
gambar atas ni yg pagi ni punya repeat.
setiap hari aku ambik sotong.
tapi hari ni macam kureng sikit.
nasi tak lemak mana.
macam nasi putih je rasa dia, cuma warna je hijau.
pastu sotong dia pon kurang rasa pagi ni.
so boleh la aku move on pasni.
boleh balik ke roti canai pula.
aku masak air, pastu tuang je dalam mangkuk ni. solosai |
ni pulak megi cintan perisa tomyam.
makan tengahari tadi
memandangkan pagi makan nasi lemak dan masih belum lapar betul-betul, jadi megi adelah pilihan tepat.
aku lunch hour selalu jugak balik rumah.
sebab rumah dekat je dengan office.
lagipun office aku ni kalau nak makan, memang nak taknak kena drive keluar.
so daripada aku drive menuju ke kedai makan, baik aku drive menuju ke rumah je.
cuma tu la, kos minyak banyak sikit huhu.
tu takpe.
kat rumah macam-macam boleh buat.
sempat sidai baju hat mesin malam tadi.
kadang takde baju nak sidai, boleh tanak nasi.
elok je masak, off suis boleh datang kerja balik.
pastu sebelum keluar rumah, keluarkan dulu ayam ke ikan ke dari peti ais.
petang sampai rumah tinggal nak masak lauk je la.
gitu la.
sejak joe skolah darjah satu tahun lepas, sampai la sekarang ni, selalu sampai rumah waktu maghrib.
sampai rumah tu kalau aku masak, memang aku terus campak tudung terus masak je.
kalau aku bertenang-tenang dulu depan tv, alamatnya lambat la boleh makan.
sebab tu kalau aku tak larat sangat, aku bungkus je.
tapi tu la oi, nak bungkus hari-hari kang bengkok jugak.
dah la kadang tu masakan kedai pedas la apa la.
eh, panjang pulak aku taip.
lari tajuk
ok lah.
aku nak sambung kerja
nanti senang aku sambung.
p/s : aku jual produk kurus tau. nama dia Garcinia Plus keluaran GreenAard. sekarang harga tengah promosi sempena YES. Harga RM78/botol valid hingga 7/1/2017 ni je tau. boleh WA 012-9311015 jika nak beli melalui aku ye.
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.