kisah ahad lepas. 18/12/2016
Ngah plan sebelum balik kampung lagi.
katanya nak bawak anak tidur dalam khemah tepi laut.
nak bagi anak jantan dia merasa kenikmatan berkhemah yang dia sendiri tak dapat dizaman kanak-kanak.
mula tu dia nak bawak masuk hutan, tapi bila pikir-pikir balik, macam bahaya je kan. mari la kita try kat tepi pantai dulu. pasni baru kita slow-slow tudur kat hutan pulak.
kami gerak hari sabtu petang. mek tak ikut. oleh itu, aku hantar dia rumah suzi. suka la dia. dah lama dia rindu nak tengok adam anak suzi. ramai kat rumah suzi. kak yah, abe D, tunang juer, murni pun ada. jadi mek tak bosan lepak situ.
sampai PD dalam pukul 6petang.
terus budak-budak ni mandi laut.
sementara tu Ngah pasang khemah.
aku tolong-tolong mana yang patut.
tolong tengok je la banyak huhu.
dah siap pasang khemah, aku bawak budak-budak ni mandi kat rumah mandi awam.
cas masuk mandi RM1 setiap seorang.
lepas mandi, malam tu aku bukak bekal nasi kari ayam, dan suap budak-budak ni.
boleh pulak lupa bawak pinggan.
penat Ngah cari kedai nak beli pinggan plastik, nan hado.
sudahnya aku makan je dalam bekas tuperware tu.
korang kalau nak pasang khemah, better pilih tempat yang dekat dengan tandas dan rumah mandi.
senang kalau malam-malam buta anak nak berak kang boleh lari terus.
kalau jauh kang jenuh nanti.
aktiviti takde apa.
aku nampak ramai je berkhemah kat tepi khemah kami. selua pakat berBBQ.
bau semerbak je memasing.
lepas makan, boleh pulak aku tertidur.
macam dua hari tak tidur.
masa baru sampai. dah petang. tak sempat nak tanggal baju memasing |
dah makin gelap |
konon-konon ungun api la tu. padahal pelepah pokok kelapa. jadikkk lah ambik feel |
antara pintu khemah dengan tikar yang Ngah bentang depan khemah tu, Ngah pasang buai. makanya semua pakai ambik giliran bergayut dalam ni |
esoknya, aku terjaga awal sebab terkejut bunyi anjing menyalak.
dah lepas gosok gigi semua, melangut aku sensorang sebab semua pun masih tidur.
aku dah kelaparan ni.
pastu joe bangun.
sementara nak tunggu yang lain bangun, aku ajak joe jenjalan sekitar pantai tu.
gambar selfie banyak giler tapi malas nak letak semua.
aku pilih je randomly.
pastu amir dan ammar pulak bangun.
sebenarnya aku yag kejutkan. nak harap dorang bangun sendiri tu lambat sangat.
lepas tu terus lompat dalam laut.
sambil mandi sambil tunggu ngah bangun.
lama giler tidur
last-lasr aku naik kejutkan dia.
baru reti nak sedar diri
lepas mandi apa semua, kami pun siap2 pergi sarapan.
lepas tu balik.
kami singgah Nilai 3 pulak.
takda plan nak beli apa pun.
sekadar nak tengok-tengok je.
dah lama kot tak datang sini
macam tak best je aku rasa.
ke aku yang tak reti nak sopink kat sini aku pun tak tau la.
kebanyakan karpet karpet karpet
pastu kebanyakan kedai kami masuk, adelah orang asing yang meniaga.
tak beli apa pun.
hanya beli frame ayat Kursi je.
satu set ada 3 frame.
harga RM145. dia offer RM90. so ambik
itu je
lain takde apa dah
frame pun ada belum gantung lagi.
ok lah.
itu je nak cerita.sementara rajin ni hihi
yang lain tu gambar je lah
Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku