Friday, 1 November 2013

Gomo Kelate Gomo!

Tak sabar menunggu.
Menunggu hari Ahad. Menunggu malamnya..
Selalu orang tertunggu malam Jumaat je ye dak? Huhu.. gatal sungguh..
Ahad malam ni perlawanan akhir perlawanan bola sepak merebut piala Malaysia. Pasukan Kelantan kesayanganku bertemu pasukan Pahang. Pahang pun kesayangan gak… kesayangan nombor 2.
Tak sabar nak tengok. Sedih pon ada gak sikit2 sebab pemain kesayanganku Daudsu tak turun. Injert katanya. suka la tengok Daudsu main. Dia antara yang paling kuat lari kejar bola. Paling suka tengok gaya rambutnya tu. Lebat ooo rambut dia. Pemain bola kalau tak rajin kejar and rampas bola dari pihak lawan tu pemalas bagi aku. Daudsu takk, dia rajinnn… J
Apa2 pun mungkin posisi masing2 mengekang pemain dari kejar bola kot. Contoh kalau main di bahagian pertahanan, mesti la kena seboleh mungkin berada berdekatan dengan gawang gol. Kena tolong penjaga gol gittew… walaupun ake tak reti mana pasal posisi dan fungsi pemain masing2, tapi sikit sikit tu tau la jugak. Benda kalau dah minat kan…
Kelantan bertemu Pahang.
Kelantan bertemu Pahang ni bagi aku seperti lawan adik beradik. Tapi aku tetap harap Kelantan menang. Namun andai kata Kelantan kalah, aku masih boleh bertabah kot, sebab kalah ditangan Pahang. Yang aku tak sanggup kalau kalah dengan pasukan ehem ehem tu je. Kalau kalah kat pasukan ehem ehem tu, aku rasa mau aku tak lalu makan barang seminggu dua. Sakit hati punya pasal.
Eh, tapi aku tetappppp mahu Kelantan menang! Gomo Kelate Gomo!!!!!!
Ngah dia kan orang Pahang. Aku pulak Kelantan. Jadi aku ni dah sah-sah la sokong Kelantan. Bila aku Tanya Ngah dia sokong mana, dia kata mesti la sokong Kelantan. Amboiii.. kemain lagi. Aku paksa dia sokong Pahang eh takmo dia. Katanya dia orang Kelantan. Cuma lahir je kat Pekan (sebab mak and abah orang Pekan jadi bila nak beranak je balik Pekan, membesar and sekolah semua di Kelantan). Tetiba mak pulak jadi orang salah sebab balik beranak kat Pekan. Boleh? Huhuhu..
Eh, ok la… aku dah nak siap2 nak balik ni..

Babai..
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.